Sabtu, April 18, 2009

Apa Motif?

Cif Inspektor Azilah Hadri, 33 tahun dan Koperal Sirul Azhar Umar, 37 tahun dijatuhkan hukuman mati kerana didapati bersalah membunuh Altantuya Shaariibuu pada tahun 2006.

Melalui pengalaman, setiap kes bunuh, motif, contohnya dendam dan cemburu diperkatakan. Motif dilihat penting dan pegawai penyiasat, IO cuba sedaya upaya mengenal pasti mengapa suspek melakukan jenayah terbabit.

“Kita menyiasat kes ini mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. Pada masa sama pihak polis sedang melihat motif pembunuhan terbabit,” kenyataan polis biasa diperdengarkan kepada media dan orang ramai.

Justeru, terfikir, apa motif pesalah terbabit membunuh Altantuya?

26 ulasan:

  1. sudah ramai yang mengutarakan perkara ini... kenapakah mereka sanggup melakukan sesuatu seperti itu.. apakah "jenayah" yang telah dilakukan Altantuya sehingga dihukum sebegitu rupa??

    ps: berserah kepada Yang Maha Tahu

    BalasPadam
  2. bole ke bagi pendapat ni..??

    satgi depa suruh dok kamunting..naya cheQ .. :p

    BalasPadam
  3. Bro Maz

    20 tahun dulu kan...
    Ustaz saya pernah cakap
    tapi saya tak ingat nama ustaz tung

    dia kata kan...
    kalau dah besar nanti kan
    jangan jadi lawyer atau hakim tau...

    sebab kan
    itulah profession yang di halalkan kerajaan

    tapi kan
    paling ramai masuk neraka...

    sebab itu masa kecik kecik kan
    cita cita saya masa kecik kan...

    nak jadi drebar lori...
    sebab ustaz tu cakap kan
    dan arwah atuk saya cakap kan

    kalau jadi drebar lori kan
    bila masuk waktu sholat je kan
    kita boleh stop lori tu kat mana mana surau kan
    lepas tu kita sholat la kat surau tu

    Jadi lawyer kan
    punya lah kita buat kerja kan
    sampai lupa waktu sholat
    lepas tu kalau dah masuk court
    trial punya pasal kan
    zohor ke mana
    asar ke mana
    maghrib pun tah ke mana

    lepas tu kan
    orang yang salah di lepas kan
    orang yang tak salah silap silap kena gantung
    orang yang ada kuasa tak de apa apa
    orang yang kerja kuli memang kena...

    lagi pun kan
    Malaysian Court kan...
    kalau kita terlupa satu satu fakta
    contohnya kan
    apa yang Bro. Mazidul lakukan
    pada April 18th, 2002 ????

    kalau tak dapat jawab kan
    nanti Bro Mazidul dituduh berbohong
    kalau berbohong di tuduh menghina mahkamah
    kalau menghina mahkamah dikira menghina hakim dan undang undang negara
    kena hukum lagik...

    (dia orang hina hukum Allah.... buat dekkkk aje...semua main follow undang undang LLB L.E.M.B.U)

    kesimpulan nya ialah

    1. jangan buat salah dan melawan undang undang civil, kalau anda seorang yang pelupa, kalau anda pelupa.... tolonglah buat kerja lain, seperti cleaner atau pembantu restoran seperti saya

    2. Lawyer lawyer di Malaysia telah di programkan supaya 'tiada hati perut'... kalau ada kesian nanti tak dapat gaji...kalau pencen nanti tak dapat RM10 juta sorang.

    3. Pakcik aku (adik ibu saya) adalah seorang lawyer, tapi telah resign kerana dia 'tak mahu menanggung dosa', sekarang beliau telah menjadi seorang peniaga ayam mentah dan sayur dipasar tani kawasan Kuala Selangor.


    Sebab itulah mereka itu sahaja yang di tuduh membunuh, sebab mereka tu pelupa dan bukan kaki temberang atau pun ada KUASA... faham????

    Sekian

    nota: sesiapa yang terasa atau merasa atau merana.... minta maaf... kaji balik kerja anda...

    BalasPadam
  4. Biarlah RAHSIA hehehe

    dilarang menyebut nama Altantuya dan Razak Baginda di Malaysia...

    Di Mongolia bole..hehehe

    BalasPadam
  5. http://aminiskandar.wordpress.com/2009/03/05/akhbar-perancis-liberation-dedahkan-bagaimana-dan-mengapa-altantuya-dibunuh-hari-ini/

    BalasPadam
  6. en mazidul....saya terbaca blog kawan saya bahawa selepas konsert jom heboh....terdapat kondom bersepah2....en.mazidul tentu prihatin dengan masalah ini....kalau saya salah..maafkan saya.....

    BalasPadam
  7. walaupun telah ditukar nama...ia tetap berlaku....boleh tak kalu konsert letak penontom laki pompuan asing2...yg berkeluarga lain...ataupun bile dah asing..xde la 'hiburan' yg di'cari'....?

    BalasPadam
  8. Saya sebenarnya pun hairan apakah motif pesalah terbabit membunuh Altantuya. Yang paling menghairankan sampai sekarang wajah mereka tidak didedahkan kepada umum.

    Adakah saudara Mazidul sudah melihat wajah kedua-dua pesalah ini?

    Adakah kita boleh memanggil mereka berdua sebagai pesalah ataupun kita panggil mereka sebagai "mangsa keadaan"?

    Hairan... Hairan...

    BalasPadam
  9. motif? hanya org yg tahu boleh bagitau apa motifnya... saya tatau...

    eh...! eh...! kenapa muka pesalah ni xdibuka ya... kena bayar royalti kot baru boleh buka...

    BalasPadam
  10. Salam.

    Saya tabik spring pada saudara...sebab ada brann buka tajuk ni.. Semalam media dilarang sebut nama atau kaitkan Razak Baginda, DSNTR dan DSRM dengan Altantuya.

    Apa motif Sirul dan Azilah bunuh Altantuya...kena tanya pak hakim dan para loyar.

    Soalan tambahannya ialah :

    1.Macam mana seorang yg "tak pernah" masuk Malaysia boleh mati di Malaysia? Bagaimana rekod kemasukan Altantuya tidak wujud dalam rekod imigresen sebaliknya Sirul dan Azilah dihukum mati dalam negara yang tidak ada rekod Altantuya masuk ?

    2. Mana senjata pembunuhan? Dalam kenyataan beramaran yang dibuat Sirul dia mengaku menembak Altantuya tetapi kenapa senjata pembunuhan tidak wujud dalam perbicaraan?

    3. Mengikut penulis dari Perancis dia mengatakan maklumat pembunuhan Altantuya yang dibunuh kerana melindungi transaksi melibatkan wang besar hasil jual beli kapal selam lengkap tersimpan ditangan agen perisikian Russia.... apa sebenarnya berlaku ?

    4. Kenapa Azilah dan Sirul diberi keistimewaan tidak memperlihatkan wajahnya sepanjang keluar dan masuk mahkamah ? Supaya mereka "dihukum" tetapi kemudiannya diganti dengan batang tubuh orang lain?

    Ketepikan soal politik.

    Jalankan perbicaran yang bukan saja telus, tapi dilihat telus. Jika persoalan motif dan 4 persoalan ini tiada jawapannya, kita tunggu sajalah pengadilan Allah yg Maha Adil di mahsyar nanti...

    BalasPadam
  11. errr...

    bro mazidul...

    masalah motif nih tak dapek nak nolong nyer...

    apa jua motifnyer pun... semacam tidak releven dengan fakta kes...

    setahu saya bom c4 nih takder digunakan oleh polis malaysia... dan bahan ini amat-2 la terkawal... kalau tak silap saya nak bawak keluar pun kene 4 5 6 orang yang sain...oleh yang demikian bagaimana mereka boleh meng'ada'kan, bom sedemikian???

    BalasPadam
  12. kalo pendapat saya motifnya, NAK Wang ..soalnya sap a bagi WANG, kecuali bunuh kekasih itu dendam.

    ada juga demi kawan baik..kawan suruh terhutang budi??logik ker?
    jika perogol membunuh nak hilang saksi..

    BalasPadam
  13. Abuamin, larangan jangan sebut, bukan jangan tulis. Betul?

    Kita sebagai manusia normal pasti tertanya2 bukan motivated by political reason.

    Selalunya dalam kejadian bunuh, jika mangsa ditikam berulangkali, motifnya dendam.

    Apa ditulis dalam blog ini berhubung fakta kes dibicarakan di Mahkamah Tinggi, terbuka kepada semua untuk mengetahui perkara dibicarakan. Tidak ada kena mengena dengan stesyen TV.

    BalasPadam
  14. kita sama2 fikirlh sndiri.tp sekiranya ada diantara kita yg tidak terdetik sedikit pun didlm pemikiran dgn segala kemuskilan yg timbul dn segala persoalan yg tdk berjwp,maka bermasaalah lah org itu...

    BalasPadam
  15. nak ttp kesalahan vvvip...seseorang mesti kene jadi kambing itam....

    p.s:kalo tak sesuai jgn terbitkan...ok bro..??:P

    BalasPadam
  16. Allah... biasalah bang... tiada yang mustahil... manusia sukar diramal... apa yang penting.... kita doakan agar beliau bertaubat....

    BalasPadam
  17. Saudara Mazidul, betul. Larangan tu utk stesen TV. Bloggers terkecuali kot..

    Bagi saya, motif Sirul dan Azilah ialah "menurut perintah".

    Sebagai kakitangan awam yg tertakluk kpd Perintah Am, tambahan lagi kedua2 anggota polis yg terkenal disiplinnya, maka kemungkinannya mereka hanyalah sang algojo yg menurut perintah tuannya untuk menjalankan "hukuman bunuh".

    Untuk catatan, Sirul juga adalah anggota polis cawangan escort - yg incaj keselamatan VIP, VVIP dan VVVIP.

    Sapa pulak yg bagi perintah kepada mereka? Haa...yg tu susah nak jawab.. jeng...jeng...jeng...

    BalasPadam
  18. ITULAH PETANDA MAHKAMAH MAKIN DIKUASAI SEMULA BUKAN BERKUASA TELUS SEPENUHNYA.........TAK LAMA BERMACAM LAGILAH KEPUTUSAN YANG KURANG PASTI KEADILANYA AKAN KELUAR. TENGOK KES KERAJAAN PERAK SEKARANG AYOYOOO NAMPAKLA SANGAT "KEADILAN" MAKIN BERLELUASA. MUDAHAN ALLAH SEGERA BONGKARKAN SEGALA RAHSIA DAN LENYAPKAN PERLAKSANA TEGAR ACUAN BARAT DI TANAH AIR KITA. SESUNGGUHYA KAMI ANAK BANGSA PERLUKAN ACUAN TERSENDIRI BERTERASKAN ISLAM SEJATI........

    BalasPadam
  19. Perkara yang penuh dengan persepsi... biarpun perbicaraan telah dijalankan dan kesimpulan di atas persepsi dan andaian telah dibuat, namun motif sebenarnya hanya diketahui oleh kedua-dua tertuduh.

    Kalau ingat balik, tahun 78 dulu, bagi mereka yang suka mengikuti perbicaraan menerusi akhbar yang pada ketika itu akan menerangkan dengan detail termasuklah 'menarik kain dan memasukkan anu', seorang anggota polis bernama Inspektor Ali telah dituduh membunuh kekasihnya, bernama Salbiah dengan menggantung kekasihnya itu dengan menggunakan tali rafia pada sebatang paku alang rumah sewa mereka.

    Setelah dibicarakan dengan penuh sensasi, Inspektor Ali telah didapati bersalah membunuh Salbiah, seorang pekerja kilang di Butterworth dan Inspektor Ali dijatuhi hukuman gantung sampai mati.

    Sehinggalah penghujung nyawanya, Inspektor Ali tetap mengatakan dia tidak bersalah dan bukan dia yang membunuh Salbiah yang ketika dibunuh sedang hamil dua bulan.

    Ulangan kejadian tersebut kembali bermula. Cuma kali ini peminat yang mengikutinya lebih 'cerdik' dan 'pandai' berbanding khalayak tahun 1978 dahulu. Khalayak sekarang penuh dengan persepsi dan andaian malah seorang pemimpin politik seolah-olah berada di tempat kejadian dan dapat memerhatikan setiap perbuatan tertuduh serta si mangsa dengan detail menerusi apa yang diceramahkannya.

    Maka bercemperalah segala motif dan andaian, kesimpulan dan asumsi daripada sekalian bijak pandai yang mencari jalan mudah mengaitkan politik dengan pembunuhan mangsa berkenaan.

    BalasPadam
  20. Abnormal, awk semestinya orang kuat membaca. Terus terang saya suka komen dilontarkan. Tidak sensitif tetapi jelas mesej dicatatkan.

    Saya difahamkan, perundangan Malaysia dilakar berasaskan British Common Law, jadi mengenal pasti motif bukan antara tuntutan dalam pendakwaan.

    BalasPadam
  21. Bahaya gak entry nih, kang tak pasal-pasal wartawan TV3 direman atau di"ISA'kan..

    Tak takut ker, bang?
    hehehehe..

    BalasPadam
  22. Knp tidak sirul dan azilah menceritakan segala-galanya.. mungkinkah mereka menjadi 'kambing hitam '. Tapi apa yang telah diputuskan di mahkamah,itulah yang perlu diterima oleh tertuduh dan seluruh rakyat Malaysia.

    BalasPadam
  23. Errmm..mungkin jawapan pada soalan Bro tu ada pada Razak Baginda.. huhuhu..

    oo..cute harap PM yang ke enam ini akan sentiasa dekat di hati rakyat..dan semoga rakyat sentiasa diberi kebebasan bersuara serta dapat memberi pendapat tanpa takut di tangkap..ye..

    BalasPadam
  24. Dalam mana-mana keadaan sekalipun, kebebasan ada hadnya. Bahkan dalam Islam sendiri pun,kebebasan mutlak tidak ada.

    Begitu jugalah dengan undang-undang dalam negara mana pun di dunia. Biarpun dibebaskan untuk memberikan pendapat mahupun tingkahlaku, namun ada garis-garis yang perlu dipatuhi.

    Meminta kebebasan yang bukan-bukan dalam segala hal termasuklah apa yang dipanggil kebebasan bersuara, akan menjadikan kita seperti haiwan yang tidak ada undang-undang (pun ada jugak haiwan yang mengamalkan dominan kawasan seperti harimau, singa, malahan burung helang sekalipun).

    Kita boleh bercakap, tapi biarlah cakap kita itu menjadikan kita lebih dihormati, bukannya digelak beramai-ramai.

    BalasPadam
  25. actually saya bukan pelik pasal keputusan mahkamah tu.. tapi tertanya2..dah berapa lama en mazidul tinggal kat malaysia...
    tak kan tak pernah dengar citer lain..tak kan tak kenal ngan mahkamah malaysia..
    yang begitu adil dan saksama..
    ini bukan yang pertama..
    dan bukan yang terakhir.. ada lagi pas ni.. so tak payah wat pelik la..

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.