Sabtu, Disember 17, 2011

GAY MALAYSIA 'MENCIPTA NAMA' DI MATA DUNIA

Ramai gay di Malaysia dipercayai terbabit dalan kegiatan homoseksual secara tersembunyi. 

Saya menerima maklumat, sebilangan pasangan gay tinggal bersama di kondominium mewah, hidup bak suami isteri. Mandi di kolam renang bersama dan tidur sekatil. Mereka dikategorikan sebagai golongan terpelajar, mempunyai kerjaya tetap dengan gaji lumayan.

Pada waktu terluang mereka gemar berkunjung ke kelab hiburan elit di ibu kota, dikelilingi majoriti lelaki gay. Pikat memikat berlaku di situ sehingga hubungan intim dibawa ke ranjang.

"Ada juga gay tersalah pilih. Maksudnya, bila sudah tidur sebilik, esok pagi dia kata, choy! Dia bukan bottom (posisi di bawah semasa melakukan hubungan seks songsang), sama macam kita juga," jelas rakan.

Rakan saya itu, wanita dan berpengalaman berkawan dengan lelaki gay. Sewaktu dihubungi pada jam 11.50 malam tadi, dia sedang tidur.

Maaf kerana mengganggu.

"Saya dengar gay di Malaysia ramai bekerjaya profesional?," soal saya.

"Betul, contohnya pilot, engineer, cikgu, doktor. Kalau untuk seks, mereka pergi ke rumah urut digelar 'otot otot', untuk berhibur mereka ke kelab gay dan kalau hendak mencari pasangan, mereka berkunjung ke Tasik Permaisuri, Cheras. Kekadang dari perwatakan luaran kita boleh mengenali mereka. Jarang benar lelaki tulen memakai beg tangan uniseks LV atau office bags dan disangkutkan di siku. Sebilangan gay memakai anting-anting di cuping telinga kiri," ujar rakan dengan nada lebih bersemangat.


Gambar lelaki gay di atas dirakamkan di 'otot otot', untuk perincian fakta kes, sila klik di sini. Manakala kisah guru gay dan kegiatan songsangnya, baca di sini.

"Kebanyakkan mereka sudah memiliki ciri-ciri homoseksual sejak di bangku sekolah mahu pun di universiti. Perwatakan serta perlakuan itu kemudian dibawa ke alam pekerjaan," tambah rakan itu lagi.

Melalui pembacaan dan maklumat dihantarkan oleh pembaca blog ini kepada saya, ramai lelaki homoseksual di negara kita secara berani mati mengiklankan diri mereka untuk mencari pasangan di lawan sesawang secara terbuka.

Untuk membaca entri berhubung kes itu, klik di sini.


Berita terkini, lelaki warga Malaysia dilaporkan berkahwin dengan lelaki Eropah. Kru 666, Boy menulis berhubung kes menarik perhatian dunia sekaligus menggemparkan negara itu di sini

Adam pula mencatatkan nukilannya di entri ini.

Ramai pembaca meluahkan perasaan jijik sebaik melihat gambar perlakuan pasangan terbabit kini tersebar di internet namun bagi mereka percampuran air liur lelaki itu bak satu rangsangan.


Sebelum ini lelaki gay itu dikatakan bernama Ariff Alfian Rosli, 28 tahun, pelajar perubatan tajaan Petronas dilaporlkan hilang di Dublin, baca di sini.

Maklumat terbaru di terima, klik di sini mengatakan informasi itu mungkin tidak benar.

Apa pun, lelaki lengkap berbaju Melayu, bersampin dan bertanjak terbabit boleh melangsungkan perkahwinan itu secara senyap tetapi dia memilih untuk melakukannya secara terbuka.

Adakah dia ingin mencanangkan kepada dunia, aku gay, aku tidak dibenarkan berkahwin di negara aku sendiri lalu aku berkahwin di negara membenarkan perkahwinan sebegitu dilangsungkan?

Dia dikatakan berkahwin di gereja justeru timbul satu persoalan penting, apakah agama dianutinya kini?

Jika pembaca tidak mempunyai akaun sebagai blogger, sila lontarkan komen berhubung kes ini di Facebook saya.

Klik di sini.

Namun saya hanya akan accept, mereka mempunyai gambar profil berwajahkan manusia SAHAJA.

27 ulasan:

  1. terkedu... yg paling dirisaukan agamanya...

    klu dah kahwin kat gereja......

    marilah kita doakan agar Ariff kembali ke pangkal jalan.

    BalasPadam
  2. itulah sebabnya "Islam" penting diterapkan ketika masih kecik.awal2 agama mengenal Allah...

    BalasPadam
  3. Astaghfirullah...semoga Allah memberikan hidayah kepadanya untuk bertaubat dan kembali ke fitrah asal manusia..insya Allah

    BalasPadam
  4. ya allah,knpa sampai seteruk itu????ini kah umat akhir zaman....

    BalasPadam
  5. semakin beranilah mereka2 nie..
    berjaya hanya pada kertas peperiksaan shj..
    kehidupan tak tahu antara baik dan buruk..

    BalasPadam
  6. hmmmmmmmmm.........kesian keluarga dia..semoga dia pulang kepangkal jalan

    BalasPadam
  7. risau.... nak besarkan ank pompuan risau.. nak besarkan anak lelaki risau...macam2, kesian parents dia.. malu, satu dunia tau...

    BalasPadam
  8. Orang Perak????

    Tolong Bro Mazidul, dapatkan latar belakangnya.

    Wajahnya semacam saya kenal... Bimnbang mungkin bekas pelajar saya atau suku sakat saya..

    BalasPadam
  9. Sayang 1000 kali sayang apabila yang bijak pandai mengikuti jalan songsang.. Nau'zubillah..

    Semoga Allah bukakan pintu hatinya untuk bertaubat..

    BalasPadam
  10. Quote :

    "Saya dengar gay di Malaysia ramai bekerjaya profesional?," soal saya.

    "Betul, contohnya pilot, engineer, cikgu, doktor..."

    seringkali saya terfikir, perasaan songsang mungkin ditakdirkan telah bercambah dlm diri seseorang semenjak kecil lagi. Samada mahu disedari atau tidak oleh ibubapa terbabit, mungkin itu persoalannya. Kita sebagai ibubapa mungkin perlukan satu lagi kelas pembuka mata selepas kursus nikah kahwin iaitu bagaimana mengenali anak2 yg dilahirkan dan usaha memperbaikinya jika terdpt masalah serupa agar gejala merosakkan ini tidak terus berpanjangan.

    Saya percaya semua ibubapa mahukan yg terbaik utk anak2 mereka.

    seringkali juga saya terfikir, mungkin atas dasar terlepas pandang ini akibat sibuk menjalani urusan dunia, sekolah2 berasrama/universiti/kolej termasuk juga sekolah tahfiz/ugama yg menjadi rebutan dan kebanggaan dan pilihan ibubapa adalah menjadi pusat terbaik untuk menternak golongan ini. Sekarang semakin menjadi2 dan berleluasa akibat ramai org menutup mata dan menerima dalam tidak suka. Tiada tindakan apa-apa...
    Mungkin sedikit bukti - golongan profesional itu mendapat didikan darimana? tentu saja tidak dari kebun getah dan sawah padi biarpun kegiatan mereka lebih busuk dan hanyir dari getah sekerap dan lebih teruk dari bergelumang lumpur dibendang...anda sendiri tanpa jemu terus lantang sedangkan yang lain2 termasuk saya hanya ada yang bising2 dan mengeluh sedangkan diri berpeluk tubuh memandang...

    sedih bila ada juga sebahagiannya berselindung suci disebalik jubah dan serban dengan bibir yang fasih mengalunkan ayatsuci alQuran...

    berilah kami semua hidayahMu ya Allah...tunjuki kami kejalan yang benar...amin.

    BalasPadam
  11. sy pun nak Quote jugak :

    "Saya dengar gay di Malaysia ramai bekerjaya profesional?," soal saya.

    "Betul, contohnya pilot, engineer, cikgu, doktor..."

    bagaimana dgn gulongan rendah.. misalkata.. maaf skadar menyebut..
    buruh2 kasar... pekerja di sektor pembinaan.. perladangan... atau pun pembuatan dan sbagainya... tentunya ada jugak.. xgitu..?

    BalasPadam
  12. nasib la saya ni hanya penulis blog tegar yang sekadar orang biasa. kalau lah saya perdana menteri, saya suruh je orang potong anu dia sebagai balasan. terang-terang salah disisi islam. saya memang saya tak puas hati pulak....tp apakan daya...sekadar mampu melihat apa yang terjadi....

    BalasPadam
  13. Ya Allah sesungghnya nabi tidak mengaku umat...

    BalasPadam
  14. tak terkata apa dah. Very worried, very sad. Kalau ade ruang untuk dia berubah, jangan continuously cemuh dia. Beri peluang untuk dia kembali. Kadang2 sebab tidak ade penerimaan yang positif maka golongan ini pergi lebih jauh sebab diluar sana dia ni fikir other people's acceptance making him feel welcome. So, kalau ade peluang kita-kita yang normal ni berjumpa dengan mereka yang terlencong sikit ni, tolong lah dia. Terima dia dengan keadaannya, dan dalam masa yang sama jangan putus asa advise kan apa yang patut. Yes, kerja tu payah...tapi insyaAllah, dengan niat membantu, kerja tu akan jadi senang. *bukan semulajadi, tapi disebabkan ikutan dan persekitaran maka gay/or lesbian partners happened*

    BalasPadam
  15. manalah family dia nak letak muka ni? kesian... tapi bila tengok gambar kedua tu... nampak dah siri2 lembut di situ...

    harapan saya, semoga dia insaf dan kembali ke pangkal jalan... silalah taubat cepat2... sebelum terlambat...

    BalasPadam
  16. kalau kita umat islam kat malaysia ini semua bersatu hati dan bersatu iman, tentu perkara2 seperti ini dapat ditangani bersama... walau tidak sepenuhnya, tapi ia tidak akan berleluasa sebegini rupa

    BalasPadam
  17. saya sgt sedih membaca kisah yang melanda di negara kita ini. saya lebih sedih selepas mengetahui bahawa adik saya merupakan salah seorang dr golongan tersebut. buntu memikirkan jalan bagi membantu beliau. 'bestfriend' beliau yg sy anggap baik rupanya adalah kekasihnya.saya tidak sangka saya telah dibutakan dgn perkataan 'bestfriend'.saya berkali2 ingin menghulurkan bantuan untuk balik ke pangkal jalan. tetapi jawapan yg diberikan adalah 'dia dilahirkan begitu' dan jika keluarga tidak menerima dirinya dia redha.sayang kerana dia hanya berumur 24 tahun dan excel dlm study (A's scorer all the way).abg sy pula adlh drug addict selama 10 thn. tetapi kes gay ini lebih sy takuti kerana ia melibatkan tiang agama kita. sy mempunyai anak kecil.perkara2 ini membuatkan sy trauma untuk berjumpa dgn adik beradik kerana perasaan takut.

    BalasPadam
  18. teman baik sy juga seorang gay. sudah berkahwin namun dlm proses bercerai kerana tidak mampu menjadi 'lelaki sejati', katanya.
    jika dilihat dari zahirnya, tiada lgsg tanda-tanda yang menunjukkan masalah kecelaruan seksualiti nya. setelah mengenali dgn lebih lanjut barulah sedar.
    dia lelaki yang baik, anak yang baik namun entahlah. bila diminta berubah, dia sering menyalahkan takdir kerana dilahirkan sedemikian. hakikatnya, sy lihat dia xpernah ada sebarang usaha pun untuk berubah. malah terlalu asyik dengan nafsu songsangnya.

    BalasPadam
  19. Saya ada kekhuatiran berhubung isu budak Dublin tu. Kenapa perlu dia kahwin, dengan memakai pakaian rasmi negara?

    kalau tak silap saya, baju melayu hitam bersama songket emas antara baju rasmi negara, terutama untuk majlis majlis rasmi.

    Kenapa pakaian ini yang dipilih?

    Saya risau dia dipergunakan oleh sesetengah pihak untuk melaungkan hak songsang ini.

    BalasPadam
  20. dah besar panjang, belajar tinggi-tinggi takkan tak boleh fikir..

    BalasPadam
  21. Jangan babitkan agama dalam isu ini. Kalau kamu nak babitkan agama dalam isu ini,kamu cuba cerminkan diri kamu sebelum menilai orang.Jangan nak berlagak macam malaikat. Nabi muhammad berkahwin dengan wanita tua.Adakah isteri nabi muhammad 'cougar'?.Not to mention, people in the western thinks prophet muhammad as a paedophile.

    BalasPadam
  22. mohon kebenaran utk saya baca dan ambil sedikit info utk tujuan pembelajaran saya. kebetulan saya dapat tajuk GAY kali ini... terima kasih semua

    BalasPadam
  23. kalau dah berani kawen ngan pasangan songsang, tak usah pertikaikan agama..kalau dai tu islam, dia tak kan buat mcm tu...

    BalasPadam
  24. Soal keislaman seseorang adalah ditentukan hanya oleh Allah swt . Masih banyak yg perlu diperbaiki pada diri sendiri, menegur dgn niat yg ikhlas sudah memadai untuk mereka yg memilih jalan yg salah.. .. Kalo betul beriman, korang xde masa nak kutuk sapa jadi gay, sapa jadi lesbian, sapa jadi ini dan itu? Jangan lupa diri... Kite manusia tiada kemampuan untuk menentukan dosa seseorg

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.