Khamis, Disember 08, 2011

APA LAGI KO NAK?

"Mazidul, boleh datang interview?," tanya rakan saya Mohariz.

Mohariz Yaakup, 36 tahun, penggubah lagu, kenalan saya.

"Interview? Bro kerja di mana pula sekarang?," soal saya kembali.

"Gaol FM," balasnya.

Selasa lalu, saya mewakili kru 666 diberikan peluang ditemubual selama lebih 1 jam di radio web, klik Gaol FM  di Suite 3A-02 Blok A Lobi 1, Level 3A, Damansara Intan, E-Business Park, No 1, Jalan SS20/27 47400 Petaling Jaya, Selangor.


Siaran Gaol FM boleh didengari di Malaysia, Singapura, Indonesia dan Brunei. Saya juga berpeluang merakamkan gambar bersama penyampai radio, Mohariz.

Lihat sahaja wajahnya, sekaligus pembaca mampu menjangka keletah Mohariz dikenali sebagai 'Yeop' di udara.

Untuk rekod, Gaol FM mula bersiaran pada Ogos 2011.


Saya dan kru 666, Razali, Farid dan Adam minum di Bestari Maju, sejak jam 2 petang tadi. Mohariz berkebetulan berada di restoran sama.

"Datuk Shafik hendak datang," celah Mohariz.

Datuk Shafik Rizaal Saaban, 37 tahun, Ketua Pegawai Eksekutif, CEO, Gaol FM.


CEO berasal dari Muar, Johor terbabit ternyata individu bersifat selamba, kelakar dan mempunyai pelbagai kisah seram di mindanya.

"Itu saya cakap dengan Yeop, hendak join tinjauan 666," ujar Datuk Shafik.

Ruang itu InsyaAllah akan diciptakan untuk beliau dan hasil tinjauan bakal dikongsikan bersama pembaca blog ini.

"Perancangan Datuk seterusnya dalam dunia penyiaran?," soalnya.

"Stesyen televisyen (web TV) an majalah web," balas beliau.


Kru 666 mendoakan impian itu menjadi kenyataan.


Tagline Gaol FM, 'Apa lagi ko nak?'

8 ulasan:

  1. Gaol dlm bahasa Inggeris bermaksud penjara. Sama peliknya dengan nama MobTv. Tapi, apa aku kesah. Ye dak?

    BalasPadam
  2. oho.. dato' shafik neh slalu kuar melodi. bagus tuh tag line nyer...ihiihih

    BalasPadam
  3. caya la bro mohariz! compose boleh, celoteh boleh..menang anugerah aim pun dah.. another one step ahead!

    BalasPadam
  4. Apa lagi ko nak?



    aku nak kau belanja aku makan,hehe

    BalasPadam
  5. Terima Kasih pada Dato Seri Mazidul Akmal kerana sudi datang ke konti gaol.fm

    Sabil : Terima Kasih kerana menyokong saya...

    BalasPadam
  6. TONTON PELBAGAI SIARAN TV ONLINE DAN DENGARKAN PELBAGAI SIARAN RADIO ONLINE DARI DALAM DAN LUAR NEGARA SECARA PERCUMA
    VEBCASTS - Listen web Radio Watching web TV, Tv Online. Watch Over 3000 Online TV Channels And 6500 Radio Stations Free For Around In The Wold clik to watching
    Listen Hindi radio click ,watching live movie ,live international radio,indo radio.usa radio and more ,LIVE MOVIE ,LIVE SPOTS,LIVE HINDI RADIO ,HINDI MOVIE ,AXN LIVE ,STAR MOVIE LIVE ,MAX CHANNEL LIVE LIVE UNTERNATIONAL RADIO AND TV BROADCASTER
    MALAYSIA RADIO ONLINE , UNTUK MENONTON sini lawati >  http://vecasts.blogspot.com/2011/10/malaysia-tv-online-watch-malaysia-tv.html
    MALAYSIA RADIO ONLINE terdapat lebih 180 buah stesen radio online malaysia lawati >  http://vecasts.blogspot.com/2011/11/listen-malaysia-radio-online-live-radio.html watch live ,rtm1 ,rtm2 ,tv3 ,ntv7 ,8tv ,tv ,pas tv ,mobtv ,1hujau tv ,1 malaysia tv ,tv selangor and more tv kat sini leh dengar gaol fm

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.