Jumaat, Oktober 22, 2010

Anis Dah Malas Bercinta

Usia gadis itu,  27 tahun.

"Anis dah malas bercinta. Jumpa lelaki, kenal dua tiga tahun, putus. Jumpa lain pula, putus lagi. Banyak masa terbuang, membazir. Betul kata orang tua, bertemu tidak semestinya bersatu. Jadi sekarang ini, Anis tunggu sahaja lelaki masuk meminang dan terima," katanya.

"Tetapi kalau dipinang dan terus terima, mungkin ada masalah juga sebab kita tak tahu hati budi lelaki itu," celah saya.

Barangkali itu antara dilema didepani ramai gadis masa kini, mendakwa kecewa akibat gagal dalam percintaan sekaligus perhubungan dijalin dalam tempoh lama tidak membawa pasangan ke jinjang pelamin.

Kerap kali, jika usia gadis mencecah 30 tahun dan masih tidak memiliki pasangan, kebarangkalian dia mendirikan rumahtangga semakin tipis.

Lalu mereka terpaksa bergelar 'andalusia', anak dara lanjut usia, status digeruni  majoriti gadis Melayu.               

Sukarnya menjadi perempuan berbanding lelaki.

Lelaki memilih, perempuan dipilih, itu kelazimannya.
                                   

22 ulasan:

  1. Mungkin lelaki sekarang menganggap-perempuan sekarang dah ramai, lelaki biasanya cepat jemu bercinta dan mahu bebaskan diri; cari perempuan lain yang lebih muda dan lebih cantik agaknya. Rambang mata.
    Sebab itulah kaum perempuan mestilah cepat2 'ikat' teman lelaki anda agar dia tidak lari....Jangan membuang masa dengan bercinta bertahun-tahun tanpa kesudahannya sedangkan usia makin meningkat. Bagi kaum lelaki usia tak jadi masalah, umur 40-50 tahun pun ada juga anak gadis mahu lebih2 lagi kalau yang banyak wang.

    BalasPadam
  2. memang tak dapat nk elak dah benda ni bro.. jumlah perempuan sekarang lebih ramai dari lelaki.. mmg akan ada perempuan yang akan jadi andalusia..

    kalau setiap lelaki kawin 4, x pe la kot.. tp lelaki skrg, 1 isteri pon x mampu nak jaga...

    BalasPadam
  3. Jadi lelaki pun... bukan boleh main petik jari je. Perempuan sekarang walau tidak boleh memilih sesuka hati tapi semakin bersikap pemilih - itu tak kena, ini tak kena. Pokok pangkalnya, jodoh juga!

    4 anak lelaki kakcik pun entah berjaya atau tidak mendapat isteri (harap2 yang baik) bila tiba waktunya nanti. Wallahuaklam.

    BalasPadam
  4. Salam Abg Mazidul...,

    Sama dgn laa kisah Anis tuh ngan saya... serik pun ada, tak serik pun ada...

    tapi takdelah gerun sangat ngan status 'andalusia' tuh... lagipun perempuan sekarang dah pandai cari duit sendiri tak menyusahkan mak bapak..
    kalau dah blom rezeki nak bernikah mengapa nak rushing... pastu blom apa apa dah bercerai berai... menyusahan keluarga - itu lagi laa digeruni...

    Allahualam....

    BalasPadam
  5. salam....
    saya sendiri sblm mengakhiri zaman bujang prnh melalui liku2 mcm tu tp dgn izin allah saya kuatkan hati walaupun pandangan sinis ada di merata2. kpd yg mengalaminya, semoga anda tabah dan jgn lupa jodoh korg ada di sekitar je emmm mcm saya yg akhirnya bertemu jodoh dgn jiran sebelah rumah je!!!!

    BalasPadam
  6. salam bro maz,

    bilangan perempuan semakin ramai, semakin banyak pilihan kaum lelaki.Dan dalam bilangan yg ramai ni, semakin ramai jugak yang berkualiti, berpendidikan tinggi & berkerjaya...semakin susah mendapatkan jodoh yg sepadan..dilema...:(

    BalasPadam
  7. betul betul. bilangan perempuan makin ramai. dan kebanyakan mempunyai kerjaya tg hebat dr lelaki kebanyakan. jd untuk mendapat lelaki yg sepadan agak sukar bila status kerjaya menjadi kayu pengukur.

    bak kata pensyarah saya, CARILAH JODOH KETIKA BELAJAR.

    ;DD

    BalasPadam
  8. perempuan muda zaman kini tak berapa beruntung. persaingan terlalu banyak dan pilihan tak seberapa. itu yg suami orang pun dia tak kisah, dan kalau tepuk tangan dah berbunyi apa lagi... yg lagi teruk sanggup melihat ke seberang dlm usaha nak mencari pasangan. international. mat black pun jadik. yg tertipu berapa ramai, tapi hairan, masih tak membawa pengajaran kepada yg lain!

    BalasPadam
  9. Marzidul...dari pengalaman saya dulu...selepas putus cinta, memang saya istiharkan sapa masuk meminang saya terima...tapi rupanya kalau bukan jodoh, walau ramai yang datang menengok/ merisik...tak juga jadi..hinggalah suami saya sekarang meminang....inilah jodoh namanya...

    BalasPadam
  10. It's ok jika perempuan nk memilih. but don't be TOO choosey sudah ler. Kalau tak memilih nnt dengan drug addict, kaki pukul perempuan pun kite nak terima je as future husband kita. mane boleh camtu. Merana nanti bila berkahwin. Tapi jgn pula bersikap too choosey sampai bentuk hidung, dagu, ketinggian, warna anak mata tu sume pun nk kena jadi top priority dlm memilih bakal husband. kalau camtu sampai mati pun tak kawen2. We don't always get what we want because Allah knows what's best for you.

    BalasPadam
  11. mungkin kene ketepikan gelaran2 dlm masyarakat mcm gelaran andalusia tu yg kdg2 membuat org malu sbb digelarkan cenggitu..then dilema cmni takde lah masalah besar sgt..baru pmpuan rileks je..sbb x berkahwin bukan jd masalah..hee

    BalasPadam
  12. syukur alhamdulillah hampir 3 tahun menyemai cinta, baik buruk kami dipelajari bersama.

    pada yang serik bercinta tu, insyaAllah..suatu hari tuhan akan bg jodoh terbaik buat anda.

    BalasPadam
  13. emm sama dengan adik saya. dah masuk angka 30.. tapi bezanya tak pernah dikecewakan.. cuma dia rasa lelaki yg dia jumpa tuh tak seperti yang diharapkan jerr (beragama).. dah ckp kat dia.. jodoh itu ditangan Allah.. jgn risau n toksah nak pikir apa org lain kata

    BalasPadam
  14. Saya suka "andalusia".. ia umpama setandan pisang yang semua buahnya kuning masak ranum... petik dimana je semua enak dimakan..
    berbanding gadis muda..umpama setandan pisang yang sesikat je buah nya masak kuning...kalau silap petik dapat yang mentah.....
    tapi taknak la pisang tu masak sangat sampai luruh buah dia dari sikat dan tandan...

    BalasPadam
  15. apa yang digerunkan dengan status andalusia?
    Zaman moden pun masih ada orang2 yg nak bersikap primitif dan ortodok sehingga golongan andalusia ni rasa tertekan. Masyarakat harus terima, arus masa telah menjadikan golongan wanita cerdik pandai, berjaya dan berkarier semakin bertambah. Malangnya jumlah pertambahan wanita hebat ini tidak sepesat jumlah lelaki yang berjaya (esp: melayu). Kalau ada pun hanya sebilangan kecil sahaja dan cukup laris di pasaran. Tidak mencukupi untuk menampung jumlah wanita-wanita hebat ni yang kebanyakan tidak sanggup bermadu (sebenarnya lebih mahu menjaga perasaan kaum sejenis dan perasaan sendiri).

    Tetapi kerana takutkan penghinaan dan pandangan sinis golongan ortodok, mereka terpaksa tangkap muat macam kes kat atas ni. Endingnya.... dapat suami kaki judi, kaki dadah, kaki perempuan....

    Siapa yang terpaksa menanggung sengsara? Perempuan juga. Dah le nak mohon cerai kat Malaysia ni bukan senang walaupun terang lagi bersuluh lelaki tak boleh pakai.

    Lebih baik jadi andalusia... jangan takut gelaran tu!

    p/s: Ini bukan kisah saya, saya dah kahwin tapi saya punya semangat feminisme yang tinggi. Sama seperti Dato' Shahrizat.

    BalasPadam
  16. jangan terlalu memilih...jangan terlalu menggedik...dan jangan terlalu meletak harapan..

    BalasPadam
  17. bercinta tak semestinya berakhir dengan perkahwinan. dulu sy bercinta agak lama dengan si A dan kemudiannya putus, pastu kenal si B sekejap terus bertunang. 3 bulan pastu putus tunang. akhirnya bertemu si C langsung kawin dan kekal hingga sekarang...alhamdulilah.

    BalasPadam
  18. betul..setuju dengan entry ni..mmg itu dilema family skang..bmbg anak perempuan diorang tak laku..rsnya xperlu bimbang..kalau dah jodoh tak ke mana..hiasi peribadi..Allah dah janjikan hanya yang baik untuk yang baik..

    BalasPadam
  19. Rugimasa dan tak luak tapi haus mungkin, dia tak fikir lelaki rugi wang tenaga dan masa,.bila tau poket nipis jwatan kecil gadis cuba cari alasan, begtu juga sebaliknya...lelaki alasan yg berbeza

    BalasPadam
  20. baru 27 je adik ni..
    saya sudah 33..dah brp kali putus cinta..tp tak letih sgt..
    lebih baik kawin lambat dr cerai cepat2 sebab tak fikir masak2..
    yg penting bg sy kawin dgn lelaki yg kita boleh beckp dgn dia selama2nya..communication is important!

    BalasPadam
  21. Pilihlah yg berkenan dihati kerana dari hati datangnya cinta.

    BalasPadam
  22. Shiela, apabila berkahwin, maka lengkaplah setengah iman seseorang itu.. Berkahwin, mmg keinginan sy. Tapi hati ni dah..gone pasal baru je tunang dah takde apa2. Perempuan zaman sekarang ni senang2 je pilih yg lain. Maklum la, lelaki boleh buat, perempuan pn nak buat. Lekali men bola, perempuan pn men bola gak kan??

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.