Sebelum ini saya pernah menulis berhubung kegiatan pusat hiburan di Taiping, Perak beroperasi tanpa lesen sah sehingga jam 6 pagi setiap hari.
Nama premis terbabit, CV Cafe. Barangkali majoriti mereka menetap di daerah Taiping mengetahui kewujudan pusat hiburan di kawasan kilang ini.
Krew saya pernah membuat intipan dan merakamkan kegiatan di dalam pusat hiburan sama dan disiarkan di televisyen. Sebagai tindakan susulan, premis itu diserbu sepasukan polis diketui Ketua Polis Daerah Taiping.
Hanya selang beberapa hari, CV Cafe dilaporkan beroperasi kembali dan tinjauan terbaharu mendapati pengusaha langsung tidak mengendahkan tindakan polis sebelum ini, masih lagi membuka pusat hiburan terbabit sehingga waktu subuh, malah pengunjung dilaporkan bertambah ramai.
Difahamkan, pusat hiburan di bandar besar dan bandaraya, antaranya Kuala Lumpur, Johor Bahru, Kuching dan Kota Kinabalu, lokasi tumpuan pelancong asing dibenarkan beroperasi sehingga jam 3 pagi. Berikutan status bandar kecil, saya percaya CV Cafe wajib ditutup pada jam 1 pagi. Apapun, itu hanya peraturan, peraturan ditetapkan Majlis Perbandaran Taiping, MPT.
Perkataan 'Cafe', memberikan gambaran kononnya premis terbabit hanya beroperasi sebagai 'cafe'. Premis tempat pelanggan makan, minum dan berehat bersama keluarga dan kenalan, biarpun hakikatnya terlalu jauh berbeza. CV Cafe menjual pelbagai jenis arak dan pada masa sama secara terang-terangan melanggar peraturan syarat lesen waktu beroperasi dikeluarkan MPT.
Jika difikirkan secara logik, pihak polis tahu mengenai kegiatan CV Cafe kerana premis itu pernah 'dihentam' berulangkali dalam operasi terdahulu. Cuma malangnya polis tiada kuasa mengarahkan premis ditutup kerana lesen dikeluarkan MPT. Manakala amat mustahil sekiranya kakitangan penguatkuasa MPT mendakwa tidak mengetahui berhubung aktiviti CV Cafe kecuali jika mereka buta dan tuli.
Jika polis ingin bertindak secara serius, arahkan sahaja kereta peronda dengan 2 anggota diparkir di hadapan CV Cafe mengikut waktu rawak. Pasti pengunjung hilang mood sekaligus kecut perut untuk berhibur di lokasi sama. Andai kata MPT ingin bertindak, sita semua kerusi, meja dan kelengkapan audio CV Cafe kerana melakukan kesalahan berulang sebelum ini.
Jelas, tindakan itu tidak dilakukan, buktinya CV Cafe masih terus beroperasi bak 'raja', siapa berani menghalang?
Sebagai pengamal media juga orang awam seperti majoriti pembaca, terlintas di fikiran saya, jika pihak berkuasa pejam mata, tidak melaksanakan tanggungjawab dipikul secara lebih serius, mengapa kita perlu ambil tahu?
Biarkan CV Cafe beroperasi tanpa had masa, izinkan sahaja pengunjung berhibur, it is a win-win situation for them, pengunjung bergembira, taukeh untung manakala kita tidak kerugian barang sesen pun.
Anyway, as all of us know, laws are made to be broken.
Memang betullah agaknya.. apa yang dilarang, itulah yang orang suka buat. :(
BalasPadamSungguh mencabar tugas sebegini..
BalasPadamMungkin ada yang akan kata, tak menang tangan tak cukup kakitangan...dsb.
Tapi tanggungjawab penguatkuasa bukan hanya pada kuasa, tapi pada komitment menjalankan kuasa.
Kalu cakap, ambil rasuah, ada lak yang melenting. Marah, tersentap. Tapi tak mustahil, bukan?
Sebagai orang awam, kita leh beri maklumat. Kalu semua nak buat tak kisah... alahai negara..
eh negeri Perak ku...!
selalunya the law makers are the one who broke the law...
BalasPadamSalam bro...
BalasPadamSaya suka "laws are made to be broken...."
Undang-undang Allah pun manusia tak takut... inikan pulak undang-undang yg direka-reka oleh manusia sendiri...
NB: Sebab itu Bung Muktar dan ZiZie berani langar undang-undang keluarga Islam... hik... hik...
Kedai Internet dalam kampung penuh dengan budak sekolah apa nak buat? Almost 12 midnight belum tutup lagi. Mak bapak tak cari anak ke? Atau dua2 kerja night shift?
BalasPadamtaiping yg ku cintai...!
BalasPadamkes macam gini banyak yg tersirat dan tersurat.hanya MEREKA dan keluarga MEREKA jer yg buat-buat tak tahu ^.^
saudara MAS,
BalasPadam'jika pihak berkuasa pejam mata, tidak melaksanakan tanggungjawab dipikul secara lebih serius, mengapa kita perlu ambil tahu?' - kerana:
~sekurang-kurangnya kita sudah cuba untuk menghapuskan kemungkaran dengan selemah-lemah iman, sebab kita tiada kuasa untuk nak sita, nak buat rondaan secara rawak...
~kita mungkin boleh cuba untuk kurangkan maksiat, jenayah dan keruntuhan moral...
~kalau kita buat tak tau jugak, sama la kita dengan yang buta dan tuli
suka saya merujuk kepada kes dalam Aduan Rakyat semalam - saudara KSW utarakan kes pembinaan haram atas tanah tanpa kebenaran pihak berkuasa di CH...
persoalannya - takkan sampai bangunan dah siap hampir 70% pegawai berwajib+bertanggung jawab tak tahu?tak nampak?.....
atau buat-buat tak tahu?buat-buat tak nampak...atas sebab2 tertentu?
entah la...tapi SPRM cakap bilangan civil servant yang rasuah sikit....
Salam semua...
BalasPadamSemua tahu bahawa Saudara Mazidul sentiasa "berperang" dengan jenayah dadah, pelacuran dll.
Manakala Saudara Karam Singh Wahlia pula sentiasa "berperang" dengan penjenayah alam semulajadi terutama di Cameron Highlands.
Persamaan kedua-duanya yang dapat saya lihat adalah persoalan bagaimana jenayah yang berlaku di depan batang hidung penguatkuasa atau PBT boleh terlepas pandang dan hanya diketahui bilamana didatangi oleh kedua-dua mereka. And the best part, mereka dgn muka tak malu di hadapan kamera mengatakan bahawa pihaknya tidak tahu tentang perkara ini padahal dah sekian lama ianya berlaku dan akan memantau. Pantau ni sama seperti pergi tengok ajer. Ambik ler tindakan. Tindakan diambil pun seperti melepas batuk di tangga, janji reporter buat coverage and blah balik.
1. Bila kita kata mereka buta, depa melenting.
2. Bila kita kata mereka makan rasuah, mereka melompat.
I guess the law is meant to be broken should you feed enough those monkeys...
amboi kasarnya dia tuduh kita TULI dan bUTAK,,
BalasPadambuta tuli butatulibuta tulibutaX100kali.
PEAKK itu sama dengan TULI, tapi jika berbalah kita sembur perkataan PEKAK badak..
Salam Mazidul...
BalasPadamUndang-undang direka untuk diroboh? Sangat controversial.
Undang-undang seperti jaring laba-laba, menjerat yang lemah manakala yang berkuasa terlepas.
T kasih