Jam 6 pagi ini, saya dan krew 999 baharu berpeluang berbaring dan berehat selepas bekerja lebih 24 jam.
Tubuh saya berasa penat bukan kepalang. Dari jam 4 pagi semalam kami mejalankan tugasan amat istimewa.
Tanggal 25 Oktober.
Jam 7 malam ...
2 van kami ekori dari Kompleks Jeti Penumpang Marina Awam Tanjung Pengelih, Johor.
Jam 8 malam ...
"Kali pertama saya ke mari menggunakan permit kerja ladang di Kahang. Selepas 2 tahun saya penat lalu kembali ke Lombok. Tiga tahun di Lombok, saya datang semula ke sini dan bekerja di ladang sama, permit 3 tahun tetapi cuma kerja 2 tahun sahaja," ujarnya.
"Kali ini mahu ke mana?," soal saya sambil perbualan dirakamkan jurukamera 999.
"Kerja di ladang sama di Kahang," balasnya.
"Permit ada?," tanya saya.
"Tidak ada, hanya menggunakan visa melancong," balasnya.
Jam 2 pagi ...
30 warga Indonesia ditahan Jabatan Imigresen Johor.
Jam 2.28 pagi ...
Lelaki India berusia 53 tahun berikut ditahan dan cuba meronta berulang kali.
"Apa salah saya? Kenapa mahu gari?," soalnya.
Saya tidur sekejap dan jam 9.30 pagi, saya dan krew akan menghadiri sesi 'istimewa' bersama ahli parlimen Pengerang berhubung kes ini.
Sabar.
Update
Ahad lalu, jam 1.30 pagi, saya, penerbit 999, Shahnun Hanif dan jurukamera tiba di Pengerang, Johor.
Kami kemudian meninjau perairan Sg. Rengit dan Teluk Ramunia, dilaporkan lokasi keluar dan masuk warga Indonesia membolosi sempadan negara. Responden, 24 tahun, bekas tonto tekong darat ditemubual.
"Satu bot boleh naik 50 orang ke Batam, setiap kepala, tekong caj RM50 dan semalam mereka buat 3 trips. Pendapatan 1 malam, purata RM7,500"
Maksudnya, wujud sindiket melelong maruah negara terutama pada musim perayaan.
Lebih menarik, saya dan krew berpeluang mengejar 2 van dinaiki warga Indonesia pada 26 Oktober, jam 7 malam.
Barangkali menyedari kami mengekori kenderaan mereka, pemandu membelok ke Balai Polis Pengerang. Pantas saya menghampiri mereka dan majoriti daripada 30 warga Indonesia itu mengaku memasuki negara ini menggunakan pas lawatan sosial untuk melancong.
"Berapa banyak wang kamu bawa?," soal saya.
Gementar, lelaki Indonesia berusia 25 tahun menjawab ...
"Dua puluh ribu rupiah untuk tinggal bersama paman di Bangi selama 20 hari," jawabnya.
20,000 rupiah bersamaan RM7.40, maksudnya dia hanya mampu berbelanja 37 sen sehari bagi menampung kehidupannya selama tempoh berada di negara ini.
Di luar balai, bas sewa sedia menanti. Polis kemudian menahan pemandu bas dan 2 pembantu berbangsa India untuk siasatan.
Apakah tindakan penguatkuasa Jabatan Imigresen Johor terhadap warga asing terbabit?
"Offence is not comitted yet kerana mereka bukan ditahan semasa bekerja," ujar Pengarah Jabatan Imigresen Johor semasa saya hubungi melalui telefon.
"Persoalannya mereka semua sudah mengaku secara terang-terangan akan bekerja di sini malah menamakan majikan dan lokasi ladang mereka bakal bekerja. Tidakkah mereka boleh ditahan?," hujah saya.
Di situ bermulanya satu pertikaian.
Terima kasih khususnya kepada pegawai media, MP Pengerang, Zulkifli Mat Rawi, banyak membantu dan menghulurkan kerjasama sewaktu kami menjayakan tugasan.
NOTA
Saksikan program bual bicara secara langsung, 'Hujah', jam 10.30 malam ini di TV9.
Tajuk, 'Fenomena Facebook'.
Thanks.

Perincian tugasan boleh anda saksikan di 999, Khamis, 28 Oktober 2010 di TV3.
NOTA
Saksikan program bual bicara secara langsung, 'Hujah', jam 10.30 malam ini di TV9.
Tajuk, 'Fenomena Facebook'.
Thanks.
Harap2 dah tangkap jgn lepas, hukuman berat..
BalasPadamMembazir kos negara nak tangkap lagi
Bawak pendatang haram sikit punya banyak lagi mahu ditanya apa salah dia....
BalasPadamIskk.. memang saya kenal orang spesies ni. Kat kompeni vic pun ada.
apa salah ?? mungkin dia tak tau yang dia buat tu salah sebab masa sekolah dulu tak diajar jangan bawak masuk pendatang tanpa izin... Bro, ni ke yang pendapatan RM 75K setengah ari tu??? kalu macam tu berapa denda atau hukuman yang akan dikenakan keatas pesalah, kalu setakat denda RM sikit je macam tak berbaloi la tangkap diorang sedangkan keuntungan yang diorang perolehi buleh bayar semua denda tu dgn sekelip mata ...( sekadar bertanya sebab tak tau )
BalasPadamdiorg ni kasi buang negeri baru tahu!....eeeee langsung tak fikir ke masalah mendtg slps kedtgn PATI ke negara kita...eeeee..emosi lak titiber.
BalasPadambukan 75000 tapi 7500.berkenaan tentang 'kesalahan yang belum dilakukan',dari segi teknikalnya mereka memasuki malaysia secara sah.namun jika kesalahan yang ingin diambil tindakan adalah penyalahgunaan pas lawatan ianya hanya dapat dilakukan sewaktu kesalahan sedang atau telah dilakukan.komen pegawai imigresen adalah tepat dan tidak seharusnya dipertikaikan..
BalasPadamUndang2 membawa duit yg sedikt tanpa kad krdt dgn tujuan melancong,adakah tiada undang2..sekurang2 rm20 sehari..bila wang belanja tak cukupmakan,.itu mencari kerja namanya..
BalasPadamDatangla ke MALAYSIA negara penyayang.welcome
kalau tgk balik 999..korang tak perasan ke yang memang dia tak salah pun...India ni tak salah pasal dia baru sampai kat depan balai polis tu..yang kena tangkap orang yang kat dalam van? apa kena mengena dengan orang yang bawak bas? Ada Pati kena tangkap dalam bas ke? Bodohla.. Yang kita menghukum ikut sedap mulut jer..
BalasPadam