Rabu, April 22, 2009

Hebat Mamak

“Bos, mahu makan apa?,” tanya pelayan berketurunan mamak di restoran kepada pelanggan lelaki juga suami kepada wanita.

Ketika itu pelbagai lauk terhidang dan sedia diceduk sekiranya pelanggan ingin makan.

“Bang, nak makan ke malam ni? Kalau nak makan, saya masak. Bukan apa, saya dah lah penat balik kerja, nanti bila masak tak makan, buat penat saja masak,” kata isteri kepada suami, lelaki pelanggan restoran mamak tadi.

Suami berkata …

“Hebat mamak. Tak perlu suruh masak, dia masak. Bukan tanya nak makan atau tidak, dia tanya nak makan apa?”

35 ulasan:

  1. ni nak buat perbandingan antara mamak dengan seorang isteri ke?

    BalasPadam
  2. aiyark!!!

    baru je habis tulis kat blog pasal suami saya balik umah tak jamah nasi!!!

    saya siap masak tau!!!

    namun apa kan daya... hasutan rakan rakan lebih menarik dair menu di rumah!!!

    BalasPadam
  3. Xillix, saya tahu perempuan tidak gemar entry ini, rasanya lah. kan?

    BalasPadam
  4. Mazidul Akmal Sidik berkata...

    Xillix, saya tahu perempuan tidak gemar entry ini, rasanya lah. kan?


    tak pasti lah abg mazidul!!! adakah kerana memuji mamak atau mamak dalam kurungan nih?... hurm...

    so pada saya... saya mmg tak suka suami makan kat luar!!! membazir duit!!! saya kan dah masak kat rumah!!! tapi dalam keadaan tertentu... saya kena memahami situasi dia... dia perlukan ruang utk berkawan dan bersosial!!!

    tanda seru tu saja je saya letak tanda garang sikit!!!

    siapa kah gerangan isteri yang suka melihat suaminya makan di luar dan dihidang pula mamak mamak dalam kurungan yang cantik dan ramping abg mazidul?!!!!

    BalasPadam
  5. Xillix, alangkah baik jika isteri memasak sahaja tanpa bertanya setiap hari kepada suami. Tidak timbul persoalan pembaziran. Sekarang peti ais banyak pintu kan ada.

    BalasPadam
  6. kan elok kalau berbincang harini sama sama makan luar besok sama-sama makan kat rumah. Isteri pun hari-hari masak kan penat nak jugak enjoy macam suami, suami pulak hari-hari makan makanan isteri masak takut jemu pulak

    BalasPadam
  7. owh...isteri mmg slalunya bertanya dulu pd suami ye?

    BalasPadam
  8. Bro Maz

    he he he he he he

    Kita makan kat kedai mamak bukan suka kat mamak tu, tapi kita kesian kat isteri kita

    Tak kan nak suruh dia masak jugak dah letih letih balik kerja...

    Kalau sama sama masak okay lah...

    Setakat ni aku tak pernah lagi la suruh isteri masak, tapi tunggu dia tanya...

    Soalan lazim ialah: "Nak saya masak ke?"

    "he he he he tak yah lah... bibik kita pun masak sedap jugak tu, makan je apa yang dia dah masak tu, awak juga yang ajarkan resepinya"

    Sekian

    Terima kasih

    BalasPadam
  9. Yela hebat mamak semuapun kedai bangsa dia kerja tapi jangan amal sangat hati-hati bukan semuanya Muslim lebih baik elakkan....Cuba sahabat sama-sama masak dengan isteri mesti dia selalu nak masak. Hehehe................

    BalasPadam
  10. alamak ai abg mazidul!!! sekarang peti ais byk pintu ada kan?.. saya tetap pintu satu!!! brand singer tuh!! zman tok kadok punya!!!

    tak mampu nk beli byk pintu... kang bil letrik naik satu hal pulak nak bayar bulanan!!!

    rasa lauk dalam peti ais nak habis ke kedai cina kat depan lah saya dan anak anak menapak dan menyorong...

    ayat kena dramatis sikit... harap maklum...

    wink

    BalasPadam
  11. Salam en mazidul.

    En mazidul ni asyik keluarkan post pasal perempuan zaman sekarang yg serba x kena je...

    Em... ada pape ke ni?

    BalasPadam
  12. Xillix, alangkah baik jika isteri memasak sahaja tanpa bertanya setiap hari kepada suami. Tidak timbul persoalan pembaziran. Sekarang peti ais banyak pintu kan ada.

    ops kena ty abg mazidul!!

    "u nak makan apa hari ini"

    kalau dia kata nak makan mee udang sakit juga telinga ni dengar.. he he he

    BalasPadam
  13. hehehe.. pos kali ni mmg kene btg hidung saya.

    tiap hari isteri saya mesti memberi kata dua. "bang, malam ni nak ayg masak ke nak makan kat luar" ataupun "bang, kita makan kat luar je la, ayg letih la."

    slps tu, saya yg tak byk citer ni jwb, "ayg pk la nak makan kat mana, sampai nnt terus amik baby n pegi makan.."

    senang kan pompuan skrg?.. huhuhu :)

    BalasPadam
  14. if si isteri pandai masak n pandai mengambil hati si suami.. walau letih atau keyg sekali pun die ettap akan menjamah masakan si isterinya

    BalasPadam
  15. salam,maaf abng mazidul kerana salah topik,tapi boleh x saya nak mintak link youtube dekat 360 yang budak kene terajang tu?
    mintak tolong sgt.

    tolong emailkan ye.

    justapiq@yahoo.com

    BalasPadam
  16. mamak oh mamak....
    slalu pg2 mmg den kunjungi maju ahmad tapow roti 4 keping kuah dal sambal...
    kenyang oooo....

    BalasPadam
  17. ahaaaa...

    Kalau saya ulas tentang isteri dan mamak, saya rasa ramai yang akan baling batu kalau tidak pun kasut ke kepala saya. Jadi, saya pilih jalan selamat. Boleh, kan?

    Sesuatu yang perlu kita teladani daripada mamak dan kedai makan mereka ialah kecekapan dan kepantasan mereka melayani pelanggan. Bayangkan belum kita duduk, sudah ada pelayan mamak yang menanti untuk mengambil pesanan. Dan biarpun seramai mana pelanggan di dalam kedai (sekarang bistro) pesanan kita pastinya tidak akan mengambil masa yang panjang untuk kita lahap dan bedal.

    Seperkara lagi ialah kepantasan mereka 'bermatematik'... masih ramai pelayannya yang sekadar menggunakan congak dan kira-kira di dalam kepala... biarpun dalam beberapa kes, harga yang disebut lain tapi bila disuruh kira balik, lain, sekurang-kurangnya itu perlu kita teladani tentang keupayaan matematik tolak dan campur mereka.

    Bandingkan pula servis di kedai-kedai makanan bangsa kita... pelanggan seolah-olah perlu bergantung kepada pekedai, walhal ia adalah sebaliknya.

    Tapi apa pun, baik mamak mahupun orang kita, kebanyakan pelanggan adalah bangsa 'hybrid' kalau tidak pun diimport sepenuhnya... sesuatu yang adakalanya membuatkan kita terfikir, dah tak adakah 'isteri-isteri tempatan' untuk 'suami-suami' yang sedang kelaparan...

    BalasPadam
  18. post yang best...

    saya tergelak besar bro mazidul...
    a very good sinikal...
    kalau faham ok...
    kalau tak faham tu yang komen 'ter'bernas kaan kuar...

    kalau dari sudut rumah tangga la... betul kata bro mazidul bila disentuh, isteri tidak la perlu nak tanye kene masak atau tidak... yang penting masak jer... tetapi bab suami lak... haaa ini yang dikatakan politik rumah tangga... kalau tak nak isteri terasa jamah la sikit macam yang Frame tu kabo...

    Saya ader dengar pengalaman rakan macam maner dia handle masalah nih... sbb mmg selalu mkn di Mamak sebab rata-rata client dia selesa berjumpa di sana... tak makan takut kecik hati hati client... kalau makan, isteri di rumah dah masak... so bila balik, isteri nya dah tidur, dia akan cuba hilangkan makanan tu... supaya bila isterinya bangun esok pagi, tengok suaminya dah 'selesai'kan makanan tu...

    kene ada check n balance...hehehehehe

    BalasPadam
  19. Ralat:

    Tapi apa pun, baik mamak mahupun orang kita, kebanyakan pelanggan adalah bangsa 'hybrid' kalau tidak pun diimport sepenuhnya... sesuatu yang adakalanya membuatkan kita terfikir, dah tak adakah 'isteri-isteri tempatan' untuk 'suami-suami' yang sedang kelaparan...

    Sepatutnya:
    Tapi apa pun, baik mamak mahupun orang kita, kebanyakan pelayan adalah bangsa 'hybrid' kalau tidak pun diimport sepenuhnya...

    Kesilapan amatlah dikesali...

    p/s: macam kat dalam suratkhabar ler plak.

    BalasPadam
  20. Kalau ckp direct mcm tu depan isteri, hahahah mcm sindir je. Lepas tu esok mungkin dia akan masak tanpa berkata apa-apa

    BalasPadam
  21. rasanya, bukan persoalan suami jamah atau tak mknn2 yg dimasak tu..

    kalau boleh, ingin rs dihargai dgn apa yg dah dibuat..

    dia dah masak, makanlah.

    ini tak, kalo tak masak, sebuk2 nak suruh masak. kalo dah masak kang tak makan plak..sape tak kecik hati..

    BalasPadam
  22. Perbandingan tu dalam dan sinis...
    Kena renung-renungkan... :-)

    BalasPadam
  23. Orang laki2 memang suka makan kat kedai mamak..tapi tidak bagi saya dan keluarga saya..mamak is our last choice dan lebih tepat lagi memang tak akan pergi makan kedai mamak,, sebab kenapa.. hygiene tidak menepati standard kami...

    kalo kata mamak pandai math..memang la.. sebab amek ntah ape2 lauk tup2 diorang change nak kat rm7 hengget... baik aku makan yang lebih berkhasiat dan berbaloi dari kedai mamak..

    lagi satu mamak di depan client pijak semut pun tak mati..cuba kat belakang cuba la check sendiri kalo tak percaya...

    ntah2 apa2 mamak nie.. aku yang anti kedai mamak yang mahal dan juga tak menjaga kebersihan..tetapi sampai sekarang aku masih tak paham kenapa melayu jer yang suka makan kedai mamak...

    adakh buat2 tak nampak ataupun mamak nie ada pakai2 ilmu???

    BalasPadam
  24. sbb tu skrg byk rumah tangga berantakkan sbb selalu sgt mkn "air tgn mamak" ekeke :p

    erkkkkkk.. ade yg marah aku nih :D


    teh madras best..! oppps

    tapi mamak tu tak sentuh air cuma pegang gelas jek :p

    BalasPadam
  25. mamak mesra pelanggan..
    mengutamakan kepentingan pelanggan,

    kenapa restoran mamak lebih ramai pengunjung berbanding restoran lain? sedangkan restoran biasa menghidangkan makanan yang panas n segar terus dari dapur

    lari dari topik

    BalasPadam
  26. Salam....hmm...betul Mazidul...masak ajelah..tak payah tanya, suami tak kisah...walau lauk simple, air tangan isteri lagi bagus...anak anak pun bagus makan hidangan yg ibunya sendiri masakkan. Masakan yang di tambah perasa.."YA AI'YUHALLAZINA'AMANUS BIRU, WASOBIRU, WAROBITU, WATTAKULLAHA LA'ALLAKUM TUFLIHUUN..." Ayat yg menjadi iringan dari menyiang ikan hingga menumis...hingga dikacau....menggelegak....dan dihidang utk suami dan anak anak. InsyaAllah.....siibu akan tetap di hati si ayah dan anak anak....so..tak payahlah tanya "Nak makan ke bang?"....eh...tak manis lah. Macam tetamu datang rumah kita...kita tanya..."berapa hari tidur sini?" Hisshhhh....adat melayu tak gitu. So....masak aje...tak payah tanya....

    BalasPadam
  27. Tima kasih Ogie... ilmu baru utk saya... sambil2 masak sambil baca ayat tu.. Mudah2an melahirkan suami soleh, isteri solehah, anak2 soleh dan solehah, akhirnya jadi keluarga sakiinah...

    BalasPadam
  28. Sama sama Abuamin.....amalkan yg baik..antara kebaikan yg nyata....anak anak kurang bercakaran / berkelahi...InsyaAllah.

    BalasPadam
  29. apalah.... pasal mamak pun mau gado ka? Cakap la pasal ikan mas ke... lumba kerbau ke...

    BalasPadam
  30. cuba suruh SEORANG mamak tu masak, beranak, pegi keje lain selain masak, jaga anak, pegi bank, pegi pasar.. ulangkata SEORANG, bukan sekumpulan mamak dikedai mamak.. dan kemudianlihat, adakah mamak SEORANG itu willing nak buat semua tu..

    BalasPadam
  31. salam..teh tarik kurang manis satu..kasi kau2 punya..roti canai kuah taruk atai..

    itu diantara yang biasa kita dengar bila di kedai mamak...tak dapat nafikan sememangnya penangan mamak ni memang kuat...bukan kerana saya ni peminat kedai mamak atau anak mamak...realiti masyarakat kita mcm tu..

    ok berbalik pasai citer ni..sebenarnya org rumah pun maksud saya isteri boleh ambik peduli kalu suami dah hari2 dok melepak kat kdi mamak..kita cuba tanya apa dia suka n pelajari n buat kat rumah...lagi sodap...ambk positif..

    tak gitu..rezeki halal lagi berkat..membuahkan produk yang berkualiti..!!

    BalasPadam
  32. restoren mamak ni hati-hati....ada restoren india yang berselindung disebalik nama mamak....kadang-kadang kita boleh kenal (secara instinct) samada taukeh nya mamak (islam) atau hindu. Riak muka boleh kita kenal. Pernah saya masuk restoren (ingatkan restoren mamak) tetapi cashiernya memakai tangkal merah dililit pada pergelangan tangan. dah sah hindu kalau begitu...satu lagi pedoman untuk restoren mamak yang islam ialah no 786 pada lambang bulan dan bintang yang terletak pada papan tanda restoren. ini juga boleh dijadikan pedoman.

    BalasPadam
  33. Nak tanya kat sini, kenapa roti dan kari di kedai mamak tak sama dengan kedai orang biasa( bukan mamak)?

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.