Sabtu, Jun 26, 2010

Pejuang Tidak Perlu Didendang

Saya tinggalkan coretan gembira berikut untuk anda semua.

Sewaktu menuju ke Betong, Sarawak dalam melaksanakan tugasan 'Hidu gam' 5 bulan lalu saya dan penerbit 360 ketika itu, Mohd Raziff Zulkafli terbabit dalam kemalangan jalan raya. Kereta Proton Saga dipandu jurukamera terbabas sewaktu hujan lalu terlanggar penghadang jalan di sebelah kiri. Namun, kami semua terselamat dan meneruskan perjalanan biarpun cermin sisi kereta patah dan bahagian pintu kemek manakala bahagian tepi kiri kereta tercalar teruk.

Saya membayar RM1200 untuk memperbaiki kerosakan itu.

Laporan dihasilkan krew 360 terbabit terpilih untuk menerima 3 anugerah Agensi Anti Dadah Kebangsaan, AADK, termasuk Anugerah Perdana. Majlis akan berlangsung di Hotel Nikko, Kuala Lumpur malam ini.

Biarpun saya tidak dapat bersama krew naik ke pentas untuk menerima anugerah itu, saya berasa amat gembira di atas kejayaan diraih.

Terima kasih kepada semua krew, selama ini menjalankan tugas dengan dedikasi dijalin keikhlasan. Bagi saya, menyempurnakan setiap tugasan untuk dipertontonkan kepada umun, satu kemenangan biarpun tanpa anugerah kerana hemat saya, pejuang tidak perlu didendang.

Apapun, sekalung terima kasih kepada AADK kerana menghargai usaha kami selama ini.

10 ulasan:

  1. setuju setuju 200% ,

    nak ikut dari zaman2 dulu2 lagi pejuang yg terdiri dari berhaluan kiri nampak sepi, termasuk sekali dgn pengarangnya.
    yang diketahui adalah pejuang yang sokong British.
    mungkin akan dikenang selepas beberapa generasi.

    BalasPadam
  2. Salam MAS..

    pejuang dan perjuangan memang tidak perlu didendang. DIA Maha Tahu dan kepuasan yang dicapai oleh yang punya diri itu yang tidak terungkapkan dengan kata-kata bilamana apa yang diperjuangkan membuahkan hasil yang lumayan.

    Selamat berangkat.

    BalasPadam
  3. pejuang perlu dikenangdiingati bila lama berlalu.

    tetapi pejuang wajar tidak dirai, diarak dan dijunjung?????????????????????.

    BalasPadam
  4. semua orang adalah pejuang..cuma kecil atau besar sahaja perjuangan kita.xkira apa bidang kita namun kita masih ada peluang untuk jadi pejuang, namun untuk jadi pejuang paling penting ialah ikhlas.. pejuang dulu2 hanya berjuang kerana Allah dan tanah air...kita hari ini? berapa kerat yang berjuang kerana Allah.

    BalasPadam
  5. TAHNIAH!

    Program 360 saya rumuskan sebagai hadiah kepada masyarakat berbentuk Memaklum-Mendidik, Memandu ke arah Kebaikan, tinggalkan Kemungkaran/Kejahatan.

    Program2 sebegini harus diteruskan & diperbanyakkan lagi agar setara dgn program2 yg Menghibur-Meleka-Got Something but Nothing.

    BalasPadam
  6. "ada yg nak berjuang,tapi tak tau apa yg nak dijulang "

    BalasPadam
  7. Tanpa sedar kita semua sedang berjuang - cuma matlamat perjuangan dan cara perjuangan yang berbeza...

    BalasPadam
  8. sokong Diana,
    cara berbeza walaupun sebesar pasir.menjulang dengan berjuang ada bezanya.

    BalasPadam
  9. hahaha..mcm2 kata puitis yg u all luahkan..perjuangan sebesar pasir lerr..sebesar zarah xde?

    tepuk dada..tanya iman...

    "i still have even grenade and AK47 and kept in my house" kata sahabat afghanistan aku masa study dulu...

    aku penah dok setable dgn geng2 UITM ni..depa dok sembang pasal kenapa golongan belia skrg ni lemau.tak amek port sangat pasal politik, keadaan semasa etc..berbeza dgn belia di Iran (tu contoh yang budak UITM tu sebut)...

    aku cakap.."kalo u sebut Iran sbg contoh.thats is incorrect!.they experienced REVOLUTION. so, rebel mmg ade dalam bloodline depa..same goes to Thai's youth..U nak Malaysia ada revolution ke?"..

    so?

    BalasPadam
  10. Allah Maha Mengetahui...

    Dilihat penting di mata manusia, belum tentu penting di sisi-Nya...

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.