Sabtu, Oktober 23, 2010

MB Berbogel Untuk RM50 (Pelawat Berusia 18 Tahun Ke Bawah DILARANG Membaca)

Ini mikrofon.


Ini kamera di dalam closet di bilik.


Berikut net book bersedia merakamkan visual. 


Jam 12.46 malam tadi Money Boy, MB tiba di bilik bersama jurukamera, Raja Ansari Alwi, 43 tahun menyamar pelanggan.

MB, lelaki biseksual berusia lingkungan 20 an, menawarkan khidmat seks kepada pelanggan lelaki dan perempuan dengan bayaran tertentu.

Pendedahan berani berhubung kegiatan MB ini dicadangkan wartawan, Hazlin Hussain 2 minggu lalu. Krew lain sekadar membantu pengacara 999 itu melaksanakan tugasannya.

"Dia cuma minta bayaran RM50 sahaja," ujarnya.

"Murahnya?," soal saya terkejut.

"Sebelum ini dia nak check in di bilik berharga RM22 untuk 2 jam," tambah Hazlin.

Bagaimana pun saya tidak mempersetujui cadangan itu kerana hotel terbabit tidak mempunyai closet berkedudukan sesuai untuk kami meletakkan kamera di posisi 'selamat'. Manakala majoriti hotel bertaraf 3 bintang ke atas di ibu kota, full house, dihuni bih 4,000 perwakilan dan pemerhati menyertai Perhimpunan Agung UMNO di Pusat Dagangan Dunia Putra.

Untuk rekod, sebelum ini program 360 pernah membuat pendedahan berhubung kegiatan gay menawarkan khidmat sama tetapi caj dikenakan untuk pakej urutan dan seks lebih mahal, RM350. 

Selepas memasuki bilik, MB pantas mandi dan membersihkan dirinya sebelum meminta Ansari berbaring untuk diurut. Kurang 5 minit mengurut kaki menggunakan lotion, dia kemudian bertindak 'memanjat' ke bahagian tubuh atas 'pelanggan' berada dalam kedudukan meniarap.

"Dia bogel bang, underwear pun tak pakai! Geli!," ujar Ansari terkejut.

Melalui rakaman audio dan visual, terbukti kenyataan terbabit benar.

"Lin tak sanggup nak tengok," ujar Hazlin selepas memprebiu visual rakaman.

Untuk mematuhi etika kewartawanan, 999 tidak berhasrat mendedahkan identiti sebenar dan visual MB berbogel. Bukan tujuan kami untuk menjatuhkan maruahnya biarpun dia sanggup melelong harga dirinya hanya kerana wang tidak seberapa.

MB dilaporkan berasal dari Kuantan, Pahang dan mendakwa putus tunang kira-kira 3 tahun lalu. Berikutan kekecewaan dialami, dia mengambil keputusan mengadai maruahnya kepada kedua jantina.

"Upah urut RM50 tetapi kalau nak seks, pelanggan boleh bayar berapa dia suka. Kalau kena customer kedekut, bayar RM20 pun ada," keluh MB.

Dia juga mendakwa pernah mengadakan hubungan seks bersama beberapa VIP dan  sanggup melakukan apa sahaja aksi untuk memuaskan nafsu seks pelanggannya. 

"Kalau dengan pelanggan lelaki, dia top, bottom atau flexi(ble)?," tanya saya kepada Ansari.

"Dia semua bang tetapi bernafsu juga terhadap perempuan," jawabnya.

Semasa merakamkan visual MB tiba di lokasi, Hazlin berbisik kepada saya.

"Dia pakai baju dan seluar sama waktu kita orang jumpa dia dekat bangunan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, DBKL semalam," katanya.

Hemat saya, MB mungkin dihimpit masalah kewangan lantas terdesak untuk mencari duit. Jika tidak, mana mungkin dia sanggup berpakaian sama selama 2 hari berturut-turut, apatah lagi sewaktu bertemu 'pelanggannya'. Barangkali, MB tidak hidup semewah sebilangan lelaki gay bekerjaya lebih kurang sama.

Sewaktu MB ditemui krew 999 pada malam 21 Oktober lalu, dia dikatakan berjalan mundar-mandir di sekitar Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur dan mendekati setiap kenderaan dipandu perlahan. Pemandu fikirnya, mungkin prospect client.

Jam 1.20 pagi, Hazlin dan krew menerima missed call daripada Ansari, isyarat rakaman audio dan visual di bilik selesai. Lalu penerbit 999, Shahnun Hanif Suhaimi menghubunginya semula dan memaklumkan Ansari  kononnya rakan jurukamera itu terbabit dalam kemalangan jalanraya dan dia terpaksa bergegas ke hospital.

Saya terlihat kelibat MB sewaktu dia menahan teksi untuk pulang ke Kuala Lumpur. Jelas, dia bukan lelaki lembut tetapi bertubuh tinggi dan agak kurus.

Melalui pengamatan saya, tugasan kali ini mendebarkan Hazlin tetapi melihatkan senyumannya sewaktu tugasan berakhir pastinya dia mempunyai sesuatu istimewa untuk dipaparkan kepada penonton di episod bakal diumumkan tarikh siarannya kelak.


Nota

Sorry to hear the bad news, blogger Azrul ditimpa kemalangan jalanraya. Semoga tulang tapak kaki patah cepat sembuh. Mujur bukan patah hati. Saya percaya Miss Sakura nya, insan baik dan beradap seperti Azrul.

12 ulasan:

  1. ishhh memalukan orang Kuantan je moneyboy ni. =(
    semoga dia cepat sedar untuk bertaubat. cari rezeki dengan jalan yang betul..

    BalasPadam
  2. salam,

    Satu kerja yang berani Bro ! tahniah untuk krew yang bertugas!

    BalasPadam
  3. Biasanya kerja-kerja begini...tak berkat wangnya, sebab tu mungkin, MB ada masalah kewangan...walau banyak mana dapat , banyak tu juga habis..

    Syabas kepad Krew TV 3 dengan tugasan yang berani mati ni..hehehe...

    BalasPadam
  4. memang mencabaar ni..nasib la miss call boleh melarikan diri..kalau tak? tak sabar nk tgok Mb ni dlm 999

    BalasPadam
  5. lima poloh hengget je??!!! waahhhh....bapak murahnya nye maruah ko MB oi....baik ko keje kat MCD ke,kat Tesco ke...dapat gak duit halal,maruah tak tergadai....kesian aku tgk ko ni bai...

    BalasPadam
  6. terlalu murah..
    alasan kecewa putus tunang tak boleh pakai..
    mcm berhenti berharap dgn rahmat Allah je...
    kerja haram, duit tak berkatle..semua habis...tambah dosa lagi..semoga dia insaf..

    BalasPadam
  7. Bang nak tanya. Macam mana nak bawa perkara ni ke tengah khususnya kepada mereka yang sepatutnya di tujukan aduan. Anak saya umur 10 tahun, komplen, sekarang ni asyik tunjuk cerita rogol, bunuh, samun dan sebagainya. Dia kata patut ramai orang jahat sekarang. Saya memang terkejut dengan statement dia.

    BalasPadam
  8. Madam Casper, anak berusia 10 tahun berada di bawah umur. Maksudnya apa mereka tonton dan mereka lakukan, tanggungjawab ibu bapa kerana dia belum bijak membuat keputusan.

    Persoalannya, bukan kepada pihak mana nak mengadu, it is more kepada persoalan, bagaimana bahan ditonton anak itu dikawal ibu bapanya?

    Thanks.

    BalasPadam
  9. masyaAllah..igtkan MB (mnteri besar)mana td..opsss... !! ;p

    BalasPadam
  10. sian brader ansari..
    demi tugas terpaksa ek..
    hehe=p

    BalasPadam
  11. Askm

    Tahniah kerana bongkar perkara ini. Kalau boleh mohon pihak tuan bongkar kumpulan tukar2 isteri yang tengah berleluasa di Malaysia. Saya dahulu ada bercadang membuat artikel mengenai tukar2 isteri untuk dihantar ke Mastika, tapi tiada masa.

    Saya ada sedikit membuat research dan melayari blog mereka serta menjadi ahli, ada juga saya menalipon pengerusinya. dia ada mempelawa saya dalam parti tersebut. Mengikut katanya majoriti ahli adalah cina, kedua melayu dan ketiga adalah caucasian dan india. ada segelintir adalah VIP dan anak2 VIP. Mereka ini harus disedarkan dari dunia bahawa kedudukan mereka bukan dijadikan alat untuk melakukan apa sahaja.

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.