Ahad, Jun 06, 2010

Jangan Tampar Sebarang Tampar (Updated)

Kita semua diajar mentaati dan menghormati guru. Guru, 'gudang ilmu', golongan dewasa dan matang dalam melaksanakan tindakan di sekolah.

4 Jun lalu, anak saudara saya, pelajar darjah 6 Pintar, pengawas di Sekolah Rendah Agama Seksyen 7, Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor menghadiri perhimpunan sekolah pada jam 5.30 petang.

Dia ditampar ustaz, penjaga hal ehwal murid sekolah sama.

Berikut pesanan ringkas dihantar ibu pelajar kepada saya.

'Selepas ditampar, ustaz lain membawa anak ke dalam dewan, ustazah membacakan doa dan menghembuskan ke telinga anak sebab dia tak boleh mendengar. Sampai di rumah, darah keluar dari hidung dia'

Saya kemudian menghubungi ustaz, 34 tahun, menampar pelajar itu.

"Waktu itu guru besar sedang berucap. Saya nampak dia memegang bahu pelajar di belakang. Saya datang dan tampar dia," dakwa ustaz saya hubungi.

"Ustaz, sebagai pengawas, katanya, dia menegur pelajar lain sedang membuat bising. Ustaz hanya melihat (visual) dari jauh dan tidak mendengar (audio) sebab ustaz berada di hadapan. Ustaz datang terus menampar dia tanpa mengetahui kejadian sebenar. Contohnya, kalau kita lihat lelaki memegang bahu perempuan, adakah kita boleh membuat tanggapan lelaki itu cuba mencabul, menampar dan menangkapnya tanpa disiasat terlebih dahulu?," soal saya.

Dia terdiam.

"Memang saya banyak kali menampar pelajar sebelum ini, lagipun saya menjaga perhimpunan," akuinya.

"Tak salah menampar murid jika bertujuan mengajar tetapi usah lakukan secara melulu tanpa usul periksa. Lagipun tindakan itu berlaku di khalayak ramai. Andai kata tindakan itu tidak wajar, fikirkan kesan psikologi kepada pelajar, dia akan menduduki UPSR tahun ini," balas saya.

"Saya tahu, saya melakukan kesilapan, saya menyesal dan hendak berjumpa dengan ibu bapa murid tetapi ayah dia tidak mengangkat telefon. Tak sangka, boleh jadi macam ini. Kalau boleh Mazidul tolong aturkan pertemuan saya dengan keluarga dia," katanya.

"Kalau bertindak mengikut emosi, pasti ada kesan menyusul. Ayah pelajar ini polis, rasanya dia pun 'takut' kena penampar ustaz," perli saya.

Laporan dibuat ibu pelajar di Balai Polis Damansara dan kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan.

Akhbar Sinar Harian membuat liputan kes terbabit, baca di sini.

44 ulasan:

  1. Wahhh senangnya die nak menampar budak tersebut tanpa usul periksa..Kalau saya jadi ibu bapa remaja tersebut pun saya buat laporan polis.. geram betul saya

    salam dari BLOG A-Y-I-E

    BalasPadam
  2. Apa yang difikirkan oleh guru tersebut? atau dia langsung tidak menggunakan akal fikiran? bertindak sesuka hati untuk mendapat pujian dari guru besar ke?

    BalasPadam
  3. Kesilapan yang memalukan seluruh ustaz.Sepatutnya dia mendidik bukan menghukum.

    BalasPadam
  4. emosi sangat kot..masalah rumah dibawa ke perhimpunan..

    BalasPadam
  5. Penampar boleh mengubah segala-galanya.. Klu boleh diselesaikan dgn cara yg baik, selesaiknlah dgn cara yg baik.. Memandangkan pihak keluarga pelajar telah membawa perkara ini ke pihak polis, maka tukarkanlah ustaz itu. Sekiranya ustaz itu tidak ditukarkan, ada baiknya pelajar itu pindah sekolah lain supaya tiada kerugian akan berlaku.

    BalasPadam
  6. lupa nak tanya ustaz itu baca Bismillah tak? atau mengucap semasa nak marah..

    ustaz pun ada panas 'BARAN' juga'??

    BalasPadam
  7. Sori bro , kenyataannya , tiap kali pendidik melakukan kesalahan terhadap pelajar , apa yang perlu mereka lakukan hanya meminta maaf . Kalau kes yg teruk , pendidik itu akan hanya ditukar , bukannya dihukum. Sekarang ini pendidik hanya tahu masuk kerja , ajar saja , tiada etika dan budaya seorang guru , cukup bulan , tekan , keluar duit . Tak macam dulu , guru adalah orang yang dihormati masyarakat dan juga Islam.

    BalasPadam
  8. wah, sedapnya menampar anak org. Lain kali guna la otak sebelum nak bertindak. mungkin sblm ni tak ada org ambil tindakan undang2 kat dia tu yang dia 'banyak kali' tampar pelajar.

    BalasPadam
  9. tampar samapi berdarah..
    teruknya,,
    ni mesti kena organ dalaman telinga..
    uish..
    memang patut kene report..

    BalasPadam
  10. Allah memberi kita akal untuk mempertimbangkan segala tindakan sebelum dilakukan.

    Semoga ustaz lebih berhati-hati dalam tindakan akan datang.

    Penampar bukan satu didikan yang baik. Belaian adalah satu perkara yang boleh menyentuh hati.

    Fikir-fikirkan...

    BalasPadam
  11. Wahhhh... sungguh rumit jadinya.

    Saya berpendapat, ibubapa pelajar itu yang seharusnya lebih dulu bertemu muka dengan guru terbabit sebelum melibatkan orang/pihak ketiga (dlm kes ini saya lihat Sdr Mazidul lah).

    Jika tiada penyelesaian atas sebab2 seperti guru itu tidak bekerjasama, degil dan sebagainya, wajarlah Guru Besar masuk campur, Guru Kaunseling (jika ada).

    Saya melihat keprihatinan Sdr MAZ dalam hal ini dan saya memahami.

    Report polis pun wajar. Saya sokong tetapi bila guru itu bersedia memohon maaf, itu suatu petanda baik.

    BalasPadam
  12. dulu ustaz yang mengajar saya pun suka tampar kalau ada kesalahan. Siap bagi pilihan, penampar siam atau penampar melayu.

    tapi tidaklah sampai berdarah. Acah-acah saja. tapi memang fear factor waktu itu..hee

    Tak sangka ustaz ini tibai sampai berdarah budak tu. Body Builder ke hape?!

    BalasPadam
  13. sebagai seorang guru sesuatu penyelesaian harus diselesaikan dengan cara yang rasional dan bukan secara membabi buta. saya cukup masak dengan keadaan disekolah baik buruknya. Dan tidak adil disini bagi menghukum mana2 pihak tanpa mendengar penjelasan dari kedua belah pihak. pada para commentar yang sudah mula mencaci menuduh pihak terbabit sedarlah, anda bukannya hakim yang boleh menjatuhkan hukuman sesuka hati.

    kepada en Ridzuan kata2 anda merupakan satu penghinaan yang besar buat para guru. Apa yang encik katakan tentang tugas guru masa kini, hanyalah apa yang en nampak. Cubalah selami sendiri, berkenalan dengan guru2, sertai PIBG, dekatkan diri dengan sekolah baru anda tahu ape sebenarnya yang dimaksudkan dengan tugas guru kini yang jauh mencabar dari guru zaman anda. bak kata pepatah inggeris "This is only the tip of the iceberg". Kebanyakan orang sekarang hanya tahu menghentam tetapi tidak mahu menyumbang.

    BalasPadam
  14. aduhai ustaz.. nie sebenarnya bukan masalah ustaz. tapi individu.. sebab tue kalo nak berbuat sesuatu kena fikir panjang.

    semoga uztaz tue dapat pengalaman berguna.

    BalasPadam
  15. Terlalu bangga dengan jawatan "ustaz" sampaikan setiap tindakan dibuat tanpa berfikir..
    Semoga menjadi pengajaran kepada semua orang..

    BalasPadam
  16. Berita terbaharu, doktor mengatakan ada kesan fizikal kepada rahang dan pendengaran pelajar terbabit.

    Bukan hendak menegakkan benang basah, biarpun dia berusia 12 tahun, dia anak beradap, warak dan mentaati perintah ibu bapa.

    Jika dia ada rekod berhubung masalah disiplin, kenapa tidak dilucutkan sahaja jawatannya sebagai pengawas? Itu persoalan bermain di minda saya hingga ke saat ini.

    Petang tadi, saya dihubungi peguam, kenalan saya, orang rujukan ustaz terbabit. Dia berkata, ustaz berasa amat bimbang jika saya membawa kes ini kepengetahuan media.
    Saya katakan kepada peguam itu, saya masih rasional dan tidak bertindak terburu-buru seperti kliennya.

    Apapun, status terkini pegawai penyiasat sedang cuba mendapatkan kebenaran Timbalan Pendakwaraya Selangor untuk mendakwa ustaz terbabit di mahkamah.

    Kami sedang menunggu pengesahan bertulis pegawai perubatan berhubung kecederaan dialami pelajar terbabit.

    Kelakarnya, uztaz itu berkata "Mazidul, saya sanggup memohon maaf kepada keluarga pelajar terbabit, di hadapan khalayak ramai ketika perhimpunan pelajar".

    Cukuplah dia mencederakan pelajar terbabit, masakan saya akan mengizinkan, maruah dan harga diri seorang ustaz tergadai di hadapan orang ramai, seperti dilakukannya kepada anak saudara saya.,

    BalasPadam
  17. bila emosi mengatasi akal yg waras mcm ni la jadinya x kira la org tu ustaz ke apa ke...berfikir la dulu sebelum bertindak...hal ini akan memberi kesan psikologi yang teruk kepada murid...

    BalasPadam
  18. Dalam hal ini saya menyebelahi guru atau ustaz tersebut.
    Lagi satu, tak payahlah bawa ke Polis. Selesaikan diluar saja.

    BalasPadam
  19. ustaz juga manusia yg tak lepas dr dipengaruhi oleh emosi semasa bertindak!

    BalasPadam
  20. inilah sebenarnya yang menjadikan institusi perguruan tidak lagi dihormati...sebelum anda meminta anak2 murid menghormati anda..anda sendiri perlu menghormati mereka...

    tak boleh samakan cikgu dulu dan sekarang....dulu cikgu pukul untuk mengajar....sekarang cikgu pukul untuk tunjuk kuat...samseng....
    bila ibu bapa marah cikgu pukul..kata ibu bapa tak beri kebebasan untuk guru mengajar...

    inilah masalahnya bila amanah yang diberi tak dilakukan dengan baik....tak faham apa tanggung jawab sebenar..

    saya tak kesah kalau kelak anak saya di ROTAN.di TAPAK TANGAN. atas kesalahan yang telah dijelaskan.....bukan dengan menampar sampai berdarah tanpa usul periksa.... denda sampai pengsan.,...


    psssttt...saya juga pernah di tampar dan dihempuk dgn buku teks...tapi tak berdarah pun....terima kasih Cikgu Asiah SKLA.....

    BalasPadam
  21. Bro

    Aku dulu puas kena tampar dengan cikgu, kalau mengadu kat baapak, kena tambah lagi. Tak de report polis pun. Kesian aku. Bapak kata, kalau cikgu tampar kita, mesti sebab kita buat salah. Tapi sebab kena tampar lah agaknya saya sekarang di sini. Cikgu yang tampar saya tu pun, dah uzur, dah kena masuk list program 'Bersamamu', kesian dia

    BalasPadam
  22. Buat semua rakan-rakan guru- Semoga kita semua tabah menghadapi segala tohmahan dan kritikan masyarakat pada kita.

    Kita guru pun manusia biasa juga. kita pun tak terlepas dari membuat kesilapan. Ibu bapa sekarang terlalu mempercayai anak meraka 100%. Anak2 sekarang da pandai berkata2. Semua yang anak cakap betul. Semua yang guru bagi sebab semua salah.

    Lihatlah sekarang, perkara yang sepatutnya boleh berbincang secara dalaman telah dihebah-hebohkan kepada media massa.

    ke mana lagi guru nak memohon maaf kalau ibu bapa dan media masa telah menghukum kesalahannya smpai ke tahap ini. Hanya kerana ayahnya polis atau paciknya wartawan yang mempunyai kuasa, guru sedemkian boleh di hentam sampai ke tahap laporan polis.

    komen-komen dari mereka di luar sana pun seolah2 kita guru terlalu rendah martabat kita. Ke mana mereka sekarang kalau hasilnya bukan bermula daripada seorang guru yang sabar mendidik mereka semua?

    Kini jasa itu sudah tidak di kenang lagi. Mereka berjaya kerana ibu bapa mereka. berjaya kerana tuisyen mereka. Kita guru?????

    Hanya Allah yang tahu keikhlasan kita. Amin.

    Maaf andai ada kata-kata yang bisa menyinggung mana-mana pihak. Hanya kerana nila setitik, rosak susu belanga.

    BalasPadam
  23. Dil, usah melatah. Tidak ada sebarang kenyataan di tampalan saya mengatakan semua guru berperangai sebegitu.

    Saya masih menghormati guru. Jadi, do not generalize things, please.

    Fokus cerita, seorang guru BUKAN semua guru. Saya percaya sebagai manusia biasa, guru juga berkebarangkalian melakukan kesalahan dan kesilapan.

    Sebelum ini ada laporan kes guru mencabul murid. Adakah itu bermaksud SEMUA guru mencabul murid?

    TIDAK.

    Kes ini dinilai dari aspek kecederaan dialami pelajar terbabit. Kalau setakat dilempang kerana murid melakukan kesalahan disiplin, tiada masalah.

    Guru lebih matang berbanding murid dari segala sudut. Tindakan mereka juga semestinya selaras dengan kematangan pemikiran.

    Hak membuat laporan polis, hak individu, even polis tidak berhak menghalang sesiapa sahaja membuat laporan.

    Hemat saya, sebelum menjatuhkan sebarang hukuman, guru terbabit juga harus berfikir sewaras-warasnya. Bukan mengikut rentak emosi.

    Kalau awak mengatakan 'hanya kerana nila setitik, rosak susu sebelanga', that is your pure assumption.

    BalasPadam
  24. Aku dulu kena rotan,kena dera tengah panas,kena jalan itik dan macam-macam lagi.Tiada kesan psikologi yang negatif malah jika bertemu dengan guru terbabit kami ketawa bila mengenangkan kenakalan aku.

    Bila kena hukum tak berani balik bagitau family.Nak mampos kena kejar keliling sawah dan kena sebat dengan getah paip atau ekor pari.(ekor pari aku buang dulu untuk selamatkan diri)

    Pernah aku kena tampar sampai terjatuh motor yang aku bonceng semata-mata jiran bagitau aku buat hal kat sekolah.

    Sekarang bila aku kenang balik aku malu bahawa aku pernah nakal..kepada guru-guru lama aku dahulu terima kasih segalanya..atas didikan, aku seorang berjaya walau pernah guru menyumpah aku akan merempat di jalanan.

    BalasPadam
  25. saya dulu pun kene cubit, rotan denda gak... tapi rasanya guru2 dulu denda & hukum murid sebab nak mengajar.. bukan nak melepaskan geram...

    sebab denda dan hukuman itu la saya jadi manusia sekarang.. kalau tidak kerana itu confirm saya dah hanyut ntah kemana...

    mcm saudara kita kat atas tu, dulu kalau kene denda & hukuman disekolah... takut nak bgtau family... takut bertambah dendanya nanti...

    mungkin guru2 yg bermasalah ini menjadikan profesion guru kerana terpaksa bukan kerana tanggungjawab utk mendidik... menjadi guru sebab dah x dpt kerja lain...

    tidak semua.. tapi disebabkan nila setitik rosak susu sebelangga..

    **terima kasih kepada semua guru2 yg pernah memberikan ilmu kepada aku.

    BalasPadam
  26. berharap pihak pengetua akan mencalonkan sekali lagi ustaz itu untuk menjalani induksi tau bina insan lagi sekali, mana tau ada masalah..lesen 'P ' dulu..

    pihak KSM KP boleh memikirkan cara pilihan, kerana melibatkan SKT dan kenaikan pangkat pada masa depan. Mana tau sudah lupa cara-cara belajar lesen P dulu2??. dek emosi.

    supaya menjadi pengajaran ustaz atau guru2 selepas kejadian ini tidak berulang di Malaysia, di bawah KP.

    BalasPadam
  27. Salam Mazidul...

    Saya amat kesal dengan perlakuan ustaz tersebut.

    Kita menghantar anak-anak kita ke sekolah untuk mendapat pendidikan dan bukan untuk dibuli oleh seorang guru yang dalam stress. Jika guru tersebut tidak dapat mengendalikan murid-murid mereka boleh lah mencari bidang yang lain yang berseuaian dengan jiwa mereka

    There is no excuse for any teacher to lay a hand to any student. Even if the child is troubled it is the responsibility of the teacher to contact the parents and make them aware. A teacher is exactly that a teacher. What are they teaching by abusing a child in front of the whole school other than bullying? I find it horrifying that any of us could have been that child's parent.

    Shame on anyone who hits instead of teaches.

    T kasih

    BalasPadam
  28. Salam. Terlalu lama rasanya tidak mencoret apa2 ulasan di sini. Tapi hari ini tidak tertahan rasanya hati dan jejari untuk membuat sedikit coretan.

    Cikgu, ustaz atau apa2 sahaja gelaran sebagai pendidik adalah orang yang ditugaskan untuk mendidik anak-anak kita semua. Kita semua diajar oleh agama untuk menghormati golongan ini. Guru terletak pada level ke-4 selepas Allah, Rasul dan ibu bapa - sebagai golongan yg mesti dihormati (hatta walaupun mereka bukan Islam).

    Namun, di sebalik semua itu, mereka adalah manusia biasa yang buat salah dan silap. Ustaz yang banyak ilmu agama juga boleh buat silap. Tapi, janganlah disindir2 mereka ini. Berilah teguran yang jelas kalau mereka silap. Hukumlah mereka kalau perlu sampai ke tahap itu - namun janganlah buat kenyataan umum bahawa "guru sekarang nak tunjuk samseng, nak tunjuk kuat, tidak ikhlas, makan gaji tanpa kerja betul2" atau apa2 jua kenyataan yang amat mengguris hati guru2 lain di luar sana...

    Saya juga seorang guru. Percayalah... semua guru mahukan anak2 muridnya menjadi insan yang berjaya, berilmu dan beradab. Barangkali kadang2 ada guru bertindak di luar batasan yang dibenarkan - kerana pelbagai sebab - tekanan, masalah peribadi dan sebagainya. Kalau ini berlaku, maka patutlah dia diadili. Kalau nak dakwa, boleh, sebab itu memang hak murid. Kalau dia memohon maaf, terpulanglah kepada waris murid untuk memaafkan atau tidak. Itu semua bukan intipati kata2 saya.

    Point saya ialah, usahlah terlalu sinis mempertikai peranan guru. Jangan sampai terdetik di hati guru - "lantak kamulah nak jadi apa..malas dah saya nak tegur kamu.." kalau sampai ini terjadi - bencana besarlah kepada umat dan generasi kita.

    Sesiapa sekalipun, profesyen apa mereka sekalipun, pasti ada segelintir yang buat salah/silap. Namun, tegur/nasihat/ beri amaranlah dengan beradab.

    Sesungguhnya, kebenaran yang disampaikan secara salah membawa kepada kemudaratan yang lebih besar...

    BalasPadam
  29. Pendapat peribadi saya, jika hakim memutuskan ustaz tu salah, maka bolehlah laksanakan hukuman..terpulanglah pada pihak berkuasa..tapi janganlah kita menghina beliau/guru2 lain pulak..tak patut sama sekali saudara Mazidul publishkan ceritanya disini,mentang2 kerana anak saudara beliau...mengundang fitnah/umpat keji org lain..dahlah membuka aib org..ada hadis psl ni, Rasulullah larang org menghina seorg wanita yg berzina,wp terbukti memang dia lakukan zina.Mungkin dia dah bertaubat, taukah kita?wallahualam.

    BalasPadam
  30. 18 Mei 2010, seorang bapa yang direman sebelumnya telah disabitkan di mahkamah atas kesalahan memukul anaknya sendiri.
    ..................................
    Tatacara bagi mengambil tindakan disiplin di sekolah pasti ada.
    Saya secara peribadi tidak bersetuju jika tenaga pengajar mengambil tindakan sendiri tanpa mematuhi tatacara yang ditetapkan.
    ..................................
    Keseronokan menampar anak orang hingga mendatangkan kecederaan pasti tidak seseronok apabila anak sendiri ditampar hingga tercedera.
    (perkataan seronok digunakan kerana terdapat pengakuan sudah banyak kali tamparan dilepaskan sebelum ini)
    ................................
    ingatan buat diri saya sendiri
    "MATLAMAT TIDAK AKAN MENGHALALKAN CARA "

    Sekian, wassalam.

    BalasPadam
  31. salam saudara MAS,
    didoakan semoga adik Azeef Hamdan sembuh daripada kecederaan yang dialami dan trauma ditampar tanpa usul periksa, dan semoga ustaz bertanggung jawab juga muhasabah tindakan yang telah diambil sehingga kejadian yang tidak diingini berlaku...

    mungkin dah banyak berlaku kes-kes sedemikian -guru pukul murid- sehingga mencederakan murid, dan juga kes-kes guru dipukul/ diugut / dicederakan oleh murid. Adalah dicadangkan, bakal-bakal guru yang sedang berkursus di Institut Pendidikan Guru perlu dimantapkan dengan ilmu, cara dan kaedah yang berkesan menangani masalah-masalah sedemikian yang mungkin akan timbul kelak di sekolah.

    memang benar, sayang anak tangan-tangankan, supaya tidak 'melampau'...
    tetapi, kaedah mendidik bukan hanya dengan mumukul, banyak pendekatan lain yang juga berkesan...

    terima kasih...

    BalasPadam
  32. hahahahah...bila baca pasal kna denda ngan cikgu tu buat saya pun teringat zaman dolu2..pernah cikgu letak kerusi atas meja n suruh duduk atas meja tu sbb tak beri perhatian masa cikgu mengajar.... mana tak nye..cikgu megajar... mata saya pandang padang sebb ada perlawann bola baling waktu tu..heee..

    ada lagi satu... saya lmbt datang..so cikgu suruh lari satu padang (bab ni favourite sbb malas masuk kelas...hahahahahaha)

    apapun thanks cikgu....

    BalasPadam
  33. maafkanlah guru tersebut, semua manusia membuat kesilapan..ingatkan perkara2 baik yg dibuat guru tersebut..mendidik anak bangsa..tak bermakna membuat kesalahan sekali, kita nak war-warkan kesalahan dia satu dunia..

    BalasPadam
  34. saya adalah silent follower untuk blog en. mazidul, hari ini rasa terpanggil utk memberi ulasan selepas membaca komen-komen kurang sihat hasil dari posting ini. isteri saya adalah seorang guru, dedikasinya terhadap karier perguruannya amat tinggi demi mendidik anak-anak tak kira bangsa... benar, guru bagai lilin, membakar diri utk menerangi alam... detik hati saya berkata, hormatilah guru, hormatilah guru, hormatilah guru.
    kes2 murid2 dan pelajar kurang ajar dan kurang disiplin lebih banyak dan lebih serius (terutamanya dikalangan bangsa melayu)jika hendak dibandingkan dengan kes guru "ter"lebih mengajar murid spt yg cuba diwar2kan oleh en. mazidul.
    isihati saya kepada komen2 yg agak terlampau itu, bertanyalah kepada diri sendiri, apakah sumbangan kita dalam usaha melahirkan anak2 yg berkualiti yg seterusnya akan berbakti sesama manusia.
    mencari salah dan mengkritik adalah mudah, lebih mudah dari menarik nafas untuk meneruskan kehidupan.
    semoga ALLAH memelihara diri kita dan diri saudara2 kita demi kesejahteraan hidup di dunia dan akhirat. wassalam.

    BalasPadam
  35. Lily, saya telah menulis ribuan tampalan di blog ini dan skrip untuk program TV. Mereka terbabit menjadi mangsa BUKAN anak saudara mahupun ada sebarang kaitan kekeluargaan dengan saya.

    Jelas?

    Saya punyai pegangan, selagi bahan ditulis berlandaskan fakta, it is ok to write about it.

    Jika saya ingin menulis laporan tidak seimbang, saya hanya perlu menulis seperti mana tercatat di Sinar Harian. Merakamkan pandangan satu pihak. Dalam hal ini saya mengambil inisiatif menghubungi ustaz terbabit untuk mendapatkan penjelasan.

    Ibnrusd, terima kasih sudi melontarkan pandangan.

    Komen pembaca mempunyai pelbagai intipati. Masing-masing dengan pendapat mereka. Saya percaya mereka semua pernah dididik insan bergelar guru dan menghormati golongan pedagogi itu.

    Apapun, guru tidak 'kebal' daripada kritikan. Salahlaku guru juga berulangkali dilaporkan media. Namun, BUKAN semua guru.

    Guru melaksanakan tugasan dengan hati tulus ikhlas tetap disanjung. Guru menghukum berlandaskan peraturan tidak dikritik.

    BalasPadam
  36. setuju 100 peratus dgn ibnrusd..saya seorg pelajar..form 4..saya tahu ramai yg sgt kurang ajar dgn guru2..tapi tak pernah plk guru2 buat report polis..mak ayah selalu ingatkan guru2 umpama ibu bapa sendiri..pernah saya dimarah guru, mengadu pada ibu tapi saya pulak kena marah balik.moralnya, sayangi dan hormatilah guru, nescaya guru pun akan sayangi kita..insyaallah berkat ilmu yg diajar.

    BalasPadam
  37. saya berpendapat kalau ustaz tuh tak ikut perasaan, takdelah sampai cedera kalau takat dtampar... saya pon pernah kena tampar, tp takat merah pipi je lah.... masa kecik2 dulu nakal... tp kalau sampai berdarah n tak bole mendengar melampau lerr... tu melepas perasaan tuh
    harapnya bg pengajaran betul kat ustaz tuh

    BalasPadam
  38. Salam Mazidul…

    Sesuatu yang tidak wajar bilamana seorang guru menyerang pelajar, dan bertambah tidak wajar lagi bila ada yang menyokong tindakan tersebut.

    Memukul pelajar untuk mendisiplinkan? Maaf itu bukan cara untuk mendidik.

    Kelakuan yang tak ubah seperti pembuli jalan raya. Adakah ini kah yang ingin guru tersebut tauladankan kepada pelajar?

    Kita tak memerlukan orang yang panas baran dalam masyarakat perguruan.

    Selain dari memberi pengetahun akademik, guru juga harus menunjukan tauladan yang baik.

    T kasih

    BalasPadam
  39. Nik, sebagai pelajar form 4, ada baiknya saya jelaskan di sini beberapa fakta penting agar awak lebih paham.

    Perbuatan 'kurang ajar' tidak tertakluk di bawah Kanun Keseksaan. Tetapi jika murid memukul sekaligus mencederakan guru, murid terbabit boleh didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan.

    Begitu juga jika guru mencederakan murid dan disahkan doktor hospital kerajaan berhubung kecederaan dialami, guru terbabit boleh didakwa mengikut seksyen dan akta sama.

    Dalam erti kata lain, selain awak, ramai lagi pelajar atau bekas pelajar pernah dihukum guru atas pelbagai kesalahan.

    Namun, jika hukuman itu mendatangkan kecederaan fizikal serius, pelajar dan keluarga berhak mengambil tindakan undang-undang.

    BalasPadam
  40. Izinkan saya memberi pandangan yg tdk seberapa kepada penulis yg sinikal terhadap isu yg telah dikongsi oleh En. Mazidul.

    Dari pemahaman saya, semua isu semasa, kemasyarakatan, budaya & agama boleh dipaparkan di mana2 media (TV/S.Khabar/Radio/Blog/FB dll.) asal saja tdk melanggar peraturan & undang2 negara/agama/peradaban manusia dll.

    Apa tujuannya :-
    (1) Dapat belajar sesuatu yg kita tdk tahu/Mendapat info yg lbh terperinci.
    Contoh : Rejim Zionis membunuh manusia biasa & bkn musuhnya di luar jajahannya boleh diambil tindakan, baru tahu mengapa Mesir mengambil sikap berdiam diri & tdk membuka laluan ke Palestin walaupun dia tdk bersekongkol dgn Israel.
    Natijahnya : Seluruh dunia tahu betapa kejamnya mereka & secara tdk langsung kita mengetahui serba sedikit input perundangan antarabangsa & hak-hak kemanusiaan.

    (2) Public Awareness
    Contoh : Buang bayi, maksiat, penagihan dadah berleluasa, Pencuri Seluar Dalam & Coli dan Cikgu menampar murid.
    Natijahnya : Membuka mata umum amnya & Ibu Bapa khasnya supaya memantau pergerakan & menasihati anak2. Malah komen yg diberikan rakan2 Bloggers/FBians byk yg berguna & lebih hebat lagi kadang-kala dpt menyelesaikan masalah yg dihadapi hanya di depan skrin Komputer.

    (3) Perkongsian Emosi & Luahan Pendapat.
    Contoh : Memaklumkan kerisauan kerana Anak akan menghadiri interview/Nenek Sakit msk Hospital/Suami Kahwin lagi/Anak lulus peperiksaan dgn cemerlang/Terjumpa Restoran yg menyediakan makanan yg sedap gila ttp dapurnya mcm muntah hijau.
    Natijahnya : Dpt. meredakan ketegangan dgn nasihat & Doa kwn2, berkongsi saat suka & duka dan katakan tak nak kpd premis2 yg kotor.

    Berikutan drp itu, sila sampaikan apa yg tersirat di minda & hati anda dgn sebaik-baiknya. Tidak salah menunjukkan emosi ttp salah kalau anda harapkan org lain pun mempunyai level emosi yg serupa dgn anda.

    Setiap org ada penilaian tersendiri ke atas sesuatu perkara - Kerana itu jgn hairan kalau org mengatakan Suami kita tdk handsome sedangkan di mata kita dialah lelaki paling handsome di Malaysia.

    BalasPadam
  41. Untuk dikongksikan bersama...
    (Adakah MENAMPAR satu kaedah mengajar/menegur yang baik?????)

    Antara kaedah memukul yang diizinkan oleh Islam adalah:

    · Memukul atau merotan hanya dibenarkan kepada anak yang berumur 10 tahun ke atas. Sabda Rasulullah bermaksud: “Suruhlah anak-anak kamu mendirikan solat ketika mereka berumur tujuh tahun dan pukullah jika mereka enggan apabila berumur 10 tahun.” Ada tempat yang haram dipukul, umpamanya muka dan pula bahagian yang sensitif dan boleh mencederakan seseorang.
    · Guru atau ibu bapa membetulkan niat memukul semata-mata untuk mendidik dan membetulkan keadaan atau sifat tercela, bukan untuk mendera atau melepaskan perasaan geram dan marah.

    pikir2kan lah....

    BalasPadam
  42. Pn Liza, ada hujah info yang bagus..

    Saya tak rasa pedas kerana saya tak makan lada. Dan saya tak perlu bela jika kawan2, kakak, adik atau saudara yang buat silap.

    perkongsian ilmu dan cerita boleh membuka mata, positif diambil.
    ilmu insan bagai tetesan air di lautan.

    BalasPadam
  43. Salam Mazidul,

    Terima kasih jua Puan Liza...

    Betul Zeqzeq ....perkongsian ilmu dan cerita boleh membuka mata, positif diambil....ilmu insan bagai tetesan air di lautan.

    Pengetahuan adalah kekuatan. Orang yang mengerti dirinya dan manusia lain dapat berinteraksi lebih baik dengan orang lain, tahu bagaimana untuk mendapatkan rasa hormat untuk dirinya sendiri, tahu bagaimana cara belajar dan mengajar.

    Pengetahuan tentang sejarah menawarkan wawasan untuk mendekati situasi masa kini, dan memberikan apresiasi yang lebih dalam masyarakat dan kehidupan di masa lalu, sekarang, dan masa depan.

    Mereka yang mempunyai pengetahuan yang akan berjaya dalam setiap bidang.

    T kasih

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.