Jumaat, Jun 04, 2010

Pak Pong Thailand di Seremban?

Dalam tempoh 2 hari, Isnin dan Selasa lalu, 3 kali krew 999 membuat intipan di Rumah Urut Melon, Jalan Rahang Kecil, Seremban, Negeri Sembilan.

Berikut, perbualan dirakamkan.

"Massage, 'main', satu jam satu empat (RM140)," ujar penjaga premis.

"Dia orang boleh massage?," tanya wartawan.

"Boleh. Mahu massage, 'main'," jelasnya.

"Jadi massage sama 'main'?," wartawan bertanya lagi untuk mendapatkan kepastian.

"Ya," jawabnya.

Kami dapati premis sama menawarkan khidmat seks lebih 10 gadis warga Thailand berusia di antara 20 and 30 an. Semua mereka akan dibariskan, 'parade', setiap kali pelanggan berkunjung ke premis dilengkapi pintu elektrik bermagnet itu.

Sambil menunggu pelanggan, 4 pekerja lelaki dan perempuan rumah urut itu berjudi secara terbuka, semua visual dirakamkan krew 999.

Wartawan bertugas kemudian 'mengusik' penjaga premis, lelaki Cina, saya anggarkan berusia dalam lingkungan awal 30 an.

"Kalau masa 'main' polis datang macam mana?," soal wartawan.

"Tak ada polis punya, semua sudah 'kautim', polis tak ada mari," dakwanya bongkak dan yakin.

Kenyataan itu dirakamkan krew 999 menggunakan 'spy cam'. Apapun kenyataan penjaga itu hanya berbentuk DAKWAAN, tiada bukti setakat ini. 

Tambahnya lagi, rumah urut sama mula beroperasi sejak 5 tahun lalu.

"5 tahun? Seingat saya sejak mula menjejakkan kaki ke Seremban 20 tahun lalu, Melon memang dah wujud. Pengasasnya, penari bogel terkenal zaman dahulu. Kiranya Melon boleh dikatakan rumah pelacuran 'urut' tertua di Seremban lah," kata sumber.

Tempoh sebenar operasi tidak dapat saya pastikan.

Khabarnya, sejak tinjauan kami lakukan itu diketahui pengusaha premis terbabit, operasi Melon diberhentikan barangkali buat sementara waktu.

Mungin mereka boleh menjangka kegiatan premis terbabit akan didedahkan pada 10 Jun, 9 malam, di 999.

Kepada Majlis Perbandaran Seremban, sila periksa lesen perniagaan Melon. Jabatan Imigresen Negeri Sembilan, lebih 10 warga asing didapati menyalahgunakan pas lawatan sosial, bekerja sebagai pelacur di premis itu, sila laksanakan tindakan sewajarnya.

Saya penat dan akan bercuti seminggu bermula hari ini.

13 ulasan:

  1. Selamat bercuti. Jangan pula semasa bercuti masih menjalankan misi serampang dua mata. Kerja macam Sdr memang tak ada sudahnya. Bawalah betul2 berehat bersama keluarga. :)

    BalasPadam
  2. Bro Mazidul,
    Kalau penjaga tu kata..MELON tu beroperasi sejak 5 tahun memang tipu..saya menjadi orang Seremban sejak 32 tahun dahulu dan pada masa itu MELON tu dah wujud dah..

    BalasPadam
  3. Selamat bercuti....sekali ngan cuti sekolah...syok la....

    BalasPadam
  4. Tangkap..tangkap...kasi bersih.....tak cukup tanah la lari..huhaha..

    BalasPadam
  5. Orang awam sakit mata, tapi premis tetap utuh di situ..
    Sumber bagi maklumat...
    Penerima maklumat dapat bukti sah untuk dakwa dan dedah di media massa...
    yang ada kuasa menangkap pihak lain pula..

    kalu sampai tang last tu, tiada kerjasama? sampai ke sudah tak selesai juga... maklum ada isu "kautim"!

    BalasPadam
  6. Selamat bercuti bersama keluarga!
    Cutikan minda, cuti segala...

    BalasPadam
  7. selamat bercuti.

    Penguatkuasa boleh baca kenyatan dan menyangkal jika tidak benar.

    siapa makan lada rasa pedas.
    kecuali sama-sama tengok sama-sama makan.

    BalasPadam
  8. biasa tu bro.. setiap tpt maksiat ni mmg ada 'kuasa ajaib' kt blkg.
    harap 999 terus mengbongkar.. dan kalau boleh siapa dalan d belakang semua ni.. polis? ahli politik?


    http://improveslife.blogspot.com/

    BalasPadam
  9. Penjaga Melon ada beritahu, dia dah kautim sama POLIS..

    Kenyataan ini patut disiasat..

    Jika BENAR Polis telah kautim maka polis yang berkenaan mesti diambil tindakan.

    Jika TIDAK BENAR? Penjaga MELON tersebut mesti didakwa atas membuat tuduhan palsu.

    BalasPadam
  10. Selalunya macam itulah.....
    Kerajaan Malaysia mengharamkan maksiat, tetapi pihak berkuasa tempatan pulak semacam menghalalkan pulak ! Kalau tidak, mengapa setengah2 premis tu berpuluh-puluh tahun beroperasi tanpa sekatan atau serbuan? Lancar saja perjalanan.
    Memang logiknya maksiat pelacuran dibiarkan berleluasa di setengah2 tempat!

    BalasPadam
  11. ala semua tempat dah kautim ma...
    ape nak bt die org pandai urut la... cume lepas urut dpt main je... dah 2 klu xnak main pg la tempat lain ade je rmh urut kat mane2 lg cume penguat kuasa dan polis ade je lg yg bermain dgn duit... sbb 2 la masih ade lg tempat2 mcm 2... pusat judi pun masih banyak kat seremban ni, pun same jgk bile sy tny mereka kata dah kautim dan polis ade saham sikit dgn kegiatan mereka, sy bkn nak jatuhkan atau burukkan nama polis tp itu la hakikat dan mereka yg pun memang baik dgn polis sebenarnya... jd klu nak rush pun mesti kedai mereka tutup... secara tba2 je... hehehe nak caya atau x caya terpulang la...

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.