Selasa, Jun 22, 2010

Hidup Ku Mati Ku Kerana Allah

2 minggu.

Itu tempoh diperuntukkan kepada krew TV3 bakal ke Gaza Sabtu ini. Dari Lapangan Terbang KL, kami akan terbang ke Kaherah, Mesir mengambil masa 10 jam.

Di Kaherah, kami akan menguruskan dokumen kebenaran melepasi lebih 10 check points di Mesir sebelum memasuki Gaza melalui Rafah. Pintu masuk terbabit dibuka sejak 1 Jun lalu bertujuan membenarkan bantuan kemanusiaan dibawa masuk ke Gaza.

Andaikata gagal menyeberangi sempadan, kami barangkali terpaksa memilih alternatif ke dua, menggunakan satu daripada lebih 1,000 terowong digali di sempadan Mesir-Gaza. Terowong tanpa ciri keselamatan selama ini digunakan untuk menyeludup masuk barangan keperluan antaranya ubat dan makanan ke Gaza.

Jika selama ini, berita berhubung konflik di Gaza disiarkan majoriti media barat, kali ini TV3 berusaha membuat liputan sekaligus memaparkan berita dari Gaza mengikut perspektif kami. InsyaAllah saya akan ke Gaza bersama wartawan Majalah 3, Fariha On, penterjemah dan jurukamera.

Laporan media mencatatkan, setakat ini 10 wartawan dari negara lain membuat liputan di Gaza terkorban. Namun, sebelum pergi, saya percaya mangsa akur berhubung risiko bakal mereka depani sewaktu melaksanakan tugas. 

Difahamkan, 2 kafe internet di Gaza diletupkan kumpulan tertentu sebelum ini kerana sebilangan percaya kemudahan capaian maklumat tanpa sempadan itu mampu mempengaruhi pemikiran penduduk tempatan. Maksudnya, jika berada di Gaza, internet bukan kaedah pilihan untuk berkomunikasi bersama pembaca setia blog ini. Jadi, tiada update mampu saya kongsikan bersama anda semua dalam tempoh 14 hari. 

Manakala saya dimaklumkan, setiap pesanan ringkas dihantar dari Gaza, khabarnya mengambil masa 24 jam untuk diterima di Malaysia kerana terlebih dahulu ditapis kerajaan Israel.

Kepada semua pembaca, maafkan saya sekiranya pernah melakukan sebarang kesalahan sepanjang tempoh berinteraksi dengan anda semua di blog ini. Ajal maut tuhan menentukan.

Apapun, dengan rendah hati, saya memohon, doakan krew kami selamat pergi dan kembali ke negara kami cintai ini sekaligus memberi peluang berkongsikan kisah sebenar kesengsaraan penduduk Islam Gaza akibat serangan dan tekanan diwujudkan rejim Zionis di Israel selama ini.

Hidup ku, mati ku kerana Allah Taala.
 

56 ulasan:

  1. salam...semoga perjuangan diberkati Allah...

    BalasPadam
  2. SEDIH LA ENTRY NI....
    saya doakan abang mazidul n krew pulang lah dengan semuanya...
    Kalau x,
    abang mazidul akan berada di tempat yang lebih baik dari dunia...
    di tempat lebih baik dari kami semua...
    Amin...

    BalasPadam
  3. jaga diri baik-baik. Allah sentiasa dgn hamba-Nya.. :)

    BalasPadam
  4. amin...

    semoga selamat pergi dan balik..insyallah..

    BalasPadam
  5. Semoga selamat pergi dan selamat kembali.

    Semoga anda semua dilindungi Allah SWT daripada sebarang kecelakaan, keburukan dan kejahatan musuh-musuh Allah SWT.

    'Cukup aku berpegang kepada Allah dari segala sesuatu, Allah mengalahkan segala sesuatu, tidak terhenti sesuatu kerana perintah Allah, tidak ada daya dan kekuatan, hanya daya dan kekuatan Allah yang maha tinggi dan maha besar.'

    BalasPadam
  6. Salam MAS..

    kakcik doakan semoga saudara dan rakan-rakan sepasukan sentiasa di dalam lindungan rahmat dan kasih sayang Yang Maha Esa. Selamatlah di mana sahaja kalian berada.

    BalasPadam
  7. I am nobody here...Ya Allah...semoga perjalanan abang dan team dilindungi Yang Maha Esa...Semoga dipelihara pergi dan kembalinya. Ya Allah ku pohon moga perjuagan ini diterimaMU. Amin Yarabbalalamin...Fisabilillah!

    BalasPadam
  8. semoga diberkati allah.didoakan selamat pergi selamat pulang jua.~amin

    BalasPadam
  9. salam...

    sebagai rakyat malaysia, saya berbangga dgn anda,apatah lg jika berjaya meneruskan misi bantuan itu dan menyiarkan maklumat terbaik..semoga usaha anda dan rakan2 diberkati Allah..

    semoga selamat pergi dan pulang..amin

    BalasPadam
  10. semoga selamat pergi dan selamat kembali....Amin

    BalasPadam
  11. Insyallah semoga semua krew selamat pergi dan balik.

    Semoga dipermudahkan perjalanan dan membawa khabar dari sana untuk kami di sini untuk rakyat Malaysia dan seluruh dunia.

    Insyallah.

    BalasPadam
  12. Slm,
    Selamat berangkat semoga dipelihara daripada sebarang musibah dan di permudahkan Allah dalam segala urusan..cumanya ikhlaskan hati anda semua dan betulkan niat "kenapa dan sebab apa"? kita ke Ghazzah ini..jangan ada sebiji zarrah pun rasa riak dan takabbur dan pastikan jangan melanggar syariatnya..insyaAllah,DIA bersama anda...selamat berjaya...Allahuakbar!!

    BalasPadam
  13. semoga usaha kalian dipermudahkan dan dilindungi Allah sentiasa.

    Harap-harap dengan liputan dari kalian semua, sedikit sebanyak membuka lebih banyak peluang untuk membantu penduduk Gaza.

    semoga semua selamat pergi dan pulang. amin

    BalasPadam
  14. Salam,
    Semoga perjalanan dan segala urusan Tuan ke/di sana dipermudahkan oleh Allah SWT. Saya doakan juga agar Tuan selamat pergi dan selamat kembali... AMIN
    Allahuakbar...!!!

    BalasPadam
  15. Bang,

    selamat pergi. selamat kembali.
    doa kami sekeluarga.

    amin.

    BalasPadam
  16. sedih pulak pepagi bila baca n3 en mazidul ni.apapun selamat pergi dan selamat kembali.

    takecare.

    BalasPadam
  17. salam,
    Saya bangga dengan keberanian abang untuk mendapat gambaran sebenar di Gaza. Insyallah berkat doa seluruh rakyat Malaysia, abang akan kembali dengan selamat...terima kasih abang kerana sanggup berkorban demi kepentingan sejagat

    BalasPadam
  18. insan terpilih ..

    bukan senang kita hendak ke Ghazzah bumi para Nabi, Rosul, & para Tabi'in ..

    andaikata terkorban d sana kerana niat Lillahi Ta'ala .. insha ALLAH ganjaraan Syahid dikurniakan yg SANGAT TINGGI di sisi ALLAH ..

    andaikata selamat & kembali ke tanahair, segala derita, pengorbanan, pengalaman, ketabahan etc oleh saudara MUSLIM kita di sana dapat dikongsi bersama supaya mencetuskan semangat keinsafan di kalangan MUSLIM Malaysia yg masih leka ...

    kedua-dua kebarangkalian d atas akan memperolehi ganjaran ... insha ALLAH ..

    BalasPadam
  19. Salam,

    Saya doakan yang terbaik untuk krew yang berangkat, semoga dalam peliharaan dan lindungan-Nya selalu.

    Amalkanlah ayat ini :

    بسم الله الذي لا يضر مع اسمه شيء في الأرض ولا في السماء وهو السميع العليم

    bismillahillazi la yadhurru ma'asmihi syaiun fil ardhi wala fis sama'ie wa huas sami'un alim

    Rasulullah SAW didengari berkata sesiapa yang berdoa, "Dengan nama Allah yang tidak memberi mudharat akan sesuatu yang dibumi dan yang dilangit (selagi) bersama dengan Nama-Nya dan Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui." sebanyak tiga (3) kali, maka dia tidak akan ditimpa kesusahan bala dan musibah sehinggalah subuh esoknya, dan barangsiapa membacanya ketika waktu subuh sebanyak tiga (3) kali, dia tidak akan ditimpa kesusahan bala dan musibah sehingga petangnya (Riwayat Abu Daud, At-Tirmizi dan Ahmad)

    Dan ayat ini :

    فَإِن تَوَلَّوۡاْ فَقُلۡ حَسۡبِىَ ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ‌ۖ عَلَيۡهِ تَوَڪَّلۡتُ‌ۖ وَهُوَ رَبُّ ٱلۡعَرۡشِ ٱلۡعَظِيمِ

    Maksud ayat: "Jika mereka berpaling (dari keimanan), maka katakanlah: "Cukuplah Allah bagiku; tidak ada Tuhan selain Dia. Hanya kepada-Nya aku bertawakal dan Dia adalah Tuhan yang memiliki Arasy yang agung." (Surah At-Taubah, ayat 129)

    Dan juga ayat ini :

    Bacaan doa seperti berikut : "Rabbi yassir wala tu 'assir, rabbi tammim bil khoir", yang bermaksud, "Ya Tuhan, permudahkanlah urusanku, permudahkanlah jangan disulitkan".

    Insya-Allah...

    Sekadar berkongsi.

    BalasPadam
  20. Semoga di permudahkan Allah atas segala perancangan dan perjalanan yang bakal di tempuhi..dan selamat kembali ke sisi Afif di sini... amin ...

    BalasPadam
  21. semoga abg Mazidul selamat pergi dan selamat kembali....ini semua jihad...Jakazallah...

    BalasPadam
  22. Semoga pergi dan kembali dengan selamat.. Hanya kerana Allah.

    BalasPadam
  23. salam.. cik Mazidul..

    saya doakan krew2 yang pergi selamat sampai dan selamat pulang ke tanahair.. moga Allah Taala memberi perlindungan kepada rombongan saudara...

    ajal dan maut ada dimana2... semua tu kerja Allah Taala...

    BalasPadam
  24. Allah maha besar ...
    Dia yg menentukan segala-galanya...
    Kalau apa-apa yg berlaku pada abang, ianya boleh dipersembahkan kepada DIA dan saya tak tahu apa yg boleh dibawa bila berjumpa dengan DIA !

    BalasPadam
  25. Semoga Allah melindungi kalian yang berjuang di jalan-Nya. InsyaAllah

    BalasPadam
  26. saya doakan pemergian tuan dan krew tv3 selamat pergi dan selamat kembali

    BalasPadam
  27. semoga selamat pergi dan selamat kembali

    BalasPadam
  28. SEBELUM NAK KOJOL KAT SANER TUH, CEPAT MOHON MAAF KAT SESAPER YANG DISAKITI...

    BalasPadam
  29. Slm,
    touching lak bila sy baca entri nie...begenang air mata :(
    mmg btul ajal dan maut di tgn Allah...kami m'doakan smg En.Mazidul & rakan2 selamat (pergi, setelah dan sepanjang berada di sana, kembali ke tanah air)dan dilindungi Allah...Kami rakyat Malaysia sentiasa menantikan cerita benar (bkn liputan dr media asing la)dari Gaza...Anda sume adalah HERO (kuat dari segi mental & fizikal)sanggup pegi ke tmpt yg dihujani peluru. Sy pun x berani...lg satu 'Nawaitu" anda sume moga diperkenan oleh-Nya.

    BalasPadam
  30. sedih plak akak baca entry mazidul kali ni...tapi akak doakan kejayaan pada misi ke jalan Allah ini...selamat pergi dan kembali..Allah berserta kalian semua...Amin

    BalasPadam
  31. Semoga selamat pergi dan kembali. Janji Allah itu benar. Andaikata ini adalah akhiran bagi perjalanan hidup anda, berusahalah sedaya upaya untuk menjadi syuhada..

    BalasPadam
  32. Bro

    Saya doakan selamat pergi dan kembali.

    Ajal tidak kira di mana-mana.

    Di Gaza, orang mati ditembak setiap hari, manakala di Malaysia kematian setiap hari berlaku akibat kemalangan jalanraya.

    Selamat Bertugas!

    Mati adalah pasti, Hidup Insya- Allah.

    BalasPadam
  33. semoga abang Mazidul dan lain lain dilindungi Allah s.w.t. Allah sentiasa berada di sisi hamba-hambanya berniat suci dan murni. Semoga semua yang pergi ke Gaza kali ni selamat pergi dan balik.
    Amin...

    BalasPadam
  34. saya doakan semoga selamat pergi dan balik kpd semua

    AMIN

    BalasPadam
  35. selamat jalan dan selamat kembali bro. kalau fikirkan soal mati, di atas katil pun boleh jika Tuhan menghendaki... semoga semuanya selamat

    BalasPadam
  36. Doa Saya Agar Semuanya Selamat Di Sana.Selamat Pergi Selamat Kembali Bersama Laporan Mantap Buat Kami Di Sini..Hidup Palestin..Laknat Israel..

    BalasPadam
  37. Sampaikan Salam Kami Buat Saudara2 Kami Yang Sangat Tabah Di Sana..

    BalasPadam
  38. Kepada abang mazidul.

    Saya kagum dengan semangat anda dalam berbakti kepada masyarakat. Saya yakin xramai insan yang sanggup berdiri dengan megah dalam berbakti kepada masyarakat seperti yang anda lakukan hari ini.

    selamat berjuang dan semoga direstui Allah dalam menentang musuhNya dengan cara anda sendiri.

    Wassalam

    BalasPadam
  39. Selamat berangkat..... semoga Allah memberkati...

    BalasPadam
  40. Semoga Allah SWT melindungi dan merestui perjuangan kalian semua. Amin.

    BalasPadam
  41. Salam, tuan.
    Smoga diberkati Allah swt spjg perjalanan...

    BalasPadam
  42. En.Mazidul,
    Bertuah badan dpt ke sana. Bertuah kami mendapat berita sebenar penuh jiwa drp mata hati En. Mazidul & team.

    Di dalam sanubari ada pohon - kuatkan akar pohon tersebut, kukuhkan ranting & dahan pohon tersebut agar daun2 segar merimbun, buah-buahan masak meranum. Kelak ada yg dpt menumpang teduh, ada yg dpt mencicipi manis buah menghilangkan lapar & dahaga. Pohon itu sdh tersedia, carilah ia di celahan hatimu yg paling dalam.

    Sampai di suatu detik hati kecil pasti mengiyakan bahawa hidup kita, usaha, pekerjaan, kasih & sayang kita sesungguhnya adalah kerana DIA, Al-Khaliq.

    Jika benar kerana DIA, InsyaAllah, apapun yg berlaku walaupun sebesar zarah tdk kan terlepas drp pandanganNya.

    Tanah MERAH itu tdk memerlukan peluru & roket berpandu - Cukup dgn pena, visual & lidahmu menjentik naluri seantero dunia, membuka hati kuasa2 besar agar bangkit menoktahkan kesengsaraan saudara2 kita di sana.

    Teruskan langkah mu! TERUSKAN! JGN BERPALING LAGI! Doa Ibu Bapamu, anak isterimu, kami sahabatmu mengiringi tiap derap langkah kaki mu & team sekalian.
    Airmata kegembiraan akan disimpan buat meraikan kepulangan kalian.

    BalasPadam
  43. selamat berangkat dan bertugas sambil kerjA DAN IBADAT,ada orang kerja melepas batuk sahaja.

    mati dan hidup kerja Illahi.

    MakhlukNYA ada tugas/kegunaan masing2 untuk makhluk yang lain.dan bila habis tuga itu....

    BalasPadam
  44. Tahniah Sdr Mazidul! sila hayati maksud ayat 51 surah at-taubah...

    BalasPadam
  45. Moga segala usaha En Maz diberkatiNya..

    Moga pergi n pulang kembali dengan selamat...

    BalasPadam
  46. Saudara Mazidul,mati dan hidup kita Tuhan yang menentukan.Apa yg paling penting ialah, semangat untk membantu golongan yang memerlukan patut kita tegakkan.Selagi hasrat kita murni untuk membantu orang yang dalam kesusahan, Tuhan pasti melindungi kita.Dengan hasrat dan kesungguhan kita untuk menyelami jiwa dan perasaan insan-insan yang sedang berjuang untuk mendapatkan hidup dan hak, saya bangga dengan saudara dan krew TV3 yang akan berjuang ke sana.Sebagai rakyat Malaysia yang boleh dianggap bersyukur kerana dapat menikmati sebutir nasi, saya amat bersyukur kerana keamanan yang sedang kita nikmati dapat dikongsi dengan mereka yang tidak pernah atau tidak pernah merasai nikmat keharmonian.Semoga perjuangan saudara ke sana mendapat berkat dari Tuhan..selamat pergi dan selamat kembali.Pepatah masyarakat Iban ada mengatakan, "Agi Idup, Agi Ngelaban".(selagi hidup,selagi berjuang).

    BalasPadam
  47. slm abg mazidul.. :)
    semoga selamat pergi & kembali ke Malaysia.. amiinnn!

    p/s blog en. kamal affendi kena block pulak..

    'You have tried to access a web page which is in violation of your internet usage policy.

    URL: kamalfndhashim.blogspot.com/
    Category: Personal Relationships'

    saborjele!

    BalasPadam
  48. Semoga selamat pergu dan balik..

    Kami peminat abg mazidul!! caiyok!!

    BalasPadam
  49. Salam,
    Moga2 selamat pergi dan selamat kembali. InsyaAllah, ramai yang mengiringi dengan doa..

    BalasPadam
  50. Selamat Bertugas..!
    Selamat Pergi dan selamat kembali!

    aminnnnn....

    BalasPadam
  51. Salam encik mazidul,
    Saya mendoakan kru tv3 akan sentiasa dilindungi olehNya..pergi dan balik.

    Amin!

    BalasPadam
  52. salam sdr Mazidul...
    tiada apa yang perlu sdr bimbangkan. Bukankah Dia maha Pemelihara lagi maha Pelindung...serah kepadaNya. Insyallah, selamat.

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.