Ahad, April 12, 2009

Nospan

Nospan, pil penahan sakit banyak disalahgunakan remaja. Saya pernah membuat liputan kesan pil terbabit di kalangan sebilangan pengguna remaja di Kuching, Sarawak pada awal tahun 2007. Pengambilan Nospan mampu membuatkan pengguna berada dalam keadaan khayal berpanjangan. 22 biji Nospan boleh dibeli dengan harga RM6.50 pada ketika itu.

Khamis lalu, 16 pelajar sekolah berusia antara 13 dan 14 tahun di Penanti, Georgetown, Pulau Pinang dilapor ditahan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Prai Tengah kerana berkelakuan tidak normal di sekolah. Mereka, termasuk 2 pelajar perempuan dikatakan ‘lalok’ atau khayal pada jam 5 petang. Sebiji pil dibeli dengan harga RM1.

Macam-macam.

24 ulasan:

  1. apa la nak jadi ngan budak sekolah sekarang ni...

    dah gian sangat gamaknya...

    BalasPadam
  2. nospan dgn ponstan tk sama ye bro mazidul? ape kesah la budak-budak sekarang ni..kreatif & inovatif tak bertempat..

    BalasPadam
  3. Siti, ponstan warna kuning. Nospan, warna putih berpalang di tengahnya.

    BalasPadam
  4. Saya tidak terperanjat tangkapan murid2 sekolah ini berlaku di P Pinang kerana di sana gejala ini saya rasa memang tak mungkin dapat dibendung. Lama juga saya bermastautin di pulau mutiara tersebut, penagihan dadah, pengambilan pil khayal dikalangan remaja dilakukan secara terbuka. Ada sebuah penempatan orang2 melayu di sana yang mungkin saya rasa tiap2 keluarga ada seorang yang menagih dan kawasan ini adalah kawasan hitam. Kita boleh lihat penagih2 melepaskan gian secara terbuka. Tak ada siapa yang hendak menegur. Justeru itu, anak2yang baru nak mengenal dunia menganggap perbuatan tersebut tidak salah dan akan mencuba sehinggalan menjadi pewaris kepada ketagihan.

    Walaupun kawasan tersebut sering diserbu pihak berkuasa, namun gejala ini tidak pernah terhenti dan semakin menjadi-jadi. Siapa yang hendak disalahkan?

    What say you?

    BalasPadam
  5. anak2 yg terlibat dgn benda gini adalah anak2 yg bermasalah.kurang perhatian dari ibubapa & kurang didikan agama.

    makan bersama & solat berjemaah dgn anak2 sgt jarang dilakukan oleh ibubapa skrg disbbkan kesibukkan menghambat waktu.sgt sedeh..!

    BalasPadam
  6. setuju dengan pendapat echah_syed,
    budak zaman dulu jauh berbeza dengan budak sekarang,
    banyak perkara yang tidak diduga mampu mereka lakukan..

    p/s= Budak kampung VS budak bandar
    yang mana lebih hebat?
    atau sama saja?

    BalasPadam
  7. JakiJipang,
    kalau pihak penguatkuasa buat serbuan, mereka bertempiaran lari, mungkin dalam 4-5 hari mereka menghilangkan diri, selepas itu, mereka muncul kembali..
    mereka bijak..

    BalasPadam
  8. Mana budayala tuha macam-macam anak bangsa makin parah...........

    BalasPadam
  9. assalamualaikum mazidul

    minta maaf ye nak buat pembetulan sikit. Sebenarnya Nospan atau nama genericnya "Dextromethorphan" merupakan sejenis ubat yang digunakan untuk merawat batuk. Nospan ini memang banyak disalahgunakan kerana ia boleh memberi kesan khayal.

    Ponstan atau nama genericnya "Mefenamic Acid" adalah sebenarnya ubat tahan sakit atau pain killer yang merupakan ubat favourite yang banyak dijual/dibekal oleh klinik tak kira kerajaan atau swasta. Setakat ini tidak pernah didengar ia disalahgunakan untuk mendapat kesan khayal..

    harap maklumat ini jelas...terima kasih...

    BalasPadam
  10. Macam-macam ubat sakit ditelan
    macam-macam ubat batuk dimakan
    Orang ramai pun tak naik hairan
    Serupa perangai makhluk dalam hutan

    BalasPadam
  11. Pening dengan perangai budak sekarang...kena ada kajian mendalam..

    BalasPadam
  12. Kementerian Belia dan Sukan perlu menangani masalah belia ini yg sekian meruncing. Semakin hari semakin parah. Sebelum ia merabak kita perlu membunuh virus ini.

    BalasPadam
  13. Macam2 bende dah yg merosakkan anak2 muda sekarang nie..Cukup merbahaya..

    BalasPadam
  14. Bro Maz

    Apa la budak budak Melayu sekarang

    ANAK MELAYU ZAMAN MILENIUM

    Hisap dadah
    Hidu gam
    hisap ganja
    bohsia
    rempit
    disco
    mabuk sampai tak hengat
    meniaga diri di disco disco
    Jalan P Ramlee

    melacurkan diri dan maruah bangsa
    di tepi tepi jalan
    di dalam internet

    melacurkan bahasa
    menggadaikan tanah air

    yang tua berdangdut
    yang muda tersenggut
    yang teruna kurus kerekot
    yang dara makin kolot

    orang tidak mahu bercakap Melayu
    orang tidak mahu belajar bahasa
    membangga banggakan
    bahasa penjajah
    ke hulu ke hilir
    berbahasa asing

    walau tidak sernah sekali pun
    memijak negara asing

    iklan dan notis berbahasa penjajah
    sekolah sekolah meminggirkan bahasa kita

    papan tanda makin hilang nahunya

    anak dara makin hilang bajunya

    anak teruna makin hilang nyawanya

    bapak bapak makin hilang malunya
    Melayu
    segala macam
    masalah social

    Melayu Malaysia memang hebat...

    kita harus mendabik dada
    kitalah yang mendapat
    rating paling tinggi
    dan ternama
    dalam gejala social

    sisepet dan sikaduk
    terus mencipta dan mencipta
    makanan khayal lagi alpa
    menjadi sebutan
    kononnya berjenama dan bergaya

    Lahirlah bangsa Melayu
    yang 'hebat hebat'
    dan 'musibat'

    Bagus bagus....

    mana dia pemimpin kita yang lancang mulut masa berkempen dulu?

    Berjuang untuk Melayu katanya

    Apa yang di perjuangkan?

    Masalah social Melayu
    masih di tahap 'harga siling'

    Tahniah
    Tahniah saya ucapkan
    kepada pemimpin Melayu sekelian

    Anda lah yang membentuk kami
    andalah yang memperjuangkan kami
    andalah yang menghancurkan kami
    anak anak bangsa
    bahasa ibunda
    budaya
    jiwa bangsa


    Budi dan jasa anda sangat kami hargai.

    Sekian sajak saya kali ini.

    Nota: Sekarang ni dah ada la pulak benda 'baru' yang bakal menjahanamkan lagi umat Melayu di Malaysia ni...

    BalasPadam
  15. aduhhhhhhh....macam2....padahal masalah ni tak patu berlaku sebenarnya.....mula2 saya nak tanya nospan ni dtg dari mana???? mesti klinik @ farmasi.....si doctor ni la yang patut dipersalahkan, blajar jer tggi2...tp merosakkan remaja dan belia kita....

    ps: bukan sume doctor, saya maksudkan untuk doktor2 yang tak bertanggungjawab jer....

    BalasPadam
  16. pengalaman saya:

    pada tahun 2000/2001, di Kuching,
    nospan dijual dengan harga RM1 sebiji. Dan hanya orang2 yang tertentu sahaja yang boleh membeli pil itu. Yang menjadi persoalan ketika itu, Balai Polis berada cuma di seberang jalan kedai yang menjual pil tersebut tak sampai 10 meter pun... Adakah polis tahu atau buat2 tak tahu..
    (saya tahu kerana sepupu saya adalah pelanggan setia kedai itu)

    **saya ada menonton liputan 360 mengenai nospan di kuhcing pada awal 2007**

    BalasPadam
  17. betol tu...saya tau kedai tu..tp diaorg tak jual lagi.ada kedai lain. tp ssh la bila nospan ni diharam kan. saya ni asma.bila amik asma tab mesti menggeletar. pnh la guna nospan n asma n flu pun ok. tp sekarang lak terpaksa amik spray asma yang menyebabkan saya muntah n menggeletar.

    BalasPadam
  18. Nospan ialah sejenis dadah OTC (Over The Counter) yang boleh didapati di farmasi. Di negara-negara maju, Nospan dipanggil DXM, singkatan dari dextromethorphan.

    Di negara-negara seperti Amerika dan Britain juga, dadah ini kerap menjadi masalah dikalangan remaja kerana ia sangat murah, mudah diperolehi dan tiada undang-undang yang ditetapkan untuk mengawal kemasukan ubat ini, termasuk di Malaysia. Jadi dadah ini boleh diperolehi di mana-mana farmasi, mengikut budi bicara tuan punya farmasi.

    Nospan atau DXM kerap digunakan untuk tujuan rekreasi kerana kurang berisiko seperti ketamin atau PCP. Walaupun begitu, ini tidak bermakna DXM langsung tidak berisiko, penggunaan overdos melebihi 4 kali dalam sebulan dan berterusan boleh menyebabkan kerosakan otak dan dalam sesetengah kes, kematian.

    Sejujurnya, saya pernah mengambil DXM atau Nospan dan kesan khayalnya tidak begitu ketara dalam dos yang sedikit. Tapi dengan dos yang tinggi, plateau kedua boleh dicapai dan anda akan mula mengalami halusinasi dan kepekaan terhadap bunyi meningkat. Anda akan terasa mahu bergerak. Sensasi terhadap graviti juga berubah, anda akan berasa ringan.

    Reaksi terhadap Nospan bermula begini. Mula-mula anda berasa celaru, kemudian sedih, kemudian gembira, kemudian anda terasa kosong dan tenang. Anda mungkin akan terlupa siapa diri anda. Tapi ini juga bergantung kepada invividu.

    Kesimpulannya, Nospan adalah dadah yang berbahaya terutamanya jika diambil dalam dos yang terlalu tinggi. Jika benar kerajaan mahu menghentikan penagihan Nospan yang semakin berleluasa, status OTC dadah ini perlu diubah.

    BalasPadam
  19. ada kesan sampingan tak kedua dua ubat tersebut?

    sbb saya pakai ponstan.
    untuk rawat batuk
    bila kerap saya makan
    dia ada effect kt sy
    sy jd makin lembap
    da otak sy xbetul sikit
    bukan la lalok atau apa
    cuma entah
    kalau dulu pelajaran saya bagus
    kini macam repeat2 sem saja.

    BalasPadam
  20. macamana pula dgn 5 ? maybe 5 nama nya , say pon xpasti sbb slalu dr anak2 muda yg pegi club sebut benda tu . sama ke dgn nospan ?

    BalasPadam
  21. atau nama samaran dia pacai....nospan 2 untuk menghayalkan dan boleh menyebabkan kita ketagih dengan pengambilannya...pacai atau x 5 banyak digunakan untuk bergaduh

    BalasPadam
  22. Balasan
    1. Janganlah ingat best je.ingatlah kesan jangka panjangnya.ia adalah permulaan kpd dadah.rosak belia remaja maka rosaklah negara.

      Padam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.