Sabtu, Oktober 23, 2010

Berpelukan Di Kedai Mamak

Saya menegur perlakuan mereka 2 minggu lalu tetapi tiada perubahan.

"Kalau dah kahwin, balik rumah dan berpeluk puas-puas. Bukannya di kedai mamak. Jagalah sikit perbuatan tu," ujar saya.

Sakit mata memandang gelagat pasangan terbabit. 

Hanya mereka berdua menonton televisyen di skrin besar di kedai mamak pada jam 2.30 pagi tadi sewaktu sekali lagi saya bertembung dengan pasangan sama.


Menyedari kehadiran saya, pelukan direnggangkan. Saya akur, orang muda mabuk bercinta tetapi perlakuan itu tidak bersesuaian, tambahan pula premis sama dikunjungi orang tua.

Nasihat sudah, diperingatkan sudah tetapi tetap tidak berubah.

Jika dilempang, buat laporan polis pula.

Payah.

25 ulasan:

  1. kat shopping complex lagi sakit mata tgk..dlm bas, lrt pun jadi..
    panggung wayang lagila...
    betul jugak kalau org dah kawin rasanya tak mcm tu..

    BalasPadam
  2. bila iman tiada itulah jadinya..bila dah terberanak dalam jamban tau pulak malu..hampeh!!

    BalasPadam
  3. lempang je...tapi make sure sampai pengsan aa...kalo xpengsan nnt 'beruk mak yeh' ni buat repot pulakk...huhu

    BalasPadam
  4. orang dah kwen tak akan kemaruk nak peluk2 depan org mcm tu.

    inilah akibatnya kalau tiada iman.
    malu kan sebahagian drpd iman.

    selalu juga saya sakit hati melihat perlakuan begini.
    apa kau pikir ini negara baratkah?

    alamak bro, emo lak.



    teruskan usaha bro. mmg ahli masyarakat skrg kurang endah perkara2 mcm ni tapi kena ada yg menegur. kalau tak jadi barah.

    lps tu mulalah bayi dibuang bersepah2.

    eh eh dah jadi entry lak.
    peace.

    BalasPadam
  5. orang dulu dulu boleh lempang, sekarang dah tak boleh dah, tarik ketepi lorong dan lempang.. baru ok

    BalasPadam
  6. Bro Mazidul,

    Jangan suka lempang sangat.. saya pun dulu macam saudara - tapi saya lempang budak-budak tak dengar amaran supaya jangan main masa orang sembahyang Jumaat.. tapi kini tidak lagi.. bila saya fikir pasal penyakit darah tinggi (& jantung).. memang belum kena, tapi kita perlu beringat!

    BalasPadam
  7. Kalu ada duit boleh belanja wiski dari kdai sebelah..ada umph

    BalasPadam
  8. budak skrg dah xde otak pk halal haram.yg di larang tu la yg dibuat.mana yg disuruh, di lupakan. org tua zaman skrg pulak xberani dah nk tegur2 budak mcm ni.kalu x kita di maki, di marah @ di kerjakan..xpasal2 pulak kena saman nnti.

    BalasPadam
  9. penyakit kronik masyarakat masakini.
    jika dibiarkan mereka akan anggap perkara biasa.... yang haram pun biasa je.

    BalasPadam
  10. Salam Yop!

    Dah jumpa ke BB yang mike cari... Teman baru rembat BB Torch 9800 kopak dua ribu lebih yop!

    Teman dah pakai model Curve, Bold dan yang ini paling perrrggh... Set dulu kena subscribe Blackberry Service sebab kontrak dengan Celcom, tapi yang ini beli kat Low Yatt Plaza x payah subscribe BB sevice. Save RM 30 sb!. Ori jugak. Nasihat, jgn beli BB yang CHina assemble. Ori produck made in Canada, Hungary atau Mexico.

    Cau!

    BalasPadam
  11. klu peluk kt khalayak ramai tu tandanya belum kawin

    BalasPadam
  12. dekat kedai mamak pun jadi..! abang maz nak lempang sila ajak, saya nak join.

    http://daridewanbahasa.blogspot.com

    BalasPadam
  13. bro, dorang dah kawen belum?

    kalau dah, tak kesah.

    kalau ye, err. hehe.

    so, dorang dah kawen belum?

    BalasPadam
  14. kesian...semoga budak2 ni dapat hidayah...

    BalasPadam
  15. org skung xleh ditegur!!!!!!! sume nk report polis sume nk saman!

    BalasPadam
  16. bloger malaysia bila nak tubuh majlis fatwa bloger

    BalasPadam
  17. salam
    susah la sekrang bro, bebudak skrang tak makan saman...budak budak/remaja pon skrang lagi la teruk, kita tegor abis kete/motor kita dipancitkannya

    BalasPadam
  18. Panggil Tok Kadhi saja, nikahkan kat situ terus, panggil walinya sekali

    BalasPadam
  19. Segelintir anak remaja masa kini berperangai begitu, yang buat begitu pun confirm bukan nikah lagi cuma dh 'kahwin' je...

    Kalau tgk dah sah bernikah tak ada pula macam tue..

    BalasPadam
  20. depa memang kurang ajar dan patut diajar.
    satu hari di hentian pudu jam 5 pagi baru sampai dari taiping. ramai orang sedang lepak sambil tidur-tidur ayam. depan saya ada sepasang kapel yang betina bertudung yang jantan poyo jer.
    yang betina punyai ler menggatal maca, kucing, gesel sana, gesel sini. makin aku tengok makin menjadi.
    lastly, aku cuit orang sebelah yang akupun tak kenal dan cakap pada orang tu, "pagi-pagi macam ini pun ada pelacur" dengan suara yang agak-agak boleh depa dengar. betina tu terpinga dan jeling marah kat aku. aku peduli apa. kalau jantan tu ajak aku gaduh pun aku sanggup. tak menang pun tak per janji gaduh. gaduh mencegah kemungkaran.

    BalasPadam
  21. Salam...kalau jumpa yg muda...peluk peluk macam ni..bole la berani nak lempang. Cuba yg dah tua..kalau diorng peluk jugak...tergamak ke lempang? Kalau pasangan yg berkahwin tu romantik..peluk isteri..( bukan menggomol isteri ) boleh ke kita lempang?

    Tapi dari tengok gambar ni...lelaki tu letak lengan dia kat besi kerusi. Saya rasa untuk lempang sbb perbuatan itu..org tu baran tak usul periksa.

    BalasPadam
  22. Terkadang semua tu terjadi sebab dah takde sesiapa yang berani menegur dan memberi nasihat..sedangkan islam mengajar tuk memperingati satu sama lain...sebab kalu bala datang bukan orang yang buat je kena, bahkan orang sekeliling yang redha akan kejadian tu pon akan kena..apa pun tahniah pada En.Mazidul, kalu saya tak tentu lagi saya berani....hehehe

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.