Rabu, April 08, 2009

Longkai

Setiap pemandu kereta berkebarangkalian terbabit dalam kemalangan jalanraya samada terbabas, dilanggar atau melanggar kenderaan lain.

Sebaik kemalangan berlaku, perhatikan, kumpulan penarik kereta, tow truckers atau ‘longkai’ pasti berlumba-lumba menghampiri mangsa jika dia masih hidup. Tujuan mereka sama, memastikan kenderaan mangsa ditarik ke bengkel mereka bertujuan mengaut komisyen maksimum.

Ramai mangsa kurang senang berdepan sikap menjengkelkan penarik kereta. Majoriti mereka mengambil peluang sewaktu mangsa panik ditimpa kemalangan tidak diduga.

Ada pengalaman ingin dikongsikan berhubung sikap longkai?

28 ulasan:

  1. Kebiasaannya orang yang ditimpa kemalangan akan menjadi panik terutama jika pengalaman pertama. Mangsa akan merasa malu dan mahukan kenderaan dialih segera. Longkai nie memang kerja mereka dan di antara mereka banyak pesaing. Mereka tak charge mangsa kemalangan tetapi pihak insurance. Mereka tahu keperluan syarikat untuk tuntutan dan kebiasaannya memang mereka nak untung maksimim Oleh itu mereka akan parahkan lagi kenderaan kita sebelum penilai syarikat tiba. Mereka akan yakinkan kita jika tuntutan tak banyak pihak insurance tak akan bayar. Ramai juga yang menggangu setuju.

    What say you?

    BalasPadam
  2. mmg trk longkai2 ni...
    lg2 klu dpt org yg xcident yg jenis cpt glabah...
    cm arejar...
    huhuhu
    arejar pnh kne...
    sbb mse tu aja 1st time xcident
    then ade sorg abg ni ckp die blh tlg..
    aja cm xfikir pnjng trs je trime bantuan die..mase tu x terfikir langsung yg die tu longkai...
    tetibe je die minta sain n tarik kete aja bw workshop tmpt die...
    pastu tgk2 die kenekan byrn agk mhl..
    huh~
    sgt trk...
    bengkel die lak cm tmpt potong kete...
    sgt mengerikan...

    BalasPadam
  3. tak pernah ada kereta..jadi tak tahu..huhu

    BalasPadam
  4. Salam Mazidul,
    mereka ini sangat 'bahaya'..saya sebagai pengguna jambatan Pulau Pinang tiap2 hari melihat gelagat mereka..boleh memecut laju walau dalam arah yang bertentangan..saya buat andaian yang mereka ini menunggu sambil mungkin 'berdoa' ada kemalangan berlaku untuk mereka mendapat komisyen..saya ada membuat catatan di dalam blog saya sendiri mengenai perkara ini..risau sangat saya dan mmg pengalaman saya mereka ini sering mencari peluang yang ada..nasib baik kemalangan yang berlaku pada saya amat kecil..tapi masih sanggup mereka memujuk saya seolah-olah kemalangan membuat kereta saya ini seperti tin sardin yang telah remuk teruk..

    BalasPadam
  5. Salam

    mungkin ada kebenarannya, tapi nak harapkan siapa lagi kalau kereta kita dah masuk longkang, terbabas teruk sampai x le jalan, etc...

    mereka juga la yg berkeupayaan untuk membantu ... nak harapkan polis? x pasal2 kena saman...

    cuma cara pemanduan longkai ni agak menakutkan disebabkan laju kerana berebut2 pelanggan

    BalasPadam
  6. pihak polis patut menyiasat pembabitan 'longkai' dalam kemalangan-kemalangan yang berlaku. Mungkin terdapat kejadian kemalangan disengajakan oleh longkai bagi mengaut keuntungan tanpa memikirkan nyawa-nyawa yang melayang. Itu pandangan saya...pendapat en.Mazidul?

    BalasPadam
  7. First time accident dulu cam tu gak longkai nie dtg approach.. macam2 janji ditaburkan aslkan sain surat dia tu.. tapi nasib baiklah masa tu call member2 then diorang advice dont simply sign..
    Finally org perodua assist yang dtg then diorang setle a-z... ok la tp still ken call byk2 kali sebab progress antara diorang ngan insurance company pun agak slow.. kena ketuk2 byk kali baru kerja jalan yang kita nie 2 minggu lebey patah kaki nak gi keje pun susah...

    BalasPadam
  8. dan sekali lagi biji mata aku berpinau-pinau membaca apa benda yang ditulis oleh Arejar.... alangkah baiknya kalau ditulis baik-baik.

    Longkai - keperluan kehadiran mereka tidak boleh ditolak. Namun keagresifan mereka itu yang menimbulkan pelbagai persepsi. Terlebih-lebih lagi, mereka terlalu cekap dan kecekapan mereka itu pastinya akan dibalas dengan wasangka. Berdentum saja kereta atau kenderaan, tak sampai sepuluh minit kemudian, sudah ada tiga empat buah tow-truck berderet menghulurkan bantuan menarik kenderaan kemalangan itu ke bengkel-bengkel tertentu.

    Dek kerana itulah, para pemandu seharusnya perlu menyediakan beberapa langkah sebelum mereka mula menggila dengan stereng. Seharusnya apabila mereka sudah memiliki kereta atau kenderaan sendiri, mereka perlu mempunyai mekanik atau bengkel yang boleh dipercayai.

    Kebanyakan pemandu jarang mengambil tahu hal kenderaan mereka. Ada sesetengah yang hanya tahu kereta mereka tidak cukup minyak. Memeriksa air di dalam tangki pun, ada yang tak pandai. Apatah lagi bengkel dan syarikat yang memberi perkhidmatan semasa kecemasan.

    Kerana itulah longkai atau bengkel-bengkel akan mengambil kesempatan terhadap kelemahan ini. Terlalu mudah percaya bahawa tuntutan insuran akan menjadi lebih mudah menerusi teknik dan taktik tertentu, lebih banyak membuatkan mereka terlopong atau sakit hati melihat jumlah pada bil pembaikan biarpun jumlah berkenaan dibayar oleh syarikat insuran.

    Dan sekiranya para pemandu telah terdidik, longkai-longkai pastinya sukar untuk mengena mereka lagi.

    p/s Paparan 360 malam tadi, cukup menarik. Sakit hati dengan pemandu teksi... bukan segelintir tapi 80% memang mencekik darah... tak percaya, turunlah dari bas ekspress di Puduraya pada tengah malam dan bertanyalah kepada pemandu-pemandu teksi yang berceratuk sedang menunggu mangsa... harganya pasti akan membuatkan air liur yang ditelan, tak lepas ke kerongkong.

    BalasPadam
  9. Dah mcm tu cara dia orang cari rezeki.. kalau masa xcident tu diaorang takde pun susah juga kan. at least dia orang boleh tolong. Mungkin segelintir je yang amik kesempatan.

    BalasPadam
  10. longkai ni ada yg baik, ada yg jahat. tapi masalahnya yg jahat tu nisbahnya 10:1 daripada yg baik.

    BalasPadam
  11. Amat bersetuju dengan Anom, Klu boleh pengulas2 blog ini gunakanlah ejaan standard, Memang mudah ejaan SMS bagi remaja untuk SMS rakan sebaya tapi saya rasa blog ini dilayai oleh semua peringkat umur. Nenek saya pun buka blog ini. Memang dia komplin kerana dia tak boleh menyebut perkataan.

    What say you?

    BalasPadam
  12. saya nyaris kena dgn longkai ini...mujur ayah ada...jadi xkena tipu...baru berlanggar...keliling dah berderet kereta longkai ni...

    BalasPadam
  13. Gua tak pernah menggunakan khidmat longkai ni.. Tapi gua cuma nak berkongsi pengalaman gua sewaktu turun dari Genting melalui Batang Kali..

    Sampai kat satu selekoh, kereta yang kami naik tiba-tiba rasa macam nak terbabas.. Kawan gua yang memandu cepat-cepat tekan accelerator.. Rupa-rupanya ada minyak betul-betul kat tengah jalan..

    Tak sampai seratus meter dari situ kami terserempak dengan sebuah kereta yang terhumban dalam longkang.. Dan ada lima hingga enam tow truck sedang berebut nak tarik kereta tu..

    Jalan lagi dalam lima minit perjalanan, kami ternampak pulak ada sekumpulan longkai dengan barisan tow truck kat tepi jalan.. Adalah dalam tujuh hingga sepuluh buah tow truck kat situ..!! Semuanya macam tengah menunggu sesuatu sedangkan kawasan tu gelap dan jarang ada kereta lalu-lalang kat situ..

    Member gua cakap:-
    "Jalan berminyak tadi diorang punya kerja laa ni.. Takde accident bikin sampai accident.. Tidak kalu camana nak cari makan..!!"

    Perangai parit macam tu memang sejak azali lagi dah.. Cumanya itulah pertama kali gua berhadapan dengannya.. Nasib baik tak meninggal malam tu..

    BalasPadam
  14. Bro Maz

    Ada longkai yang betul betul kerja
    dan ada longkai yang 'buat' kerja

    Semua ni kerana duit.

    Kita harap pihak yang berkuasa dan berkenaan cuba siasat dan ambil tindakan.

    NOTA:

    AREJAR - cuba taip betul betul, inikan computer anda boleh tulis sebanyak mana yang boleh, lainlah kalau handphone, dulu orang guna shortform sebab nak jimat duit untuk hantar sms, tapi rasanya sekarang sms hanya 1 sen, boleh taip setiap perkataan dengan ejaan penuh.
    MInta tolonglah, taip dengan betul dan penuh, atau anda mungkin di ajar mengeja di sekolah dengan cara macam ni.

    Aku dah lama tinggalkan sekolah,tak tau pulak ada skim ejaan baru.

    jangan marah ye

    BalasPadam
  15. kat sabah ni dorang masih bertamadun kot jadi blom pernah dgr rebut merebut.. :)

    cuma setiap kali eksiden nmpk ade laa 2,3 buah longkai ni.

    BalasPadam
  16. Anon 00, pernah saya berada di puduraya pada pukul 8pagi, bukan turus dari bas tapi sengaja nak ambil teksi untuk ke HUKM, dia cakap RM30, alasannya jalan sesak, saya ambil teksi lain, dia guna meter cuma RM7.10, saya bayar RM10 dia pulangkan RM2, alasan tak ada duit syiling, tidak bolehkah dia caj cuma RM7?? paling geram, dia tak cakap terima kasih dan muka sombong..


    tahniah paparan 360 malam tadi..

    BalasPadam
  17. sy ada pengalaman berkenaan dengan longkai..Mmg sakit hati rasa..Paling sakit hati mula2 cakap boleh tolong settlekan kes nie cepat dan senang.dan siap janji keta akan siap dlm masa 2minggu paling lambat.Then hampir 2 bulan menunggu itu pn setelah memaksa pihak bengkel.Dan amat2 saya sakit hati apabila kos pembaikpulihan menelan belanja sehingga 8k sedangkan kerosakan pd gearbox.tp bila dlm quatation mcm2 barang yg xrosak dan masih baru ditukar.Buat pengetahuan,kereta sy baru 4 bulan pakai masa tue dan kemalangan tidak melibatkan kerosakan body kecuali gearbox.

    BalasPadam
  18. ouh...
    harap maaf ya kalau Anon 00,alidyangon kalau tidak faham pengunaan bahasa "shortform" itu...

    biasa la remaja...
    pengunaan bahasa "shortform" agak popular sekarang...
    tetapi tidak tahu pula,ada yang tidak memahami pengunaan "shortform" itu....


    harap maaf sekali lagi ya...

    BalasPadam
  19. ada... boleh rujuk artikel kami di sini

    http://lllxillixaxillixalll.blogspot.com/2009/01/sekali-lagi-kesabaran-ku-diuji.html

    http://theministryofmind.blogspot.com/2009/01/tak-pernah2x-ku-naik-ontow.html

    nasib baik adik ipar saya (suami adik saya) ni mechanic kereta... kami call dia utk dapatkan khidmat ontow...

    sbb longkai (baru tau istilah ini) tup tup datang nka membantu... yang pelik.. cemana dorang leh tau kami kaput di highway...

    kononkonon repair terus siap...caj 700 terus jalan... kami was was... tu sbb suruh jugak adik ipar settlekan...
    dia panggilkan geng dia...

    nak promote...

    adik ipar saya keje kat bengkel servis kereta mercedez depan padang bola kat batu caves...

    insya-allah.. dia sdg buat loan nak bukak bengkel sendiri...

    *wink*

    BalasPadam
  20. Bro Maz

    Ni tak de kena mengana dengan topik. Ampun Tuanku....

    untuk Areja...

    jangan diamalkan shortform tu, nanti terbawa bawa dalam exam.

    Adik perempuan saya seorang pensyarah di UM, mendapati hampir 5% pelajar terbawa bawa menggunakan 'ejaan sms' ketika menjawb soalan pop kuiz, wekly test atau semester exam, akibatnya... markah yang depa dapat pun...'short form' juga.... he he he he he

    Renung renung kan dan selamat berfikir...!

    Sekali lagi ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada Yang Berbahagia Encik Mazidul kerana membenarkan saya 'TUMPANG' ruangan ini demi untuk memajukan bangsa dan bahasa serta negara.

    Terima kasih

    Ampun Tuanku...


    he he he

    BalasPadam
  21. saya sokong.. saya ni lahir hujung 70 nak masuk 80... kadang memang tak faham bahasa sms mereka.. cuba praktik...

    BalasPadam
  22. alidyangon
    saya setuju kata saudara, bahasa sms ni memang susah nak faham dan susah nak baca

    BalasPadam
  23. Salam Sdr.,

    Longkai memang AMAT MENGGANGGU mangsa dalam kemalangan. Sepatutnya beri peluang mangsa membuat pilihan. Ada sesetengah longkai MEMAKSA mangsa yang kemalangan menggunakan perkhidmatan mereka.

    Saya sarankan Sdr. membuat liputan isu ini di 360.

    TENTANG BAHASA SMS.

    Saya setuju tak perlu siarkan komen yang bahasanya sangat sukar dibaca. Dalam keadaan kita rakyat Malaysia yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi, tulislah dengan elok dan menggunakan perkataan yang baik dan ejaan yang baik dan boleh difahami.

    Apa yang susah sangat. Dewan Bahasa dan Pustaka ada mengeluarkan panduan sekalipun kalau hendak menggunakan singkatan dalam penulisan. Ikutlah panduan itu.

    SAYA MALAS MENGEJA BAHASA SMS DAN AKHIRNYA SAYA TIDAK BACA KOMENTAR YANG MENGGUNAKAN BAHASA SMS!

    BalasPadam
  24. salam..saya sekeluarga pernah accident kat bukit tujuh,on the balik kelantan..dengan coverage yang tiada langsung,kereta yang lalu lalang pn jarang,gelap n etc..kereta rempuh bukit n masuk parit..belum pun sampai 5min tow truckers sampai..apa pilihan yang kami ada masa tu?terima je apa syaratnya.angkat kereta dari parit caj rm150..baru angkat..caj hantar bengkel di kuala lipis caj rm350..memang masa tu,ikut je berapa harga yang disebut,kita akan bayar..ada yang cakap jalan tu tempat mereka ni cari makan..mereka tabur pasir atas jalan la,curah minyak la..tak tahu la sejauh mana kebenarannya..

    BalasPadam
  25. Assalamualaikum dan salam sejahtera pada semuna pembaca,disini aku ingin berkongsi serba sedikit pengalaman bekerja sebagai longkai@callman.
    Memang tidak dinafikan setiap kemalangan yang membabitkan kereta,van,lori(tidak termasuk motor bawah 600cc) akan didatangi callman@longkai.dan kebiasaannya
    Perkara ini tidak disenangi mangsa kemalangan tu.
    Tapi kes memaksa mangsa supaya menyetujui kereta tersebut ditarik@tunda adalah tidak benar sama sekali,mungkin ada juga berlaku kes sedemikian tetapi tidak banyak.
    Sebenarnya jika mangsa menyetujui kereta iu ditarik@tunda,kereta itu bukannya terus dibawa kebengkel@workshop,tetapi kereta itu akan dibawa kebalai polis traffic berdekatan untuk membuat laporan kemalangan,dan mangsa akan ditemani longkai untuk berjumpa petugas yang ada dibalai itu,dan jika kemalangan yang mengakibatkan mangsa tidak sedarkan diri@pengsan,mangsa akan dihantar kehospital berdekatan,aku rasa tidak ada la timbul persoalan yang callman@longkai ni mengutamakan kereta daripada mangsa.
    Apa yang aku tahu la kan,sebenarnya mangsa tidak perlu keluarkan modal untuk membayar towtruck,segala bayaran akan ditanggung oleh workshop itu sendiri,dan apabila pihak insuran datang untuk menyiasat kereta itu dan meluluskan pembayaran kepada bengkel itu,baru lah longkai mendapat komisyen,mangsa hanya membayar saman kemalangan sahaja dibalai,itu pun kalau didapati bersalah menyebabkan kemalangan.
    Ada juga yang berpendapat callman@longkai ni macam samseng jalanan yang memecut kereta terlalu laju sehingga membahayakan pengguna jalan yang lain,tapi tidak semua la yang macam tu,1 daripada 100 sahaja kemalangan yang membabitkan longkai,kami pun memandu sama saja macam orang lain,utamakan keselamatan hehe,tapi apa yang patut dirisaukan adalah orang awam yang suka memperlahankan kenderaan untuk melihat kemalangan tu dan ada yang terlalu asyik menonton sehingga tidak sedar melanggar kereta dihadapan,tu yang buat jalan selalu jem.
    Masalah tabur minyak diatas jalan ni biasanya dilakukan oleh orang yang tidak bertanggungjawab,ini bukan sahaja membabitkan 1 pihak,kalau anda perhatikan biasanya jalan berminyak ni selalu ada hanya pada malam minggu pada tengah malam,dalam sekitar jam12@1 mesti ada orang yang berlumba disitu,minyak ni sebenarnya untuk mensabotaj pelumba haram yang lain tidak kira la rempit @ kereta sport,mungkin disebabkan kerja sebagai longkai ni 24jam diatas jalan sebab tu la ramai menunding jari kepada kami.
    Harap lepas ni tidak ada lagi yang memandang serong pada callman@longkai sebab
    Tidak mustahil 1 hari nanti orang yang terlalu membencikan tu akan meminta bantuan jugak,bukan minta dihormat & dipandang tinggi,sekurang-kurangnya anggap la kami ni macam manusia biasa,longkai ni pun satu pekerjaan jugak,kalau ada yang terus memburukkan pekerjaan kami yang macam tidak terurus ni mungkin 1hari nanti mungkin semua orang tidak akan menggunakan khidmat kami lagi(sedihnya masa tu huhu),kami pun ada perut nak diisi dan bil2 yang menunggu untuk dibayar hujung bulan hehe……
    Maaf bro zidul sebab menggunakan banyak space,ni pendapat & benda yang aku tahu..
    (ingat tidak semestinya yang buruk dan busuk itu jahat dan tidak semestinya pekerjaan yang pakai uniform pakai tie tu bagus & baik).
    Wassalam..

    BalasPadam
  26. saya bersetuju dgn saudara erwin. sedikit sebanyak ada juga yang betulnya. walaupun pada hakikatnya sekarang, terlalu ramai dan boleh dikatakan hampir kesemua longkai2 ini adalah ahli kongsi gelap dan yg seangkatan dengannya. dan pada hemat saya, saudara erwin pun bukan calang-calang orang.

    hanya yang mempunyai barisan "payung" yg kuat sahaja boleh melakukan kerja2 begini. dek kerana tiada yang berani melawan apatah lagi menegur, sebahagian longkai ini menyalahgunakan kuasa yg ada.

    terima kasih...

    BalasPadam
  27. assalammualaikum wbt.

    longkai merupakan salah satu pekerjaan untuk sesetengah individu di kalangan kita semua. saya berpendapat, kita tidak seharusnya melontarkan pandangan yang buruk semata-mata terhadap kumpulan longkai kerana sesungguhnya mereka juga bekerja untuk mendapatkan sesuap nasi.

    saya bersetuju bahawa ada di kalangan mereka yang tidak menjalankan tanggungjawab mereka, dengan sengaja mencetuskan kemalangan. tetapi, bukan semua longkai adalah begitu.

    mereka juga adalah individu-individu yang sibuk membantu mangsa kemalangan dan membantu mengawal lalu lintas sebelum ketibaan polis dan pasukan penyelamat.

    ada antara mereka yang turut membantu menyelamatkan mangsa kemalangan dengan menelefon pasukan peyelamat.

    kumpulan longkai turut terdedah kepada bahaya ketika membantu mangsa yang terlibat di dalam kemalangan. kes yang terbaru ialah apabila seorang call men yang sedang membantu mengawal lalu lintas telah di langgar oleh pemandu mabuk yang membawa kereta dengan laju.

    mereka tidak menghisap darah kerana saya berpendapat bahawa mereka menerima ganjaran/gaji berdasarkan usaha mereka dalam membantu mangsa mendapatkan rundingan mendapatkan 'claim insurans" itulah terma dan syarat yang mereka perlu patuhi.

    akhir kata, didalam setandan pisang, bukan semua nya elok. di mana-mana sektor pekerjaan juga wujud situasi begini. begitu juga dalam longkai. ada antara mereka yang jujur melakukan tugas dan ada juga yang tidak jujur di dalam tugas mereka.kite tidak harus memandang serong kepada callmen dan menafikan sumbangan mereka kepada masyarakat.

    BalasPadam
  28. salam....mngkin topik ni da agk lm tp tb2 trpggl utk beri sikit pndangan scara pribadi kat cni...bukan sume callman@longkai ni busk perut...mmg tdk d nfikn ade sesetgh callman@longkai ni brlgak ala samseng tp bkn sume yg brsikap bgitu...utk pngetahuan sume,skiranya ade sesuatu kemalangan brlaku,pihak yg prtma akn dpt mklumat atau info(bhs yg biase d gna kan oleh callman@longkai)adela callman@longkai 2 sdri..setiap callman@longkai mreka mmpunyai informer2 mreka yg trsndri utk btau mklumat skiranya d kwsn trsbut brlakunya kmlgan..dan sy jg prcya hmpr kbykan org rmau mrekan psti akn mghubungi callman@longkai trlbih dhulu kmudian bru la phak berkuasa...callman@longkai adlah indidvidu yg blh d ktakan bhw mereka adlah org yg prtma skali akn smpi d tmpt kjdian dn mnghlurkn bntuan kpd mgsa kmlgan jln rya..mreka jg scara otomatik akn brtndk utk mngawal llulntas skiranya kndraan yg trlbat dlm kmlgan itu mghlang kelancaran llulintas....mreka jg xambl pdli hal kselamtan atau lbih serius lg nyawa mreka...mreka akn mlakukn ape sja yg trmmpu spya keadaan llulintas akn mnjdi trkwal smula sblm phak brkuasa sprti polis atau hsptal dtg utk mnghlurkn bntuan....callman@longkai jg yg secara sukarela mnlong mnghntr mgsa2 kmlangan ke hsptl dgn seberapa sgera..sekiranya callman@longkai ni xde,mmg sdah trang lg brsuluh pasti d skitar kwsan kmlgan tu akn mnjdi huru hara dn jg tdk trkwal..mereka jg scara sukarela akn memstikn yg brg2 brhrga mlik mgsa kmlgan tdk akn hilng atupn d curi oleh phak2 yg x brtnggngjwb dn suke mngmbil ksmptan d wktu org lain dlm ksusahn...tdak d nfikan yg mmg ade sesetgah callman@longkai mnggnakn tktik dn jg cra yg ktor smata2 utk pstikn bhwa bgkel@woksyop mreka akn dpt trik@tow kndraan mgsa ke wrkshop mreka..nmun bkn sume callman@longkai brskap bruk..ape2 pn yg pling pnting sentiasa berhati2 ketika memandu dn pstikn bhwa kita semua mst mmpunyai srb sdikit ilmu 1st aid(bntuan mula) dn nmbor2 yg pntg utk d hbungi skiranya d tmpa kmlgan @kcmsan dn cb utk tdak panik spya lbih mdah utk mgawal keadaan...kpd saudara mazidul ini adlah pndpt pribadi sy dn jg pngalman sy sdri yg mnjd callman@longkai selama 3thun++..amatlah di alu2 kn skiranya ade sesiapa shaja yg sdi utk mmbri pndangan,kritikan dn jg tgurn yg mmbina...satu pesan terakhir dari sya iaitu kami(callman@longkai)bkn la sumenye yg kjar untung(komisyen)semata2..sume d lkukn utk mnyelamtkn nyawa seseorg dn yg pling pntg ialah utk mmbrikn bntuan scpt yg mgkn pd mgs2 kmlangan jln raya...prcaya atau tidak andainya callman@longkai ini tidak ade,sdah psti lbih dripd sparuh pngguna jlnraya akn mngalami ksulitan skiranya d tmpa kmlgan..lbih dahsyat lg kehilangan jiwa akibt bntuan yg lmbat tiba dri phak brkuasa..

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.