Ahad, Oktober 17, 2010

68 Facebook 34

Tajuk tampalan kali ini kelihatan agak berbeza selari dengan kisah unik dipaparkan dalam akhbar Harian Metro hari ini.

Nenek berusia 68 tahun, Munah Ishak, menetap di Kodiang, Kedah memiliki akaun Facebook selain mempunyai 6 anak dan 13 cucu hasil perkahwinan pertamanya.

Dalam tempoh 6 bulan, Munah berhubung dengan Mohd Reduan Mohd Noor, 34 tahun menggunakan Facebook dan akhirnya pada 10.10.10 lalu mereka diijab kabulkan.

Perbezaan umur mereka, 34 tahun.

Berikut komen Mohd Reduan.

“Saya terima dia seadanya, bukan kerana harta, sebaliknya keikhlasannya dan kesediaan menerima saya sebagai suami dan bapa kepada enam anak dan cucu-cucunya" 

Tahun 2005, Wook Kundur, 106 menikahi suaminya, Mohd Nor Musa, 37 tahun dan menetap di Kampung Bukit Tok Bat, Kuala Berang, Terengganu.

Malangnya kehidupan rumah tangga mereka sedikit tercalar kerana suaminya ditahan sebelum ini kerana menyalahgunakan dadah.

7 ulasan:

  1. Aamiin, moga kekal sebagaimana ucapan dari bibir yg manis...kongsi harta dan perniagaan,tolong nolong yg susah..harta sementara tak kekal..

    BalasPadam
  2. Moga perkhawinan mereka kekal.

    Yang muda macam saya pun tak jumpa2 lagi orang yang sesuai~ :p

    BalasPadam
  3. semoga perkahwinan tu berkekalan.

    tapi terfikir,

    berita macam ni dianggap unik?

    dan kenapa eh, berita macam ni pun boleh keluar suratkhabar yang popular.

    haha!

    BalasPadam
  4. Harapnya kali ni mmg benar2 ikhlas kerana Allah..

    dulu suami wook kuncdur pun kata kerana Allah juga, sudahnya habis emas tok dibuat beli dadah...

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.