Ahad, November 15, 2009

Melayu Juga Ditembak Mati

Namanya, Taufik Noorzan, 21 tahun.

Jika mengikut kelaziman nama, dia berketurunan Melayu bukan berbangsa lain. Taufik dilaporkan mengamuk dan mengancam membunuh rakannya tinggal berhampiran pusat khidmat wakil rakyat Guar Sanji, Kangar, Perlis.

Menurut Pemangku Ketua Polis Perlis, Datuk Jamshah Mustafa, sewaktu cuba mententeramkannya, Taufik bersenjatakan pisau dikatakan menyerang anggota polis kemudian bertindak melepaskan sedas tembakan amaran ke udara. Berikutan emosi tidak terkawal dia terus menyerang, memaksa anggota polis melepaskan sedas lagi tembakan mengenai badan lelaki itu.

Jika saya tidak tersilap, sebenarnya tiada istilah ‘tindakan amaran’. Maksudnya polis tidak perlu melepaskan tembakan ke udara andai diserang. Bagaimanapun, itu tindakan kebiasaan untuk memperingatkan penjenayah supaya tidak meneruskan perbuatannya mengancam nyawa orang lain.

Apapun, perkara lebih signifikan ingin saya kongsikan, polis tidak menembak mati penjenayah berdasarkan bangsa.

Melayu juga ditembak mati.

14 ulasan:

  1. Muda2 lagi dah panas baran..selalunya dikaitkan dengan masalah sosial remaja..mungkinkah taufik juga?atau faktor keturunan...

    BalasPadam
  2. Yang jelek dan biadap bukan hanya pada warna kulit atau rupa..

    contoh simple: saya pernah kata pada seorang wanita yang cantik, "harap muka saja lawa, tapi takda manners..!"

    kenapa? kerana dia naik bas tolak-tolak orang tua, berebut macam takut kena tinggal..

    dan dia wanita Melayu, yang sangat cantik dan begitu bergaya.

    Jenayah tidak kira siapa, kalu fikiran dikuasai emosi dan nafsu serakah...

    BalasPadam
  3. sebagai pesara tentera yop juga di ajar menghadapi situasi berhadapan dgn penjenayah. tembakan pertama adalah tembakan amaran ke udara sebagai amaran agar penjenayah berhenti dari meneruskan tindakan. jika penjenayah tidak ambil peduli tembakan kedua dilepaskan dan dituju ke kaki dgn tujuan untuk menjatuhkan penjenayah agar mudah di tahan.
    mengapa tembakan di tuju ke badan? dalam kes ini suspek hanya mengamuk. sepatutnya tembakan di tuju ke kaki. kekadang polis2 muda yg baru berkhidmat setahun 2 belum ada pengalaman menghadapi situasi sebegini.
    apa2 pun yop tak ada di lokasi kejadian dan tak tahu apa yg sebenarnya telah berlaku.

    BalasPadam
  4. Naya je pemuda tu mati kena tembak,dah lah ditinggalkan oleh kawan2, kena pulak jalan kaki hampir 60km..mahu tak mengamuk.Kawan2 nya yang lain sepatut nya kena minta maaf dengan ibubapa pemuda tersebut,diatas perbuatan mereka meninggalkan nya sendirian begitu.Tidak diketahui apa motif mereka melakukan nya sedemikian.Kesihan pemuda tu....

    BalasPadam
  5. Menerima kes satu dalam seratus,(satu kesilapan) walau apapun tersilap dan salah kena AKUI, bukan menafikan.

    dan wajar denda agar anggota lain tidak mengulangi.

    Orang awam boleh menerima satu kesilapan berbanding dengan satu penafian dan alasan.

    *Dulu2 bila orang kurang siuman mengamuk boleh pulak polis menangkap dan menyarung baju besi.

    Menunggu cerita sebenar dari lokasi, tanpa bias.

    BalasPadam
  6. pelik....mengapa tidak tembak di kaki?.
    didalam latihan polis juga telah dijelas kan jika suspek hanya bersenjatakan pisau,kayu dan seumpamanya...
    tembakan seharusnya dilepas kan kearah anggota kaki,peha dan tangan..

    seharusnya polis yg bertanggungjawab harus berfikir secara bijak!.

    yang ditembak juga mempunyai tanggugjawab terhadap keluarga!

    BalasPadam
  7. Dari dulu, sejarah telah membuktikan bahawa ramai penjenayah melayu yang kecundang dan tersungkur kebumi. Ismail Kerbau, adalah antara nama yang cukup glamour. AM tak ingat lagi beberapa nama penjenayah melayu yang telah berjaya ditembak mati oleh polis.

    Malang bagi orang yang membiarkan pemikirannya menerima cerita dari orang yang mempunyai niat yang tidak baik untuk memburukkan nama baik pasukan keselamatan.

    Yang pastinya tidak ada orang cina atau india yang mengapi-apikan orang melayu jika ada penjenayah melayu ditembak, tetapi jika ada penjenayah india atau cina ditembak, maka timpullah pak pandir, pak lebiai malang dan pak kaduk melayu, memainkan santimen perkauman untuk menanam perasaan benci dalam hati orang-orang cina dan india.

    www.anak2merdeka.blogspot.com

    BalasPadam
  8. Perkataan Amok ada 4,370,000 di Google.

    Amuk sekadar digunakan 1,240,000. DBP memilih amuk lantaran O makin tidak mahu gunakan. Jangan Otak jadi utak sudahlah.

    Zaman dulu jika kita tulis amok semua orang barat faham sebab orang kita memang sering mengamuk; Dari zaman Hang Jebat lagi, hinggalah peristiwa di Pasir Salak. Dikatakan Dato' Maharaja Lela mengamuk membunuh J.W.W. Birch bersama Seri Agar Diraja (lebih dikenali sebagai Dato' Sagor) dan Ngah Kandin.

    Hingga kamus lama mereka menggunakan bahasa kita Amok sebagai istilah seharian mereka. Sekarang mereka mengejanya amuck (759,000 digunakan di google)

    Mereka yang mengamuk ini lebih kepada kerasukan & tidak sedar diri. Orang begini bagi saya samalah orang hilang pertimbangan, hilang pertimbangan bagi saya ibarat orang hilang akal & perlu dibantu. Sejauh mana ancaman pisau berbanding senjata api. Ini seharusnya diamati & teliti.

    Sukar juga bagi kita menentukan sebarang peristiwa tragis begini. Masalahnya kepada bangsa Melayu kerap dikaitkan amuk ini?. Agar ada pengajaran dari peristiwa ini.

    BalasPadam
  9. perkara yang sama yang diutarakan oleh ryanryzal, bermain di minda saya bila baca laporan ini di akhbar hari ni.

    Iya, kenapa tidak ditembaknya kaki, peha atan tangan? kenapa mesti tepat ke dadanya? dia mengamuk kononnya "ingin menyerang polis" dengan pisau jer? bukannya pistol atau senapang.

    BalasPadam
  10. Yup agreed...polis menembak tidak mengenal bangsa...

    hairan juga dengan tindakan polis ni ...org 2 bersenjatakan kayu n parang ...knp pula polis tu x tembak je tangan yang memegang senjata atau lutut org tu ......mungkin waktu polis turut nervous dan takut so x dapat fikir ...so tembak la dada org tu ...kasihan kat mak n bapa budak tu .....

    klu kena tinggal naik la teksi o call someone to pick you ....mesti ada sebab knp kawan awak tinggalkan awak ....

    BalasPadam
  11. hmm.. nak komen bagaimana pun tidak pasti. harap-harap tiada lagi kejadian seumpama ini berlaku lagi.

    BalasPadam
  12. bagi aku kena tengok keadaan tampat tu macam mana.. adakah pemuda tu berada lebih dari 5 meter dari polis tersebut atau kurang d, jenis peluru yang digunakan, panik atau tidakdan kena tengok juga sama ada spontan atau di rancang

    selalu kita tengok dalam cita tv bila di tembak di kaki terus tersungkur atau terus melambung... tapi cerita di luar lain..
    aku pernah tanya pengalaman pegawai D9 yang pernah di tembak di kaki jugak.. apa yg dia cakap dia tak rasa sakit sampai anggota dia beritahu kaki dia dah tertembak setelah hampir 10 saat..

    jarak.. bagi aku sekiranya jarak 10 meter lebih sekiranya tembak di kaki dan pemuda tu masih meluru dia akan berasa lemah.. tetapi dalam jarak kurang dari tu di tambah dengan adrenalin rush dia takkan rasa kesakitan, pernah dengar orang di tembak berkali kali tapi masih boleh berdiri?? sekiranya tembakan tidak terkena organ penting kita masih boleh melawan.. sekiranya jarak dalam lebih kurang 5 meter orang yg di tembak boleh lagi boleh melawan..

    peluru... seperti yang kita tau.. peluru standard untuk orang asia kebanyakkan 9mm atau .22 atupun .38(untuk revolver) semua jenis peluru yang kita gunakan ni kurang kuasa terjahan, ini yang di kaitan dengan jarak, sekiranya dalam lebih kurang 5 meter di tembak di kaki sekiranya orang meluru, takdak rasa perbezaan bila di tembak, tidak seperti yang di gunakan di eropah kebanyakkan peluru .45 dan .48, ni bukan saja kalau kena kita boleh terundur ke belakang, tapi peluru dia akan pecah di dalam badan..

    spontan/dirancang... sekiranya spontan dalam jarak kurang dari 10 meter orang meluru kepada kita dengan senjata tajam, reflek kepada sesiapa pun akan terus keluarkan pistol dan tembak di hadapan, adakah kita pernah hadapi situasi 50%-50%, ya kita mesti fikir kenapa dia tidak tembak kaki??? sebab kita tidak berada dalam situasi berkenaan.
    contoh aku masih ingat sorang anggota polis di bunuh di sebuah lorong di chow kit.. keadaan sama.. tetapi silapnya dia tembak di kaki saspek... dia telah di tikam berkali kali dan pistol di curi sehingga sekarang masih belum jumpa, tujuan dia cuma nak kejar penyamun....
    sekiranya ada perancangan (serbuan) atau sebagainya.. itu lain.. kita dah ready dan kita dah tau target...

    ni pandangan peribadi aku mengenai rules of angagement...
    memang aku pun kesian apa yang berlaku terhadap pemuda tu...
    bab tangkap pemuda tu sebelum dia pi mengamuk.. kita boleh tangkap.. tapi mungkin tangkap dia di sebab syak dia penagih, atau syak pati.. sebab nak tangkap orang ada prosedur ada seksyen kena ikut.. kang jawab ngan suhakam... kecuali kawan dia yang tipu tu buat repot kena ugut bunuh ngan mangsa tu.. baru boleh tangkap under sek.506kk..

    apa apa pun takziah buat keluarga Si mangsa tu...

    BalasPadam
  13. takziah buat keluarga mangsa...

    Pak Tua sebolehnya tak nak mnyebelahi mana2 pihak tapi elok kita fikirkan fakta2 ni....

    1) Berjalan sejauh 60km slepas ditinggalkan rakan-rakan ( bagi Pak Tua,sapa2 pun mesti naik angin kalu kena tinggal macam ni..dah tu kena balik bjalan lak)

    2) Ditembak menggunakan peluru hidup ( Gajah mengamuk kat Zoo pun boleh tembak ubat pelali, nape manusia kena tembak sampai mati...? takde nilai ke kat nyawa manusia tu? )

    3. Seeloknya lepas ni PDRM kena kaji penggunaan senjata pelumpuh yg menggunakan arus elektrik yg mampu kejangkan otot penyerang untuk tempoh masa tertentu. Nama senjata tu ----> TASER.

    4. Kalau takda TASER pun, polis kan ada penyembur lada hitam. Time camni la nak guna penyembur lada hitam tu....lumpuhkan pglihatan penyerang sbelum tindakan susulan.

    5. Anyway..satu nyawa dah melayang n mangsa ada Ibu,Ayah dan ANAK BINI UNTUK DIBELA! So..pak tua harap ada alternatif oleh PDRM untuk elakkan pkara ni brulang.

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.