Rabu, Jun 23, 2010

Sikap Dan Keputusan Membunuh Mereka

Setakat ini 2 disahkan mati, 15 lagi hilang dan 8 terselamat dalam tragedi bot pancung karam di perairan Port Dickson, Negeri Sembilan jam 3 pagi semalam.

Kesemua mangsa, dipercayai pendatan tanpa izin, PATI dari Indonesia dilaporkan cuba keluar dari negara ini melalui pangkalan haram. Saya yakin, semua mangsa dewasa akur bahawa keputusan meninggalkan Malaysia secara tidak sah, salah di sisi undang-undang dan berisiko tinggi.

Berikutan kejadian itu, 2 awak awak warga sama diselamatkan, diberkas dan direman polis.

Hemat saya, sebilangan PATI didapati tinggal, masuk dan keluar dari Malaysia sesuka hati mereka sekaligus memperlekehkan undang-undang negara ini.

Jika diamati, selain PATI berasal dari Indonesia, PATI dari negara lain juga terbabit dalam kancah jenayah. Mereka saling berbunuh-bunuhan antara satu sama lain. Sebilangan suspek warga asing terbabit berjaya ditahan pihak polis dan dihukum tetapi nyawa mangsa tetap melayang.

Maksudnya, biarpun pihak berkuasa Malaysia gagal menahan dan menghukum mereka, sikap buruk dan keputusan dangkal menghukum mereka sendiri.

10 ulasan:

  1. nyawa manusia...

    gemuk ikan2 disekitarnya.

    BalasPadam
  2. Saya setuju, info En. Mazidul berkaitan PATI itu tiada yg tidak betul, melainkan semuanya betul belaka.

    Kalaulah pihak yg berkuasa menjalankan tugas mereka setiap hari sewaktu mereka ditugaskan...

    BalasPadam
  3. Tahun 1988, saya terlibat secara langsung di dalam operasi Mencari dan Menyelamat bot karam di Kuala Sungai Baru, Melaka. Di hari pertama operasi kesemua 17 mangsa yang terkorban ditemui. Mangsa terdiri daripada laki2 dan perempuan dewasa, kanak2 dan juga bayi2 telah dibawa naik, dibungkus dengan cadar putih dan disusun di bengkel bot di Akademi Laut Malaysia(ALAM). Terharu dan sedih melihat mayat2 kanak2 dan bayi2 yang tidak tahu apa2 menemui ajal begitu rupa. Ada juga beberapa mangsa yang masih hidup dapat diselamatkan. Beberapa versi cerita diperolehi daripada mangsa yang terselamat.Ada yang mengatakan bot pancung tersebut telah tenggelam dan ada juga yang mengatakan tekong bot tersebut telah menolak penumpang-penumpang nya kelaut bila air telah mula memasuki bot tersebut. Namun operasi mencari bot tersebut yang dikhuatiri tenggelam telah gagal walaupun penyelam-penelam dari tentera laut digembeling. Kesimpulan dibuat tekong tersebut telah melarikan diri bersama-sama bot pancung tersebut setelah penumpang-penumpangnya dihumban kelaut. Memang menjadi berita hangat di dada akhbar dan juga media elektronik. Pihak polis berikrar akan berkerjasama dengan pihak berkuasa Indonesia untuk memjejaki tekong bot pancung sehingga kelubang cacing. Namun hingga ke hari ini tiada tangkapan dibuat dan trajedi tersebut langsung dilupakan. Sejak daripada itu banyak nyawa pendatang telah melayang di dalam trajedi yang serupa. Mungkin selepas ini akan ada lagi trajedi yang serupa dan lepas itu akan ada lagi dan akan ada lagi dan akan ada lagi...dan akan ada lagi...dan ada lagi....ada lagi...Fikir-fikirlah

    BalasPadam
  4. Di China pendatang haram di hukum tembak. mati lemas ok sikit dari mati di tembak.

    http://nkpeace.wordpress.com/2008/03/16/instillation-of-fear-through-execution/

    http://hellioz.blogspot.com

    BalasPadam
  5. kalau dulu kita rimas ngan kebanjiran pendatang2 dr negara jiran kita yg sama agama n bahasa yg lebih kurang... tp now kita dibanjiri awang2 hitam yg berlainan agama n bahasa dengan kita... paling tak best diorg ni kasar n kurang ajar...

    BalasPadam
  6. bila dgr anak dara kawen lari...jika tgk dari 1 sudut..senang betul dierorg keluar masuk malaysia...

    dgr citer PATI takut betul masuk singapore.

    BalasPadam
  7. entahlah orang indon...

    katanya amat patriotik.

    kalau jentik sikit pasal indonesia hangin satu badan.

    kalau nak kutuk malaysia. peh! bukan main suka lagi.

    tetapi..kerana wang sanggup menjilat ludah sendiri dan bergadai nyawa masuk ke negara 'Malingsia' yang mereka benci ini.

    p.s. banyak pula org indon yng kerja merompak dan mencuri di malaysia. siapa Malingnya di sini sebenarnya?

    BalasPadam
  8. Hairan saya... Pihak berwajib buat apa? Pelik.. pelik...

    Nasiblah saya tiada masa tangkapan dibuat. Kalau tidak, saya bekalkan mereka (awak-awak) labu, "Nah, kamu berenanglah (balik) ke Indon dengan labu ini!"

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.