Jumaat, Jun 25, 2010

Tercabar Dan Mencabar

Perjalanan ini tercabar ...

Dicabar keangkuhan tidak bernoktah
Dicabar kerakusan kuasa dalam diri
Dicabar dendam kesumat hati hitam Zionist ...

Perjalanan ini mencabar ...

Mencabar ketabahan diri
Mencabar kesabaran jiwa
Mencabar kenekadan insan kerdil ...

Tercabar dan mencabar
Lumrah
Dalam mencari satu iktibar
Dalam mengungkap satu kebenaran

Selamat tinggal

11 ulasan:

  1. Perjalanan itu bukanlah satu noktah
    tapi lebih kepada suatu 'penerokaan'
    semoga apa yang ditemui di sana
    akan lebih membukakan mata dan minda
    yang selama ini tertanya-tanya

    dalam setiap langkah
    yakinlah kepadaNya
    semoga pergimu membawa kembali
    segala jawapan kepada yang sangsi

    BalasPadam
  2. selamat berangkat mencari menegak dan kebenaran berita.

    BalasPadam
  3. KAMI NANTIKAN KEPULANGAN ANDA EN.MAZIDUL

    INSYAALLAH..

    BalasPadam
  4. Semoga berjaya dan selamat Bro...
    InsyaALLAH..
    Amin..

    BalasPadam
  5. Waaaah...

    Tak sangka sungguh puitis sekali bro Mazidul...

    Semoga tabah menghadapi cabaran!

    BalasPadam
  6. luahan dari hati seorang pejuang. lahir dari hati yang tlus dan ikhlas...

    cayalah bro...hebatlah

    BalasPadam
  7. jgan ssekali ucapankan selamat tggal k bro...

    TQ...
    Be the BEST u Can be...

    BalasPadam
  8. En. Mazidul,
    Cabaran ada di mana-mana
    Usah tercabar dengan cabaran yg mendatangi diri
    Sahut cabaran dengan tenang & yakin
    Setiap cabaran ada hikmah yg tersurat & tersirat
    Cabaran yg mencabar keikhlasan & keimanan diri tetapi dpt ditangani dgn redha adalah satu anugerah tertinggi - Gapai piala suci itu!

    Selamat Tinggal & Jumpa lagi...

    BalasPadam
  9. Bila dicabar,
    Terasa tercabar,
    Pantang dicabar,
    Menyahut cabar,

    Biasanya resultnya...

    sangat hebat...
    sukar dipercayai...
    kita boleh melakukannya..

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.