Ahad, Oktober 31, 2010

Bau Mayat Kembung

Saya dapat menjangka, perjalanan kali ini sukar dan mencabar.

Bukan mudah berhadapan dan mencium bau mayat bergelimpangan dan kembung selepas 6 hari kejadian tsunami dan gempa bumi berlaku di Kepulauan Mentawai, Indonesia.

Namun, itu tugas harus saya laksanakan.

Jika berpeluang mengemaskini blog ini sewaktu di Padang atau di lokasi tragedi berlaku, InsyaAllah itu akan saya lakukan.

Saya akan terbang ke Padang pada jam 7.50 pagi ini dan dijangka pulang ke Malaysia pada 6 November kelak.

7 ulasan:

  1. Salam Sdr MAS...

    semoga Sdr selamat walau di mana berada. Jangan lupa jaga kesihatan. :)

    BalasPadam
  2. BRO, sekurang-kurangnya sudah diberitahu apa yang bakal dilihat nanti bang...
    Lebih baik dari unexpected.

    Semoga selamat dan semoga apa yang bakal dilihat dan bakal dikongsi nanti turut menginsafkan kita semua.

    BalasPadam
  3. Kejadian alam disalurkan melalui cabaran ketahanan insan dan atau pembalasan

    BalasPadam
  4. menakutkan . Tsunami diikuti letusan .....Tuhan sedang marah ? Bumi sedang sakit ? Fenomena alam?

    BalasPadam
  5. Moga jauhkan kampog bandar kita amalan ilmu hitam dan puja memuja busut, bukit n gunung.

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.