Masih kempunan menjamah masakan 'signature' orang Negeri Sembilan, masak lemak cili padi ikan, ayam atau daging sejak berada di Seremban 30 Mei lalu. Kini saya kembali ke Lembah Klang.
Puas.
Puas melihat gelagat gedik 'ayam' Thailand dirakamkan 2 jurukamera 999 di rumah urut di Jalan Rahang Kecil, Seremban. Melihatkan bisnes dijalankan, saya percaya daging 'ayam' mentah terbabit lebih enak diratah berbanding masak lemak cili padi ayam masakan sebilangan peniaga di Lembah Klang.
3 kali krew kami memasuki rumah urut terbabit dan merakamkan visual menggunakan kamera tersembunyi. I believe we did not miss anything.
"Kalau massage RM40, 'main' sekali, RM140. Semua Thailand mari. Sini polis tak datang punya," ujar penjaga premis yakin dan bangga memperlekehkan pihak berkuasa sekaligus undang-undang negara kepada penerbit 999, Shahnun Hanif, menyamar pelanggan.
Dakwa penjaga, premis urut menawarkan khidmat 10 pelacur warga asing berusia di antara 20 dan 32 tahun itu beroperasi sejak 5 tahun lalu. 4 penjaga premis sama dirakam berjudi secara terbuka barangkali kerana terlalu yakin tidak akan diserbu pihak berkuasa.
"Sebenarnya, ada 2 sahaja tukang urut betul di tempat itu, itu pun dari Thailand juga, 28 dan 47 tahun rasa umur dia orang," kata Shahnun.
Selain melacur, kesemua wanita Thailand terbabit menyalahgunakan pas lawatan sosial mengikut Akta Imigresen 1959/1963.
Sebelum pulang ke Kuala Lumpur awal pagi tadi, saya menghubungi pegawai Bahagian Perjudian, Maksiat dan Kongsi Gelap, Ibu Pejabat Polis Negeri Sembilan, pegawai bertugas berkata, pihaknya akan menyiasat aduan saya kemukakan.
Apapun semua visual pelacur Thailand dan kenyataan angkuh penjaga premis mengaku menjalankan kegiatan pelacuran di premis 'kebal' itu berjaya kami rakam dan bakal disiarkan pada 10 Jun hadapan.
Apapun, kepada semua pembaca, usah lupa menonton 999, esok, jam 9 malam. Laporan khas memaparkan usaha krew kami menyelamatkan 12 warga Filipina, perempuan dan lelaki diperdagangkan sebagai pelacur dan dieksploitasi sebagai pekerja tanpa gaji di Sandakan dan Lahat Datu, Sabah.
Saya percaya usaha sama tidak pernah dilakukan media lain di Malaysia sebelum ini. Semua aksi kami rakamkan 'as it was', dari saat mangsa diselamatkan sehingga 3 suspek, ibu dan bapa ayam diberkas pihak berkuasa. Ya, itu antara tugasan paling getir dan mencabar bagi saya sejak mula berkecimpung dalam bidang kewartawanan.
Laporan ringkas berhubung usaha terbabit, tulisan wartawan, Jamil, juga akan dipaparkan di dalam Harian Metro pada hari sama, 3 Jun 2010 sebelum perincian kes dipertontonkan kepada semua.
baru-baru ni dimelaka bandar warisan dan skrg diseremban pulak.adakah kita pun nak mengikut jejak thailand menjadikan seks sumber pendapatan negara.
BalasPadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadamSignature dish orang Negeri Sembilan - daging salai masak lomak lado api campur asam belimbing..
BalasPadamEn.Mazidul, En.Shahnun & krew,
BalasPadamanda sebenarnya "penyelamat masyarakat..." mogo anda sume sentiasa dilindungi Tuhan dlm usaha membanteras "penyakit" zaman skrg nie..teruskan usaha anda...biar agensi berkaitan buat kerja yang sepatutnya...bukan "menghabih bogheh" bak kato org negori...
huhuhuhu..dahsyat..den duduk seremban pun tak tau hal ni..lepas ni leh ronda2 ni...
BalasPadamSila tunggu negeri mana, bandar mana selepas ini heee..
BalasPadamayam percik ayam pedas sama santan..
sekali aduan sekali cuci, hujan akan, turun cuci lagi, aduan lagi hujan lagi..
heee sodapnye masak lemak cili api..heee
BalasPadam