Kekadang untuk mendapat maklumat tepat, kita harus berani mendekati responden tidak pernah kita temui sebelum ini.
"Hi are you from Sudan?," sapa saya.
"No, I am a Chadian," balasnya.
'Chadian', gelaran untuk mereka berasal dari negara Chad di Afrika. Untuk rekod, Chad terletak di sebelah timur Nigeria.
Perbualan kami berlangsung menggunakan bahasa Inggeris namun saya terjemahkan ke dalam bahasa kebangsaan di entri ini.
"Berpopulasi 11 juta orang, majoriti Chadian beragama Islam?," soal saya ajukan kepada Hussin Ali.
Hussin, 22 tahun, rakyat Chad.
"60% menganuti Islam, selebihnya beragama Kristian," balas anak kedua daripada 5 beradik itu.
Adiknya, Aboud berusia setahun lebih muda, duduk di sebelah kanan saya.
"Mengapa awak datang ke Malaysia untuk belajar?," tanya saya.
"Pada awalnya saya berhasrat untuk menuntut di Moroco tetapi bahasa pengantar di sana, Arab dan Perancis. Di Chad kami juga menggunakan dua bahasa utama itu. Abang sulung menasihatkan saya supaya mempelajari bahasa Inggeris kerana itu bahasa dunia. Jadi kalau satu hari nanti saya hendak ke Eropah, contohnya, saya tidak akan berhadapan dengan masalah bahasa," balasnya.
"Siapakah membiayai kos pembelajaran awak di Malaysia?," soal saya.
Untuk makluman pembaca, dalam tempoh 3 tahun, Hussin membayar kira-kira RM42,000 untuk mendapatkan diploma dalam jurusan teknologi maklumat, IT, di Kolej Segi, Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor.
"Ayah saya kakitangan kerajaan di Chad, dia menjelaskan bayaran pengajian saya," ujarnya.
Abang sulungnya sebelum ini menuntut di Dubai. Menurut Hussin terdapat 10 universiti di Chad dan kesemua pusat pengajian tinggi itu menggunakan bahasa Arab dan Perancis sebagai bahasa pengantar.
"Awak mempunyai rakan warga tempatan?," tanya saya kepadanya.
"Ada, mereka berbangsa Cina. Melayu agak sukar didekati kerana bukan semua mampu berbahasa Inggeris dan saya pula tidak mampu bercakap bahasa Melayu," katanya.
Barangkali Hussin tersilap fakta, tidak semua Cina di Malaysia mampu berbahasa Inggeris.
"Cina mudah didekati," ujarnya.
"Sebagai rakyat asing, amat wajar jika awak cuba mendekati warga tempatan tanpa mengira bangsa. Belajar bahasa mereka dan cuba memahami serta mengadaptasi kebudayaan mereka. Saya pasti dalam tempoh dua tahun lagi pasti awak akan mempunyai lebih ramai kawan," nasihat saya.
Berbicara mengenai bahasa, mengingatkan saya kepada 'drama pendek' berlaku awal malam tadi di Restoran Bestari Maju, Seksyen 11, Kota Damansara, Petaling Jaya. Lelaki warga Bangladesh duduk di meja bersebelahan saya kedengaran fasih berbahasa Melayu. Lazimnya, dalam tempoh kurang setahun majoriti pekerja warga Bangladesh berupaya berkomunikasi dalam bahasa Melayu.
Saya memang tidak berniat memasang telinga tetapi terdengar sebahagian daripada perincian perbualan mereka tanpa tidak disengajakan.
Ya ke?
Ya.
Saya hanya memaparkan kenyataan benar tidak selain daripada kebenaran :)
"Saya tidak kisah apa nama awak tetapi saya panggil awak 'sayang'," ujar lelaki terbabit.
Buat seketika, saya amat teruja sekaligus terpesona mendengar kenyataan berbentuk rayuan dan pujian itu. Dari loghat dituturkan, saya percaya wanita berbaju hitam terbabit berasal dari negeri Serambi Mekah.
"Sayang boleh kita keluar esok (Isnin), sayang cuti kan?," soal lelaki secara romantik.
"Saya takut hendak keluar," balas wanita.
"Apa mahu takut sayang? Saya ada," balas lelaki kelihatan agak kacak itu.
Beruntung benar wanita tempatan, banyak kumbang asing dengan tangan berbulu lebat cuba menyunting. Cuma saya berharap usah selepas madu pekat dihisap, bunga ditinggalkan punah, layu begitu sahaja.
Kembali bersama Hussin.
"Adakah awak tahu mengapakah pelajar Nigeria datang ke Malaysia untuk mempelajari bahasa Inggeris?," soal saya.
"Kakitangan kerajaan di Nigeria menggunakan bahasa Inggeris secara meluas dan saya juga keliru atas alasan apa pelajar dari negara itu harus datang ke Malaysia untuk mempelajari bahasa Inggeris," balas pelajar tahun pertama di Kolej Segi itu.
"Pernahkah awak berasa takut kerana berkebarangkalian orang Malaysia terkeliru di antara Chadian berbanding warga Nigeria?"
Soalan itu saya kemukakan.
"Saya tidak takut, tiada masalah. Saya hanya memberikan fokus terhadap pelajaran Menilai saya baik atau tidak bukan kerja saya. Allah tahu saya siapa," ujarnya.
"Awak tahu sebilangan warga Nigeria mencetuskan masalah di negara ini? Mereka tebabit dalam kes jenayah, penipu dan pengedaran dadah?," soal saya lagi.
"Saya tahu tetapi saya tidak mengendahkan hal itu semua," balasnya.
"Jangan hanya memikirkan bagaimana awak melihat diri sendiri, cuba fikirkan bagaimanakah masyarakat di sekeliling melihat awak sebagai warga asing berkulit hitam. Bukan semua tahu membezakan di antara Chadian dan Nigerian," celah saya.
""Oh! Warga Nigeria berkulit terlalu hitam, kulit Chadian seperti kopi susu," katanya.
Saya dan Hussin kemudian memperbandingkan warna kulit kami dan tertawa.
"Ya, warna kulit kita kelihatan hampir sama," ujar saya.
Saya kemudian bertanyakan soalan berhubung aktiviti masa lapang Hussin sebagai pelajar asing di Malaysia.
"Tiada. Sebelum memasuki kolej, pelajar asing menandatangani dokumen tidak membenarkan kami bekerja di Malaysia. Jadi saya hanya berulang-alik di antara kolej dan bilik, itu sahaja. Saya juga tidak pergi berhibur seperti sebilangan pelajar Nigeria, tidak meminum arak dan tidak mempunyai teman wanita," terangnya.
"Di Chad, adakah terdapat pusat hiburan?," tanya saya.
"Ada tetapi itu pun tertakluk kepada keputusan kita samada untuk berkunjung ke premis seperti itu atau tidak," pandangan dilontarkannya.
Jarak dari kampungnya ke ibu negara Chad, lebih kurang 700 kilometer.
"Sebelas juta populasi itu untuk keseluruhan Chad. Secara perbandingan, sebuah bandar di Nigeria contohnya Kano dibanjiri lebih 11 juta penduduk," jelas Hussin.
Majoriti penduduk di Chad dilaporkan bekerja sebagai penternak haiwan seperti lembu dan unta sekaligus negara kelahiran Hussin itu menjadi pembekal utama daging ke negara lain di benua Afrika.
"Empat puluh peratus penduduk tidak mampu menulis dan membaca di negara saya," terangnya jujur.
"Berapa lama masa awak mempelajari bahasa Inggeris di Malaysia?"
"Lebih kurang 9 bulan dan semasa tiba di KLIA setahun lalu, saya langsung tidak tahu berkomunikasi menggunakan berbahasa Inggeris. Sama seperti adik saya ketika ini, dia baru sahaja tiba di sini seminggu lalu," katanya.
"Adakah mudah untuk Chadian masuk ke Nigeria?," soal saya.
"Mudah untuk Chadian memasuki Nigeria tetapi sukar untuk warga Nigeria datang ke negara saya. Jika mereka tinggal secara tidak sah di Chad, mereka akan dihantar pulang ke negara asal. Di Chat, kebanyakkan mereka bekerja di salun kecil sahaja," terangnya.
Idris Deby Itno, presiden Chad.
"Beliau bukan seperti Mahathir, pemimpin berkredibiliti dan berjasa kepada Malaysia. Kami tahu mengenai Mahathir sebelum kami mengenali Malaysia. Mahathir banyak membangunkan negara ini, tidak seperti Idris di Chad," katanya sambil tersenyum.
"Kalau begitu, awak sahaja menjadi presiden satu hari nanti," usik saya.
"Saya tidak berminat dalam bidang politik. Saya hanya ingin menamatkan pengajian dalam IT, pulang ke negara saya dan membuka perniagaan berasaskan IT," jelas Hussin.
"Sebilangan warga Nigeria di sini tidak mempelajari IT tetapi mereka sangat bijak memperdayakan mangsa melalui internet scam dan meraih pendapatan mencecah ratusan ribu ringgit sebulan," usik saya secara berfakta.
Soalan seterusnya saya kemukakan.
"Adakah awak mengenali pelajar Nigeria, sudah menguasai bahasa Inggeris tetapi masih datang ke Malaysia untuk mempelajari bahasa sama?," soal saya.
Hussin menjeling jam tangannya.
"Dua daripada rakan sekelas saya sekarang ini. Saya bertanya kepada mereka, mengapa kamu belajar bahasa Inggeris? Mereka memberikan alasan, di negara asal 'hausa' masih dituturkan secara meluas," kata Hussin.
Hausa antara bahasa ibunda di Negeria.
"Saya semakin keliru," komennya sebelum beredar.
Kepada gadis tempatan kini terus sudi diperangkap dek kononnya cinta dan wang ditaburkan oleh penjenayah internet warga Nigeria, saya dedikasikan lagu berikut ...
Kepada gadis tempatan kini terus sudi diperangkap dek kononnya cinta dan wang ditaburkan oleh penjenayah internet warga Nigeria, saya dedikasikan lagu berikut ...
Suka tengok perut seorang itu ... goyang-goyang!
SMTI
BalasPadammuka orang chad lebih bersih sikit dari nigerian
BalasPadamya allah tak memenahan tengok perut pompuan dalam video clip tu..goyang2...kalau perut dah buncit janganlah pakai baju ala2 sarung nangka..buruk sey...
Powernya ayat mat bangla tu yek
BalasPadamsmti...
BalasPadamSMTI
BalasPadamoh tidak...'perempuan' dalam video itu bukan sejati haha..
itu pelajar UPM..sama kolej dengan saya, cuma 3 orang tu tinggal blok lelaki, saya blok perempuan haha..