Zaman dahulu, ramai wanita merokok sehinggakan anak kecil bermain di halaman rumah tidak langsung berasa kekok memerhati kepulan asap dihembus nenek duduk berehat merokok di tangga kayu. Malah ada waktu nenek sukarela menggulung rokok daun tanpa tembakau untuk dihisap cucu. Maksudnya, merokok bukan dianggap ‘taboo’ di kalangan generasi tua waktu itu.
Bagaimanapun perbuatan merokok di kalangan wanita pekerja kelab malam berbaju kebaya ketat dan pulang ke rumah waktu dinihari dilihat dari perspektif berbeza.
“Dah lah perempuan cabaret, merokok pula tu. Tak ubah macam jalang!,” antara komen dilontarkan.
Sekarang, lebih ramai perempuan merokok tanpa mengira usia. Mereka suri rumah, eksekutif, pelajar, golongan profesioanal merokok di rumah, café dan di pusat hiburan. Itu hakikat tidak boleh disangkal.
Bagaimana pula tanggapan masyarakat terhadap mereka?
bagi sy, xkisah pun mereka nk merokok asalkan perbuatan mereka tidak menganggu ketenteraman awam
BalasPadamkekdg ade jugak yg menunjuk2 yang mereka nie anggun dengan merokok..sedangkan lelaki pun xde la merokok bergaya mcm mereka
yg penting jgn la merokok di tempat awam.. krg xpasl2 ade pulak yg sumbat mulut korg dgn karipap
tidak manis bagi perempuan merokok, ditambah pula kalau si perokok sedang mengandung... bahayakan kandunganya, lagipun merokok ni membazir duit.. elakkan pembaziran banyakkan menyimpan kan lagi molek... tak gitu en. mazidul....
BalasPadamkenapa mesti pandang perempuan hisap rokok tu salah? Apakah boleh bagi lelaki untuk menghisap rokok?
BalasPadamsaya rasa skrang ni perempuan merokok tu kerana trend.. tak mahu dikatakan ketinggalan zaman..
BalasPadamTujuan nenek2 dulu cuma nak halau nyamuk masa menoreh....tujuan org sekarang....nak tunjuk apa agaknya eh....nak tunjuk diri dah moden dan sebagai trend kot...ikut ikutan...
BalasPadamTak jaga kesihatan dan lupa diri la!!
BalasPadamPerempuan dan laki mempunyai struktur dan fungsi dan tubuh badan yang berbesa...
Laki maybe okee...tapi perempuan? "..Tak sayang masa depan ker...awak tu nak lahir anak orang nanti.."
Fikirkan..
Bro Maz
BalasPadamSama je lelaki atau wanita
Bahaya kepada kesihatan
Elok jangan merokok
he he he he he he
Sekian
Betul Betul Betul......Bro Maz betul.....
BalasPadamSama je...
BalasPadamSeronok, bahaya, imej, semuanya amat ketara...
Nantikan saje "Bahaya Merokok" di 360: Pendedahan Perspektif Rabu, 29 Apr 9PM... di TV3
Salam en. mazidul,
BalasPadamCerita perempuan lagi?
Memang ada yg x kena...
Jgn la macam ni okay...
kalau yg dh mmg habit tu tak taula..
BalasPadamada sesetengah yg nk menunjuk konon "cool" wanita merokok d tempat awam..
tapi, saya plg marah bila tgk pregnant woman merokok...
Bro Mazidul,
BalasPadamsaya cukup tak berkenan tgk pompuan merokok; bila bercakap satu donia dengar; pakai baju tak cukup kain...
oh ye, the videoclip at the end of 360 last night... topik paling hangat hari ini di kolej tempat saya mengajar. orang yg buat macam tu kat baby tu, patut di tembak sampai mati je. tak pun, diperlakukan seperti yg dia buat kat baby tu.
framestone,
BalasPadamsumbat dengan karipap?
sungguh mendalam iklan tersebut.
katakan tak nak pada rokok..
saya memang benci pada wanita yang hisap rokok, tidak kira muda atau tua.. macam bagus jer!!!
BalasPadamkadang kadang tu gaya dorang merokok lebih teruk dari lelaki, megah la konon merokok tu,
memang betul kata En mazidul,
jalang perempuan sebegini..
mencacatkan pandangan, pakai baju kebaya @ kurung dengan aksi merokok, memang biadab,
kalau nak merokok pun pakai la skirt atau ape pakaian yang sepatutnya...
Anti rokok~~
merokok adalah satu pembaziran,
membahayakan kesihatan semua orang
Sekarang, lebih ramai perempuan merokok tanpa mengira usia. Mereka suri rumah, eksekutif, pelajar, golongan profesioanal merokok di rumah, café dan di pusat hiburan. Itu hakikat tidak boleh disangkal.
BalasPadamBagaimana pula tanggapan masyarakat terhadap mereka?
tanggapan saya... it is trendy.. stylo...
susah lah abg mazidul... perspektif masing masing
Hafis, saya TIDAK kata perempuan jalang, kenyataan itu petikan kenyataan pernah saya dengar sebelum ini.
BalasPadamSatu Malaysia dah tahu merokok itu bahaya.
BalasPadamSatu Malaysia dah tahu merokok itu membazir.
Satu Malaysia dah tahu apa akibat merokok seperti dalam gambar yg terpapar di kotak rokok.
Tapi,
...masih lagi Satu Malaysia bergantung ekonomi dengan syarikat rokok.
...masih lagi Satu Malaysia benarkan penjualan rokok.
...masih lagi Satu Malaysia anggap merokok adalah hak peribadi individu.
Abih...macamano?
So, marilah kita sama2 anggap rokok itu sama najis macam najis dadah !
Boleh ke macam tu ?
perokok kebanyakkan pengotor.sukati buang putung/abu rokok merata tak kira tmpt.
BalasPadampantang tok nenek aku weii..
kat rumah combi mmg tampal "no smoking" kat dinding bilik tamu.so guest yg dtg pandai2 laa yer.. :)
.................
pompuan merokok nmpk hudoh compared dgn lelaki.pompuan kan patut ayu2 gitu :D
Perempuan merokok sesuai untuk budaya barat. Kalau ada pun wanita tua yang menghisap rokok daun, rokok gulung..
BalasPadamRokok memang membahayakan kesihatan tak kira umur dan gender..dimana-mana saja papan tanda akan mempamerkan "dilarang merokok " dan yg terkini ada gambar menakutkan yg dicetak dikotak rokok...tapi masih ramai yg merokok . Setakat ini saya tidak nampak lagi iklan yg berbunyi begini "Merokok adalah haram disisi Islam". Kalau salah betulkan saya.
BalasPadamterlalu mengagungkan org narat..
BalasPadamthT Y dorang jadi mcm ni...
isap rokok kerana ikut trend semasa...
isap pun kadang2 x betol...
sekadar hisap dan lepas...
mana ada feel...
Untuk pengetahuan semua.. perempuan yang merokok mempunyai risiko lebih tinggi untuk mendapat kanser payudara.. sebar2 kanlah.. lelaki yg merokok sah2 akan dapat kanser peparu.. yang pompuan ni tak sayang body ker??well..breast exactly
BalasPadamTiada siapa yang mengatakan lelaki merokok tak dapat kesan apa sedangkan perempauan merokok tu kesan sungguh ketara.. pendapat begitu sangatlah tidak benar.. kesan sama sahaja sama ada yang merokok tu lelaki ker perempuan.. sebab bukannya lelaki terkecuali kena lung cancer... bottom line semua perokok terdedah kepada penyakit yang melibatkan paru2 tidak kira lah lelaki atau pun perempuan...
BalasPadamSedangkan fikiran dan pandangan terperangkap didalam kotak gelap...
Apakah ini??.. please think out of box...
Satu lagi majoriti di negara nie yang merokok ada lah lelaki yang bukan sahaja membahayakan nyawa dia tapi nyawa orang disekeliling yang turut menghidu asap rokok..
p/s: so far tak pernah tengok lagi perempuan merokok di kedai makan..sedangkan aku paling benci tengok orang yang merokok di kedai makan..tidak kah mempunyai akal?
fieda >> dah merokok dm kedai mkn..selamba buang abu rokok bawah meja.
BalasPadamadehh..akai mmg ade tp kat kepala lutut.. :p
merokok merbahayakan kesihatan...merokok merosakkan badan sama seperti membunuh diri/menyiksakan diri.
BalasPadamperihal wanita menghisap merokok bukanlah satu perkara yg baru atau mengejutkan..
BalasPadamdulu zaman nenek2 kita pun ada yg dh mula menghisap rokok gulung jadi bila zaman berubah gaya merokok pun berubah le kan?
tapi apa yg penting,
benarkah tanggapan menghisap rokok ni dipelajari dari ibu/bapa sendiri..
malah, ada laporan yg menyebut jika salah seorg dri ibu atau bapa yg merokok..
gen merokok juga akan turun kepada anak mereka..
jadi, jgn le jadi seperti peribahasa..
guru kencing berdiri, anak murid kencing berlari..
apa pendapat anda?
"Zaman dahulu, ramai wanita merokok
BalasPadamsehinggakan anak kecil bermain di
halaman rumah tidak langsung berasa
kekok memerhati kepulan asap
dihembus nenek duduk berehat merokok
di tangga kayu.
Malah ada waktu nenek sukarela
menggulung rokok daun
tanpa tembakau untuk dihisap cucu."
teringat oyang sye dulu..huhuh