Isnin, Jun 14, 2010

"Mazidul, Aku Pastikan Ada Orang Potong Kaki Dan Tangan Kau!"

Jam 5.31 petang tadi saya menerima panggilan dari telefon awam, 089  771 083. Pemanggil terbabit membebel lebih 2 minit.

Saya percaya dia memiliki telefon bimbit tetapi 'malu' menggunakan kemudahan itu.

Ringkasnya, dia mahukan saya memberhentikan  semua tugasan membabitkan kes pelacuran di beberapa lokasi di Sabah, antaranya di Tawau, Sandakan dan Kota Kinabalu.

"Kalau kau datang lagi, aku pastikan ada orang potong kau punya kaki dan tangan," ujarnya dalam loghat Sabah.

Ini ugutan bunuh kali ke berapa saya terima? Entah, terlalu banyak untuk dikira.

Beberapa laporan polis pernah saya buat sebelum ini tetapi tidak ada sebarang tangkapan malah pegawai penyiasat kes langsung tidak memaklumkan saya berhubung perkembangan siasatan dilakukan. Jadi, saya penat untuk ke balai polis buat kesekian kalinya.

Turut menerima panggilan dan ugutan bunuh lelaki sama, penerbit 999, Shahnun Haniff.

Apapun, tugasan akan tetap kami lakukan bersama semua krew 999 kerana saya percaya, nyawa kami bukan milik manusia.

Daripada Allah kami datang, kepadaNya kami kembali, itu hakikat sebenar.

35 ulasan:

  1. Kalau menelefon pun hanya berani menggunakan telefon awam.. apakah dia begitu berani untuk bersemuka?? Walaupun undang2 'dibuat untuk ditentang' .. kita masih ada DIA Yang Maha Pelindung.

    BalasPadam
  2. Salam Abg Mazidul...

    Bawak2 banyakkan berdoa agar sentiasa dilindungi... Biasalah bila dah terdesak tersepit cara keras ajelah yang dorg bleh buat..

    Anggap lah ia cabaran...

    Saya suka ayat yang kat bahagian akhir tuh..
    "..nyawa kami bukan milik manusia.."

    Be Strong Krew 999 untuk membasmi jenayah!

    BalasPadam
  3. berani kerana benar..takut kerana salah...demi menegakkan undang-undang dan keadilan adakalanya akan dihiasi dengan pelbagai ugutan untuk menghalang tindakan kita.

    teruskan perjuangan bro..saya doakan bro sentiasa selamat menjalankan tugas yang diamanahkan.

    BalasPadam
  4. Kudos Abang Mazidul ! ...
    Polis pun kecil,
    jika kita telah serah nyawa kita pada Allah semata-mata

    BalasPadam
  5. betul tu bro mazidul..nyawa di tangan Allah..kita merancang Allah menentukan..yg penting bongkar segala kegiatan mereka supaya negara aman dan damai..teruskan perjuangan!
    Analsis World Cup 2010

    BalasPadam
  6. jenuh dah buat report polis.. kalau dari no telefon yang call abg tu, semacam dari nombor public phone.

    2 angka terakhir kalau d tambah berjumlah 11. tu dari apa yg saya tau la..

    teruskan usaha banteras jenayah. diorang yang buat jenayah ni penakut sbnrnya. ugut guna telefon lak. kalau berani betul, guna la no telefon bimbit tu.

    BOOO~~ utk si penelefon yang penakut.

    BalasPadam
  7. Saya tetap kagum dengan en Mazidul.. Tabah dan berani tampil membongkar segala kemungkaran dan kemaksiatan yang berleluasa. Sesuatu yang jarang2 dilakukan oleh insan lain. Teruskan usaha murni anda.

    Niat yang ikhlas dan murni Allah tetap akan tolong. Jihad kerana Allah. Hidup dan Mati kita hanya kerana Allah.

    Always support u..

    BalasPadam
  8. Dil, terima kasih. To tell you the truth, tiada apa perlu dikagumi berubung diri saya. I bleed too.

    Sekelumit keberanian tercetus apabila kita mengetahui dan memahami kepentingan tanggungjawab dipikul.

    BalasPadam
  9. Sy percaya pemanggil itu hanya berani dalam talipon .. teruskan usaha membongkar jenayah..sy yakin berjuta peminat 999 mendoakan keselamatan bro mazidul dan krew 999.Tabik spring atas keberanian bro mazidul dan krew 999.

    BalasPadam
  10. saya doakan semoga sdra Mazidul senantiasa dalam lindunganNYA.
    kalau nak repot polis biasalah..tunggu **** dulu baru mereka kecoh.

    BalasPadam
  11. syabas.. nampaknya orang2 yang terlibat dalam jenayah dah tak senang duduk dengan pembongkaran yang bro buat.

    Saya doakan bro mazidul sentiasa di lindungi Allah S.w.t .

    BalasPadam
  12. Salam en Mazidul Akmal..

    Takut hanya pada Allah n jika kita melanggar perintahNya. Teruskan usaha murni saudara sbgai satu dr cara berjihad di jalan Allah. Smoga Allah sntiasa merahmati sdr n melindungi sdr dr sgala bahaya.

    Berhati2 smasa mnjlnkan tugas. wsslm.

    BalasPadam
  13. Salam aBang Mazidul,

    Saya setuju dgn apa yang Abang Mazidul katakan."Daripada Allah kami datang. KepadaNYA kami kembali, itu hakikat sebenar."

    Apabila kita memilih kerjaya sebegini, yakni seperti kerjaya Abang Mazidul, memang kita tidak dapat lari daripada unsur-unsur yang melibatkan ugutan mahupun caci maki. Lumrah kan =) Saya kagumi kekuatan dan kecekalan yang ada pada Abang didalam meneruskan "tanggungjawap" Abang kepada kami semua. Bak kata pepatah, "Kalau dilanda ombak, jangan berumah ditepi pantai." Ye tak?

    Whatever it is, untuk Abang dan juga krew wartawan yang lain, jaga diri selalu semasa bertugas. We never know apa yang akan terjadi esok mahupun lusa. Saya sentiasa doakan.

    Take care always.

    BalasPadam
  14. Salam...

    Syabas!

    Semoga terus berani menegakkan kebenaran dan membantu membasmi gejala sosial yang semakin menjadi...

    BalasPadam
  15. Demi Allah...segala-galanya kerana Allah...semoga Mazidul dilindungi...Amin

    Amalkan ayatul kursi selalu.

    BalasPadam
  16. the caller is from sandakan. pretty much sure bcz of the no starts with 089..

    take cr of urself bro. u're doing a right thing. :)

    BalasPadam
  17. Betapa marah dia.,siapa agaknya dibelakang tabir.

    BalasPadam
  18. Keep it up bro Mazidul..
    Doa dari berjuta penyokong akan mengiring semua Krew 999..
    InsyaAllah..

    BalasPadam
  19. Saya rasa, selain Sdr Mazidul ramai lagi wartawan (terutama bidang ini) yg turut terima ugutan sedemikian. (Dulu, dikhabarkan Karam Singh pun sama...)

    Jadi bab ugutan dan rasa tidak puas hati setengah2 pihak ini, adalah sebahagian pula rencah kerjaya Sdr Mazidul.

    relax... Negara kita ada undang-undang.

    BalasPadam
  20. Doa dari saya semoga Mazidul dan rakan2 terpelihara dari segala bahaya. Buat kerana Allah, Insyaallah anda akan sentiasa dilindungi Yang Maha Esa.Mulakan setiap langkah dengan 'bismillah'.

    BalasPadam
  21. jangan takut jangan gentar
    teruskan perjuangan...

    BalasPadam
  22. saudara mazidul semoga terus istiqomah dlm segala urusan... setiap yg bernyawa pasti akan mati, semoga mati kita mati yg bermaruah, mati yg mendapat keredhaan ALLAH adalah matlamat!

    BalasPadam
  23. hmm yup berserah pada Allah ..itu yang terbaik...

    jenayah..maksiat...suma tu kna bongkar kna ada keberanian.. sapa lagi nak bongkar..? abg Maz adalah org terpilih...believe me..kalau suruh saya g bongkar saya pun kecut perut...tapi Allah dh pilih abg Maz..berserah pada Allah..tawakkal..Dia yang sebaik2 untuk kita berserah...

    BalasPadam
  24. Bro

    Tak takutkan? Alaaaa... orang yang suka warning warning orang ni, sebenarnya tak berani buat pun. Orang Jahat yang betul betul jahat, dia tak ada warning ke, berbalas pantun ke. Dia terus buat je.

    Saya doakan bro Mazidul sentiasa dilindungi Allah dan para Malaikat dan PDRM dan Tentera Laut DiRaja Malaysia dan anggota RELA dan Polis Bantuan dan kawan kawan dan orang ramai. Amin

    BalasPadam
  25. Bro,

    Tak ramai org yg sanggup berdiri membongkar kebenaran. Rata2nya baling batu sembunyi tangan. Lagi plak kalau dapat ugutan macam Bro dapat ni.... lagi la dowang tak sanggup. Bukan nak kata... YB YB kita pun bukanlah berani sgt.. that's y ramai yg sanggup tutup mata... pekakkan telinga.

    Vic bangga sebab at least ada org macam Bro Mazidul, Karam Sigh Wariya yang sanggup dan membongkar menegakkan kebenaran. Lepas ada pembongkaran di media, baru orang2 yang bertanggung jawab nak bertindak. Apa nak buat.... penguatkuasa di Malaysia mmg memerlukan org2 macam anda berdua untuk menjalankan tugas.

    BalasPadam
  26. aku pasti sangat dia tu pendatang asing...tak sedar diri, nak ugut org...

    BalasPadam
  27. Salam Bro,

    Ugutan lawak... pakai public phone pulak tu... dan rasanya baik abaikan. Ugutan sebegini macam NATO, no action talk only.

    Agaknya dia mahu pastikan yang bro masukkan entry ini di blogspot.

    Hik.. hik...

    BalasPadam
  28. teruskan usaha abg mazidul...org2 yg terlibat dlm aktiviti jenayah dh mula panas x senang duduk..

    kami semua sokong keberanian abg mazidul n krew 999 yg lain

    BalasPadam
  29. bro, esok kalau saya call:

    "Bro, jom pi lepak lepak minum teh tarik.."

    And you will answer: "Sorry bro, aku tak cukup kaki."

    Ok, I leave now.

    BalasPadam
  30. berkenaan isu pelacuran di sabah, sebenarnya mereka yang melacurkan diri ini tiada langsung dipaksa sepertimana yang dipaparkan selalu di mana-mana media [menurut pendapat aku sahaja]. mengapa aku berkata begitu? sebab aku sendiri pernah menemuramah beberapa 'ekor' ibu 'ayam' disekitar ibukota kota kinabalu. apa yang aku dapat? aku mendapat respon menarik; mereka rela sebenarnya -- tanpa perlu dipaksa2 walaupun aku dapat lihat banyak bebapa 'ayam' berlegar dan kerap kulihat duduk dalam restoren mamak, sambil mata mereka tajam memerhati 'ayam' mereka menayangkan diri di jalan2.

    itu saja...


    http://puisikabur.blogspot.com/2010/03/bukan-salahku.html

    BalasPadam
  31. Report Polis kena buat juga Bro Maz kita tak tahu ugutan itu setakat mana.

    Maka itu saya pernah menulis kerja pemberita yang melibatkan jenayah sebaiknya kerajaan memikirkan kemudahan memiliki sesuatu yang boleh melindung diri; senjata api umpamanya.

    Bagaimana pun saya mendoakan Bro Maz tetap dilindungai Allah Azzawajalla; kerja murni ini pastinya akan dibalasi Syahid jika terjadi perkara yang tak diduga.

    Bagi mereka yang mengungut fikirkanlah natijah & perbuatan mungkar yang mereka lakukan.

    Tak ada siapa yang memihak penjenayah & tak siapa pun akan tenang dengan sebarang ugutan.

    BalasPadam
  32. Allahu Akbar!!! Semoga tuhan sentiasa melindungi kamu....
    "Bismillahi Lazi La Yadhurru Ma'a ASmihi Shai un Fil Ardi, Wa La Fis Sama' i,Wa huas Sami'un AliM"

    BalasPadam
  33. Report polis ke....buat penat je..polis cuma suka saman orang je.kes lain dia xnak ambik kisah sgt...saya pn prnh wat report keta keta himpit...siap bg no plat kete yang bt dajjal 2 lg...xde pe pn...polis siap ckp sy slah lg...dah nama POLIS....

    The Dajjal Crimes

    BalasPadam
  34. "Allah berfirman : Lambat laun pasti akan Aku berikan siksa kepada orang yang zalim. Juga kepada orang yang menyaksikan orang yang teraniaya tanpa memberi pertolongan, padahal dia sanggup menolong".(Riwayat Thabrani dari Ibnu Abbas)

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.