Isnin, Oktober 18, 2010

Bayar Bil Celcom Berlebih RM27 Dan Haram Jadah Broadband Saya Disekat!!!


10 Oktober lalu,  rakan setugas dan blogger di Johor, Zulhazri Abu Bakar cuba membayar bil Celcom saya melalui sistem online menggunakan akaun CIMB nya.

"Saya tried 2 kali tetapi notified system failed," katanya.

Bil telefon bimbit berjumlah RM230.

Berasa ragu dengan transaksi terbabit, sehari kemudian (11 Oktober) saya menghubungi Celcom Careline.

Menurut petugas,  bayaran bertindan telah berlaku. Maksudnya, Celcom menerima bayaran RM460. Lalu petugas sama diminta untuk memindahkan bayaran RM230 ke akaun broadband saya.

"Bil broadband encik, RM203. Pemindahan bayaran akan berlaku dalam masa 3 working days," katanya.

Jika diteliti, saya membuat pembayaran dengan lebihan RM27.

4 hari kemudian (14 Oktober), saya dapati broadband saya disekat. Lalu sekali lagi saya menghubungi Celcom Careline.

"Celcom memerlukan 5 working days untuk melakukan pemindahan bayaran terbabit. Bagaimanapun saya akan cuba to unbar the line," kata petugas.

Mana satu maklumat tepat? 3 working days atau 5 working days?

Apapun terima kasih kepada petugas terbabit, 30 minit kemudian saya boleh menggunakan talian broadband untuk melaksanakan tugasan.

Jam 1 pagi tadi, saya cuba menggunakan talian broadband sekali lagi tetapi gagal. Buat kali ke 3, Celcom Careline saya hubungi.

"Isnin hingga Jumaat, 5 working days. Hari ini Isnin, hari ke 6. Mengapa broadband saya terus disekat?," soal saya.

"System kita detects akaun broadband encik tercatat masih tertunggak," jawab petugas.

"Saya telah membuat 2 panggilan sebelum ini kepada Careline. Selepas 5 working days kenapa masih disekat? Kata maximum days to solve the problem 5 hari bekerja. Itu soalannya. Sedangkan Celcom berhutang dengan saya RM27," ujar saya.

"System error," ringkas responnya.

"Apa jaminan you, keadaan ini tidak akan berulang lagi?," tanya saya.

"Oh! Saya tak boleh berikan jaminan," jawabnya.

"Tolong buat laporan kepada superior you berhubung kes ini supaya tidak berulang kepada pelanggan lain.  Jangan perbodohkan customer, nanti Celcom diperbodohkan," jelas saya.

"Baik. Saya akan buat laporan kepada pihak berkenaan," janjinya.

Saya akan membuat susulan berhubung janjinya itu.

Barangkali jika Celcom mewujudkan anugerah khas, 'Pelanggan Paling Banyak Komplen', saya pasti dipilih syarikat korporat itu sebagai penerima anugerah terbabit selepas Zulhazri Abu Bakar, kerana sebelum ini dia juga mendepani pelbagai masalah dengan perkhidmatan Celcom.

Baca (1), (2), (3), (4), (5), (6), (7), (8), (9) dan banyak lagi entry menampilkan ketidakpuasan hatinya terhadap servis Celcom.

Setelah menyemak semula bilangan komplen Zulhazri, saya akur dan terpaksa menarik diri daripada dicalonkan kerana sah dia akan diumumkan sebagai pemenang anugerah berprestij itu!

Cis!

Teringin benar, jika kakitangan Celcom menghubungi saya dan berkata ...

"Kalau banyak sangat masalah dengan Celcom, guna sahajalah telco lain"

Macam komen lazim dilontarkan sebilangan kakitangan hospital kerajaan ...

"Kalau banyak sangat komplen fasal hospital kerajaan, pergi sahajalah ke hospital swasta"

Ha! Ha! Ha!

Nota Penghargaan

Terima kasih kepada semua wanita melanggan produk ini. Semoga anda berpuas hati dengan kesannya kepada tubuh badan.

26 ulasan:

  1. Salam Sdra Mazidul,
    Saya tertarik dengan artikel ini.Saya juga x berpuashati tentang service celcom ni.Banyak alasan.
    Covering kadang2 tu 'macam taik'
    Dorang fikir untung semata-mata tanpa memberi khidmat masayarakat yg sewajarnya.Harap syarikat yg beri khidmat masayarakat dapat buka mata untuk beri khidmat terbaik untuk kepuasan pelanggan mereka disamping buat duit jutaan ringgit.

    Mohon copy untuk masuk ke blog saya di BLOG SENSASI

    BalasPadam
  2. saya juga ada masalah yg sama beberapa bulan lalu, jadi saya telah bertukar ke maxis broadband, sehingga kini saya tiada sebarang masalah.

    saya rasa mungkin dh tiba masanya encik mazidul bertukar ke telco lain kot

    BalasPadam
  3. Di Maxis juga begitu .. masaalah yang sama .Berhempas pulas saya telefon operator sana sini . Hangin satu badan .

    Yang kelakarnya , bab akhir operator suruh saya pilih berapa bintang nak bagi antara 1-5 ?

    hahaha

    perkhimatan lembab, pastu nak mintak kita undi dia ..tak koserrr !

    BalasPadam
  4. Salam Bro Mazidul,

    Artikel ini memang menarik, dan selalu berlaku. Saya juga pernah terkena 3bulan lepas. saya bayar melalui https://onlinecustomerservice.celcom.com.my. dua hari sebelum due date.

    note disitu tertera "Payments will be updated into your account(s) within twenty-four (24) hours from the date of your transaction."

    tp 3 hari bru update pembayaran. menyebabkan broadband saya dipotong. and nak activate balik, perlu bagi salinan ic, bayar rm10..

    ape hal?. saya bayar in time, sebelum due date.. melalui website dia lg. kalau sistem tak cukup baik, jangan buat cara macam ini.

    dalam website tu sendri tulis

    Important Note:

    Payments will be updated into your account(s) within twenty-four (24) hours from the date of your transaction.

    saya dah tak pakai mana-mana broadband.

    BalasPadam
  5. Yeah, tahniah bro sebab tak lama lagi kita akan buat persatuan. Celcom will never change, sebab the power consumer has never been seen as important to companies like Celcom.

    Ohh, celcom is GLC. When we say Government Linked Company, it means rakyat pun ada linked to this company, yet the service sucks.

    I will call Celcom today and shout at them.

    BalasPadam
  6. ....celcom sesatunya harapan bagi insan patriotik..

    ..apa nak buat..

    saboorr..

    BalasPadam
  7. Dulu saya beli Upax dr Celcom, diorang ckp bila dah umur 26 tahun, Upax akan ditukar ke Xpax.

    Sekarang saya dah 26 tahun 5 bulan 9 hari, tp prepaid plan saya tetap Upax. Menyebabkan saya tak boleh subscribe 1-year / 2-years credit, tak boleh subscribe 8pax, tak boleh tukar plan, dan tiap2 minggu kena top up kalau saya top up RM10 je.

    Saya pegi kedai Celcom kat KLCC, tanya kat pegawai perkhidmatan pelanggan situ, dia ckp memang sepatutnya saya punya prepaid kena tukar ke Xpax, tp kena ikut sistem, dan dia taktau bila sistem nak tukar plan saya.

    Macam tu pulak? Sepatutnye bila dah cukup time, sistem tukar immediately, tak perlu ikut suka hati. Sampai 5 bulan lebih pun, sistem tak buat apa2. Amende la.

    BalasPadam
  8. ha ha ha ha ha .....
    nasib baik dia tak kata"kalau awak banyak sangat masaalah dengan celcom kenapa tak tukar ke telco lain..?????
    ha ha ha ha...bagus tu punya soklan..
    tapi kalo aku yang jawab..lain la pulak...kalau dah banyak sangat komplen dan masaalah encik mazidul..buka jer lah syarikat telco sendiri..
    selesai masaalah...
    kalu ada masaalah pun diam je lah..kompeni sendiri kannnn..
    pi jumpa rais yatim minta lesen kaih...
    maaf encik mazidul...sesekali teringin nak bergurau ngan orang terkenal..
    "tolongggg...jangan saman saya..."

    BalasPadam
  9. ermmm saya pon byk juga call careline celcom..tambah2 sejak pkai bb celcom..makin lama makin byk plak problem dorg..bayaran bill tiap2 bulan..maintain x ubah..guna lebih kena sekat..limit speed..tp bile servis celcom down sana sini..x pulak dorg nak rebat bill ke ape..smpai bila celcom akan terus cmni??huh

    BalasPadam
  10. hahahahah ingat saya sorang ja.. baru kemarin baru satle masalah saya.. dah 4-5 hari berturut2 call customer service.. tiap tiap bulan saya bayaq lebih dari yang sepatutnya... tapi kena block kali ni alasan tak boleh di terima pakai... jenuh marah gak la baru nak elok...

    BalasPadam
  11. so far hubby saya buat autodebit jer to his CC.. mmg takde masalah selama penggunaan.. dah 2 thn dah

    BalasPadam
  12. http://www.facebook.com/album.php?aid=7538&id=102353559826090

    tlg check page nie.... aduan rakyat sarawak..

    BalasPadam
  13. Bagus posting ni, harap-harap syarikat penyedia perkhidmatan berkenaan Tidak wewenang nak 'memberi alasan tidak masuk akal'

    BalasPadam
  14. Bro

    Tukar je ke company Hijau-biru. Setakat ni perkhidmatan depa ok dan setelah hampir 3 tahun dengan broadband mereka, tak de apa yang nak dikomplen. Depa komplen kat aku adalah, sebab aku lambat bayar... he he he

    BalasPadam
  15. celcom ....saya pon dah byk meluahkan ketidak puasan hati kat FB ...semua telco lebih kurg sama , saya ada maxis,digi,dan celcom, semua bagus di lokasi berbeza tapi dirumah saya pakai streamix....
    tapi mujurlah saya penguna setia internet lebih 18 jam sehari ..nak wat mcm mana ..terpaksa...
    bab service , bayar awal no hal...bayar lambat ..atau bayar online macam2 hal, saya suruh staf pergi bayar bila bil sampai...habis cerita tak de fenin-fenin...

    BalasPadam
  16. Sama macam ASTRO...ntah ape2...bila promote Astro Box Office via call,laju jer dia update dan aktifkan....bila suh off lambat plak nak off sampai bulan ke-2 baru selesai...

    BalasPadam
  17. Saya suka artikel ini. Semoga dapat dipanjangkan kepada pihak Celcom.

    Saya cadangkan Sdr. Mazidul timbulkan isu khas ini melalui slot 360 atau Aduan Rakyat.

    Buat masa sekarang, saya tidak tahu kenapa sudah dua bulan berturut-turut bil Celcom Broadband saya dicaj lebih RM2.

    Sudahlah servis begitu lembab [tersangat-sangat lembab], caj pulak berlebihan.

    Saya bercadang akan terminate Celcom Broadband dalam masa terdekat ini!

    BalasPadam
  18. Cecilia, sorry. I have deactivated my Facebook account.

    Nizam, sebagai pengguna kita berhak mengajukan persoalan berhubung servis telco.

    Mas, saya juga menggunakan Streamyx di rumah.

    Kunak Press, I think some of Celcom officers have started reading this blog.

    BalasPadam
  19. .: Assalamu'alaikum. bro Mazidul, mamdoh ada terbaca entri psl Hazri hospital mana ntah yg katanya nak saman bro Mazidul. mamdoh cari update belum jumpa lagi, mungkin blh tunjukkan entri yg mana atau tolog updatekan apa ceritanya? cerita yg dia seorg MA, lps tu dia layan bro MAzidul dgn hampeh sekali, lps tu ada "abang" dia bg komen ckp bro Mazidul komen sebelah pihak, burukkn nama MA seMalaysia, dan saman akan dbuat, ala2 macam tu lah entri dan komen2nya. siap dia ada cctv lg tu utk evidence. nak je tau apa kesudahan.. :-( :.

    BalasPadam
  20. Saya cadangkan tukar je pada Maxis Broadband...lagi laju dan murah...

    BalasPadam
  21. Saya dulu pun pakai celcom tapi sekarang dah tukar ke Maxis.....Compare antara dua ni....jauh lebih baik Maxis...saya pernah mengamuk kat celcom careline pasal kat tempat saya takde coverage tapi diorg sibuk duk tanya saya punya computer brand.....apa...dia ingat line dia perfect...kita punya computer pulak yg salah....skrg senang hati, kalau ada masalah maxis cepat bg feedback...

    BalasPadam
  22. Saya pengguna celcom tegar mulai 1998 - remain number until now.
    Mula dengan prepaid.
    Tahun 2007 saya pakai bill. number yang sama.
    Payment cantek every month,.
    Tahun 2011 end of januari .. Bil saya 106.31 sen. Dan pada tarikh tu juga saya ke ke Batu Pahat bawak emak, ayah, bini, anak 4. so saya nak pakai duet. saya cuma bayar 70.00 dahulu dari 106.31 sen sebab nak pakai duet. Celcom BAR number saya, bila saya call dia kata saya ada tertunggak 36.31 lagi, saya kata u tak leh unbar ke? saya emergency ni kat johor ngan mak ayah semua. dia kata tak buleh. ni semua sistem yang buat. Ok fine. Feb 2011 saya MNP pakai digi. Mampuslaaa kalo seket pon tak leh tolak ansur.
    Sistem memang sistem tapi takkan tak de rasa ihsan. Bukan saya berhutang 3000.00 dan payment saya cantik sepanjang 5 tahun ..

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.