Jumaat, Jun 25, 2010

8 Anak Mati

Saya sempat bertemu penerbit 999, Shanun Hanif Suhaimi jam 3 petang tadi sebelum dia bertolak ke Terengganu, menjalankan tugasan dirancang. Dia pernah ke Gaza 3 tahun lalu membuat liputan Majalah 3.

Berikut kisah dikongsikan wartawan berpengalaman terbabit.

Sewaktu di Gaza, dia bertemu ibu tua, 8 anak lelaki wanita itu  termasuk berusia belasan tahun  mati, korban akibat keganasan tentera Israel. Namun ketika ditemubual, ibu itu mendakwa tidak berasa sedih atas kehilangan insan tersayang dilahirkannya.

"Mengapa?," tanya Shahnun.

"Biarpun kami berpisah di dunia, di akhirat kelak, lapan anak lelaki saya itu akan menunggu, kami akan bersatu semula," jawab wanita itu ringkas.

Menurut Shahnun lagi, anak mati syahid menjadi kebanggaan keluarga di Gaza. Gambar mereka terpampang di ruang tamu rumah.

Jadi, tidak hairan sewaktu pertempuran, remaja Gaza sanggup menggunakan lastik dan batu untuk bertempur menentang tentera penakluk lengkap bersenjata berat. Bagi mereka syahid satu kebanggaan.

10 ulasan:

  1. some, wage war to pursue living while the other some, go to war to pursue The Creator.

    BalasPadam
  2. Ya Allah... tak sanggup saya nak tengok gambar ini lama-lama...

    Erk.. bro, minta 'mozek' (betul ke istilah ini??) gambar tu... :(

    BalasPadam
  3. kak chik..

    tanah tumpah darah, kalau tak pertahan siapa lagi???

    kita????

    kita???
    agaknya kalau pergi(jika niat JIHAD..tiru ayat puak2 yang pergi Afghanistan dulu2 iaitu 'Tabligh') sebelum tercapai elok tak usah balik heee...

    BalasPadam
  4. so maknanya baguslah ada yahudi jahat lantas beperluang mati syahid, kan?

    cuma ramai yang tak yakin akan kebenaran syurga akhirat termasuklah sekali yang sedang menaip!

    hai, nasib2... kan best dapat p sama.

    BalasPadam
  5. Ibnu Marzuki 'PESAKIT MENTAL', awak menulis, 'termasuk sekali yang sedang menaip'. Maksudnya awak?

    Ok.

    Tidak hairan, lagi pun bagi saya awak tidak lebih daripada 'tukang promosi kahwin di Siam'.

    Tidakkah awak sedar, ramai tidak menyukai cara awak berkomunikasi? Penyakit awak menyerang bloggers lain dengan kata-kata tercetus dari minda tin kosong itu harus dihentikan dengan kadar segera.

    Saya simpati setiap kali membaca komen awak lontarkan samada dicetak atau tidak.

    Peringatan saya, usah menulis sesuka hati dan tanpa disedari perbuatan bodoh awak boleh disabitkan dengan Kanun Keseksaan di negara ini.

    Tersilap langkah, awak berkebarangkalina berhadapan dengan tindakan undang-undang.

    SO becareful!

    BalasPadam
  6. salam..

    Abang Mazidul, saya memang teruja bila membaca news or cerita tentang knflik dunia israil palestin. harap sangat post tentang isu yang berlarutan hampir 6 dekad ini di perbanyakkan. saya tabik dengan wartawn seperti anda. dapat saya tambah ilmu dengan post yang awk kirimkan.

    saya pun sedang berjinak untuk kumpulkan ilmu tentang konflik ini dan berkongsi melalui dog yang say baru create http://thedajjal-crimes.blogspot.com/..

    harap jika anda ada kesempatan postkan sesuatu ke blog saya untuk kita kongsi ilmu bersama

    BalasPadam
  7. Betul Mazidul....

    Saya pun bersimpati dengan pesakit mental tu…... tidak setiap orang diberkati dengan IQ tinggi atau akal sihat.

    Tapi.... dia kelihatan seperti memiliki kapasiti untuk mengumpul maklumat, menganalisis, menyusun kata2 tapi memilih untuk menulis sesuka hati, malah merasakan dia telah menang tanpa memikirkan akibatnya.

    BalasPadam
  8. Kalau pasal Gaza vic mmg mudah tersentuh... tgk gambar je nangis... tgk dokumentari nangis.. baca posting pasal Gaza pun boleh nangis...

    Isk... tatau kenapa jadi terlalu sensitif bila isu berkenaan GAZA.

    BalasPadam
  9. Anak-anak muda di Palestine mati kerana mempertahankan maruah bangsa dan agama....anak2 muda kita?! Sedihnya, ramai yg mati merempit di jalan raya..

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.