Jumaat, April 10, 2009

Lelaki Takut Bini

Ramai lelaki takut bini tetapi majoriti enggan mengakuinya secara jelas. Alasan berikut sering mereka ungkapkan.

“Aku tak takut bini, cuma bini tak takut aku”

Ada lelaki goyah dimarah bini, menikus sehingga menepati maksud pepatah Melayu, pijak semut tidak mati sewaktu berdepan isteri garang. Sebilangan lelaki muak mendengar leteran dan melihat wajah bini masam bak cuka lalu mereka akur tindakan bini biarpun bukan semua betul.

Paling menyedihkan, apabila ada lelaki mengikut telunjuk bini seratus peratus sedangkan dia ketua keluarga dan mungkin pada masa sama memegang jawatan besar dalam syarikat mahupun negara. Mungkin kelompok ini tidak sedar hakikat, bini, perempuan, diciptakan dari tulang rusuk kiri lelaki sahaja.

30 ulasan:

  1. teringin nak jadik isteri solehah...

    kena tgu komen dari lelaki.. terlalu awal nak kondem kaum adam nih!!!

    tapikan...

    isteri bukan suka suka nak marah
    isteri tak mahu sebenarnya membebel
    isteri kalau boleh nak manis je muka

    ada sebab kenapa benda ni terjadi

    kenapa nak takut pada bini?

    kalau tak buat salah.. biar je lah...

    contoh:
    isteri sibuk di dapur.
    anak pula merengek.
    suami pula sibuk dengan bola

    patutkah isteri senyum...
    patutkah isteri cakap... baik abg ni
    patutkah isteri diam...

    tulang rusuk... sebagai ingatan jangan melampau bukan untuk mengambil alih tugas suami sebagai ketua keluarga

    pasti ada rakan rakan blogger yang lain akan keuarkan madah madah tentang hawa dari tulang rusuk lelaki...

    saya tgu mereka

    BalasPadam
  2. dalam keluarga saya pun ada situasi sebigini, mungkin lelaki takut bini disebabkan oleh darjat, contohnya isteri pegawai bank, suami hanya pemandu..

    kalau takut pun,
    janganlah sampai ikiut telunjuk isteri 100%,
    susah kalau begini,
    lelaki dayus nih..
    dimana tugas keluarga keluarga, beralih pada wanita ker??

    BalasPadam
  3. salam bro,

    kerasnya kenyataan ni... wa rasa lebih baik bagi isteri tu hormat kat suami daripada jadi takut. cemana nak kasi isteri hormat kepada suami. mudah sangat, solat kena jaga, rajin baca Quran kat rumah, rajin pergi dengar kuliah agama kat masjid dan amalkan semua yang dipelajari.

    sama juga kepada suami yang takut kat bini. boleh buat perkara yang sama seperti di atas. dengan izin Allah isteri akan malu alah dan timbul rasa hormat. hanya Allah yang mampu bolak-balikkan hati manusia.

    itu je...

    BalasPadam
  4. Gua tidak menidakkan hak wanita malah dalam agama sendiri ada ditulis tentang hak wanita..!!

    Cumanya, wanita (yang dimaksudkan sahaja) janganlah besar kepala.. Anda telah dikurniakan dengan seorang suami maka patuhlah akan perintah suami.. Sebab jika anda berbuat begitu, dengan mudahnya anda akan memasuki syurga.. Senang kan? Taat pada suami je.. Tapi ramai yang suka jadi bongok dengan bertukar menjadi queen control..!!

    Dunia semua tu dek Non.. Bukan sikit balasan yang Tuhan dah tunjukkan pada isteri-isteri yang ingkar pada suami dan juga yang berlaku curang..

    Malas nak cerita panjang-panjang.. Buat penat tangan gua menulis je.. Bebal camtu gak lagi..

    Kehkehkeh.. Terasa? Peduli hapa gua..!!

    BalasPadam
  5. Kelebihan lelaki di kurniakan 9 akal dan 1 nafsu berbanding wanita 1 akal dan 9 nafsu. Kelebihan tersebut digunakan sepenuhnya. Tak ada lelaki yang takut isteri dalam situasi normal. Melainkan lelaki telah dimanderamkan sehingga menjadi bodoh dan dikawal oleh isteri.

    Lelaki adalah lelaki dan tetap lelaki. Walaupun laluan lurus alam rumahangga telah digariskan, lelaki akan cenderung melencung dari laluan tersebut. Dan tentunya "true colour" seorang lelaki tidak mahu diketahui oleh isteri. 9 akal kurniaan tuhan dimanafaatkan Takut kepada isteri hanyaah lakonan.

    Banyak perkara sebegini berlaku dikalangan orang2 yang saya kenali. Kalau ada suami2 yang memanggil isterinya dengan perkataan "sayang..", "darling.." atau apa2 lah, berhati2 lah

    What say you?

    BalasPadam
  6. Xillix seorang jer perempuan sudi melontarkan komen setajat ini. Mana perempuan lain?

    BalasPadam
  7. saya setuju dgn momo..hormat lebih sesuai diaplikasikan berbanding takut..

    Saya rasa masalah isteri tak hormat suami ni takkan timbul sekiranya suami mendidik isteri dalam hal2 agama.Bila didikan agama suami terhadap isteri bagus,InsyaAllah tiada masalah...

    dan perkataan 'dayus' itu juga saya rasa patut ditujukan kepada suami yang tidak kisah akan pengamalan agama isterinya..contoh: tak kisah isteri pakai seksi2...malah bangga..itulah lelaki yang sebenar-benar dayus..

    kalau lelaki yang terpaksa menjadi suri rumah disebabkan mungkin..fizikal tak berapa kuat,itu bukan dayus rasanya..

    BalasPadam
  8. Bro Maz

    'Orang tak takut kalau tak buat salah, berani kerana benar'

    Lelaki takut bini sebab dia buat salah tu...

    Macam macam salah dia dah buat.

    Atau pun dah 'terhutang' banyak sangat dengan isteri, atau dengan keluarga isteri.

    Ada juga yang buat 'bodo' sebab malas nak gaduh dengan bini

    ada juga yang buat bodo sebab memang dia tak faham apa bini dia cakap.... (suami isteri lain lain negara he he he he he)

    Tapi aku tau apa yang Bro maksudkan tu....

    ha ha ha ha

    kita bukan budak budak 'short form', 'short brain', 'short wire'...

    ha ha ha ha

    Nak buat camano... itu yang orang semua suka..

    BalasPadam
  9. yelah..saya pun sama gak..bukannya takut, cuma malas nak dengar dia leter panjang2..baik ikutkan jer..kita lelaki nie nak ego2 sangat..pusing2..bini kita tu..bukan org lain kan..

    BalasPadam
  10. Ada suami buat salah, tapi leteran isteri keterlaluan sehingga bagai sudah hilang rasa hormat.

    Wajarkah begitu?

    Ada kes, laki CEO syarikat tapi pekerja berbisik di kalangan mereka,"Bini dia CEO, bukan dia sebenarnya". Keadaan begitu membuatkan pekerja hilang perasaan hormat terhadap bos mereka, semuanya kerana bini punya hal.

    Apa kes?

    BalasPadam
  11. Bro Alid:-
    "ada juga yang buat bodo sebab memang dia tak faham apa bini dia cakap.... (suami isteri lain lain negara he he he he he)"

    :- Gua paham apa yang dimaksudkan oleh bro tu.. Kehkehkeh..!!

    Agak setuju dengan Raudhah.. Didikan sepatutnya dilaksanakan supaya tak terjadi perkara camni.. Cumanya, lebih ramai yang terlalu pandai dan tak mahu dididik lalu mengambil inisiatif untuk mengawal segalanya termasuklah suami sendiri..!!

    Dalam agama pun dah digariskan.. sekiranya suami buat salah, adalah lebih baik menegur dengan cara lembut dan tidak melukakan hatinya.. Dan gua pasti lepas ni ramai yang membidas idea ini dengan mengatakan yang suami juga banyak melukakan hati isteri jadi tak salah jika melukakan hati suami atas alasan menyedarkan..!!

    Bertekak sampai kiamat pun tak akan ada kesudahan sekiranya masing-masing mengaku pandai.. Lebih baik bermuafakat.. Kalau takut kena control, pegi kawin dengan tenuk..!! Yang suka mengontrol pun silalah kawin dengan jenglot..!! Baru sesuai..

    BalasPadam
  12. Bro Maz

    Memang tidak wajar...

    apa pun adalah menjadi tanggungjawab suami untuk mendidik dan membimbing isteri untuk oleh menjadi, menepati dan mengamalkan sifat sifat terpuji sebagai rseorang isteri.

    Perempuan tidak boleh menjadi imam.

    Kapal tak berkemudi di haluan

    Bayang cuma muncul di belakang object yang menghadap cahaya...

    tapi aku faham... kisah CEO tu cuma kiasan sahaja, yang betul betul punya cerita tak boleh ditulis di sini

    nanti kena ISA

    ha ha ha ha ha

    BalasPadam
  13. "Mungkin kelompok ini tidak sedar hakikat, bini, perempuan, diciptakan dari tulang rusuk kiri lelaki sahaja".
    ..ehem..ehemm.. (^.^)

    BalasPadam
  14. situasi nie sy sering lihat baik sahabat2 sendiri dan juga dari jiran2..Laki takut bini nie sebenarnya terlalu sygkan isteri sehinggakan tanpa sedar yg dia meletakkan dirinya kurang dihormati oleh isteri.Sesetengah suami bukan takut bini akan tetapi tidak mahu merumitkan keadaan dengan perkara2 yg dianggap remeh..Lelaki terkenal dengan pelbagai sifat dan sifat penyabar dan bertolak ansur itu ada pd lelaki.Kenapa sy berani berkata begitu,kerana dalam Islam kuasa cerai diletakkan kpd suami.Kerana suami pandai mengawal keadaan.Nasihat sy,keada si isteri jagalah rumah tangga anda dan ingat bahawa akan azab menderhaka kepada suami.

    BalasPadam
  15. pekerja kat opis acu pun ada gak yg takut bini.kalau di opis dia lah raja...gelak kuat2..sesuka ati nk bergurau lucah..usik anak dara sana sini..

    tapi bila ada bini,pandang anak dara pun tak nak...gelak besar cuma dgn kaum lelaki je...selisih bahu dgn anak dara pun buat tak nampak je...

    hipokrit!!

    BalasPadam
  16. aku pegang pada prinsip yang cukup mudah walaupun ditentang oleh ramai orang...

    bagi aku, suami dan isteri bukanlah memiliki antara satu sama lain. Masing-masing adalah individu yang berbeza. Ikatan perkahwinan dan pernikahan tidak menjadikan tuan dan sahaya. Masing-masing ada tanggungjawab dan kerja yang perlu diselesaikan berpandukan pada hukum sosial dan agama.

    Bab takut bini ni, bagi aku tidak wujud kalau masing-masing tahu apa peranan depa sebagai manusia. Perasaan terlalu sayang dan terlalu mencintai kepada pasangan, atau terlalu menghormati sehingga dalam beberapa kes, ibu bapa dipinggirkan atau dimusuhi kerana pasangan mereka terutama sekali bagi si suami, akhirnya mendorong kepada kemelut sebegitu.

    Minta maaf cakaplah, kita di sini terlalu terkongkong dengan adat di mana isteri perlu taat dan patuh sepenuhnya kepada suami sehinggakan dalam kes-kes tertentu, si isteri seolah-olah hilang hak dan si suami pula bagaikan maharaja. Isteri kerja di luar, kerja di rumah, dikerjakan... dan suami pula, kerjanya hanya goyang kaki dan goyang pinggang.

    Agama seringkali dijadikan alasan untuk mewajarkan lelaki lebih superior berbanding wanita, padahal berdasarkan ajaran Islam, tiada yang lebih antara lelaki dan wanita melainkan mereka yang beriman dan bertaqwa.

    Kita ambik contoh Rasulullah s.a.w sajalah... baginda tidak pernah menyusahkan Ummul Mukminin. Dalam beberapa kes, baginda membasuh pakaian, memasak, bahkan pernah tidur di luar pintu rumah kerana tidak mahu menyusahkan Ummul Mukminin.

    Begitu juga kes Syaidina Umar Al-Khattab yang mana isterinya adalah seorang peleter dan cepat marah. Apabila para Sahabat r.a bertanyakan kepada Syaidina Umar Al-Khattab kenapa tidak 'diajar' isterinya yang dianggap melampau itu, maka dijawab oleh Syaidina Umar Al-Khattab r.a:

    "Apalah sangat dengan leteran dan kemarahannya berbanding pengorbanannya melahirkan anak-anakku, membesarkan mereka dengan kasih sayang dan perhatian, menyediakan makan pakaiku dan menemani tidurku serta waktu sakitku dan menjadi peneman bicaraku tatkala aku keseorangan."

    Perkara terpenting dalam hal ini adalah tolak ansur dan berpendidikan agama. Ada yang berpendidikan dan pengetahuan agamanya sangat mendalam, tetapi tetap juga melakukan kesalahan dalam mengikut telunjuk si isteri atau si isteri mengikut telunjuk si suami secara membuta tuli. Jawapannya di sini ialah, mereka tetap tidak berpengetahuan!

    p/s: Sorry ler Mazidul... terambil space yang panjang plak... bukan apa, semangat hari Jumaat! :=)

    BalasPadam
  17. Alid, bijak2, kalau tidak masakan awk jurutera dan bekerja di Myanmar, kan?

    Anon, saya gemar membaca hasil tulisan awak. I don't minda really, satu catatan cukup bernas.

    BalasPadam
  18. Petanda petaka bakal melanda.........huhuhuu........Sekejap menyimpang sikit ni perasan tak Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi terus lenyap dimamah arus......

    BalasPadam
  19. @cu SaYaNg... wah!!! ade gek ek orang jnatan begitu....

    jakijipang: Takut kepada isteri hanyaah lakonan... amboi!!!

    alid... pergh komen mu menusuk ke kalbu... sakit!!!

    Perempuan tidak boleh menjadi imam.

    Kapal tak berkemudi di haluan

    kami sedar itu....

    to anon: "Apalah sangat dengan leteran dan kemarahannya berbanding pengorbanannya melahirkan anak-anakku, membesarkan mereka dengan kasih sayang dan perhatian, menyediakan makan pakaiku dan menemani tidurku serta waktu sakitku dan menjadi peneman bicaraku tatkala aku keseorangan."

    i like this.. he he he

    p/s : saya kuat juga berleter... harap harap entry abg mazidul buat kan sya berfikir panjang panjag sebelum membebel

    BalasPadam
  20. [Anon Wrote:"Apalah sangat dengan leteran dan kemarahannya berbanding pengorbanannya melahirkan anak-anakku, membesarkan mereka dengan kasih sayang dan perhatian, menyediakan makan pakaiku dan menemani tidurku serta waktu sakitku dan menjadi peneman bicaraku tatkala aku keseorangan."]

    sugguh memberi kesedaran kpd para-para suami diluar sana...tabik springggg lah Anon..!!-GC-

    BalasPadam
  21. Bang... aku rasa rusuk kanan la.. cuba kira.

    BalasPadam
  22. "Syurga isteri di bawah tapak kaki suami..." :)

    BalasPadam
  23. Faizal, cuba membaca lebih banyak lagi.

    Azrul, harap2nya semua isteri mengerti :)

    Xillix, kekadang amat sukar berubah bila belum datang serunya.

    D'Rimba, siapa nak memantau pemandu teksi sekarang yer?

    BalasPadam
  24. Kesimpulannya, suami isteri kena saling bertolak ansur dan memainkan peranan masing2 dalm hal ini. Kata orang2 tua, kalau perempuan adalah api, dan lelaki itu adalah air, dan juga sebaliknya kalau lelaki itu api,perempuan itu adalah air

    BalasPadam
  25. xillix axillixa :: kat opis acu nie ada org yg mcm tu...dpn bini pijak semut pun x mati...huh

    BalasPadam
  26. acu >> ramai lelaki mcm gitu.sape tak sayang bini oiiiiiiiiiiiii :p

    ramai gak boypren begitu..siap ko acu! hehe..

    BalasPadam
  27. Hormat-menghormati pasangan kan itu lebih baik daripada menyalahkan pasangan anda,tidak salah menegur kalau kena pada masanya,tapi kebanyakan kawan2 aku yang dah berkahwin berpendapat “bila dah kahwin baru nampak tanduknya”,aku pun hanya tercengang memikirkan apa yang dikatakan oleh mereka,dan disini aku dah baca komen2 korang,dan terima kasih kepada semua sebab berkongsi pengalaman dan pendapat,harap2
    lepas kahwin nanti boleh la aku buat pegangan,tapi sekarang bakal tunang aku ni selalu gak marah2 bila dengar berita yang x baek pasal aku,aku pun apa lg,buat2 la marah balik,tetiba je marah tak tentu pasal,sedangkan aku dah buat 2 kerja siang malam untuk kumpul duit nak kahwin dengan dia,boleh pulak dia cemburu dengan bos aku adoiii tak faham aku,tapi apa pun aku sayang kat dia bukannya takut hehe,insya’allah dalam setahun lebih lg dia habis belajar,aku nak ambil mak bapak aku dari sabah nun pi sini,nak kahwin.salam perkenalan dari aku untuk semua,nanti makan nasik minyak aku jemput ek.

    BalasPadam
  28. sama - sama perlu ada kesedaran dalam adab bersama suami dan isteri.sekarang isteri tengking suami,suami pukul isteri semua ada..yang melihat anak - anak..turun ke anak pula nanti..macamana negara nak maju kalau masyarakat begini..fikirkanlah..

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.