Sebelum ini Sijil Halal dikeluarkan oleh beberapa pihak, kini sijil sah hanya dikeluarkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, JAKIM.
"Bro, saya hairan bila melihat orang Islam menyambut hari ulang tahun kelahiran di The Ship," ujar kenalan rapat saya.
"Kenapa?," soal saya.
"The Ship bukan ada Sijil Halal sebab menghidangkan minuman keras kepada pelanggan bukan Islam," balas beliau.
Isu sijil halal telah lama saya sentuh di dalam blog ini.
Antara entri, sila baca
3. Bir
4. Katak
Saya pernah melintasi restoran di Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor dan menjenguk ke dalam premis.
"Mana itu Sijil Halal?," soal saya kepada juruwang.
Dia kelihatan terpinga-pinga.
"Tidak ada," balasnya.
"Kalau tidak ada Sijil Halal, mengapa ditampal poster bertulis 'Halal' di dinding?," tanya saya lagi.
Dia terdiam.
Saya kemudian menanggalkan poster itu sebelum beredar.
Sebilangan orang barangkali melihat tindakan spontan itu keterlaluan tetapi tujuan sebenar saya untuk mengelakkan pekedai mengelirukan pelanggan beragama Islam.
"Sebilangan orang kita memang pelik, bila melihat ramai orang Melayu makan, bertudung pula, sekaligus mereka menganggap kedai makan itu berstatus halal lalu dia orang pun masuk dan makan sekali. Bila ditanya, adakah makanan di kedai itu halal ke? Dia orang menjawab, ramai orang Melayu makan di situ," kata rakan saya lagi.
Hakikatnya, biar pun restoran terbabit dipenuhi pelanggan Islam, tidak bererti premis itu memiliki Sijil Halal.
Sebilangan pemilik restoran bukan Islam didapati bertindak bijak untuk menarik sekaligus mengelirukan pelanggan Melayu. Mereka menggajikan juruwang wanita warga Indonesia lengkap bertudung. Melihat kelibatnya, pelanggan kelaparan tanpa usul periksa masuk dan memesan makanan.
Memeriksa Sijil Halal bagi mereka bukan satu tuntutan sebelum menjamu selera. Wanita bertudung, berdiri di kaunter juruwang itu bak mengesahkan kononnya restoran berstatus halal.
Gambar di bawah saya rakamkan 4 hari lalu.
Biar saya perbesarkan gambar sama untuk memudahkan pembaca meneliti lebih jelas.
Gambar dirakamkan pada jam 6.27 petang, 12 Disember 2011, di belakang dapur restoran mamak.
Jika sebelum menjamah makanan di restoran terbabit, pelanggan berpeluang menjenguk ke dapur, pasti keputusan untuk makan di situ terbatal.
Untuk rekod, restoran itu dimiliki pengusaha beragama Islam.
Ringkasnya, jika sebilangan restoran milik peniaga Islam mengabaikan kebersihan, adakah kita percaya pengusaha premis menjual makanan bukan beragama Islam mampu menjamin makanan dihidangkan halal?
Bermula saat ini, jika pembaca ingin mengambil berat berhubung status halal premis menjual makanan, sebelum memesan hidangan, sila periksa Sijil Halal restoran dikunjungi. Lazimnya sijil terbabit ditampal di dinding berhampiran kaunter juruwang. Sijil ASLI wajib dipamerkan bukan disimpan di dalam laci. Pastikan juga Sijil Halal itu dikeluarkan oleh JAKIM, bukan di atas nama badan lain.
Jika ingin memastikan makanan disuapkan ke mulut kita dan ahli keluarga bersih, jangan teragak-agak untuk menjenguk ke dapur premis sama.
Andai dihalang oleh pekerja restoran, tanyakan dia mengapa?
... dan minta dia mengucap dua kalimah syahadat atau membaca Ummul Kitab, Al-Fatihah. Jika gagal, barangkali dia bukan beragama Islam.
Jika bukan darurat, carilah restoran lain untuk menjamu selera.
saya faham dan setuju sangat dengan apa yang anda tulis. Mungkin masalahnya ialah tak semua pelanggan boleh berbuat begitu dengan mudah, masuk ke dapur untuk pastikan kebersihan dan saya sendiri tak boleh pastikan keaslian sijil halal yg dipamerkan. Sebagai seorang pengguna saya secara peribadi amat memerlukan usaha yang berterusan dari seorang 'anda'...sebagai penyampai maklumat yang sering terlindung dari mata kasar...
BalasPadamsikap berani anda sangat saya hargai...
saya hairan banyak premis makan yang terang2 tiada sijil halal 'sah' dipenuhi oleh orang2 Melayu (Islam kot?), contohnya di the curve damansara...bagaikan kalau duduk makan minum di situ boleh terserlah ke'elit'an mereka...
bagi saya, usaha saya ialah jangan masuk dan jangan makan di premis2 bgitu...balik rumah masak sendiri, nak seribu daya taknak seribulah pulak dalihnya... tak kelihatan elit pun takper...
Bang..kedai william kat Kelana Jaya ngan Murni kat SS2 tu Halal tak
BalasPadamSMTI... tqvm utk ingatan, bang dul...
BalasPadamsetuju dgn tuan..
BalasPadamskrg byk sgt restoran yg main letak je 'Halal' tapi tak tahu kesahihannya...
Teringatkan bekas bibik saya dari Lombok datang bawa telekung dan sejadah bila uji dia suruh baca al fatihah dan mengucap dua kalimah shahadah dia boleh cakap baru nak belajar....
BalasPadamsmti..
BalasPadamsatu entri yg menarik dan info yg amat baik..
namun masyarakat malaysia hari ini hanya menekankan pasal restoran aje..bgmana dengan premis2 yg lain..kebanyakannya kalau pegi restoran pasti yg ada sijil halal menjadi pilihan..
tapi bgmana dgn kedai runcit,pasar awam dan paling best warung2 dan pasar malam??tibai semacam je pulak.. :)
Pernah satu ketika saya ke food court pavilion untuk berbuka puasa, Puas saya round satu food court cari mana kedai yang mempunyai logo halal, tapi none!! kecuali KFC dan McD.
BalasPadamso saya menyingah di satu kedai yang jual nasi ayam. Dan saya tanya secara jujur, ayam disitu halal atau tidak. warga myanmar yang menjaga gerai tu menjawab. halal, ramai melayu makan tiada masalah.
Jadi kalau ramai melayu makan so bermaksud halalkah? hahahah
Kita juga perlu lebih sensitif dan tegas dgn diri sendiri utk memastikan makanan yg kita mkn itu halal.
BalasPadamSemuanya terpulang atas diri sendiri kn. Usaha saudara sangat dihargai. Terima kasih byk2 atas entri yg sgt berguna ni.
itu baru kat PV..if tgk kat KLCC food court tu,susah nak cari JAKIM punya Halal..mostly is South East Islamic apa ntah nama dia..mcm mana pulak tu..takde standardize dalam hal2 nie semua.walaupun JAKIM cakap hanya sijil halal diornag laku, tapi yang badan2 lain ada amik peduli?
BalasPadamsmti...tq for the info abg...akan lebih berhati2... :)
BalasPadamperhatikn gak rancangan makan-makan di tv......ada bnyk taukehnya bukan islam....camna tu....
BalasPadamsalam.area kawasan rumah saya banyak restoran mamak.Tapi,saya ada terfikir benar ke restoran mereka halal kerana sesekali saya ada nampak pekerja kaunter bayar yg saya rasa tuan punya restoran ada bertanda di dahi dan memakai tali merah pada tangan atau leher,macam orang india non muslim.ejaan nama restoran pula bukan seri tapi sri... lebih kurang macam tulah..sometimes merekan mengelirukan kita dengan frame ayat2 al-quran pada restoran mereka.kita sebagai orang Islam kena sangat2 sensitif dan peka dengan perkara seperti ini,kerana halal adalah pembentukan kepada siapa kita ,keluarga dan anak2 kita.Agak2 rasa was2 ttg tempat makan halal,lebih baik elakkan makan disitu kerana itu syubhah namanya.
BalasPadamSMTI
BalasPadamSaya sgt berterima kasih di atas inisiatif dan tanggungjawab yg En Mazidul tunjukkan ni...diharap dpt membuka mata kita sumer...
BalasPadamSMTI
BalasPadamHampir semua kedai2 di food court tingkat 3 di Mid Valley memaparkan tanda halal yang dikeluarkan oleh "IFRC (Islamic Food Research Council?) - South East Asia and Malaysia Region". Saya tak jumpa pun yang letak tanda halal JAKIM.
Saya rasa masalah ni takkan selesai sehingga penguatkuasaan yang strict dilakukan.
Mengenai restoran yang serve alkohol (tetapi makanannya Halal), saya cadangkan JAKIM mengeluarkan Logo "Makanan Halal".. kerana saya rasa sebab utama logo halal tiada di premis seperti itu ialah kerana ada alkohol.
Walaubagaimanapun, kot mana pun kita pergi, isu ni takkan selesai. Penguatkuasaan masih lemah. Restoran juga mungkin dimiliki oleh politician. Penguatkuasaan mungkin menjadi lebih sukar.
Saya menyokong usaha bro Mazidul. But I dont see light at the end of the tunnel, selagi penguatkuasaan tidak diperkuatkan.
kisah ni diklana jaya..ss6..
BalasPadamsatu restoran cina katanya muslim sebab nama dia dolah chan.
malam2 penuh pelanggan 90peratus orang melayu.
pelayan minah indon bertudung semua.
siap ada surau kecik di sudut tepi.
tapi kat dapornya tukang masak cina,myanmar,vietnam,bangla pun ada kot.ugama mereka ntah la.
lagi satu dibaris yg sama..satu restoran siap nama mesra lagi.
pelayan minah indon pakai tudung,comel je.satu ari terpandang rantai salib kat leher tapi ngaku islam..dah tegur ari tu ntah dibuang atau masih pakai tak pasti.
dari cerita yg diterima dah kawen ngan myanmar.
kat dapor ada apek tua,ada myanmar badan ada tatoo.
ugama tak pasti,pemiliknya ntah ugama apa.
sewa satu rumah untuk pekerjanya tinggal bersama.
tak ada nampak pun lambang sijil halal jakim.
orang melayu punya sedap makan kat situ.
kat kawasan dataran glomac ni,restoran cina ala2 muslim tumbuh macam cendawan.
sebelah restoran jemari milik melayu tu ada lagi satu,mee tarik,depan indon belakang semua bukan melayu jadi tukang masak.
pegawai2 jakim mungkin sibuk buat ibadat untuk diri sendiri.
PERLU ADA AKTA YANG KUAT UNTUK SIJIL HALAL INI..TUTUP KALAU INGKARI ARAHAN. TUTUP KALAU INGKARI KEBERSIHAN. LAMBAKAN RESTORAN SEHINGGAKAN PENGUATKUASA TIDAK MENANG TANGAN UNTUK MEMANTAU. TUTUP DAN TUTUP ITU JAWAPANNYA. JANGAN BAGI MUKA. BELUM LAGI TERMASUK GERAI ATAU WARUNG TEPI JALAN YANG DIJALANKAN OLEH WARGA ASING.
BalasPadamsyabas sebab berani tapi...
BalasPadamtahziah lak kerna gagal tak berpoligami walau luar nampak bak taiko.
Salam Tuan mazidul;
BalasPadamdi Johor Bahru pun sama; sakit hati tengok, terutama kawasan shopping baru konon canggih di Johor Premium Outlet; dahlah kedai-kedai tiada langsung kepunyaan orang Melayu, restoran memang tiada tanda halal; pengunjung ramai lak melayu;
menang sorak tanah tergadai.
Rasa nak ajak anjur boikot je JPO tu..
sya sgt suke factual ini. suke sesgt utk kempen awareness kehalalan dikalangan umat islam ni. we are what we eat. blh x sya sharekan artikel ini dlm blog saya.
BalasPadam