Jumaat, Jun 11, 2010

Semangat Kenegerian

Setiap kita bergelar rakyat Malaysia mempunyai negeri kelahiran masing-masing seperti tercatat di MyKad.

'Negeri' berbeza takrifannya berbanding 'semangat kenegerian'.


Sewaktu berkursus, mempelajari Bahasa Inggeris, Teaching Of English as a Foreign Language, TOEFL, di Seksyen 17, Shah Alam, Selangor pada tahun 1986, saya mula sedar berhubung kewujudan 'semangat' itu di kalangan lebih 300 pelajar terbaik dipilih dari sekolah di seluruh negara.

Itu lokasi 'melting pot', pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia dari negeri berbeza, belajar dan bercampur-gaul selama 6 bulan sebelum dihantar menuntut di luar negara.


"Budak Kelantan (baca: pelajar) kalau kita keluar berjalan dengan dia, tiba-tiba dia terjumpa 'gu', rakan senegeri, alamat 'bye-bye' lah engkau"

Antara komen biasa dilontarkan pelajar negeri lain. 

"Budak Kelantan, Terengganu dan Johor memang jarang sebulu"

Satu lagi komen diluahkan 24 tahun lalu.

Sikap pelajar dari Sabah dan Sarawak? Bimbang, terlalu sensitif untuk disentuh.


Apapun, hemat saya, ketebalan semangat itu kini jauh 'nipis' biarpun tidak mampu dilenyapkan secara total.

Keadaan berbeza selepas mereka menamatkan pengajian. Majoriti penduduk negeri berbeza, menetap dan bertugas di lokasi sama, hidup selesa tanpa memilih bulu dari aspek pergaulan.

Jika konsep 1Malaysia dicetuskan pada awal tahun 80 an,  pasti pemerintah terpaksa memikirkan bukan sahaja soal penyatuan pelbagai bangsa tetapi juga pengukuhan ikatan antara penduduk negeri berlainan.

20 ulasan:

  1. salam bang...

    bukan nak aibkan tapi saya tinggal di Sarawak nie..memang susah nak cari kawan macam kat Kelantan..Susah..hurm..Memang orang Kelantan kalau jumpa 'gu'. orang lain terus bye-bye..tapi tak semua gitu..lagi satu,susah nak berkomunikasi...terima kasih

    BalasPadam
  2. Amir, entry ini juga bukan ditulis untuk memalukan mana-mana pihak.

    Kita catatkan perkara benar, jika buruk boleh diperbetulkan, jika baik boleh dijadikan ikutan.

    BalasPadam
  3. Bro, 1 Malaysia WAJAR dilaungkan semasa pertubuhan negara Malaysia lagi. Erk.. tahun bila tu?! Tahun 60-an, kan... bulan September kalau tak silap.

    Jika pada masa itu 1 Malaysia dilaung-laungkan, berkemungkinan besar kita hanya akan ada sekolah SATU aliran dan SATU bahasa penghantar...

    Renung-renungkan...

    BalasPadam
  4. Salam, Sdr Mazidul,
    Sdr percayalah, di beberapa buah negeri, ada orang Melayu yang mengamlakan kebangsaan. Orang Jawa pandang semacam pada orang bukan Jawa macam mereka dan begitulah sebaliknya. Yang Minang dok perlekeh orang bukan Minang dan begitulah sebaliknya. Hal ini mungkin terpencil tetapi ada bekas pemimpin yang amalkannya.

    BalasPadam
  5. Salam Mazidul...

    Bapa saya asal Singapura, Ibu saya asal Terengganu manakala saya dilahirkan di Perak dan belajar di Terengganu, Pahang dan Selangor. Macam mana pulak?

    Manusia memiliki kecenderungan untuk mengkategorikan segala sesuatu, termasuk orang-orang. Stereotaip memang merbahaya.

    Bagaimana hendak global jika kita menakut-nakutkan diri kita dengan prasangka ketika berhadapan dengan orang-orang dari budaya yang berbeza.

    Perbezaan budaya kadang-kadang bermakna bahawa isyarat yang tidak dijawab, yang boleh menyebabkan kelewatan dan kehilangan kesempatan

    Belajar untuk memahami budaya yang berbeza selain anda sendiri boleh membantu mencegah miscommunication.

    Forum ini tidak bermaksud apa-apa sentimen negatif kepada orang kelantan.

    Kawan2 baik saya sendiri orang Kelantan..! Tak kenal maka tak cinta.. dah kenal.. baru tau macam mana hati budi mereka!

    Bila dah masuk gu.. senang cerita lah semua! Bereh belako!

    T kasih

    BalasPadam
  6. Huhuhu... vic pun ada problem yg sama masa study di UiTM dulu. Bila kita buat group untuk assignment - mula2 semua ok... skali student ni jumpa kawan2 se"gu" - tinggallah kita terkontang kanting menyiapkan assignment sorang - dia dah tiba2 termasuk grup gu dia...

    BalasPadam
  7. bila dah kawin dgn GU Gu hilang..ikut isteri..

    BalasPadam
  8. Saya boleh berkawan dengan sesiapa saja, dari ceruk mana pun...

    yang jadi tak serasi bila tiba isu2 tertentu, atau hal2 yg lebih rapat...

    bila makan sama taste,
    bila balik kampung sehala...
    bila bahasa pasar/dialek sama2 faham...

    itu jam, geng lerrrr...

    BalasPadam
  9. pada hemat saya, selama menuntut di uitm, saya dapat rasakan pergaulan antara kami pelajar sarawak dengan pelajar semenanjung tidak ada sebarang masalah, pada hemat saya, semangat kenegerian ini memang tidak boleh dilenyapkan, cuma sikap 'racist' antara kaum perlulah dielakkan supaya tidak timbul perselisihan faham dan masam muka. pokok pangkalnya, jaga sensitiviti orang lain dan saling hormat menghormati.

    BalasPadam
  10. semangat begitu ada suatu waktu dulu dan bukan anak2 penjawat awan yang selalu berpindah kerja. Jika ayahibu kerja pusing Malaysia tiada semangat begitu atau pelajar yang pertama kali keluar negeri/bandar. Itu dulu,zaman tiada ICT.

    BalasPadam
  11. emmm nampaknya masa saya belajar dulu takde ler camni.. kawan baik saya ada yg org kelate, org nogori, org KL, org sarawak, sabah etc....

    tp now... dah kawin... kawan karib kami adalah org yg kawin ngan org senegeri dgn kami jugak... saya org pahang kawin ngan org sarawak, kawan baik kami pon org pahang kawin ngan org sarawak hahaha.. kebetulan.. tp org2 lain pon tetap baik jugak, cuma kebetulan ngan member sorg niii jer sbb tinggal dekat2 jer, balik kampung (samada sarawak or pahang) pon dekat2 jer...

    BalasPadam
  12. Nak katakan 1Malaysia wajar ditubuhkan pada masa tu, rasanya tak tepat. Idea tu muncul sekarang. Mungkin pemimpin terdahulu mempunyai tumpuan khusus ke atas perkara lain.. Ia harus diubah satu persatu untuk mencapai perpaduan yang baik di antara kaum.

    3 tahun saya di semenanjung (study), saya tak rasa semangat kenegerian wujud. Semua ok. Mungkin perkara tu tidak pada saya. Adakalanya, rakan senegeri bye bye pada kita... itu lagi bahaya...

    BalasPadam
  13. And yes, aku takleh langsung dengan orang Kelantan. Excuse me.

    BalasPadam
  14. aku boleh campur semua bangsa boleh lepak sama , tapi jangan je tikam belakang .. dulu aku dok kat nogori dekat 4 thn ada skandal sana ceww~ lepastu gi kelate dok2 sana jap sebab ada skandal .. lepas tu aku dah taubat main2 skandal ni.. ckuplah... ghahaa.. apa2 pun bro, sikap kenegerian ini lebih tercabar bila tgk bola. tapi ramai yang hilang sikap kenegaraan bila tgk world cup.

    apa2 pun manusia sama. yang baik kita jadikan kawan yang jahat pi main jauh2.

    TAPI kalau kawin dengan MAT SALLEH hilang lerr Semangat Kenegerian itu.. tak reti cakap Bahasa Negeri sendiri apatah Bahasa Kebangsaan.

    www.pengeRindu.com

    BalasPadam
  15. hmmm..baru last nite saya tanya kawan Johor 'do you feel offended when i speak Kelantan when i meet Kelantanese friends' and she was like..'takdela offended tapi tersisih'...sebenanya bukan nak niat nak sisihkan tapi orang Kelantan kalau jumpa 'gu' its like an obligation to speak Kelate. automatic. it's in the gene. tapi tidak lansung berniat untuk menyisihkan kawan negeri lain. tapi betul jugak, sesetengah Kelantanese yang terlalu 'Budak Kelantan' memang tidak di prefer by orang kelantan sendiri. tapi tu ok lagi Bro. Talk about belajar di uni swasta 70% chinese. amek data exprerimen pon cakap Mandarin,lagi seksa kita yang sorang2 ni. memang wajar semangat 1Malaysia ni diterapkan.

    BalasPadam
  16. Di ITM Shah Alam, saya pernah dapat sebilik hostel, berdua, dengan orang Sarawak, Kristian.. pernah terjadi, hampir pukul 7 pagi, hari tiada kuliah, rakan sebilik saya yang Kristian tu kejutkan saya. "Bangun sembahyang Subuh, geng," katanya. Saya yang berjaga malam, sebab leka bersembang sampai jam 2 - 3 pagi pun bangunlah dengan muka yang tebal. Malunya! hahaha .. Yang Kristian pula kejutkan kita yang Islam supaya bangun solat Subuh.. Hubungan kami mesra tapi tidak terlalu rapat.. seperti juga dengan kawan-kawan dari negeri lain.

    BalasPadam
  17. hmm pada saya.. sepanjang hidup di muka bumi Allah ni tak enah la jumpa puak2 yang kuat2 suma biasa2 je..tak dinafikan kalau kita jumpa dengan org yang datang dri sama tempat asal..kita akan lebih cepat mesra dengan org tu.... heee ada jiran depan umah anti sgt dengan org negeri nan satu itu..tapi last2 kawin gak dia ngan orang negeri nan satu itu..hehehe jodohhhh

    BalasPadam
  18. saya setuju pasal 'gu' tu....sepanjang saya study saya tiada masalah dengan kengkawan dari negeri lain melainkan dari kelantan..masalahnya apabila dah berjumpa kawan se'gu' tu mulalah nak tunjuk taring...time takde geng se'gu' baik pulak ngan kita orang..kalau nak bekawan tu ikhlas lah..kalau nak sangat tengok contoh 1MSIA datang kat sarawak k...mostly kitaorg dh bercampur dengan pelbagai bangsa sejak kecil lagi..satu lagi yang saya pelik dengan perangai classmate saya dari kelantan yang datang blaja di swak,bagi saya mendiami bilik yang selepas di diami oleh orang kristian bukanlah satu masalah besar..bilik itu masih dapat di cuci,perlukah mengeluarkan mimik muka yang boleh menyinggung agama orang lain..bagi warga sarawak kami biasa bergaul dengan bangsa dan agama lain jadi kami lebih menghormati sesama sendiri...so,pandai-pandai bawa diri....

    BalasPadam
  19. saya org klantan..pnah tinggl d srwk..ms study di KL (th 2000)sya brkwn dgn 2 bradik iban kristian..ikatan kami suda mcm isi & kuku...sehingga skrg.usah ikut sstgh org yg suke bakar kelambu dsebabkn sekor nyamuk...peace..sya skng kawen ngn org perak & punye anak2..so bfikir ke dpn bkn ke blkng orait geng2?

    BalasPadam
  20. Memang tak dinafikan sikap baik Kelantan mahu negeri bila jumpa geng satu bendela alamat tinggallah yang lainnya.

    Tapi entah mana mana menantu pertama saya orang Kelantan!.

    Huh! tenguk budu di catatan ini memang saya terliur; Saya orang Perak tapi suka budu atau pun cencaluk segala.

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.