Isnin, November 23, 2009

Remaja Teguk Arak

Kelmarin sekitar jam 3.15 pagi sewaktu berdiri di hadapan The Zon Hotel di Johor Bahru, Johor, saya terlihat 2 remaja Melayu berjalan terhoyong-hayang berusaha memapah rakan mereka. Kesemuanya baharu keluar dari pusat hiburan bersebelahan hotel ditutup pada jam 3 pagi. Berulangkali rakan cuba diangkat, dia terjelepuk jatuh lalu terbaring di laluan pejalan kaki. Remaja terbabit kelihatan bagai sudah tidak mempunyai kaki. Lemah, dipercayai tubuh berada di bawah pengaruh alkohol.

Saya berasa hairan, jika begitu teruk akibat terlalu banyak meneguk arak, mengapa harus minum?

Jika dilihat di negara kita, pihak polis hanya boleh menahan individu memandu mabuk, tidak penumpang kenderaan biarpun mereka berada di bawah pengaruh alkohol. Manakala andai benar telahan saya, sewaku operasi di pusat hiburan, jabatan agama pula dilihat hanya berhak menahan mereka sedang minum arak, itupun harus berserta bukti. Maksudnya, gelas, jag dan botol arak berada berhampiran si peminum. Pengunjung Islam lain, biarpun kelihatan mabuk tidak boleh ditahan kerana jabatan terbabit tidak memiliki ‘breath analyzer’ untuk membuktikan wujud kandungan alkohol dalam darah di kalangan mereka disyaki meminum arak.

Hemat saya, jika kerajaan berhasrat serius mengekang umat Islam meminum arak, mereka harus dibekalkan dengan peralatan terbabit.

34 ulasan:

  1. haha....
    beatbox topic...
    sbb tu ramai yang pertikai kes sebat pompuan indon kartika tuyh...

    mmg jabatan agama buat kerja ada limit...
    tp paling dorg suke buat tangkap orang khalwat...
    kalau ade kes ni confirm masing2 semangat nak buat operasi...
    sbenarnya, kartika ni kambing yang betul2 hitam sebab kes senang pon boleyh extend...
    haha~

    legal system malaysia mmg lembab.
    we have to chew n eat it at any cost...

    bro, buat pendedahan kat club2 bagi 1 malaysia tgok...
    pastu suruh jbtn agama buat kerja...

    setel~

    p/s; kalo bley tgkp bapak jerung yg kaki togak...
    baru meriah newspaper kat malaysia ni...
    ye x?

    lolz~

    BalasPadam
  2. Salam BRO MAZ...

    kata orang melentur buluh dari rebung..
    Jadi kalu nak tebang, nak tebas waima nak cabut, biar dari akar umbi terus..

    Selama ini saya sangka Jabatan Agama/Polis atau yang berwajib lain, mempunyai alat tu untuk uji orang-orang yg ditahan (atau disyaki mabuk).

    Jabatan Agama tak guna alat tu rupanya... Maknanya kuasa mereka dalam hal sedemikian masih terbatas lah yer? >> boleh saya buat statement begitu?

    Kalu nak lagi daring berani, lesen jual arak tu langsung tak diwujudkan di negara kita ni..:D

    BalasPadam
  3. betul ke kerajaan serius nk kekang umat islam dari arak?
    tak payah ke kelab malam.. 711 tu dah ckup banyak stok, mudah utk dibeli...

    BalasPadam
  4. Keuntungan arak berada di dalam ekonomi negara Islam..thats mean, semua orang kat Malaysia, tak jauh dari sumber2 arak..dah berapa tahun kita bergelumang dengan arak ni? Negara Islam ada kilang arak Carlsberg besar kat Malaysia ni..

    p/s: tak tau nak bangga @ nak malu dengan kilang arak tu..

    p/s/s: Bro maz, mungkin suatu hari boleh ke kilang tu utk tinjau org Islam kat dalam tu..

    BalasPadam
  5. Benar tu bro, ai pun sokom stetmen yu ni...perlu dibekalkan alatan canggih + cukup bagi membanteras secara habis-habisan masalah ini...

    BalasPadam
  6. Salam. Saya sangat bersetuju dengan cadangan saudara. 'Breath analiyzer' memang patut telah lama dibekalkan kepada semua pihak penguasa terutama penguatkuasa drpd jabatan2 agama.

    Senario remaja (termasuk bukan remaja) meneguk air syaitan ni semakin menjadi2. Mereka bebas minum tanpa perasaan bersalah atau malu. Sudahlah dengan Allah tak tau malu, dengan manusia pun tak malu!

    BalasPadam
  7. Haramkan terus penjualan arak, baru boleh selesai masalah.

    Kalau setakat nak tangkap orang yang minum arak, sampai bila-bila pun tak selesai, selagi arak itu dijual secara bebas.

    Kelau serius nak benteras arak, kena buat sesuatu yang lebih tegas.

    BalasPadam
  8. macam mana jika kesemua kawan-kawannya mabuk.
    Kepada sesiapa yag ada membawa senjata tajam serta berdekatan, Elok serahkan kepada pemabuk. Baru sedap cerita didengar.

    Bila ada kes kematian, baru semua buka mata.

    BalasPadam
  9. Salam, dgr cite, kalau tak nak mabuk ada minuman yang berperisa arak, tiada kandungan alkohol tapi rasa macam arak. Dan ramai anak2 muda sudah mencubanya...takut dgn akhir zaman ni

    BalasPadam
  10. Sebelum sibuk2 nak mengekang orang awam, apa kata kerajaan mengekang gejala arak yang lebih giat menular di kalangan VVIP, VIP dan Selebriti. Kerana mereka ni adalah golongan yang menjadi idola dan ikutan orang awam. Jangan bangga tangkap civilian je, lepas tu nak menyebat pun dilambat2kan atas faktor bukan2. Masa war2kan hukuman tak fikir plak.

    Rakyat Malaysia tau dan kenal sangat siapa VVIP, VIP dan Selebriti yang kaki arak ni. Kalau nak gambar pun boleh. Bukan susah kalau nak bukti. So far dowang ni bergambar siap cium2 botol arak, ada kerajaan ambil tindakan???

    BalasPadam
  11. betul v.i.c@d.i.a.na,
    gejala arak bukan sahaja takat org awam tp jg dikalang org atasan, so nak kekang kan masalah ni selesai dr yg atas, so org awam akan ikut.

    sy teringat satu perisitiwa sewaktu bulan puasa hari tu, ketika itu dalam pukul 5 ptg sy ke 7e nak beli topup, nak dijadikan cerita ketika tu ada seorg budak remaja bg sy dlm likungan umur 16 thn nak beli minuman keras. so akak yg jaga kaunter tu pun mintakla ic, dia ckp x bwk, then akak tu ckp x leh beli kalau x de ic n lagi pun skrg bulan puasa mana boleh minum siang hari. budak ni x puas hati terus memarahi akak tu siap sound lagi, dia ckp "duit dia lagi pun bukannya mahal rm 1.90 je amik jerla". akak ni still x nak kasi budak ni beli. lastly budak ni blah mcm tu je sambil siap hempas pintu 7e tu lg.

    ehm kat sini sy salute la kat akak ni sbb dia berani sound budak tu n still x nak jual kan menda tu kat budak tu. tp kalau bayang kan yg jaga kaunter tu jenis yg sambil lewa apa agaknye yea yg berlaku.

    harga setin minuman keras tu pun murah dah senang utk budak2 sekolah ni beli.

    so sepatutnya kerajaan amik tindakan lg tegas. x pun haramkan je terus arak di negara kita.

    p/s: maaf komen terlebih panjang.

    BalasPadam
  12. buka laa tender perolehan, apa susah.. ramai nanti yang masuk tender, buat sebutharga.. hehehehe

    BalasPadam
  13. ...beri kuasa muthlak kepada pejabat agama islam utk mengambil tindakan.Lindungi orang pejabat agama. Dah sah mereka memang salah ada bukti dan saksi....jangan biarkan tindakan atau hukuman yg diambil dipertikai oleh sesetengah kelompok manusia yg kononnya memperjuangkan hak asasi dan kebebasan manusia..kadang2 terfikir juga kenapa hukuman yg telah dijatuhkan dimahkamah syariah boleh dipertikaikan dimahkamah sivil(betulkan saya kalau saya salah)...manusia sekarang dah tak takut dan juga malu dgn tuhan...apa nak jadi agaknya...

    BalasPadam
  14. wahai kerajaan: HARAMKANLAH ARAK
    wahai rakyat beragama Islam: TINGGALKAN ARAK SEBAGAIMANA FIRMAN ALLAH:

    Firman Allah swt yang bermaksud:
    90. Hai orang-orang yang beriman, sesungguhnya (meminum) khamar, berjudi, (berkorban untuk) berhala, mengundi nasib dengan panah[434], adalah termasuk perbuatan syaitan. Maka jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu mendapat keberuntungan. (al-Maaidah)
    91. Sesungguhnya syaitan itu bermaksud hendak menimbulkan permusuhan dan kebencian di antara kamu lantaran (meminum) khamar dan berjudi itu, dan menghalangi kamu dari mengingat Allah dan sembahyang; maka berhentilah kamu (dari mengerjakan pekerjaan itu).(al-Maaidah)
    219. Mereka bertanya kepadamu tentang khamar[136] dan judi. Katakanlah: "Pada keduanya terdapat dosa yang besar dan beberapa manfaat bagi manusia, tetapi dosa keduanya lebih besar dari manfaatnya." Dan mereka bertanya kepadamu apa yang mereka nafkahkan. Katakanlah: " Yang lebih dari keperluan." Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayat-Nya kepadamu supaya kamu berfikir,(alBaqarah)


    catatanhamba.blogspot.com

    BalasPadam
  15. kata ustaz, bkn saya kata la , ustz kata: org islam yg minum arak mesti disebat 80 kali, ikut hukum Allah maka Allah akan beri berkat, nakalaminallah (pencegahan dr allah)
    kata ustz lg- x blh tngkp org mabuk arak begitu sahaja, mungkin dia tak sengaja minum, kena paksa, dsb..bukan senang nak sebat org 80 kali, tapi yg penting daulatkan undang2 islam

    BalasPadam
  16. kat sabah ade iklan CARLSBERG beso badak kat simpang traffic lite..ermmm mcm iklan air oren jek :p

    botol air mabuk ni bersepah dimana-mana jek.terutama ditangga premis kedai sbb waktu mlm dorang bergumbira.. :)

    BalasPadam
  17. Kalau diambil tindakan kepada semua termasuk VVIP, VIP atau selebriti, alamat periuk nasi penguatkuasa tu ditabur pasir laaa...

    Kena transfer dah cukup baik, silap-silap hilang kerja.

    Kah kah kah!!!...

    BalasPadam
  18. alang2 nak membanteras, biar berhabis-habisan. jangan sekerat jalan. bekalkan semua facility & equipment yg diperlukan kpd pihak2 yg berkuasa. kalau tak ada tindakan lagi...tak tahu la apa alasan pihak berkuasa ni nak bagi lepas ni.

    BalasPadam
  19. Salam Bro Mazidul,

    Ada pendapat suruh Haramkan arak , tetapi sebagai Masyarakat Malaysia kalau nak haramkn kena tengok kepentingan orang lain (bukan Muslim). Kalau yang tak boleh nak minum arak tu jangan lah minum .

    Orang lain nak juga minum , macam stout beer , kepercayaan bangsa lain boleh "menyihatkan badan" bila bangun pagi , tapi terlebih minum mabuklah jawapnya.

    Mr J percaya kalau Arak diharamkan mesti ekonomi malaysia pun ada kena tempias.

    Mr J cadangkan sesiapa nampak orang Melayu (Muslim) minum arak , terus bantai je teruk2 , ada berani? kalau minum dekat disko pukul je dengan kerusi .

    Maaf Statment kasar sikit.

    BalasPadam
  20. Remaja yang terlibat dengan gejala yang tidak sihat ini adalah dari golongan remaja yang terbiar tanpa arah tuju yang betul.

    BalasPadam
  21. sememangnya jabatan agama perlu di bekalkan dengan alat 'breath analyzer' untuk mengesan peminum arak (umat islam) supaya gejala ini dapat di bendung. Ianya adalah bukti yang kukuh untuk mengatakan seseorang itu meminum arak. Tidak perlu bahan bukti yang lain.

    BalasPadam
  22. Negara Islam tetapi 'takut' sangat nak melaksanakan hukuman. Bukan terjejaspun bangsa & agama lain kalau Malaysia praktikkan hukum yg tercatat di dalam Al-Quran & mengikut Sunnah.

    Kalaulah disediakan satu zon khas yg yg terdiri drp Kelab/Pub/Disko, kemudian ditetapkan 'HANYA YG BUKAN BERAGAMA ISLAM SHJ DIBENAR MASUK" - rasanya ramai org Islam yg mengaku bkn org Islam berebut2 nak masuk...

    BalasPadam
  23. AM tak tahu, samada AM bernasib baik atau malang kerana ada pengalaman yang pelik dan kadang-kala orang tak percaya jika AM cerita.

    AM pernah ternampak seorang bapa, menyuapkan sesudu beer ke dalam mulut anaknya yag berumur lebih kurang 4 tahun (mungkin lima tahun). Alasannya ialah 'nak bagi rasa'.

    AM juga pernah nampak (di waktu yang lain), seorang remaja berumur lebih kurang 17 tahun 'tapaw' guiness stout dari kedai serbanika di waktu pagi. Bila AM tanya, dia kata "ayah suruh beli"

    AM rasa mereka bukanlah satu-satunya (dua) bapa 'tolol' yang berada di dalam dunia ini. Mungkin ramai lagi seperti mereka. Kita sahaja yang tak tahu.

    Cakaplah apa sahaja, tetapi bila tanya AM tentang gejala sosial remaja, 150% AM tetap mengatakan ibubapa mereka yang menjadi penyebab.


    www.anak2merdeka.blogspot.com

    BalasPadam
  24. Tahan ja..pastu sebat...selagi tak betul-betul selagi tulah diperkotak-katikkan kewibawaan...
    Nanti kita tgk pulak org islam ni takut sebab agama or takut sebab hukuman...

    BalasPadam
  25. apakata, cukai arak dinaikkan, HALALKAN arak untuk semua. Beli pakai 'breath analyzer'.(tampung kos belian)
    cuma bila mabuk hukum secara sivil.

    -jimat kos mahkamah syriah
    -jimat operasi Jabatan agama (unit arak).

    BalasPadam
  26. he...23x

    bodoh menyebat si kambing hitam

    memperkatakan wajid sedangkan ade yang lagi wajib di sebat

    sebat di khalayak ramai he...23x di dlam khalayak tue pun kebarangkalian terdiri dari mereka yang meneguk lebih kepada 0%

    entah2 mereka xtahu pun kes sebat menyebat itu he..23x

    www.broframestone.com

    BalasPadam
  27. nampaknya kena buat tafsiran berbeza lokasi, sivil dan kawasan tertentu minum dan jual.

    Minum dan mabuk
    Minum hanya untuk sesuatu lokasi terkawal??Pagar, minum kemudian terus tidur tanpa keluar dari sesuatu lokasi berpagar.
    sesuai warga Malaysia pelbagai kaum.

    BalasPadam
  28. Semua mahu besar, kereta besar, rumah besar, nafsu besar, untung besar, & bini besar!. (Bukan besar badannya)

    Tapi dalam bab Dosa Besar ini, kita sesama Islam sering buat-buat tak nampak sahaja. Agama dipegang oleh Yang di-Pertuan Agong. Apakah rakyat marhean seperti saya ini dapat mengadap Agong lantaran masalah 7eleven yang rakyat jelata beragama Islam jual arak pun tak boleh diselesaikan oleh memanda menteri di bawah kuasa Agong & Sultan. (Sensitif kalau sebut ini)

    Majlis agama perlu berkerja keras dalam memerangi arak ini!. Jangan pilih bulu dalam operasi.

    Sampai bila masalah arak & dosa-dosa besar yang lain ini harus kita pikul bersama. Perlu diingat jangan yakin diri kita semua terlepas dari hukuman Ilahi bilamana nanti bala petaka akan dicampak ke diri & keluarga kita nanti.

    Mahukah kita makin ke arah sifar Nahi Mungkar.

    BalasPadam
  29. "Hemat saya, jika kerajaan berhasrat serius mengekang umat Islam meminum arak, mereka harus dibekalkan dengan peralatan terbabit. "

    Hemat saya, memang kerajaan tak mahu hukum Islam itu berjalan pon. sbb tu mereka tak endah.Macam melepas betuk ditepi tangga.

    Tepuk dada, tanya iman.

    BalasPadam
  30. Bagi saya, Malaysia makin hilang Islam kerana hal-hal sedemikian, cakap tak serupa bikin, arak di jual berleluasa, sebab itulah DULU MELAYU ITU ISLAM TAPI KINI MELAYU BELUM TENTU ISLAM.

    BalasPadam
  31. Si yang tidak mahu syurga:-
    a)si pemabuk
    b)si pemakan riba
    d)si penyeleweng harta anak yatim
    e)si derhaka kepada ibubapa
    (Riwayat Dailami)

    BalasPadam
  32. pernah tahan 2 budak umur 11&13 tahun menghidu gam.....

    BalasPadam
  33. bro..

    kalau ade mase pergi la jenguk kat wangsa maju area Cheng Ho. ade kedai ala2 7-11 kat situ yg jual arak. masalahnye yg beli hampir semuanya anak melayu yg beumur lingkungan 20an . macam takde larangan langsung. yg beli pon macam dah takde segan silu .

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.