Khamis, April 23, 2009

Usah Keliru

Kita biasa mendengar, perempuan baik hanya untuk lelaki baik, lelaki baik untuk perempuan baik.

Betul?

Jika jawaban anda ‘Ya’, bagus!

Andaikata, contohnya suami ditangkap dek isteri sewaktu dia bercanda dengan wanita lain, suami itu BUKAN lelaki baik.

Betul?

Jika jawaban anda ‘Ya’, kesimpulannya isteri itu juga BUKAN perempuan baik.

Setuju?

Jadi, jangan mendakwa terlalu baik.

19 ulasan:

  1. aiyark!! en mazidul nih!!!

    bagus ye.. kesimpulan yang perlu difikirfikirkan...

    he he he

    BalasPadam
  2. he..23x ok bro jawapan sy untuk soalan pertama ialah tidak. dan jawapan ke-2 bergantung pada background sebenar pasangan tersebut

    BalasPadam
  3. Surah an-Nur ayat 26 :

    " Wanita-wanita yang keji adalah untuk lelaki-lelaki yang keji, dan lelaki-lelaki yang keji adalah untuk wanita-wanita yang keji. Dan wanita-wanita yang baik adalah untuk lelaki-lelaki yang baik dan lelaki-lelaki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik....." (baca hingga ke akhir ayat)

    Ayat ini diturunkan bersempena dengan peristiwa "al-ifki", iaitu ketika Sayyidatina 'Aisyah r.a. difitnah oleh puak-puak munafiq di Madinah telah melakukan perbuatan curang dengan seorang sahabat yang baik bernama Sofwan bin Mu'attol.

    Allah s.w.t. mempertahankan kesucian 'Aisyah r.a. dan menegaskan bahawa jika benarlah 'Aisyah itu jahat, masakan dia dapat mendampingi seorang manusia paling suci seperti Muhammad s.a.w. dan amat disayangi pula oleh baginda?

    Pengajaran yang dapat diambil dari ayat ini ialah hubungan intim antara pasangan suami isteri itu hanya berlaku apabila wujud persamaan dari segi akhlak serta cara hidup. Orang yang mulia akhlaknya tidak akan bahagia di sisi orang yang jahat dan begitulah sebaliknya.

    Ini tidak menafikan adanya jodoh antara dua insan yang berbeza matlamat serta cara hidupnya seperti Asiah dengan Fir'aun dan pasangan-pasangan lain yang dapat kita saksikan sepanjang sejarah manusia. Semua itu adalah ujian. Lagipun hati manusia ini sering berbolak balik. Hari ini baik, esok berubah, kemudian kembali baik semula...

    BalasPadam
  4. abu amin:

    saya tertarik dengan ini
    Semua itu adalah ujian. Lagipun hati manusia ini sering berbolak balik. Hari ini baik, esok berubah, kemudian kembali baik semula...

    BalasPadam
  5. wanita yg baik dpt suami yg jahat adalah dugaan yg sgt berat..

    ALLAH menguji kekuatan imam wanita tersebut samada dia dapat membawa suami kpd jln yg benar.

    en. mazidul..

    combi percaya isteri yg baik akan membuat suami tidak smpi hati utk membuat sesuatu yg tidak baik.

    baik sini bermaksud taat kpd perintah ALLAH dan hormat kpd suami.ALLAH akan turunkan rahmat kpd pasangan tersebut.insyaALLAH.

    BalasPadam
  6. Ermmm...fikir-fikirkan lah ia....Dalam maksudnye tu....

    BalasPadam
  7. Pasangan juga jgn keliru jika pasangannya agak berlainan dengannya, mungkin juga ini sebagai takdir dan kehendak dariNya. Kalau ada jodoh, kekal lah. Kalau tiada, mungkin berpisah. Hanya pasrah dan berdoa menanti petunjukNya

    BalasPadam
  8. Jadi, jangan mendakwa terlalu baik.

    ekeh...sape la tue yea...yang mendakwa terlalu baik??

    buat ape tuhan jadi syaitan dan iblis?? adakah "dia" suka2x je nak buat?

    dalam dunia ada jahat ada baik. janganlah mendabik dada mengatakan diri tue baik.

    BalasPadam
  9. Sila baca komen Abuamin sebelum mencatatkan sebarang komentar.

    Susah kan nak komen entry ni, ramai macam nak mengelak jer :)

    BalasPadam
  10. Pendapat Abuamin memang bernas dan selari dengan tujuan ayat tersebut diturukan.. kekadang selalu kita menyalahkan orang lain dalam sesuatu perkara.. salah si suami ker salah si isteri ker.. lama2 masyarakat kita nie jadi macam lagu bangau2 oh bangau..sentiasa menyalahkan satu sama lain tanpa memikirkan adakah tindakah\n kita tu betul ataupun tidak..

    Fikirkan.. dalam lagu bangau oh bangau tu sentisa menyalah pihak lain diatas apa yang berlaku... Dan akhir sekali yang gentleman ialah ular.. kenapa.. cari lirik di internet...

    So dalam kehidupan ini sila rujuk/kaji balik tindakan diri kita sebelum nak menyalahkan sesiapa.. adakh kita sudah sempurna sehingga nak menudingkan jari kepada orang lain.. satu jari telunjuk menunjuk kepada orang ada 4 lagi jari menunjuk kepada diri kita.. So kalo sekali kita salahkan orang lain 4 kali kesalahan tu menuju di atas bahu kita..so fikirkan dan renungkan bersama..

    BalasPadam
  11. betul la tuu..

    Sebenarnya kita diminta agar jangan terlalu mengutuk pasangan kita kerana besar kemungkinannya diri kita sendiri banyak buruknya..

    BalasPadam
  12. sekarang nie mmg ssh nk dapat wanita yg baik dan juga lelaki yg baik...tetapi kita cuba menjadi contoh yg baik..

    BalasPadam
  13. kalau ikut scenario saudara mazidul beri, isteri yg baik ialah isteri yang memaafkan suami walaupun dah kantoi. InsyaAllah, dgn 'baik'nya isteri itu, dengan izin tuhan, suami menjadi suami yang baik suatu hari nanti.

    Maksudnya, jgn lihat konteks 'baik' pada waktu dan ketika itu. Byk lagi ketentuan tuhan di masa akan datang.

    BalasPadam
  14. saya pun kurangbaik..tapi nAK wanita baik huhh(perasan)

    BalasPadam
  15. ..kena juga hormati ..jika ada insan lelaki yg RELA korban..dia rasa nak tolong wanita kurang baik..jika dia tak korban siapa lagi..nak harap orang baik GELI hee bila tengok wanitayang kurang baik..ADIL kan kan..
    ILLAHI MAha penyayang

    BalasPadam
  16. Fieda, saya sokong 100%

    BalasPadam
  17. salam..tumpang lalu..saya bersetuju ngan pendapat abuamin...sebab itu dalam islam kita digalakkan utk solat istikharah bagi memilih pasangan...kerena Dialah yg mha MENGETAHUI rahsia pejalanan hamba2nya

    BalasPadam
  18. tp klau pas kahwin br jadi mcm tuh..mesti ada smething wrong kat mna..dr ibadat seharian....dan ujian..dari Allah taala..waalahualam..

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.