Isnin, Disember 26, 2011

GEMPAR! TAPAK KAKI DAN TANGAN ORANG MINYAK DIKESAN

Hampir jam 1.30 tengahari tadi, saya dan kru 666, Mohd Suhaimi Salim, 45 tahun, bergerak ke Selayang, Selangor.


Kami kemudian berhenti makan tengahari di restoran berhampiran jalan ke Ulu Yam, di Kampung Nakhoda.

"Menurut kawan saya, memang orang minyak itu menceroboh masuk ke dalam rumah. Beberapa hari lalu, orang kampung terjumpa kesan tapak kaki dan tangan dia," kata Mohd Suhaimi Rosli.


Remaja itu berusia 16 tahun, anak taukeh restoran.

"Nanti abang masuk ke Kampung Laksamana masuk ikut lorong di sebelah tempat mencuci kereta," tambahnya.

Berdasarkan maklumat itu, saya dan Suhaimi kemudian bergegas ke arah Kampung Laksamana. Kenderaan dipandu secara rawak mengikut gerak hati.

"Kalau terjumpa sahaja orang Melayu, kita berhenti," ujar saya.

Hidup lebih 40 tahun, tidak pernah saya mendengar perkhabaran orang minyak mengganggu mangsa selain orang Melayu.

Lebih 15 minit kami berlegar-legar di kampung kelihatan seperti taman perumahan itu sebelum berhenti di hadapan rumah besar.


Kami bertemu Muhammad Khairul Anuar, 23 tahun.

"Kami hendak mendapatkan sedikit maklumat berhubung gangguan orang minyak di sini," Suhaimi membuka bicara.

"Sekejap bang, saya panggil ayah," balasnya beradap.

Kurang 2 minit, ayahnya, Halim Ahmad, 59 tahun, muncul di pintu pagar, kami bersalaman.

"Orang UMNO di sini?," soal saya.


"Ketua Cawangan UMNO Laksamana Jaya. Nanti saya cuba menghubungi kenalan, tahu mengenai kejadian sebenar, " balas Halim.


Lebih kurang jam 2 petang tadi, kami berdua dibawa ke Pangsapuri Laksamana, terletak kurang 500 meter dari rumahnya.

Kami mengekori Halim menunggang motosikal.


Di pangsapuri itu kami diperkenalkan kepada kenalan Halim. Untuk rekod beliau menjadi Ketua Cawangan UMNO sejak 25 tahun lalu.


"Kita tunggu Ayob, dia banyak tahu berhubung kes orang minyak," ujar Halim.

Mohd Ayob Meerajadin, 37 tahun, bendahari Badan Pengurusan Bersama, JMB, pangsapuri terbabit. 


Beberapa penduduk lain juga turut menghadirkan diri. 


Saya kemudian menemubual Ayob manakala Suhaimi merakamkan gambar.


"Budak perempuan kena usik malam tadi. Apabila kawan kami menyuluh berhampiran rumah, dia ternampak kelibat dekat pokok pisang. Mangsa ternampak lelaki hanya memakai spender tengah duduk mencangkung. Lebih kurang 50 orang mengepung kawasan itu tetapi dia gagal diberkas," jelas Ayob.


Menurut ketua operasi JMB, Mahazar Ahmad, orang minyak dipercayai bergraktif di antara jam 2.30 dan 5.30 pagi sejak selasa lalu.


"Bila kami terdengar sahaja anjing menyalak, kami bergegas ke pokok pisang sebab kami diberitahu  untuk mendapatkan kekuatan orang minyak meminum air jantung pisang dan kelemahan dia batang keladi," kata anak kelahiran Perak, 44 tahun itu.


"Memang berminyak ke tubuh dia?," soal saya.

"Menurut abang ipar mangsa, memang badan dan tangan dia berminyak. Mangsa disentuh akan berasa khayal, itu maklumat saya dapat setakat ini," jelas anak kelahiran Kampung Kuala Pari Hilir, Ipoh, Perak, berusia 44 tahun itu.

Jam 2.30 petang, kami dibawa ke lokasi tidak jauh dari pangsapuri dihuni oleh mereka. Turut serta dalam tinjauan itu adik Ayob, Mohd Haslam Khan, 33 tahun.


"Hari selasa lalu adik kawan saya ternampak kelibat lembaga hitam muncul di belakang rumah di Jalan 1, hari rabu dia nampak lembaga itu bak melekat di cermin, mengintai ke dalam rumah. Cara dia macam Spiderman. Hari khamis orang minyak itu masuk ke dapur, muncul di atas sinki dan mnyorok di bawah meja makan. Tinggi dia lebih kurang tinggi saya dan badan dilumur dengan minyak, berkilat. Modus operandi, dia merayau selepas waktu Isyak. Dia dipercayai berminat dengan mangsa, gadis berusia 18 tahun, jadi dia tidak mencari mangsa lain," kata Haslam.


"Dia muncul sahaja atau sampai ke tahap memegang mangsa?," soal saya.

"Budak perempuan itu masuk ke bilik air, tiba-tiba dia terdengar bumbung di atas bilik air berbunyi. Beberapa saat kemudian tangan perempuan itu tercalit dengan minyak. Pada peringkat awal, kawan saya sangka mungkin kesan tertumpah eye shadow atau sebagainya. Bila dia cuci dengan air, tidak hilang juga. Oleh kerana kejadian sudah berlaku dua hari, dia membaca Yasin, mengambil limau nipis, celup dengan air Yasin, dia membaca ayat Kursi, dia tonyoh. Alhamdulillah kesan itu hilang tetapi apabila dia mencium tangan memang bau minyak gris," terang Haslam.


Kejadian itu didakwa berlaku Jumaat lalu. 

Saya terus mendengar.

"Oleh kerana dia berjaya mencalit adik ipar kawan saya, budak itu mendakwa terdengar suara di telinga sampai ke subuh memanggil, kau datang sini, kau datang sini. Jadi dia sudah menjadi trauma. Akhirnya kawan saya membawa semua ahli keluarga dia keluar dari rumah mereka sejak 2 hari lalu," tambahnya.

Haslam teru berkongsi maklumat bersama kami.

"Kali pertama dia berlari arah kemari, kami terjumpa satu kawasan seprti dipijak dan bahagian tengah rumput dibasahi minyak. Di sinilah kawasannya dan mengikut kata orang berpengalaman, di sini juga dia mula membuat kerja," sambil dia menunjuk ke tanah. 


"Penduduk di sini ada membuat laporan polis?," celah Suhaimi.

Ayah kepada 2 anak, kini menetap di Kampung Datuk Harun, Petaling Jaya Selangor itu kelihatan seperti wartawan berpengalaman.

"Suspek dipercayai warga asing. Sewaktu pegawai dari Ibu Pejabat Polis Daerah, IPD Gombak datang, dia melihat suasana di sini dan dia mencatatkan informasi. Sebaik mendapat tahu penduduk sudah keluar berkawal dilengkapi senjata, beliau menasihatkan lebih baik kalau wakil masyarakat setempat  membuat laporan polis, covering report, minta bantuan IPD menghantar anjing pengesan. Jadi difahamkan laporan telah dibuat, samada malam ini atau esok, pihak IPD akan datang bersama anjing pengesan," jelasnya.

Suspek dianggarkan berketinggian 5 kaki, bertubuh kurus dan berkaki ayam.


"Tapak kaki dia bersaiz normal?," soal Suhaimi spontan.

"Orang dia tidak begitu besar tetapi saiz kaki dia memang luar biasa," ujar Haslam.


Kami kemudian ditunjukka kesan tapak kaki dirakamkan penduduk.


Pemilik gambar, penduduk tempatan, Mohd Zaki Zainuddin, 42 tahun.


"Ini pula gambar kesan tangan dia semasa memanjat zink sebelum memboloskan diri," kata Zaki.


Jam 3 petang, R. Paramasivam datang menghampiri kami.

"Pagi Ahad, kira-kira 1.30 pagi, saya ternampak kelibat orang minyak melalui tingkap, dia melintas di bahagian luar rumah saya. Saya cuba memukul dia menggunakan kayu, malangnya terhadang dek besi tingkap. Saya memang geram bang, hanya kerana dia seorang, semua peduduk bimbang, tidak boleh tidur," kata lelaki bujang berusia 25 tahun itu.


"Ada anak dara ke di rumah awak?," soal saya.

"Saya ada tiga adik perempuan bang. Di sebabkan kes ini, biar pun bekerja setiap pagi, kami semua tetap bersatu menjalankan rondaan dan membuat kawalan," ujar Paramasivam.

"Saya suka mendengar ayat terakhir itu, bersatu," celah saya.

Hemat saya, itu antara kemanisan hidup di negara ini. Penduduk akan spontan bersatu tenaga untuk menangani masalah mampu menggugat keselamatan semua tanpa mengira bangsa dan agama dianuti.

Saya kemudian berpaling ke arah lelaki berusia 62 tahun, berdiri di sebelah.


"Saya sudah tinggal di kampung ini, lebih 40 tahun. Tidak pernah terjadi perkara seperti ini," luahnya.


"Apakah petanda kalau orang minyak itu keluar?," soal Suhaimi.

"Kalau terbau minyak zaitun, kuat, dia memang sudah ada di sekitar," jawabnya.

InsyaAllah, kru 666 akan ke lokasi sama selepas waktu Isyak malam ini bersama perawat Kastuti Syifa', ustaz Aznil Zulkifli serta rakan.

11 ulasan:

  1. Nampaknya ada orang nak menguji ilmu, kalau dia bijak dia takkan datang ke tempat yang sama lagi..

    BalasPadam
  2. Smti.. Hrp suspek dpt diberkas secepat mungkin baik dengan bantuan pihak berkuasa mahupun dengan perubatan tradisional sekiranya ia berkait rapat dengan ilmu batin..risau keselamatan anak-anak remaja kawasan sekitar.Moga dpt dihentikan segera.

    BalasPadam
  3. Assalamualaikum,
    SMTI.

    Semoga masalah ini berjaya diatasi dengan cepat. Kagum dengan masyarakat setempat yang BERSATU...baru 1Malaysia namanya ;)

    BalasPadam
  4. kena letak perangkap.. kumpul 2-3 orang gadis 18 tahun.. letak setempat.. pastu tunggu suspek datang.. pasang juga infrared camera.. sure dapat tangkap.. but only if he comes again to the same spot.. but kalau dia amalkan ilmu batin.. dia boleh ghaib sekelip mata..

    BalasPadam
  5. meremng bulu roma baca... susah kalu ada yg suke belajar ilmu2 yg bukan2 nih... menyusahkn org

    BalasPadam
  6. kampung laksamana.. kawasan kejiranan saya, saya tinggal di taman selayang, tapi, tidak pula saya dengar tentang cerita ini.. harap2 kite dapat memberkas dia secepat mungkin ye...

    BalasPadam
  7. area ni - Kg. Laksamana dgn yg berhampiran sekitarnya mcm Kg. Sg. Kertas mmg ramai yg kata 'black area'... selain masalah warga asing, masalah rompakan / pecah rumah pun kerap berlaku... susah nak dikawal...

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.