Sabtu, Jun 19, 2010

Bertepuk Sebelah Tangan Tidak Menjadi

Premis mesin judi online kini beroperasi di seluruh negeri di Malaysia termasuk di Kelantan. Terbaharu, 22 komputer diubahsuai menjadi mesin judi dirampas pegawai dan anggota polis di Kota Bharu.

Sindiket menawarkan perjudian sebegitu akan terus beroperasi, patah tumbuh, hilang berganti biarpun pihak polis sentiasa mengambil tindakan menggempur premis mereka.

Setakat ini saya tidak melihat sebarang kaedah penyelesaian dirangka dan dilaksanakan pihak berkuasa bertujuan membanteras perjudian online secara total. Selain polis, majoriti pihak berkuasa tempatan juga mempunyai peruntukan undang-undang merampas mesin terbabit.

Saya pernah menemubual pemilik premis perjudian dalam operasi saya sertai sebelum ini.

"Kalau mahu sewa itu kedai, owner tahu kita mahu buka kedai mesin, dia sewa kasi naik, RM6,000, kalau berniaga 'halal' punya, sewa RM2,000 sahaja. 3 pekerja, gaji RM3,000, api campur air RM1,000. Sekarang ekonomi tak cantik. Satu bulan, satu kedai hanya boleh untung 3 atau 4 ribu. Dulu, boleh dapat RM10,000," ujarnya.

"You ada berapa kedai?," soal saya.

"Dua puluh," katanya.

Maksudhnya, kini dia meraih keuntungan purata RM80,000 sebulan, sebelum ini RM200,000.

Apabila ditinjau, majoriti pelanggan, pejudi, berbangsa Melayu manakala pengusaha, Cina. Pekerja premis, warga asing, kebanyakkan warga Indonesia dan Myanmar, kesemuanya menyalahgunakan permit kerja atau pas lawata sosial dikeluarkan Jabatan Imigresen Malaysia.

Melayu terjebak dalam kancah perjudian, sanggup bergolok bergadai kononnya untuk meraih keuntungan dengan kadar segera, walhal ramai kecundang dan kerugian sehingga mencecah jumlah ratusan ribu ringgit.

Lebih sedih, apabila wang membeli susu anak turut diperjudikan.

Dalam bercinta, kata pujangga, bertepuk sebelah tangan tidak akan menjadi. Begitu juga di kancah perjudian. Jika perjudian ditawarkan dalam apa bentuk sekalipun dan orang Melayu bertindak menjauhi kegiatan itu, saya yakin banyak premis perjudian akan tutup kedai.

Jika mereka dari bangsa lain, ingin berjudi, terserah. Orang Melayu, beragama Islam akur, berjudi, satu daripada dosa besar. Justeru, mengapa harus didekati?

9 ulasan:

  1. Assalamualaikum.Terima kasih kerana membuat entri yang menarik. Oleh itu komen saya pun panjang berjela-jela bagaikan entri abang.

    Apabila kita menyebut sahaja bangsa melayu, mulalah pelbagai tajuk boleh di katakan dan dikeluarkan.

    tetapi memang benar bahawa orang melayu itu:
    1)tamak
    2)pemalas
    3)mempunyai perasaan hasad dengki

    Mengapa saya berkata demikian?Sebab saya juga merupakan seorang bangsa melayu.

    Duit susu anak tidak dibeli.Mereka sibuk dengan kepentingan mereka sahaja seperti:
    1)Membeli rokok
    2)Berjudi
    3)Ubah suai kereta
    4)Membeli belah

    Bagaimana ingin menolong orang melayu ini jikalau mereka tidak menolong diri sendiri?

    Bangsa lain sibuk mengetawakan kita.Kita pun sibuk turut bersama ketawa.Tetapi kita tidak tahu apakah tujuan mereka ketawa.

    Kita sibuk dengan hal-hal luar negara.Kita sibuk dengan politik.Kita sibuk dengan artis-artis.

    tetapi agama kita hancur.Bila sekumpulan penyebar dakwah islam datang ke rumah kita, kita tutup pintu rumah.Mengapa?

    Bukan ke orang datang ke rumah kita ini boleh membawa rezeki.

    Oh orang melayu.

    Bangkitlah.Jangan kita menjadi seorang yang pemalas dengan pemberian kerajaaan.Kita seharusnya berusaha mencari kesenangan.

    Ingin mencari kesenangan didunia bukanlah dengan cara yang senang seperti mencuri dan berjudi.Tetapi pelbagai kerja yang halal dapat kita cari dan buat.

    Buat abg mazidul, maaf sebab saya melibatkan artis dan politik.tetapi itulah yang saya nampak sekarang ini.

    p/s: Boleh abg letak link saya diblog abang ini??

    http://a-y-i-e-sharing.blogspot.com/

    Diharapkan dengan meletakkan link ini didalam blog abang dapat dipertimbangkan

    Waalaikummussalam

    BalasPadam
  2. bukan hendak rasis..

    tapi cina tak pergi men no ekor kat sport toto..x pergi main judi2 mesin tertutup camni..diorang dah ada genting..macau..x men lah bertaruh cikai2 camni..

    tapi diorang gak yang bukak tempat2 camni..atas alasan kononnya untuk kaum diorang..plsss laa..

    melayu jugak yang penuhhh

    BalasPadam
  3. huh..umpama aur dgn tebing..melayu dan judi tak dapat dipisahkan..
    berapa banyak cerita hikayat dan sejarah yang telah kita tonton, dengar dan baca betapa orang melayu sejak dulu memang suka berjudi..cuma kita sahaja meletakkan judi itu sinonim dengan bangsa Cina..
    pekan senawang laksana kuala lumpur pada hari rabu..kenapa?apa lagi kalau bukan kerana KTM..sesak bagaikan ada pesta..
    orang melayu islam ni jugalah yang melawan, menentang malahan sampai mengacah dengan senjata api apabila penguatkuasa agama bertindak mencegah..apa lagi yang dapat kita banggakan..???

    BalasPadam
  4. "ramai org gila judi,judi bole merosak diri dan membawa mati"~ bait-bait lagu dato m.daud kilau :)

    bila lah org kita nak sedar diri...bila dah jadi TAHI judi hidup mmg menyusahkan org lain...!

    BalasPadam
  5. susah jgk nak peercaya kat kelantan ada jd kes camtu..apepun sekarang da macam-macam berlaku..Wcup ni ramai nak cri duit lebih..memang musim die abg mazidul..Tapi nak benteras tu rase cam susah..sebab orang sekarang da pandai-pandai,,macam penjenayah jgk..modus operandi die pun mesti da berinovasi..Kadang-kadang sy fikir..benda ni ad software dan install..macam games online..tp xtau la..mgkin sy silap kot.

    BalasPadam
  6. salam...sejak 2 menjak ni sering ade kertas dan surat2 layang yg di selit2 kat viper kereta..yg sedihnya ade satu kaum ni buat testimoni guna nama org melayu..gmbr org melayu.. konon lepas jumpa sami diorang, boleh menang nombor ekor..yg buat saya panas..dia guna nama org melayu dan islam untuk tarik org melayu ni main no ekor..

    kalau bro mazidul buat pendedahan ni pon bagus..kalo ajak saya skali pon bagus jgk..saya luku sekor2 patung2 diorang...ape diorang ingat senang2 nk guna nama islam untuk tarik org pergi kat tok sami bersila diorang tu?

    if bro tak pernah tgk mcmana iklan diorang, later i'll post the link after i upload the picture..

    benda2 ni dh hampir 2thn dh..yg penting siap ade yg selit iklan tu dalam kawasan campus UITM.. i mean sampai begitu sekali golongan kafir lahanat ni nak rosakkan org melayu dan islam...nau'zubillah..

    -ps/ saya hanya bagi cadangan utk bro mazidul think of it. kalau rasa x selesa utk di approve komen ni, saye x kesah.. =] sbb saya x tau mcmana nk msg bro kat blog ni..wassalam.

    BalasPadam
  7. Idea bisnes difikir oleh manusia 24jam, bercampur idea dan penasihat sang SET* tidak kira di mana berada.

    Pada mulanya niat suka2 kemudian terus jadi papa kedana.

    selagi hukuman yang lembut selagi itu JUDI berterusan.

    hukuman keras seperti:
    --sita pejabat, potong bekalan apiair, sita nama tuan kedai.Senarai hitam syarikat.
    --penjara tuan kedai.
    --hukuman bersih tempat awam.spt longkang dan taliair.
    --buang daerah ke TAWAU atau Iraq

    BalasPadam
  8. Sronok main menatang alah nih...asyik jer...itupon klau mgena atau menang...klau kalah...simpanan ASB pon sanggup keluarkan...

    BalasPadam
  9. Salam...
    alhamdulillah saya tinggal di kawasan yang kurang pendedahan terhadap judi dan toto dan orang melayu jarang buat.

    tapi saya pernah ke kawasan yang perkara itu (judi) memang meluas di kalangan melayu. bayangkan awal2 lalu kedai toto tiba tiba kena mengorat "assalamualaikum" katanya.

    dan orang2 di sekeliling saya bercakap tentang judi seolah2 bercakap tentang cuaca hari ini.
    "eh, beli tak semalam?""ala nombor tak naik la pulak...."

    normal everyday conversation...

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.