Sabtu, Disember 17, 2011

HENDAK MEMBELI SOFA HARGA KILANG? BACA ENTRI INI

Tidak lengkap rumah tanpa sofa, perabot cantik dan selesa dijadikan tempat duduk penghuni rumah dan tetamu datang bertandang.

Ramai pengguna membeli sofa tetapi tanpa menyedari mengabaikan kualiti sebenar perabot. Mereka hanya menumpukan perhatian kepada material luaran sofa beserta warna perabot terbabit.

"Tahan ke?"

Itu antara soalan seringkali diajukan oleh bakal pembeli kepada peniaga. Jawaban kepada soalan itu mampu dijangka. Masakan peniaga akan berkata ...

"Tidak berapa tahan"

Kurang setahun lalu, saya membeli sofa di kedai perabot ternama di Petaling Jaya, Selangor. Harga sofa terbabit mencecah ribuan ringgit.

Jam 12 tengahari tadi, saya menyingkap fakta sebenar berhubung sofa itu biar pun sudah agak terlewat kerana material luaran sofa terbabit telah rosak.


Untuk rekod, kos memperbaiki sofa kekadang hampir sama berbanding harga asal pembelian perabot itu.


Mari bersama kita teliti jenis kayu digunakan di bahagian bawah perabot itu.


"Ini kayu lembut, chipboard, kalau kena air, mesti kembang," kata M.P Chai, 41 tahun.

Peniaga kelahiran Malim Nawar, Perak itu lebih selesa dipanggil 'Ah Chai' dan beliau pemilik kilang pembuat perabot di Sungai Buloh, Selangor.


Kilang disewa Ah Chai dengan harga RM5,000 sebulan dan kini dia mempunyai 20 pekerja.


"Sejak bila berniaga perabot?," tanya saya kepada ayah 3 anak itu.

"Masa umur 12 tahun, saya kerja sama orang di Ipoh, Perak. Gaji saya, RM6 sehari, kerja di antara jam 9 pagi dan 5 petang. Masa itu saya belajar membuat kusyen kereta dan bas, bukan perabot. Umur 20 tahun, saya buka kedai di Tiger Lane sekarang Jalan Sultan Ahmad Shah di Ipoh. Di sebelah kedai saya, ada gimnasium, ramai orang kaya datang exercise. Sesekali dia orang datang ke kedai, bertanya kepada saya, boleh repair sofa ke? Sofa orang kaya, mahal. Waktu itu saya ambil sofa dari rumah pelanggan dan mula cuba repair. So, kalau kira-kira, saya sudah buat sofa lebih 30 tahun," jelas beliau.


"Kilang saya menggunakan kayu lebih berkualiti, bukan chipboard," jelas Ah Chai.


"Kami tidak mahu membuat kerja berulangkali. Kalau sofa kita jual tidak berkualiti, nanti semua pelanggan cari sama Angel, tidak syok itu macam," celah isteri peniaga itu.


"Kalau kita bandingkan harga sofa di kedai dengan harga di kilang, murah lebih kurang berapa peratus?," soal saya.

Barangkali soalan itu juga berlegar di minda pengguna sebelum membeli sofa.

"Di antara 30 dan 40 peratus. Bukan apa, bila kedai besar, sewa pun lebih mahal, kadang-kadang sampai 20 ribu satu bulan. Jadi perabot pun kena jual mahal, kalau tidak macam mana mampu untuk membayar sewa? Bil elektrik, air dan gaji pekerja," ujar beliau.

Adik ipar Ah Chai, Kent, turut berkongsi rahsia penjagaan sofa.

"Kalau material luar itu kulit, no problem, boleh cuci menggunakan air tetapi kalau PU atau PVC, jangan guna air, mesti sofa cepat rosak punya. Kalau hendak bersihkan, kena beli dia punya cecair," katanya.


Kepada pembaca menetap di Lembah Klang dan berhajat untuk membeli sofa, sila berhubung terus dengan Ah Chai di talian 012 39 666 21.

"Nanti kalau ada orang telefon, dia cakap "ini kawan Mazidul", ada harga special?," soal saya.

"Mesti punya. Kalau kawan susah untuk  mencari kita punya kilang, sampai sahaja di Kampung Baru Sungai Buloh, terus telefon saya, kita hantar orang ambil dia," balas Ah Chai. 

Oh! Ini sofa 3-seater baru saya, lokasi saya 'bertapa' dan menulis hampir setiap entri blog ini.

26 ulasan:

  1. Saya seorang designer perabut dan telah 13 tahun di bidang perabut kayu... sememangnya saya tahu apa "DISEBALIK" kulit setiap sofa.. dan kadangkala tak sangup nak "menghabiskan" wang - untuk membeli perabut.. dan saya suka rumah saya lapang daripada penuh dengan barangan berbahaya untuk kesihatan..

    BalasPadam
  2. Saya hanya sekadar berkongsi maklumat bersama pembaca.

    Keputusan samada membeli atau tidak masih di tangan pengguna.

    Ilmu jika tidak dikongsikan bersama masyarakat, sama seperti pokok rendang tanpa berbuah.

    BalasPadam
  3. terima kasih kerana berkongsi info. saya sendiri frust membeli satu set sofa, tak sampai setahun dah terkoyak, mungkin juga kelasakan anak2 saya, tapi, kayu nya juga tak kuat.. memang tak tahan...

    entri ni sekurang2nya memberi tip untuk memilih sofa yang baik...

    BalasPadam
  4. Mekasih sbb sudi kongsi maklumat berguna begini
    insyaAllah ada rezeki sofa buruk sya tu pon mahu ditukar
    mekasih teramat sgt!!!

    BalasPadam
  5. salam mazidul..kita boleh tempah ikut design kita sendiri ke? saya duk area batu Caves, dkt jg nak ke sana..Susah la nak cari sofa yg sesuai utk salon saya.. t kasih kerana berkongsi maklumat..

    BalasPadam
  6. Puan Sue, sila berhubung dengan Ah Chai. Dia kata boleh.

    BalasPadam
  7. smti.. sofa saya pun sudah mula koyak dek kerana disitulah tempat saya melepas penat dan menonton...

    BalasPadam
  8. smti... terima kasih bang Mazidul, nak juga merasa sofa yang empuk... sofa sekarang dah koyak-koyak... nak buang tapi sayang

    BalasPadam
  9. saya tak mampu beli sofa kulit. yg pasti saya suka jaminan 10 tahun. untuk kayu bukan untuk kusyen.

    barang mahal nak pakai lama2 la..baru berbaloi.

    BalasPadam
  10. Tuan Mazidul Akmal, link di bahagian kanan blog ini dibawah blok "Perabot Harga Kilang" tidak berfungsi seperti yang sepatutnya.

    BalasPadam
  11. bila baca entry ni rasa macam nak tukar sofa baru le pulak...hehe

    BalasPadam
  12. Salam,
    Satu perkongsian dan pendedahan yg amat baik kerana kita selalu tertipu dengan kecantikkan luaran sofa2 yg dijual dipasaran tetapi kurang ilmu tentang kualiti dan ketahanan sofa tersebut untuk jangka masa yg lama.. T.kasih Saudara Mazidul ;)

    BalasPadam
  13. Thank you bang Mazidul for this entry. Cukup sesuai masanya..

    BalasPadam
  14. http://wanwidget.com
    saya suka entry mcm ni encik mazidul, bantu pengguna utk dapat yg lebih baik dan kualiti dan ditambah dengan info yg baik sebagai panduan membeli

    BalasPadam
  15. wahh ini sudah menarik ni...saya memang nak beli sofa dan beberapa perabot lain...kalau saya nak beli dekat ah chai ni and sebut 'kawan abang mazidul' boleh tak? rasa2 dia nak bagi diskaun ke? hehehe.... :)

    BalasPadam
  16. ada alamat senang sikit cari...kot2 memerlukan kemudian hari.

    thanks

    ema

    BalasPadam
  17. boleh kasi alamat kedai perabot tue,,in future kot2 berminat nak repair lorrr

    BalasPadam
  18. en mazidul...perabot skrg tak berkualiti mcm perabot dulu-dulu kan.harga mahal tapi pakai 3,4 bulan ada yg patah dan skru tanggal sana sini.

    alasan ah chai perabot mahal sebab sewa mahal memang benar.tapi kebanyakkan kita suka shoping dikedai yg berhawa dingin lebih selesa walaupun kita tahu harga perabot disitu sedikit mahal dari kedai biasa ;)

    saya pernah berbual dgn seorang tauke kedai perabot berbangsa cina.beliau menyatakan bahawa kedai perabot "cina" boleh bertahan kerana orang melayu memang gemar menukar perabot terutama ketika musim perayaan.

    beliau mengatakan orang cina beli perabot sekali sahaja tetapi diguna utk tujuh keturunan haha.sebab itu peniaga mcm dia sgt menjaga hati pelanggan esp orang melayu.

    sempat lagi dia bergurau :"kenapa kita org cina dgn org melayu mesti bergadoh kerana kita patut sokong diantara satu sama lain,u tolong i beli perabot dan i dapat sikit duit mau kasi mkn anak bini maa..." ;D

    mungkin sbb dia berniaga dipekan kecil so dia rapat dgn orang melayu disekeliling dia.

    BalasPadam
  19. hihihih...saya ada call Ah Chai...saja2 lah tanya paal sofa....baik orangnya..layan baik cakap puan baik...terima kasih Ah Chai...susah nak cari orang yang cakapny baik zaman ini....

    BalasPadam
  20. Berkongsi Info :
    Utk mendptkan khidmat membaikpulih sofa lama bagi mereka yg tggal area Bangi,Kajang,Cheras,Seremban dan Melaka dgn jaminan material yg brkualiti juga pengangkutan percuma disediakan bolehlah hubungi Dr Sofa di talian 0133727518.terima kasih bang Mazidul..

    BalasPadam
  21. salam.. sy seorang tukang jahit slipcover untuk sofa dan sebagainya.. memang jangka hayat untuk PU tak lama. lebih kurang 6 bulan selepas mula guna ia akan mula menggelupas.. hati2 semasa membeli, sebab kadang2 penjual akan beritahu ia adalah pure leather kerana ia lebih lembut dari PVC..

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.