Sabtu, Disember 31, 2011

BUAH DADA BAPOK : AURAT?

Sejak semalam, pemikiran saya dibebani soalan dikongsikan oleh sahabat, kru 666, Razali Harun, ketika bersama minum di kedai mamak berhampiran rumah.

"Anak saya bertanya, apakah gelaran patut kalau dia hendak memanggil beberapa bapok tinggal di kawasan perumahan kita? Dia kata, kalau hendak dipanggil 'kakak', dia orang ada buah halkum?," ujarnya.

Saya terdiam.


"Dia budak lagi bro, 8 tahun, jadi mungkin terkeliru dengan identiti bapok itu," tambah Razali.

Sejak kebelakangan ini, saya bersama beberapa rakan memerhatikan tingkah-laku mereka. Lelaki berperawakan seperti perempuan itu berkumpul, makan dan minum bersama sambil gelak tertawa menonton perlawanan gusti di layar besar di restoran mamak.

Tindakan itu bukan satu kesalahan dari segi undang-undang.

Majoriti mereka berambut panjang, berseluar pendek, berbaju singlet dan penampilan mereka lebih 'menonjol' kerana semua memiliki buah dada besar, hampir menyamai saiz organ dimiliki oleh kebanyakkan wanita tulen.

... barangkali LEBIH besar.

Melihat mereka, secara spontan saya teringatkan Shila.


Sila baca kisah Shila, saya nukilkan pada Mac 2010 di sini.

"Kalau dia bukan khunsa, lelaki tetapi mempunyai buah dada, adakah organ itu aurat kepada dia?," soal saya kepada ustaz Aznil Zulkifli.

Sila baca entri sewaktu kali pertama saya berpeluang bertemu dengan Al-hafiz terbabit di pejabat Kasturi Syifa' di sini.

"Penjelasannya macam ini bang. Organ itu (buah dada) adalah organ perempuan tetapi 'dilekapkan' ke tubuh lelaki (bapok). Jadi aib kepada kita, orang lelaki tetapi bukan aurat dia. Justeru kita harus mengelakkan diri untuk melihat organ itu," jelas beliau.


"Kalau nama bapok itu contohnya Jamal, berjantina lelaki seperti tercatat di MyKad kemudian dia menggunakan nama panggilan Julia. Dari sudut nama, bagaimanakah harus kita merujuk dia?," soal saya lagi.

"Lazimnya, kalau saya tahu dia lelaki, saya panggil dia 'encik'. Kalau kali pertama, saya gunakan nama Julia itu tetapi selepas mengenali dia dan dimaklumkan nama sebenar, kalau nama dia Jamal, saya panggil dia Jamal. Usahlah kita kelihatan seperti menyokong cara hidup dia dengan memanggil dia Julia," terang beliau.


Saya perhatikan, majoriti bapok kelihatan bangga dan berperangai gedik sebaik menyedari tingkah-laku mereka diperhatikan oleh orang ramai.

Jangan usik mereka sembarangan, majoriti masih mempunyai kekuatan lelaki tetapi tersorok akibat penampilan lemah lembut di hadapan khalayak ramai.

Pengalaman saya, menjejaki bapok warga Indonesia membuktikan mereka sanggup memanjat bumbung tinggi bangunan untuk memboloskan diri.


Lelaki diberkas terbabit berbuah dada, cuma dibezakan oleh saiz sahaja.

Temui mereka di entri Buah Dada RM500!

2 ulasan:

  1. despite all that, these people are very creative when it comes to art. some yg i kenal in wedding business, sgt rajin cari duit and owns their own wedding planner business. kalau pegi kedai diorang.... i selambe je panggil bro kat diorang. diorang tak marah pun. cool je. kekeekkee.

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.