"Sejak bila menjual sayur-sayuran?," soal saya.
"Empat tahun bang," balas Kanna.
K. Kanna, 30 tahun, penjual makanan lotong dan kera di puncak Bukit Malawati, Kuala Selangor, Selangor.
"Satu hari boleh dapat berapa ringgit?," tanya saya lagi.
"Tujuh puluh, lapan puluh ringgit. Itu pun kalau musim cuti sekolah, kalau biasa punya hari, kurang sikit," balas peniaga berasal dari Kapar, Klang itu.
Seikat bersaiz genggaman kacang panjang dipotong dua, dijual dengan harga RM1, enam ikat, RM5. Dari pengamatan saya, lotong dan kera gemar memakan sayuran dan buah-buahan dihulurkan oleh pelancong.
Barangkali sebilangan pembaca tidak tahu apakah antara perbezaan ketara 2 haiwan ini ...
... dan ini
Haiwan berwarna hitam, lotong manakala cokelat, kera. Dari rupa fizikal, kedua haiwan kelihatan hampir sama, cuma warna bulu berbeza.
Sebelum saya bercerita lebih terperinci berhubung pengalaman berkunjung ke Bukit Malawati, saya kongsikan bersama pembaca beberapa gambar saya rekodkan petang tadi.
Lotong dan kera terbabit didapati gemar tinggal di tempat tinggi. Mereka mudah memanjat pokok tinggi dan bergayut di dahan secara bebas.
Sebilangan manusia juga begitu, golongan hidup mewah gemar mendirikan banglo di kawasan tanah tinggi sekaligus mengasingkan diri daripada masyarakat.
Pasa masa sama, majoriti manusia didapati sering berebut kawasan, daerah, negeri mahu pun negara menggunakan kuasa mutlak di tangan mereka.
Mereka sanggup memaki-hamun, bergaduh, bertempur dan berperang sekaligus berbunuh-bunuhan untuk memperluaskan kawasan jajahan.
Saya perhatikan lotong dan kera juga begitu. Bilangan lotong lebih banyak di Bukit Malawati justeru kera kelihatan tidak berkuasa.
Jika kera cuba merebut makanan diberikan pelancong, banyak lotong lain secara spontan menyergah dan menyeringaikan taring tajam mereka.
Kera takut, lalu melarikan diri.
Menyedari dia kurang dari segi bilangan dan tidak berkuasa, kera kemudian melangut bersendirian.
Kera takut, lalu melarikan diri.
Menyedari dia kurang dari segi bilangan dan tidak berkuasa, kera kemudian melangut bersendirian.
Justeru, seperti sebilangan manusia, kera tersisih terpaksa membongkar tong sampah untuk mencari lebihan makanan dibuang dek manusia.
Manusia kehilangan kuasa, lazimnya dipandang sebelah mata oleh penyokong, biar pun satu ketika dahulu mereka dipuja dan diagung-agungkan.
Dia berjalan bersendirian dan sesekali merangkak mencari belalang untuk dimakan. Tidak ubah seperti segelintir pemimpin veteran, tiada siapa ingin berjalan seiring dengan mereka lagi.
Barangkali tanah tinggi tidak lagi menjadi lokasi kera bertakhta.
Sebilangan manusia kita lihat bersikap meminta-minta, lotong dan kera juga berperlakuan hampir sama, hanya menunggu makanan dihulurkan oleh pelancong berbanding berusaha mencari bahan untuk disuapkan ke mulut di hutan berhampiran.
Ketika melintasi Perigi Beracun, saya terlihat kera berikut.
Dia berjalan bersendirian dan sesekali merangkak mencari belalang untuk dimakan. Tidak ubah seperti segelintir pemimpin veteran, tiada siapa ingin berjalan seiring dengan mereka lagi.
Barangkali tanah tinggi tidak lagi menjadi lokasi kera bertakhta.
Sebilangan manusia kita lihat bersikap meminta-minta, lotong dan kera juga berperlakuan hampir sama, hanya menunggu makanan dihulurkan oleh pelancong berbanding berusaha mencari bahan untuk disuapkan ke mulut di hutan berhampiran.
Mungkin kerana haiwan terbabit tahu, pelancong sentiasa memberikan makanan percuma kepada mereka setiap hari.
Analoginya saya catatkan di sini.
Analoginya saya catatkan di sini.
Jadi mengapa perlu berusaha?
Tiba-tiba saya terpandang kelibat lotong dan anak dikendongnya.
Biar pun bulu mereka berbeza warna tetapi anak itu tetap didukung kehulu-kehilir oleh si ibu bertujuan mendapatkan makanan untuk mengisi perut mereka.
Andai diacah sedikit, si ibu bingkas mempertahankan keselamatan anaknya.
Berbeza berbanding sikap sebilangan manusia, zuriat sendiri dibuang ke dalam longkang, jauh sekali memelihara anak dan menjaga kebajikan kehidupan mereka.
Memerhatikan gelagat dua beranak di atas, hati kecil saya tersentuh. Biar pun dikelilingi oleh manusia, mereka masih mampu bergurau senda.
Berasa selesa dan selamat.
Sedangkan manusia sendiri kekadang terancam nyawa akibat dikelilingi manusia lain bergelar penjenayah di negara membangun ini.
Paling menarik perhatian saya, stail rambut lotong di bawah menjadi ikutan ramai remaja masa kini.
Perbezaan ketara, lotong tidak menggunakan jel atau berkunjung ke salun untuk kelihatan bergaya.
Quote :: "Paling menarik perhatian saya, stail rambut lotong di bawah menjadi ikutan ramai remaja masa kini."
BalasPadamAyat yang paling sempoi :)
Caya lah Saudara Mazidul !
Salam..
BalasPadamN3 yang menarik..Sarat dengan maksud yang tersirat di sebalik yang tersurat..Tahniah..
sebuah pengamatan berisi. Sangat relevan diperbandingkan antara yang berakal dengan yang tidak. Dalam dunia manusia memang terdapat haiwan bahkan rasanya bagai dah terlebih kehaiwanan dari kemanusiaannya walaupun dikalangan mereka yang berkot, bertalileher tak ketinggalan juga yang berjubah dan berkopiah melilit....
BalasPadamterpaku tengok warna bulu anak lotong...uniknya.
aduhai! pemikiran yg sungguh mendalam, bang...
BalasPadamn3 yg bagus...sifat tamak, lebih kuasa tanpa usaha sama mcm LOTONG!!!
BalasPadamsmti...hehe...serius ada gurauan...menarik.!! :)
BalasPadamentry yang penuh dan padat..! tahniah bang mazidul
BalasPadamBahagian "rambut" yang paling menarik.
BalasPadamEntri yang menarik....penuh dengan kias. Mohon izin utk dipautkan ke blog & fb saya utk dikongsi dgn keluarga, rakan & taulan.
BalasPadamen3 ini penuh kiasan :)
BalasPadam