Isnin, Disember 12, 2011

RELA DUKUNG WARGA AFRIKA

Pelbagai masalah diadukan kepada saya berhubung kawasan penempatan ini. Dari kes sebilangan pemandu teksi mencekik darah tidak menggunakan meter, kerenah warga Afrika dan lambakan warga asing lain.

Dalam melaporkan berita, saya tidak gemar menelan bulat bulat maklumat disampaikan.

Justeru, semalam saya berkunjung ke Sunway Mentari, Petaling Jaya, Selangor dan menyaksikan sendiri keadaan di sekitar kawasan itu.

Terus-terang,  ketika merakamkan gambar di hadapan Mentari Court, saya berasa berada di negara asing.


Melalui pengamatan, spontan saya terfikir, phrasa 'tidak Melayu hilang di dunia' bagaikan kurang tepat jika diapplikasikan 'di dunia' saya tinjau itu.

Wajah warga tempatan apatah lagi Melayu teralu asing di sini.


Jika kesemua warga asing terbabit berhijrah secara sah ke negara ini sekaligus memiliki dokumen perjalanan lengkap, mereka tidak melakukan sebarang kesalahan mengikut Akta Imigresen 1959/63.

Tetapi siapakah mampu mengesahkan fakta itu?


Sampah dibiarkan bertaburan di tepi jalan dan tidak sedikit pun kelihatan mengganggu mereka lalu-lalang.


Warga berkulit hitam didapati turut membanjiri kawasan penempatan sama. 

Sebelum ini saya menulis berhubung kes membabitkan warga Afrika di Mantin, Negeri Sembilan, baca di sini.

Hari ini akhbar tempatan sekali lagi memaparkan berita berhubung operasi bersepadu di Mantin, klik di sini dan di sini.
 

Dipercayai pihak berkuasa juga berjaya membongkar sindiket penipuan 'African scam' dalam operasi sama, sila baca di sini.


Sudah menjadi kelaziman, majoriti warga Afrika akan 'bertempur' dengan penguatkuasa setiap kali mereka cuba diberkas.

Barangkali tindakan itu didorong berikutan tubuh mereka jauh lebih tegap, penampilan menjadi kegilaan sebilangan gadis tempatan.


Simpati saya memerhatikan tindakan anggota RELA di atas kerana terpaksa mendukung warga Afrika patah kaki akibat melakukan adengan stunt, terjun dari tingkat dua bangunan di Mantin.

Dilaporkan awal pagi tadi penguatkuasa Jabatan Imigresen Selangor melaksanakan operasi memeriksa dokumen warga asing di Pangsapuri Baiduri, Puchong.

Selain daripada Mantin dan Puchong, Sunway Mentari, satu lagi lokasi harus diperiksa oleh pihak berkuasa.

 

Majoriti warga tempatan ternyata terlalu muak dengan tingkah-laku mereka.

Jangan sampai muntah.

NOTA

Kepada semua penyumbang Projek Bantal, belum berpeluang menonton video dirakamkan kru Pengembaraan Alam Ghaib, PAG, silakan ...


Saksikan banyak lagi video tinjauan 666 dan PAG di laman sama.

19 ulasan:

  1. Samalah pemandangannya di hadapan Pasaraya Mydin Sinar Kota berhampiran Pudu Sentral (dulu Puduraya) - penuh dengan 'warga dunia'...

    Kenapa perlu di dukung warga asing itu dan tidak dipapah atau diseret saja... :(

    BalasPadam
  2. saudara mazidul,
    sunway mentari dan apartment2 di sekitarnya memang penuh dengan warga asing yg mcm2 perlakuannya.juga penuh dengan rumah transit aktiviti persundalan.saya byk kali (lebih dari 5 kali) membuat aduan kepada jabatan imegresen.saya pulak disuruh pulak jadi pengintip untuk mendapatkan bukti2 kukuh.adakah pihak penguasa takut dengan bapak2 ayam yg menyimpan warga China ini? saya harap dengan perkembangan terbaru ini, semoga kawasan Sunway menjadi kembali bersih dari "pencemaran" yang meloyakan ini.

    BalasPadam
  3. mana2 sekarang di Malaysia SEMAK dengan warga asing. Sah atau tidak sebagai org awam bukan pun kita tahu!

    BalasPadam
  4. SMTI

    saya pernah terfikir mat2 afrika dan minah2 afrika yg datang kat sini buat kerja apa...nak kata jadi student, tak nampak rupa macam student kolej pun..

    BalasPadam
  5. saya penah menyewa bilik di mentari court nih. terus terang, saya rasa diri terasing berada di kawasan ini. sebilangan besar penduduk warganeraga berada di blok H (keluarga/bujang). Blok terawal A & B merupakan hostel utk kebanyakan kilang2 yang berhampiran.

    itu merupakan salah satu sebab kenapa warga asing banyak di sini. Warga Afrika juga selalu menimbulkan kekecohan pergaduhan dgan warga tempatan dan juga sesama mereka. beberapa kali polis terpaksa masuk campur tangan utk meleraikan keadaan.

    saya percaya warga afrika rata-ratanya berhijrah ke sini atas tiket menyambung pelajaran tetapi lagak mereka jarang sekali saya lihat seperti seorang pelajar apatah lagi melihat buku/beg yang digalas utk ke kelas.

    yang lucu nya, bila Piala Dunia yang lepas..gol2 dari kumpulan2 afrika disorak secara kuat..gema nya, seakan2 Malaysia menyumbat gol ketika di Sukan Sea tempoh hari.

    berkenaan teksi, saya percaya yang berada berhampiran di pondok pengawal itu langsung tidak menggunakan meter walaupun mereka mempunyai mesin tersebut. Pernah ibu saya hendak ke Sunway Pyramid yang jarak perjalanan tidak sampai 1km+-..dikenakan caj sebanyak RM6-7..kalau ada caj perkhidmatan utk kaunter teksi dan sbgnya mungkin kita akan faham..tapi ini tidak langsung.. bagi saya caj itu agak tidak munasabah utk jarak yang sedemikian..sepatut nya kurang dari RM4..

    sekadar berkongsi..saya merasakan seolah2..kawasan ini tidak diberi perhatian oleh pihak2 yang bertanggungjawab dan dibiarkan sahaja..

    BalasPadam
  6. Akibat terlalu muak dan bosan dengan karenah mereka, saya telah pindah dari situ...awang hitam berlagak samseng bak berada di kampung halaman mereka sendiri...SMTI.

    BalasPadam
  7. dlu pernah menetap di Mentari juga..
    TAKUT..itu yg mampu saya katakan..
    bertahan juga setahun..
    lgpun memang tidak sesuai utk bby yg bakal lahir ketika itu..
    mujur hy rumah sewa..kalau beli? ampunnnn tak tahulah kesal macamana...nak cari penyewa pn bkn senang...

    pernah juga melihat awek afrika menyumpah seranah penumpang dlm ktm..siap sebut ladies muslim..wahhh terbakar hati...

    BalasPadam
  8. Setakat yg pernah saya dengar dan tahu, semua warga dari benua afrika ni masuk ke Malaysia dengan tiket sebagai pelajar.

    Kalau kata sebagai pekerja asing, tak pernah pun jumpa pak itam ni kerja kat stesen minyak ke, kat kilang ke, jauh sekali la kat projek pembinaan. (kalau ada tolong bagitau,ye...)

    Ok, kata la pelajar. Memang ada yg betul2 belajar. Tapi persennya kecik sangat. Kalau 10 tu, rasanya 15 orang pun bukan datang belajar. Kalau 100, ada 2 orang le gamaknya yg betul datang belajar?

    Yang lain-lain ?

    Sedikit pengamatan saya semasa berada di sekitar Sentosa, bersempadan dengan Klang dan Shah Alam.
    Pukul 9 pagi hari kerja pak itam ni keluar dari pangsapuri yg mereka sewa. Berlenggang saja, tanpa beg atau buku. Pelajar ke? Yg nampak cuma telefon bimbit. Sekejap2 menjawab panggilan. Sekejap pula membuat panggilan. Sibuk macam tokey besar.

    Berjalan kehulu kehilir, tak bekerja tapi pakaian tak kalah. Kain baju tak pernah selekeh. Makan di KFC dan Kafe mahal. Malamnya berhibur di pub dengan minuman keras yg sudah tentu juga mahal.
    Tinggal di pangsapuri yg kadar sewaannya melebihi RM 800 sebulan.
    (pernah jumpa pak itam afrika duduk rumah setinggan?)

    Persoalannnya :

    Apa kerja dia?
    Dari mana datang duit untuk menampung kehidupan sehari-hari?
    Kenapa mereka kelihatan sangat selesa seolah berada di negara sendiri?
    Malahan sudah kelihatan ada pak itam afrika yg mampu memiliki kereta, bukan biasa2 punya - tapi Peugoet 206. (
    ada kot kereta sewa jenis tu?)

    BalasPadam
  9. Salam bro..adik saya pun tinggal di sana...saya ada berkunjung ke sana dan memang betul seperti apa yang bro tulis , kawasannya tak ubah mcm negara asing...

    BalasPadam
  10. SMTI - Terlampau muak dah ni..

    BalasPadam
  11. smti....wekkkk...dah muntah pun nih...geliiii....!!!

    BalasPadam
  12. kat Puchong nie sangat bersepah warga asing..Kat area kawasan rumah saya bandar puteri 7..Vietnam,bangla,negro,indon bermacam2 lagi ada tapi sangat la pelik time pihak berkuasa datang saja daripada ramai2 tu angkut balik tak penuh pun 1trak..indon kat opis dengan angkuhnya bagitau ala dik..polis situ dah kutip tol jadik setiap kali ada pemeriksaan semua dah cabut dulu..sama la dengan kawan hubby yang kawin dengan Indon "kosong" awal2 dah bawak larik bini ke tempat lain..macam mana tu??masalah tak akan selesai kalau semua tak bersatu..

    BalasPadam
  13. Saya ada pengalaman ngeri semasa tinggal di Mentari Court.

    Masa saya nak sewa, saya dtg tgk rumah siang, jadi tak nampak org2 asing time tu. Bila dah pindah baru saya nampak keadaan sebenar.

    Petang (dalam pukul 5 ke atas) akan nampak ramai org2 asing, rasa macam kat Bangladesh/Myanmar/Afrika pulak. Kadang2 tengah2 malam dengar diaorang bergaduh n barang pecah2. Pernah polis datang sebab diaorg gaduh pukul 3 pagi and pukul2 semua.

    Kadang saya keluar and balik malam, saya pernah balik dalam pukul 12 dan 1 pagi. kedua-dua kali saya diikut oleh orang Afrika. Dia akan keluar lif dan tunggu untuk tgk saya masuk unit mana. Pernah sekali saya turun tangga semula dan bila saya toleh belakang dia sedang ikut saya!

    Hanya tuhan tau betapa takutnya saya masa tu, rasa tak selamat (guard jauh dan jarang ronda)

    Saya memang tak nasihatkan orang kita duduk sana. Bahaya.

    BalasPadam
  14. En. Mazidul,
    Saya menetap di kawasan sunway mentari ini dimana seperti yg telah en. mazidul saksikan bermacam karenah dibuat olih bangsa asing terutama sekali awang hitam ni...sampaikan kebanyakan keluarga terasa terancam untuk bersiar2 didalam taman rumah ini takut diganggu. Bermacam2 kes terjadi seperti pecah rumah, gangguan seksual & ianya makin bertambah dengan adanya kelompok2 bangsa asing yg mendominasikan kawasan tersebut seperti bangsa indon & afrika ini. Harap dengan pendedahan Mazidul dapat hendkanya pihak berkuasa mengambil tindakan.

    BalasPadam
  15. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  16. saya perasan encik ketika sedang mengambil gambar di sekitar sunway mentari itu..ketika itu sy sedang menunggu kereta yang sedang dicuci di selekoh (kalau encik perasan) yang juga pekerjanya adalah warga asing. Saya duduk di apartment C seperti yg terdapat di dalam gambar encik..di sini byk terdapat kes2 samun,pecah rumah,malah kereta sy juga pernah dipancitkan tiga2 sekaligus dan number plate sy dibuang dan tidak ditemui. dan saya yakin itu angkara mereka. Memang benar,pihak berkuasa telah byk menjalankan aktiviti banteras org asing di sin tp selang dua minggu,kelibat yg ditangkap itu sudah dilepaskan semula. Saya tak faham apakah tujuan pihak berkuasa. Sekadar mengaburi mata kita kah?
    Harap encik boleh meneliti kes seperti ini.lambakan seperti ini tidak baik sebenarnya.

    BalasPadam
  17. Apa yang kerajaan buat untuk rakyat? Siapa yang akan ambil tindakan? Adakah kerajaan tahu betapa serius perkara ini? Nak tunggu sampai ada kes baru nak ambil tindakan?

    BalasPadam
  18. Mcm mana mudah sgt dia org ni semua masuk sbg student? Kolej2 ni sapa punya? Sapa ada syer? Warga asing spt Vietnam, Myanmar & Sri Lanka yg pegang kad UNHCR masih menetap di negara kita sbg status pelarian padahal negara dia org dah aman. Knp x dihantar pulang? Sapa yg dpt faedah bila dia org ni masih dibenarkan menetap. Australia halau klr tapi negara kita terima lak. Ada terfikir x knp negara kita beriya terima dia org? Saya rasa Sdr Mazidur lebih baik besarkan scope dan dedahkan knp semua ini berlaku. X guna cerita pasal Mcourt. Wabak ni dah berlaku di seluruh Lembah Klang. Find out & selesaikan root cause nya, settle la semua. X guna asyik cerita pasa Mentari je. Naik jemu saya dgr. Menyampah pun ada. Sory la Mazidur klu saya terkasar bhs.

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.