Khamis, Jun 17, 2010

Rambut Sama Warna

Petang semalam, saya ke Kampung Bangau-Bangau di Semporna, Sabah. Terlihat 2 anak kecil berketurunan Bajau Laut, 'Palauh' ini.


Diperhatikan dari jarak lebih dekat, mereka berkongsi makanan, Nasi Kuning tanpa lauk di dalam plastik kecil.

Saya difahamkan, 75% daripada lebih 5,000 penduduk kampung sama, dewasa dan kanak-kanak seperti mereka, buta huruf dan tidak mempunyai pengenalan diri.

Majoriti berambut perang, barangkali akibat panahan terik matahari. Contohnya, seperti ini ...



ini ...


dan ini ...


Rambut sama warna, nasib berbeza. Siapa bakal membela kebajikan mereka?

32 ulasan:

  1. 1 malaysia..

    pastikn RMK-10 smpai kpda mereka..

    BalasPadam
  2. cik Mazidul, cun arr dengan rambut camtu.. lepas ni keluar tv pakai laa wig tu.. :)

    BalasPadam
  3. Hahahaha.. lelaki berbaju merah dalam gambar terbawah itu sangat comel! :)

    BalasPadam
  4. Ya Allah sedih betul saya melihat mereka ini.Ada yang tiada pakaian..Makan pun tidak berpinggan..

    Salam dari BLOG A-Y-I-E

    BalasPadam
  5. Owh.

    Tapi saya bukan sebab selalu terdedah kt matahari kot.
    Kalau nak ikutkan, Afrika, Mesir lagi panas kot.

    Mungkin keturunana agaknya.
    Hmmm

    BalasPadam
  6. Ala... kaler la tu... Takpun kalau ori, diaorang tu 'balar' (albino) tang rambut jerk...

    BalasPadam
  7. Rasanya org Bajau jarang yg bulat berisi kan bro. Mesti taraf hidup org Bajau yg berisi tu agak tinggi kanss..

    BalasPadam
  8. en mazidul, puas saya tahan gelak kat opis ni
    kalau kat rumah, mmg da lepas kaw2 ni

    muke garang la ngn wig tu :D

    BalasPadam
  9. Lebih 20 tahun dahulu saya bertemu remaja yang serupa di tempat yang sama. Beliau juga buta huruf, pemalu namun gagah. Kini, pasti remaja tersebut telah pun berusia senja dan beranak cucu. Dan anak cucu beliau menerima nasib yang sama seperti beliau. Pemerintahan di sana sering bertukar tangan sejak dahulu. namun siapa peduli nasib mereka......

    BalasPadam
  10. hahahahhah lawak la... ingatkan rmbut apa tadi...

    BalasPadam
  11. lor dah terbakar muka en mazidul eh.

    pic yg bawah tu ~ kembar tak seiras ;)

    BalasPadam
  12. Salam,
    Bro, saya juga baru kembali dari Semporna semalam dengan penerbangan sedikit kemudian dr bro.

    Wajah-wajah lebih sadis saya temui di sebuah perkampungan Bajau Laut bersebelahan resort berbintang-bintang di Mabul.

    BalasPadam
  13. Saya rasa faktor panas dan kemasinan air laut menyebabkan rambut bertukar warna lagu tu.

    Kalau diikutkan panas, setiap kali belayar, kami juga kekadang terpaksa berpanas di atas dek tetapi kerana kurang bermain dengan air laut, semua krew tidak bertukar warna rambut. Yang bertukar tu sebab nak ikut trend ajer setiap kali singgah di Hong Kong.

    Dari aspek kehidupan, penerimaan mereka terhadap bantuan dirasakan sukar kerana gaya hidup yg agak unik tapi ini tidak bermakna mereka harus dilupakan.

    Saya rasa we need to sell the ideas to them towards changing their life-style thus improving their living in the long run.

    Giving the aids just not serve the purpose.

    BalasPadam
  14. sudah tersurat sejak azali lagi kehidupan mereka sebegitu, ujian buat kita yang mampu berusaha memelihara kesejahteraan mereka.

    BalasPadam
  15. Bersyukur makan pakai kami sekeluarga masih cukup.

    BalasPadam
  16. alhamdulillah, semoga banyak lagi isu yang bakal didedahkan bagi membuka mata dunia; betapa daifnya berada di bumi kaya.

    BalasPadam
  17. Bro

    Lelaki baju merah Dalam Gambar paling bawah tu, siapa? Ketua Kampung ke?

    BalasPadam
  18. kemana agaknya bantuan..tiris ditengah jalan.

    ..memang menjadi

    BalasPadam
  19. Askm Bro...

    Mula2 sy nk perkenalkan diri...sy anak jati Sabah.. hidup membesar di Batu 4 Jln Apas Tawau...sy rasa Bro Mazidul mesti tau tempat tu... sy dah melalui keadaan yg Bro paparkan nie sudah sekian lama... ntah la Bro.. sy pun kurang "cerdik" dgn pembangunan di Negara kita nie.. bukan sy nk merugut ke apa...cuma bila sy berpelung utk melanjutkan pgajian ke Serdang.. sy tidak nafikan bahawa pada mulanya sy agak pemalu... pembangunan dan keperihatinan pemerintah di Semenanjung tidak sama spt yg kami terima di TWU... pada hemah sy.. budak2 palauh tu brambut perang sebab mereka hanya mandi air laut tanpa dibilas dengan air tawar... sy berdoa agar Bumi Tercinta Sabah akan terima kemajuan sama seperti negeri2 lain di M'sia..amin... SABAH MAJU JAYA!!!!!!!

    BalasPadam
  20. sdr Mazidul...

    orang 'Palauh' dilabel sebagai satu suku yang damai; seolah bersih dari segalanya [mengikut keterangan sahabat yang duduk di sana].

    mereka tidak mencuri tapi merekalah yang kecurian sebenarnya. mengapa aku berkata begitu? bayangkanlah, banyak hasil kerja yang diperbuat tidak mendapat imbal balas yang rata; asyik condong mengayakan orang lain.

    mereka sering diperbodohkan. tentang kad pengenalan, tiada komen dari aku. tapi sekiranya berlaku operasi PTI, pasti pihak polis tidak menahan mereka. mengapa pula? kerana mereka ini hidupnya sudah terlalu lama di bumi sabah, cuma mereka jarang menapak kaki ke daratan; duduknya di laut sahaja.

    disebabkan gaya hidup itulah mereka 'Palauh' takut dengan binatang [mengikut cerita yang pernah dengar dari sahabat lama di sana].

    mereka ini penyumbang ekonomi negara juga; janganlah kita lupakan mereka.

    http://puisikabur.blogspot.com/2010/01/usah-terlalu-bangga-dengan-statusmu.html

    BalasPadam
  21. he he..kelakar la abg baju merah dgn wig mengancam...boleh masuk group tu..

    BalasPadam
  22. Kasihan anak2 itu... Sungguh kasihan.

    Saya tdk arif perihal sejarah, tetapi sekiranya kaum itu tergolong sebagai kaum pribumi, spt pelbagai etnik yg ada di Sarawak mahupun kaum Org Asli di beberapa negeri di Malaysia, mereka sepatutnya diberikan hak kemanusiaan yg sewajarnya.

    Bumi Malaysia, bumi bertuah & basah dgn sifat kasih & sayang. Hargailah insan2 gelandangan ini jika terbukti mereka2 ini sebahagian drp negara kita - Jika tidak, kembalikan mereka ke negara asal mereka (baca : pastinya mereka bkn anak buluh betung). Bertegaslah dgn undang2 negara yg telah termaktub (jika tdk bubarkan saja) - Berlembutlah kepada yg berhak & berikan hak-hak mereka seadanya.

    BalasPadam
  23. hati hati kumpulan FBook,berwatak /topeng PUTIH, kulit putih, wajah putih dgn iMEJ putih walhal gedik goda dan DUSTA.

    BalasPadam
  24. yang baju merah gambar last tuh bole berkenalan tak ahaks!....

    kalau org asli kat sini ada org bela.. kalau diorg kat sana siapa yg bela eks...

    BalasPadam
  25. Rimbun, mereka membina kehidupan sendiri. Tiada dokumen, tidak boleh mengundi. Tidak layak ke sekolah dan mendapat kemudahan perubatan.

    Pn. Liza, mereka tiada negara asal. Kebanyakkan lahir di laut, di atas air. Jadi, tiada negara akan mengiktiraf mereak sebagai warganegara.

    Awang, saya ke sana melihat kehidupan sebenar mereka, Tercetus di fikiran, pada bila-bila masa kaum mereka boleh dieksploitasi individu atau kumpulan tidak bertanggungjawab. Ada kes terbaharu, pembabitan mereka dalam kes rompakan bersenjata di laut.

    Jamal, Batu 4? Siapa berani masuk ke sana? Bimbang terkena lastik berpeluru paku.

    BalasPadam
  26. Rimbun, mereka membina kehidupan sendiri. Tiada dokumen, tidak boleh mengundi. Tidak layak ke sekolah dan mendapat kemudahan perubatan.

    Pn. Liza, mereka tiada negara asal. Kebanyakkan lahir di laut, di atas air. Jadi, tiada negara akan mengiktiraf mereak sebagai warganegara.

    Awang, saya ke sana melihat kehidupan sebenar mereka, Tercetus di fikiran, pada bila-bila masa kaum mereka boleh dieksploitasi individu atau kumpulan tidak bertanggungjawab. Ada kes terbaharu, pembabitan mereka dalam kes rompakan bersenjata di laut.

    Jamal, Batu 4? Siapa berani masuk ke sana? Bimbang terkena lastik berpeluru paku.

    BalasPadam
  27. Bilamana mengimbau kejerihan org lain terasa diri biar sederita mana namun tetap terbela...

    kita kena mencari jalan membantu kaum ini jika memang mereka warga kita...

    identiti kad pengenalan segala kita yang buat; pasti ada jalan jua buat mereka yang namanya manusia bagai kita jua...

    BalasPadam
  28. kesian betul melihat keadaan mereka.Di harap pihak yang berwajib memberi perhatian terhadap mereka

    BalasPadam
  29. saya sedar bahawa kehidupan yang saya ada hari ini adalah terbaik buat saya..cukuplah, tak perlu mengejar dunia ni bagai tiada penghujungnya.

    seperti Sang Bajau, yang penting dalam hidup adalah gembira, aman dan sejahtera!

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.