Rabu, April 29, 2009

RM1

Banyak diperkatakan berhubung sikap tidak profesional sebilangan kakitangan hospital kerajaan. Mereka melontarkan perkataan ‘menyakitkan’ pesakit ketika mahu mendapatkan rawatan samada di wad bersalin atau di unit kecemasan.

Tetapi ada di kalangan kita berkata …

“Bayar RM1 masa nak mendaftar, don’t expect too much lah. Takkan nak dibelai kut. Kalau nak layanan mesra, pergilah ke hospital swasta”

Apa komen?

52 ulasan:

  1. Ada jugak orang yang memberi pertolongan tanpa mintak dibayar. Sebab ikhlas. Takkan sebab RM1 terus jadi tak ikhlas.. ish ish ish.

    BalasPadam
  2. Bro Maz

    Di UK, terutamanya London, layan semua hospital adalah seumpama Hospital swasta 4 ke 5 bintang.

    Dan semuanya percuma. Malah kalau tak de duit teksi atau bas balik ke rumah, pihak hospital akan bagi 'cash'

    Oklah tu. Itu lah yang sepatutnya kita dapat kerana mengamalkan system Demokrasi.

    Cuma saya ada sedikit hairan kerana negara kita nampaknya masa pilih pemerintah ikut cara demokrasi, tapi dari segi ekonomi, perubatan dan kebajikan untuk rakyat, lebih cenderung kepada system 'Kapitalis', mungkin sebab bangsa cari duit tu kot, ye lah, nak mati pun kena beli kubur sampai beratus ribu, inikan pula belanja perubatan.

    Wallah huaklam.

    BalasPadam
  3. Mak aii...kurang ajar betul ayat yang diucapkan oleh golongan yang bersikap tak profesional ni...bagi saya mereka ni perlu dikenakan tindakan tegas...kita manusia pun ada perasaan jugak...

    BalasPadam
  4. ada kaitan dengan bayaran ke?

    kalau dah memang tak mahu buat kerja, semua benda rasa malas nak buat..

    ~~mencari mood studi di musim final exam...

    BalasPadam
  5. Tak kisah lah keje sbg nurse atau ape² sje tp yg plg penting kenelah berhemah dan memberi khidmat yg terbaik pd pesakit ataupun pelanggan.

    Jika tidak bole memberi khidmat yg mesra dan baik, dinasihatkan jgn bekeje sbg barisan hadapan organisasi.

    Kita mahu dptkan khidmat bukan mahu dimarah ataupun diherdik.

    BalasPadam
  6. tidak minta dibelai,
    cukup sekadar bahasa yg sedap didengar.

    budi-bahasa tak patut ditukar beli dgn wang.

    BalasPadam
  7. Saya rasa layanan di hospital ni tak ada kene-mengena dengan bayaran RM1 tu. Apa yg penting ialah depa ni faham fungsi depa sebagai kakitangan hospital awam.

    BalasPadam
  8. saya byk jugak cerita kat blog saya pasal hospital kerajaan!!! teruk!!!

    dulu 7S sekarang dah ada 10S

    uh!!! dorang tak ikut pun ....

    nak kita senyum dulu...

    huh...

    nnt saya komplen lagi...

    BalasPadam
  9. setiap keje mesti disertai dengan niat.. niat kerane Allah Ta'ala.. kalau xmendapat layanan sepatutnya?...

    Wallah huaklam

    BalasPadam
  10. hadoiiii

    sedap benor bahasa tu...

    ermmm

    lupa lak lagu aper tu...
    bahasa jiwa bangsa...
    tak boleh pakai dah kut...

    betui tak???

    BalasPadam
  11. Kata rakyat diutamakan inilah perlu diutamakan kebajikan........Sudah tiba masanya bukan kesihatan sahaja kos serendah itu untuk rakyat tetapi pendidikan juga sepatutnya diberi percuma untuk warganegara..........

    BalasPadam
  12. tau xpe...saya pernah mendapat layanan sebegini.biasanya nurse seniour yg 'kerek'sgt...especially 'MAKCIK MAKCIK "nurse....mungkin dulu nurse xde pelajran.tp sekarng ni sy tngok nurse2 muda bagus2..lembut je kalau nk dibandingkn dgn nurse yg dh TUA ni.

    BalasPadam
  13. bayaran rm1 tue kan dah ditetapkan oleh kerajaan..Lagipun soal bayaran tue bagi saya janganlah diungkit2kan..kerana sudah tugas kerja dan juga amanah..Bagi sy tidak perlulah marah dan berkata seperti itu..Lontaran kata2 yg tidak baik amat2 menyakitkan dan mencemarkan imej..

    BalasPadam
  14. salam

    kerja tu amanah... kerja itu suatu bentuk ibadah... jadi perlu dilakukan dengan ikhlas... bukan leh diukur dengan duit... bukan juga boleh buat sesuka hati...

    kalau kite tak mahu kite diberi layanan sebegitu bila kite sakit, macamtu jugak orang lain... tak lah kite tak sakit kan...

    BalasPadam
  15. kerja kena la ikhlas..baru berkat hidup..rm1 pon..duit jugak..so tepuk dada ty selera...

    BalasPadam
  16. kakak ipar combi keje nurse kat hospital parit buntar..

    disebabkan komitmen yg tinggi serta baik hati,beliau menjadi kesayangan pesakit yg pernah tinggal diward sehingga ada yg dtg mencari beliau setelah keluar dari ward.

    sedikit yg kita beri insyaALLAH ALLAH akan gandakan lebih byk kalo kita ikhlas.

    ...............

    sebenarnyer rasa tanggung jawab dan kasih syg semakin hilang diantara manusia bukan kerana RM1.

    manusia semakin pentingkan diri sendiri dan kerja semata-mata kerana duit bukan lagi mencari pahala utk bekalan akhirat.

    marilah kita muhasabah diri.

    BalasPadam
  17. wahai doktor, nurse dan penyambut pesakit di bahagian kecemasan sekalian...korang tu dibayar gaji untuk bagi anak bini makan....so sila la berhemah sikit....kitorang bayar RM1 tu tuk kerjaan tau bukan klinik U all...so klu dah pegi belajar pun guna duit kerajaan sila bekerja dengan ikhlas ye...abang maz saya cadangkan supaya doktor2 yang guna biasiswa kerajaan dikenakan kontrak berkhidmatd dengan kerajaan selama 30 tahun.... biar sampai pencen dorang keje ngan gomen....memang geram dengan staff2 kat kecemasan ni....ayat memang kuang ajaq...

    BalasPadam
  18. Apa kata En.Mazidul kupas isu ini di 360 nanti.

    BalasPadam
  19. Kena hantar induksi "Menjadi pekerja yang baik dan efisyen"...

    BalasPadam
  20. satu hari ni klinik sebuah IPTA,

    me : salam doc..

    doc : salam.. apa sakit?

    me : demam, sakit kepala, batuk sket la doc.

    doc : (tanpa memandang pesakit, mata terus ke pc, chatting kot..) ooo ok.. i akan bg ubat demam, err.. n ubat batuk sekali.. u bole tunggu luar aaa..

    me : (haa.. mcm ni je ke cek nye?) ok tq doc..

    bole ke camtu?..

    BalasPadam
  21. kalo macam tu baik tutup je hospital kerajaan sume bg swastakan...org g hospital kerajaan sbb xmampu nk ke swasta...n kakitangan yg keje kat hospital kerajaan tu keje kat situ semate2 nk wat org len cam sampah ke?
    nape die je yg x g ke hospital swasta kalau nk gaji lebih

    BalasPadam
  22. dah naik letih kalau bercerita pasal hospital kerajaan. Tukarlah beratus menteri kesihatan, hospital kerajaan tetap servisnya mcm itu jugak...

    p/s: kene le keje kuat sikit supaya leh beli insurans utk gi spital swasta...

    pp/s: ntah-ntah ni mmg sengaja dibuat supaya spital swasta laku kot....huhu konspirasi theory :p

    BalasPadam
  23. Salam. Menarik ni..

    Semua komen yg dilontarkan adalah benar belaka. Saya setuju sangat.

    Cuma...

    Saya lebih cenderung nak bertanya kenapa sikap kakitangan hospital / klinik awam jadi begitu?

    Macamana nak kurangkan masalah tu?(nak atasi 100% hampir mustahil la kot..)

    Adakah ? :

    1. Beban kerja mereka terlalu berat sehingga susah walau nak senyum?
    2. Waktu kerja terlalu panjang? (mcm doktor on call - 48 jam kerja)
    3. Suasana kerja yg tak kondusif?
    4. Dah tak kuasa nak layan karenah pesakit yg 1001 ragam?
    5. Atau memang mereka ada masalah sikap?

    Macam mana nak atasi masalah tu? Ini tugas utama KKM. Kena buat kajian la...kita boleh bagi cadangan je. Apapun, saya cadangkan agar latihan kedoktoran dan kejururawatan lebih menekankan soal bagaimana nak handle hati@jiwa pesakit, sebelum handle penyakit mereka.

    Saya sendiri sebagai seorang penjawat awam yg mengendalikan ratusan manusia setiap hari, saya akui hakikat bahawa dalam keadaan keletihan dan tekanan kerja, kadang-kadang kita "terlepas perangai" kepada orang lain.

    Sama-samalah kita saling faham memahami.

    BalasPadam
  24. saya pernah bersalin di hospital kota bharu...

    di dalam labour room waktu para ibu meronta, menjerit untuk membuang sedikit rasa kesakitan, nurse di situ boleh pulak menjerit "macam pasar, sini pekik sana pekik!!!"

    apakah dia bukan perempuan, tidak memahami betapa peritnya sakit ketika bersalin.. apakah dia mahu kita semua tutup mulut, jangan keluarkan suara jika merasa sakit...??

    walaupunbagaimanakan, perasaan geram itu semua hilang sebaek saja terpandang wajah anak saya yang comel dan kini dah pun berusia 11 tahun...

    BalasPadam
  25. APA CERITA PERTEMUAN PELAYAR mazidulakmal.blogspot.com PADA SABTU 2 MEI 2009?

    BalasPadam
  26. Memang lah tak faham perangai manusia ni,masa kecik cikgu tanya nak jadi apa? Alasan doktor atau nurse supaya dapat bantu meneyembuh mereka yg sakit tapi bila dah dapat job tu, merungut lak...tak guna sijil tinggi2 atau ilmu yg diperolehi jika kesudahannya menyusahkan orang. Kalau diri sendiri kena baru tau kuut? Ada satu pengalaman saya menghantar anak yg demam, seorang doktor memeriksa hidung anak saya (mungkin menyukat suhu atau memeriksa nadi). Memang pelik! tapi tak tau lah kalau itu cara terbaru nak check demam.

    BalasPadam
  27. macam tak ikhlas je perkerja yg ckp mcm tu...ada ke alasan sbb RM1 maka tak boley nak bg layanan 1st class..

    dah tu memang keje diaorg,tak kira la brape pun byrn yg kita byr diaorang tetap kena bg layanan yg sepaptut nye...

    bayangkan kalau family diaorg yg dapat layanan lebih kurang,apa yg diaorg rasa?

    x patut..x patut..

    BalasPadam
  28. Salam....saya jadi fobia bila nak melahirkan anak ke 3...segala2nya berpunca kerana melahirkan anak ke 2 dulu. Due date 21/4...23/4 saya buat pemeriksaan biasa sahaja...tp terus admit dgn alasan dah overdue....saya dipaksa bersalin... Allahuakbar, baby saya di forcep, kemudian di vacuum....hingga seorang doctor lelaki masa tu menepuk peha saya sambil bertanya "awak ni nak beranak ke tak nak beranak ni??"...Bayangkan saat itu sedihnya saya...doctor sebangsa saya bertanya saya seperti itu. Paling saya terharu....seorang doctor lelaki India....menghampiri saya.....usap kepala saya....genggam tangan saya dan berkata..."Mem...u can mem....pls try to push harder, i'm here....hold me...i count 1 2 3 .....push!!!"....lahir terus anak saya secara normal......esoknya bed saya dikeliling 10 org pakar....dan meminta doctor yg melakukan forcep + vacum berikan penjelasan mengapa saya di forcep + vacuum...sedangkan saya boleh melahirkan secara normal. Padan muka diorang semua. Bayangkan....bangsa asing bantu saya!!!!! Dia bagi saya semangat...Tapi bangsa saya tanya "saya nak beranak ke tak nak"...Macamana tu Mazidul??? Sebenarnya bukan kerana RM1.....tapi....bahasa, keikhlasan....itu kena ada dalam dada.....Fikirlah....

    BalasPadam
  29. tak sepatutnye la ada sentimen macam tu,terutamanya, pihak yang memberi perkhidmatan...mana taknya, masa mula-mula interview untuk berkhidmat, bukan main rela...tapi bila dah ada tanggungjawab, kene la buktikan keikhlasan tu...bende ni pun pernah jadi kat kakak saya yang dah sarat nak bersalin...hangin jer tengok layanan nurse tu....

    BalasPadam
  30. sy sbg warga di putrajaya nk nasihatkan sape2 yg kalu demam/sakit gigi/perut/mata lebih baik beli ubat kt farmasi je.kalo pi klinik kerajaan,daftar pkl8am pkl10.30am ke atas baru dpt check.nk tggu diaorg pggl no.que lama btoi,lagi btmbah sakit adela.kalo mazidul nk tau cuba pegi siasat.

    BalasPadam
  31. rata-rata klinik atau hospital mmg bg layanan yg kurang memuaskan.kita di layan seolah-olah kita mcm orang yg bersalah,dah la belum habis waktu kerja lagi dh tutup kaunter,igt la kamu semua ada kerja pun sebab ada org sakit,nampak tak penyakit yg menyebabkan anda yg kerja dekat hospial atau klinik dpt rezeki

    BalasPadam
  32. oh, masih begini rupanya keadaan di hospital kerajaan..
    pernah dengar sebelum ni, tapi pengalaman sendiri agak kuranglah..
    berdasarkan komen2 yang diberikan, banyak manfaat yang saya dapat..
    saya insyaAllah, akan bergelar doktor 4 tahun dari sekarang dan akan berkhidmat di hospital kerajaan paling kurang 10tahun sperti dalam kontrak..
    doakan bakal2 doktor dan pegawai kesihatan lainnya lebih cakna dengan keadaan hospital kerajaan ini dan akan membawa perubahan baru insyaAllah..

    BalasPadam
  33. Saya tak letakkan masalah tu kpd kakitangan hospital atau klinik semata2. Saya tak kerja di sektor kesihatan, tapi saya tahu sangat kekangan yg dihadapi oleh mana2 sektor awam ni.

    So, saya bagi cadangan lagi :

    Kesihatan dan kebajikan rakyat adalah tanggungjawab kerajaan. Untuk itu,

    1. KKM perlu tambah lagi kakitangan perubatan dan kakitangan sokongannya. Kalau cuma ada beberapa staf dalam klinik (sorang doktor, 3 nurse) nak handle puluhan (mungkin ratusan) pesakit, jenuh la depa...

    2. Bajet tahunan untuk Kementerian Kesihatan perlu dikaji semula. Kementerian Pelajaran dpt bajet yg paling tinggi setiap tahun, tapi tu pun masih banyak sekolah kekurangan guru sampai ambik guru GSTT. So, Kementerian Kesihatan pun perlu diberikan bajet yg banyak untuk menampung keperluan penting rakyat ni.

    Kenapa masalah doktor lari ke sektor swasta slps habis kontrak dgn kerajaan masih belum selesai lg? Antara sebabnya masalah ni lah...kerja teruk macam nak mati. Masuk kerja jam 8.00 pagi isnin, habis kerja jam 5.00 petang selasa (tu pun selalu sampai malam). Kemudian, masuk balik kerja jam 8.00 pagi Rabu, habis kerja jam 5.00 petang khamis. Macam tu punya working hours...lama2 hilanglah produktiviti, hilanglah senyuman, hilanglah profesionalnya..

    Yang si jururawat pula, tengok boss2 mereka (para doktor) dah muka tak larat, depa pun.... tapi bukanlah semua macam tu, ramai lg nurse yg dedikasi dan baik.

    Peranan kita sebagai rakyat biasa ni, bgtau pemimpin2 kita supaya betulkan keadaan ni. Kalau depa tak mau betulkan, kita pilih lah pemimpin yg lain pula... :)

    BalasPadam
  34. TERNANTI PAPARAN 360 MINGGU DEPAN, ISU HOSPITAL KERAJAAN, MEMANG MENARIK. WAJIB DITONTON OLEH WARGA KERJA HOSPITAL KERAJAAN.

    BalasPadam
  35. Sekadar mendengar pandangan kedua, apa salahnya untuk kita renung2 kan..

    Saya petik daripada Utusan Malaysia bertarikh 1 Mei 2009 :

    SAYA merupakan salah seorang pegawai perubatan di salah sebuah hospital di ibu negara. Buat pengetahuan umum, malam semalam saya pulang ke rumah pukul 9 malam setelah keluar bertugas mulai pukul 7 pagi pada hari sebelumnya. Saya pulang setelah habis menjalankan tugas on-call. Cuba bayangkan bekerja selama 36 jam tanpa henti. Mungkin dapat tidur sejam dua (lebih baik tidak tidur langsung). Pulang ke rumah dengan harapan dapat bermesra dengan anak dan isteri, tetapi ternyata saya terlalu penat.

    Biar saya jelaskan bagaimana tugas seorang doktor secara kasarnya. Kami akan memulakan kerja seawal pukul tujuh pagi dengan berada di wad bagi menyiapkan data pesakit di wad bagi tujuan ward round bersama doktor pakar. Secara amnya, ward round akan tamat sekitar pukul 10 hingga 11 pagi. Ini mengambil kira purata 30 orang pesakit di dalam wad.

    Selepas itu, kami mesti bergegas ke klinik untuk merawat pesakit luar. Ini menjawab rungutan pembaca yang mempertikaikan mengapa mereka perlu tunggu lama di klinik pesakit luar. Secara purata kami memeriksa dalam 100 - 200 pesakit luar setiap hari. Secara puratanya juga akan terdapat lima hingga tujuh orang doktor di klinik. Jadi seorang doktor akan memeriksa antara 20 hingga 30 orang pesakit.

    Harus diingat kami mesti kembali ke wad selepas itu untuk melihat perkembangan pesakit yang lebih tenat di dalam wad. Maka secara kebiasaannya kami akan tamat merawat pesakit dalam pukul 6 hingga 7 petang. Tugas itu disambung oleh doktor on call. Maka andainya saya merupakan doktor on call (yang perlu menjaga seluruh hospital, bukan sekadar wadnya) pada hari tersebut, saya akan menyambung tugas saya dari pukul 7 malam itu hingga 7 malam keesokan harinya di wad dan klinik seperti biasa.

    Maka, wahai pesakit hospital kerajaan Malaysia, renungkan dan fikirkanlah. Seandainya anda ternampak kami berbual, makan atau membaca surat khabar, sebenarnya kami hanya ingin 'mencuri' sesaat dalam 36 jam itu untuk merasai kehidupan manusia biasa.

    DOKTOR HOSPITAL KERAJAAN
    Kuala Lumpur

    BalasPadam
  36. Abg Maz, maaf ye..banyak sangat ulasan saya ni.. Ni ada satu lagi..

    Utusan Malaysia - 1 Mei 2009 :

    Tidak senyum kerana keletihan

    DEWASA ini hangat diperkatakan mengenai mutu perkhidmatan kesihatan di klinik-klinik dan hospital-hospital kerajaan. Ada sesetengah warga Malaysia kini memandang negatif perkhidmatan kesihatan kerajaan apabila mereka gagal untuk mendapatkan layanan serta perkhidmatan seperti yang diharapkan.

    Bilangan doktor di Malaysia dan kakitangan perawatan yang lain masih tidak mencukupi dan sangat kritikal di daerah tertentu. Nisbah doktor pada 2007 adalah seorang doktor bagi 1,145 penduduk. Bilangan doktor yang ditugaskan di klinik-klinik kesihatan dan hospital-hospital daerah masih belum mencukupi. Sebagai contoh, doktor di hospital daerah bertanggungjawab untuk merawat pesakit di dalam wad, merawat pesakit di klinik dan melaksanakan tugasan on-call mengikut giliran.

    Selepas menamatkan tugasan on-call doktor tersebut akan terus menyambung tugasan sama ada di wad atau terus ke klinik pesakit luar sehinggalah tamat waktu pejabat hari tersebut. Adalah tidak adil untuk mengatakan seseorang doktor itu kurang mesra pesakit sekiranya beliau kurang senyum dan beramah mesra pada hari tersebut. Mereka keletihan setelah bekerja secara berterusan lebih daripada 24 jam.

    Kakitangan kesihatan yang lain juga harus ditambah bagi membantu doktor melaksanakan perawatan. Sebagai contoh, para jururawat terlatih seharusnya dapat melakukan pemeriksaan ultrasound rutin kepada ibu-ibu yang mengandung. Ini pasti dapat mengurangkan waktu menunggu pesakit dan membolehkan doktor menumpukan aspek perawatan dan kaunseling pesakit. Mereka juga hendaklah dilatih dengan panduan terkini semasa menyaring pesakit yang datang agar kes-kes kecemasan dapat diberikan keutamaan sewajarnya.

    Pesakit juga hendaklah mematuhi waktu temu janji kerana setiap pesakit biasanya akan dilihat oleh doktor untuk lima hingga 15 minit mengikut keperluan. Cubalah menjadi seorang pesakit yang beretika dan berhemah tinggi kerana para doktor dan perawat kesihatan yang lain sentiasa bersedia memberikan khidmat yang terbaik untuk anda.

    WARISAN 27643
    Kota Bharu, Kelantan

    BalasPadam
  37. dah banyak sgt dah cite camni.
    specially kt wad bersalin
    pnah gak dgr nmpak sndr depan2.
    sorang ibu nk melahirkn ank ke-9
    nurse tu siap marah lg.
    dah la org tu tgh sakit leh plak die nk mrh2 camtu. die mrh nape banyak sgt anak. dah tu rezki die. Allah yg bg. bkn mntak kt nurse tu pon. mmg la keje die ssh. kite pon taw gak pike. tp dah tu mmg keje die. mmg kte kne bayar RM1 tp kerajaan dah bayar bpe ribu kt die?
    tu pon duit rakyat gak. yang paling truk ble nurse leh blacklist nme sape2 yg wat kecoh kt hospital or wat report sbb layanan truk. xkn la smpai camtu skali kot. tu dah melebih2 dah tu. br2 ni aku g kt hospital utk derma darah. alhamdulillah sume staff kt ctu sntiasa senyum and bg layanan yg baik. xtaw la kt department lain plak.
    mmg la pesakit klau warga negara kne bayar RM1 utk rawatan. tp xkan perkhidmatan pon kne ikut bayaran tu kot? so layanan utuk warga asing lebih special ssb die kne bayar lebih lg. xkn camtu plak??

    BalasPadam
  38. Gaji mereka yang bekerja di hospital kerajaan itu bukan dibayar dengan wang RM1 itu. Gaji mereka dibayar penuh setiap bulan tanpa kurang satu sen.

    Tidak ada sebab mereka tidak boleh memberi perkhidmatan terbaik dan penuh ikhlas.

    BalasPadam
  39. Perempuan nak bersalin ramai kena marah, "masa buat sedap, sekarang ni sakit!" :)

    BalasPadam
  40. Saya telah menghantar 3 wartawan ke 3 unit kecemasan berbeza. Mereka akan merekod respon pekerja kaunter hospital. Nanti kita sama-sama tengok, siapa kena.

    BalasPadam
  41. RM1 tu bukan gaji mereka, itulah ehsan kerajaan bagi membantu rakyat. Janganlah dipersoal RM1 tu.. cukup je la pertikaikan service kakitangan hospital. Kang.. kalau goverment naikkan caj RM1 ke RM100.. haaa.. baru la nak demonstrasi sinilah..demonstrasi situlah..

    View Profile: Rantong™

    BalasPadam
  42. Erm nak komen...tpi komen sy sama dengan pengkomen di atas. So sy sekadar menyokong...

    Sy diberitahu ader doktor yang tidak mahu berkhidmat di hospital di tanah air sendiri kern gaji yg di bayar amat kecil dibandingkn dengan gaji yg diperolehi di UK...

    Klu dah nampak wang di mata, apa boleh buat...

    Doktor, nurse n kakitangan hospital perlu dilatih untuk memperbanyakkan buat kerja sukarelawan...baru ikhlas sket.

    BalasPadam
  43. sy rs perkara ini sdh terlalu lama diperkatakn..
    kbykn pesakit yg dtg mmg mengharapkn yg terbaik dri setiap Dr...apabila nk yg terbaik mesti nk Dr. periksa/tny terperinci tp klau semua Dr. buat macam tu,yg menunggu di luar pula yg tunggu lg lame komplen plak
    overall,sbnrnyer "it's easire said than done"...cube letak diri dlm situasi sbg Dr ke nurse ke & rasela keje bbrp hari,baru lps tu komen samada Dr2 ni yg slh ataupon diri sndri yg letak harapn tinggi sgt

    p/s:sy bukan seorang Dr mahupun nurse tp paham situasi mereka,wallahualam

    BalasPadam
  44. Dude,

    saya rasa masalah ini boleh diatasi sekiranya ada ketua yg berkaliber tak kira lah menteri ke atau ketua pengarah ke, ketua nurse ke, etc etc.

    Sesuatu organisasi akan cemerlang sekiranya ada ketua yg cemerlang.

    For me personnaly, I do not fancy "org politik" jadi menteri (for what ever kementerian for that matter).... pada saya ramai doktor2 di hospital kerajaan yg berpengalaman dan juga berkaliber untuk menjadi Menteri Kesihatan. Sekiranya konsep ini diterapkan, saya rasa masalah yg kita hadapi ini dapat diselesaikan.

    Cheers

    BalasPadam
  45. bagi saya bukan semua doktor yg begitu, begitu juga kakitangan kerajaan yg pergi minum berjam2, kakitangan yg tiada di kaunter, kakitangan yg lambat angkat telefon, dn mcm2 lagi aduan mengenai kakitangan kerajaan.

    Tetapi nisbahnya terlalu sedikit jika nak dibandingkan pergorbanan doktor yg begitu bekerja dengan rajin dan bertanggungjawab

    BalasPadam
  46. ya ya... ada satu latihan model esq 165... orng gomen patut join... kalau hampeh jugak tak tau lah...

    BalasPadam
  47. maaf CILOK topik...saudara ta nak hantar wartawan ke sekolah2 rendah yng ada sistem susu percuma BASI?? atau kantin yang buat kontrak 10 tahun pemilik yang sama>??

    contoh ..sek rendah selayang 2

    BalasPadam
  48. yeke...
    tak mo kire ke apa kata2 dan caci maki orang awam kepada kami kakitangan hospital ni?? golongan profesional lebih ramai yang memaki hamun kitorang... :( sungguh sedih... tak yah jauh2
    BACA KAT KOMEN NI DAH CUKUP.. ramai yang menghina pihak hospital.. dan jangan pula kerana nila setitik rosak susu sebelanga.., bukankah begitu?

    bak kata kak abby fana, yang baik pun kene la puji, jgn buruk aje nak dikeji... sungguh tak mengenang budi..

    ~ orang tak tahu kerana kami tak bercerita dan redha.. ~

    BalasPadam
  49. Sweetie, premis penulisan saya jelas, SEBILANGAN bukan SEMUA. Apapun nanti tengok 360 malam esok, 6 Mei 2009. Saya berikan ulasan seimbang :)

    BalasPadam
  50. actually kebanyakkan perkataan seringgit tu kleuar bila terjadi sesuatu perkara/insiden..
    takkan senang2 je nak kuar perkataan tu.. so kite kena tau kenapa tergamak diaorang keluarkan perkatann@ayat tu.. so for mr mazidul.. kupas kan la..sapa yang pernah kena tamparan perkataan seringgit tu sila tampil kedepan...citer apa yang berlaku...apa yang telah mereka buat sampai kakitangan sangup keluarkan perkataan tu..jom kita tengok.. tak sabar ni..s

    BalasPadam
  51. masalahnya ... kontrak titik perstujuan antara client (pesakit) dan provider (hospital krajaan) tidak bertemu pada tempatnya...client mengaharapkan senyuman dan provider ingin memberi kerja berkualiti...tetapi overworked...

    sabarlah public....malaysia bukan england.... nisbah dr dan pesakit 1:2000....

    BalasPadam
  52. Mazidul Akmal Sidik berkata...

    Perempuan nak bersalin ramai kena marah, "masa buat sedap, sekarang ni sakit!" :)

    ya ini mmg nyata... pengalaman saya tau... bukan nak kutuk mana mana... just nka share pengalaman!!!

    ipar duai saya teruk kena marah... dah lah first time dia nak deliver... sampai tengking ipar duai saya... ipar duai saya hempaskan beg!!! dah tension lah tuh... dia dah lah sakit pergi marah buat apa... sakit nak melahirkan bukan nya sama setiap individu...

    masa saya di PPUM check jaundis anak... ada sorang ibu nih... indian... dia cerita kat saya... dia teruk kena marah sbb tak pandai nak teran... "anak dah 4 pun tak pandai lagi!" dialog lebih kurang...

    !!kalau mereka reka cerita... saya mintak ampun... tapi saya rasa mereka cerita yang benar

    tapi servis di kecemasan PPUM OK!!! jururawat PEKA. doktor nya pun PEKA

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.