Mengikut exif data, gambar pegun di bawah direkod menggunakan kamera telefon bimbit Sony Erickson E15i pada 17 Disember, jam 3.57 petang.
Bendera diturunkan terpapar gambar Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak, pemimpin berbangsa MELAYU.
Seperti disiarkan di YouTube, kejadian itu mendorong Ruslan Mokhtar menghayun penumbuknya ketika Adam Adli berdiri bersama penyokongnya di pintu masuk utama Ibu Pejabat Polis Bukit Aman di Kuala Lumpur.
Untuk rekod, Adam, di sebelah kiri di dalam gambar pertama.
Mujur tumbukan itu tersasar.
Panik, Adam kelihatan berundur dan Ruslan cuba dihalang lelaki berkacamata hitam.
Ruslan kelihatan tenang sewaktu meluahkan ketidakpuasan hatinya.
Ruslan dipercayai berang berikutan tindakan Adam datang ke Pusat Dagangan Duia Putra, PWTC, lalu menurunkan gambar pemimpin nombor satu negara, Datuk Seri Najib.
"Jangan kurang ajar! Nak tangkap apa? Ada aku tumbuk dia? Ini bukan gengster UMNO lah! Maruah tahu tidak? Kalau engkau ada di PWTC, ada budak-budak UMNO, mampus engkau dekat situ. Engkau orang belajarlah!," katanya.
Adam dan rakan lain kelihaan berundur.
"Sebab dia kurang ajar sangat, kalau dia betul betul anak MELAYU, dia pergi ke bangunan UMNO, kena beradaplah. Jangan sampai hendak turunkan bendera presiden UMNO, lepas itu naikkan bendera dia, ini sudah kurang ajar. Bagi saya kurang ajar, sudah tiada biadab, sudah tiada apa, semua dalam itu. Saya seorang, saya cari dia. Saya bukan upahan UMNO, upahan gengster UMNO, tidak. Saya akan cari dia sebab dia kurang ajar, kita akan ajar dia. Budak mentah lagi, 22 tahun baru. Tetapi dia tidak mahu minta maaf, kalau orang tua dia kita buat macam itu, marah tidak dia? Bagi saya sebagai rakyat Malaysia prihatin, cukup marah dengan apa dia buat," ujar Ruslan lagi.
Berikut antara respon terhadap klip video di atas.
Ramai barangkali terfikir, apakah antara faktor mendorong Adam melakukan tindakan begitu? Jika tidak bersetuju dengan pindaan Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971, mengapakah dia harus memilih kaedah provokasi?
Sejak 18 Disember, akaun Twitter Adam kelihatan tidak aktif berbanding sehari sebelum itu. Pelbagai kenyatan dikongsikannya bersama ribuan pengikut di laman sosial terbabit.
Periksa di sini.
Di manakah Adam sekarang?
Adakah dia akan meneruskan pengajiannya di Universiti Perguruan Sultan Idris, UPSI, selepas ini? ... dan kemudian menjadi pendidik anak bangsa kita?
Jika nama menjadi buruan remaja itu, hasrat itu sudah terkabul.
Andai kata dia mengundurkan diri dari UPSI dan memasuki pusat pengajian tinggi swasta, saya yakin perlakuan dianggap kurang ajar itu tetap akan menghantui dirinya dalam jangka waktu panjang selagi dia menetap di bumi pernah bergelar Tanah Melayu ini.
Adam harus difahamkan, tindakannya itu TIDAK mewakili semua mahasiswa dan mahasiswi di Malaysia. Malah dia sekaligus telah menyemai perasaan benci majoriti MELAYU bergelar mahasiswa terhadap dirinya. Pada masa sama Adam tidak harus lupa, dia telah menguris perasaan ramai ahli UMNO berikutan tindakannya.
Baik, saya ingin pembaca berkongsi pandangan di entri ini.
Jika pembaca berada di tempat Adam, apakah bakal anda lakukan?
tindakan tanpa ilmu. menurunkan bendera tidak akan menyelesaikan masalah.
BalasPadammungkin adam mahu populariti. mahu menarik perhatian.
seperti kata anda, jika 'nama' yang ingin dicari, makanya adam sudah berjaya.
Kalau saya jadi Adam, saya akan pergi Dublin dan kawen dengan gay.. Tentu tidak ada masalah untuk cari pasangan sebab Adam jambuuuu...
BalasPadamSalam... Saya seorang guru. Perbuatan menurunkan bendera merupakan satu provokasi melampau. Perkara seumpama ini dilakukan oleh individu yang benar-benar berasa marah @ tidak berpuas hati. Namun, nama UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS yang mana graduannya merupakan bakal guru telah terpalit dalam kes ini. MAHASISWA ADAM ADLI sebenarnya bukan hanya mempopularkan dirinya bahkan menjatuhkan imej UPSI. Secara peribadinya, saya terkejut atas tindakan 'bakal guru' tersebut. Teringat pensyarah saya pernah berkata.. "Guru yang baik akan melahirkan sejuta insan yang baik". Satu lagi nasihat bekas pensyarah saya semasa di maktab mengatakan "Lebih baik pelatih (bakal guru) yang melanggar disiplin dibuang maktab daripada dia berterusan membawa malapetaka kepada murid-murid di sekolah kelak".
BalasPadamSekarang ini pula Timbalan Menteri yang begitu komited menyokong program-program mahasiswa pula telah menjadi 'punching bag' dan menerima tekanan/kecaman dari sesetengah pihak dalam UMNO dan kerajaan berikutan isu ini. Bayangkan kesannya daripada perbuatan sekumpulan mahasiswa, padahnya terkena juga kepada menteri yang ingin menolong mahasiswa sendiri.
BalasPadamBaca lanjut sini: Sokongan buat Datuk Saifuddin Abdullah
http://diaridrsepet.blogspot.com/2011/12/sokongan-buat-datuk-saifuddin-abdullah.html
saya suke bila ada orang yang komen di Youtube pasal kisah ini menyatakan..."kah kah kah kah. revolusi? kahkahkahkahkahkah. spender pun bapak lu belikan, lu nak buat revolusi? kah kahkah kahkahkah
BalasPadamgabanhero"
Budak Adli ni memang sengaja dok cari penyakit.
BalasPadamBagaimana orang nak hormat dia sedangkan dia tidak menunjukkan hormat pada orang lain?
Respect is earned la, budak.
secara perbandingan menurunkan bendera gambar naJib dengan menghantar replika najis kepada jabatan kerajaan manakah yang lebih bertamadun & beradap...???
BalasPadamkalau saya jadi Adam, saya terus study je kat UPSI. kalau pengurusan UPSI buat kecoh, saya panggil press terutama malaysiakini. lepas tu saya gunakan muka jambu saya untuk pengaruhi ketua umum supaya letak saya jadi calon untuk bertanding PRU13. boleh dapat undi dari mahasiswa perasan bagus macam saya. bertanding kawasan campuran, yang ramai non-Malay. kalau kalah, jadi coffee boy pun ok.
BalasPadamNi jenis yg wajib buang ke Laut Mati je..UPSI patut ambil tindakan tegas utk AA nie,kalau di biar dia akan jadi wabak yang merosakkn anak didiknya kelak..Betul kata Hunter,spender pon mak ayah sponsor ada hati nk bt revolusi..Pakai otak le bila nk buat tindakan,ni buat malu kaum jer..
BalasPadamperbuatan tidak bertamadun......budak mentah yang terlalu beremosi senang dipengaruhi, entah2 balaci yahudi.....
BalasPadamAdam Adli nama yg membawa maksud yg baik - Nama Nabi yg pertama, Nabi Adam a.s, yang adil/menjadi ikutan/teladan - mengapa dicemari nama yg diberikan oleh Ibu & Bapa?
BalasPadamAdam Adli Pelajar UPSI, bakal bergelar seorang Pendidik - mengapa dicemari Profesion yg mulia & dihormati itu?
Adam Adli punyai keluarga, punyai negara, punyai maruah - mengapa dihenyak dipijak piala kehormatan itu?
Adam Adli,
Ketepikan isu politik & amarah berapi mu Dik. Kembali mencari jalan mengenal jati diri mu - Hidup/mati/perjuangan/harta-benda setiap makhluk beragama Islam tiada lain & tidak bukan matlamatnya hanyalah kerana Allah S.W.T. Itulah hakikat misi & visi sebuah nyawa yg dikandung badan-Hablumminallah & Hablumminannas jika diamalkan InsyaAllah tembok kebencian akan runtuh dgn sendiri.
Adam Adli,
Kalau Auntie Liza berada ditempatmu Dik perkara pertama adalah mencari DIA utk menyatakan kekesalan, mohon maaf dgn Ibu, dgn Ibu, dgn Ibumu & Ayahmu, mohon maaf dgn khalayak yg tlh tercalar hatinya. Semulia-mulia manusia adalah yg mengakui kekhilafannya & si pemberi maaf.
"Anak muda, singa hatinya
Orang tua, pemaaf jiwanya
Salah & silap adat manusia
Yang terkhilaf diperbetulkan, sama-sama mencari sempurna".
kalau saya jadi adam?...kalau saya jadi adam?...ermmm.....gali kubur sendiri...masuk dlm tuh....duk diam2 smpai org tlg tanam....tak pun tanam sendiri.....kubur tuh plak jauh dari org dan x bertanda....klu x nnti org dtg mintak nombor ekor plak....
BalasPadamKalau saya jadi Adam... mengaku kesilapan sendiri iaitu masuk ke rumah org dan merosakkan harta org. Itu sdh dikira sgt menyakitkan. Tapi mengaku kesilapan sendiri adalah lbh baik drpd terus mengikut telunjuk emosi yg tak tentu hala.
BalasPadamYg pasti, Adam bkn seorg yg bertanggungjawab dan amanah kepada bangsa, agama dan tanahair sendiri. Mcmmana nak jadi cikgu?
smti... budak mentah, tak guna otak bila berbuat sesuatu... nak jadi hero? habiskan belajar n bayar dulu duit ptptn, baru boleh berpencak menunjuk hero!
BalasPadamkalau tak puas hati dengan kerajaan pun, guna la saluran yang betul.. jangan sesuka hati pergi tempat orang, turunkan bendera. tu hak umno nak letak bendera situ.. buat something pikir la baik buruk.. kan dah xleh jadi cikgu.. huahuahua
BalasPadamkena masuk sekolah sopan dulu test pemaki baru boleh ngajar..itu pendapat saya..sesapa yang kuat memaki elok ngajar haiwan..sian bebudak nanti
BalasPadamdh rasa macam kt negara indon plak...adam....ko belajar pun kerajaan tanggung,....hisshh...sedar dirilahh...
BalasPadamtahniah la utk adam...tahniah sbb dh menunjukkan yg btl kata2 HANG TUAH `MELAYU MUDAH LUPA`
BalasPadamMungkin bagi sesetengah pihak, isu menurunkan panji/bendera itu sekadar isu kecil dan isu utama ialah AUKU. Tapi cuba bayangkanlah, ada orang datang ke rumah kita dan turunkan gambar2 kita sekeluarga dari dinding dan gantikan dgn gambar mereka. Apa perasaan kita? Suka? Maruah tercalar? Ingat, matlamat tak boleh menghalalkan cara. Mahasiswa sbg golongan “terpelajar” perlu berhemah bila berbicara & bertindak. Tunjukkan contoh yg baik kpd org ramai terutamanya adik2 kat luar sana tu. Bila dtg rumah org, jgn buat suka hati mcm kat rumah sendiri. Sedangkan kat rumah sendiri pun, mak bapak marah kalau kita selerakkan barang2. Menurunkan panji/bendera organisasi yg tak bersependapat dgn kita hanya akan mengeruhkan keadaan. Bayangkan kalau org2 yg diturunkan panji/bendera tu pergi ke tempat pihak yg lagi satu dan turunkan panji/bendera sbb nak balas dendam. Malaysia takkan jadi aman kalau semua org berperangai mcm ni. Saya faham darah org muda, tapi hormatilah sesama manusia. Gain Respect But Don’t Demand.
BalasPadamNi jenis yg tak tau asal usul, bak kata pepatah melayu, masuk kandang kambing mengembek n masuk kandang harimau mengaum. Dah tau itu PWTC adalah bangunan UMNO, apa salah mereka nak letak gambar siapa pun terutama gambar PM Malaysia. Kalau rasa tak puas hati, masuk bertanding n kalahkan PM. Ni nak kasi PM kalah dgn menurunkan gambar dia. Jenis pondan kowloon. Tak dpt tumbuk org yg kacau dia, dpt maki pun rasa puashati.
BalasPadamBukan masalah profession, actually masalah bipolar disorder, tak tau mana yg baik dan tak baik. Dan tak tau mana patut n mana tak patut.
Pada saya mereka ini mencari peluang n populariti kut2 le dpt terpilih sebagai somebody dlm PRU yg akan dtg. Almaklumle, kalau glamer sekarang akan membawak satu hari nanti akan jadi somebody pada masa akan dtg.
susah kita nak salah kan Adam, dia just 22tahun. baru sahaja melepasi umur 21thn.
BalasPadamInila yang dikatakan masyarakat akhir zaman. Terkejut saya apabila membaca kisah 'dia' ini. Rasa malu sebagai 'mahasiswa' kerana saya pun pernah melalui era 'dia'. Tetapi kami semua mempunyai batas masing2. Saya harap 'dia' dapat fikirkan apa yang 'dia' lakukan. Allah kadang2 tu menguji kita sebagai hambaNya. 'Dia' masyarakat 'MELAYU' terutamanya amat marah dengan perbuatan 'dia'.Fikirkanla MALAYSIA .... jangan bertindak mengikut tanpa memikirkan nasib MALAYSIA + MELAYU pada masa hadapan.
BalasPadamAdam...antara anak muda yang tak fikir masa depan...
BalasPadamterpengaruh dengan agenda orang lain.. yang dia sendiri belum cukup faham...
orang lain menikmati keuntungan... dia nanti di mana...?????
adakah dia fikir semua ni...????
Tindakan yang tak cerdik sebagai mahasiswa..sepatutnya boleh gunakan cara yang lebih bermoral...sia sia saje guna cara camni... jangan nanti dituduh balaci sudah la...orang lain yang untung... sistem pemerintahan negara skrg dah terbuka...so takde masalah pm dengan rintihan rakyat...kebebasan bersuara pelajra boleh mengugat keharmonian sebenarnya..tengok indon..negara musnah dek demontrasi je..tapi isu pokok tak selesai pun....sekadar nak layan nafsu amarah je...
BalasPadamJika berada d tempat Adam?
BalasPadam1. Menurun bendera PM Datuk Seri Najib (tindakan yang kecik) memang tidak salah dan tiada dalam undang-undang pun menurunkan bendera gambar PM menjadi satu kesalahan. Tapi jika melakukannya boleh mengundang musibah lebih besar? Memang TIDAK berbaloi. Kenapa? Kerana prespektif politik dan hormat kepada pemimpin ia adalah salah bagi sesetengah orang. Tak kira dari parti politik mana - pasti ada yang akan bangkit menentang.
2. Kenapa aku perlu menurunkan gambar PM Datuk Seri Najib?
Ia bukan milik aku? bukan aku yang menggantungnya?? dan bendera itu bukan berada di tempat aku?? Apa motif aku? Menurunkan bendara tu bermaksud aku menceroboh! Ini lah dikatakan menurut hati binasa...kerana masuk dan menyentuh hakmilik orang lain memang perkara tidak beradab. Ia memang tertib yang diajar oleh orang melayu. Malah dalam Islam ia memang salah.
Bila semua pertimbangan bukan dari akal...semua boleh berlaku. Tak kira la Adam, atau Ruslan Moktar, atau abg kaca mata hitam, atau orang parti itu, atau orang parti ini - kami lebih memilih hidup secara aman di bumi MALAYSIA.
ini la terjadi bile ISA dimansuhkan, dan pelajar IPT dibenarkan melibatkan diri dlm politik. hilang respect pada pemimpin..zaman dlu, zaman bapak dia, xde pun bapak dia buat camni..
BalasPadamAssalamualaikum,
BalasPadamApa kata belajar sampai tamat dulu dengan CGPA 4.0, kemudian kerja dab bayar PTPTN, kemudian balas jasa mak bapak dulu hantar dia orang naik Haji, melancong keliling dunia...kemudian bina masjid 2-3 biji, dah rasa terbalas jasa semua orang dah, barulah boleh nak tunjuk lagak dan hero pun. baru berbaloi2!
tidak kisah siapa yang memerintah sekarang ..tetapi kalau dalam kotak minda seorang bakal pendidik ada pemikiran yang singkat begini..macam mana pula hasil anak didik yang bakal memerintah negara kelak..
BalasPadamkalau saya ada disitu .... saya lanyak juga mamat adam tuh .... budak hingusannn ..... maybe dengan cara itu dapat melayakkan dia menjadi "pembancuh teh" kepada seseorang ..... hahahaha
BalasPadamkenapa pelajar melayu yang buat ..... aku nak tengok juga pelajar dr kolej kolej swasta .... nampak sangat mudah diperalatakan .....
Chenal, read this
BalasPadamperuntukan seksyen 441 Kanun Kesiksaan:
Criminal trespass
441. Whoever enters into or upon property in the possession of another with intent to commit an offence or to intimidate, insult
or annoy any person in possession of such property; or having lawfully entered into or upon such property, unlawfully remains
there with intent thereby to intimidate, insult or annoy any such person, or with intent to commit an offence, is said to commit
“criminal trespass”.
Punishment for criminal trespass
447. Whoever commits criminal trespass shall be punished with imprisonment for a term which may extend to three months or with fine which may extend to one thousand ringgit or with both.
Saya teringat satu kisah perang dimana mereka berperang habis-habisan. Namun si pemegang bendera akan terus memegang bendera mereka dan tidak akan sesekali melepaskan bendera itu jatuh ke tanah. Begitu besar sekali makna bendera itu sebenarnya.
BalasPadamSekarang saya tertanya-tanya sama ada adam adli ini sudah mendaftar mengundi atau belum.
Kisah disini bukan sahaja cubaan provokasi, tetapi juga tiada adab. Dan sebagai orang melayu, malu sebenarnya.
x
BalasPadamsalam,
BalasPadamhebat sungguh maksud 'Pengkhianat' di mata PADIYAPPA.. 'Pengkhianat ialah owg yg menurunkan bendera PM. inilah masalah owg melayu zaman sekarang, kita sibuk marah apabila bangsa kita bersuara tetapi apabila bangsa lain bersuara kita SENYAP.. apalah sangat kesalahan tindakan menurunkan bendera PM. dia hanya menurunkan bendera itu untuk seketika. mungkin kita telah lupa tindakan penyokong BN pada tahun 1998 yang telah berdemonstasi dan memijak serta membakar gambar DSAI.
jd sya nk tnya kpd para blogger mana tindakan yg paling KURANG AJAR. tindakan Adam @ tindakan penyokong BN pada 1998..
hai semua.. Apa2 pun yang telah berlaku, lebih apdal jika Adam Adli diberi peluang. Beliau cuma berumur 22 tahun. Saya yakin manusia jenis seperti Adam Adli ini terlalu banyak keistimewaan, cumanya dipesongkan oleh individu yang tidak bertanggungjawab. Saya harapkan, insiden yg berlaku 1.1.2012 di pintu utama kampus UPSI bukan pengukur untuk menilai secara keseluruhan warga Ibu Kandung Sulu Budiman. Kejadian tersebut dilakukan oleh sebilangan kecil sahaja, itupun disebabkan ketidakjelasan mereka. Kepada warga UPSI kebitaraan harus ditingkatkan dan maruah Ibu Kandung Sulu Budiman adalah tanggungjawab yang tidak boleh diperlekehkan.
BalasPadam