Rabu, Jun 02, 2010

Lantik Zulhazri Mengetui Bahagian Khidmat Pelanggan Stremyx TM Net

"Ada equipment kita striked by lightning hujung minggu lepas di kawasan rumah encik, 20 aduan sama saya terima," ujar juruteknik TM ketika berkunjung ke rumah saya jam 10.30 pagi tadi.

Sabtu lalu saya berhubung dengan 3 pegawai khidmat pelanggan Streamyx melalui talian '100', 2 daripada mereka memutuskan panggilan kerana gagal membantu menyelesaikan masalah 'no connection'.

Saya kemudian mengadu hal kepada sahabat juga blogger, Zulhazri Abu Bakar  (Hazrey) di Johor Bahru, Johor. Bukan kerana dia kacak atau selalu tampil bergaya tetapi disebabkan kemahirannya dalam bidang perhubungan awam. 

'Bro, saya pernah berjumpa dengan GM (pengurus besar) TM di Johor sekali, he is a nice guy. Nanti saya call dia, kita minta tolong," ujarnya.

Pada 31 Mei lalu, di blognya Hazrey juga melontarkan ketidakpuasan hati berhubung servis jalur lebar Celcom dan Streamyx, baca tampalan ini.

Isnin lalu ketika di Seremban, Negeri Sembilan, Hazrey meminta saya menghantar nombor telefon TM dan akaun Streamyx saya melalui SMS kepadanya.

"Boss, don't worry, I will do the follow up," katanya ringkas tetapi memberikan harapan.

Semalam saya dihubungi kakitangan TM di Johor, Soho. Awal pagi tadi, Sakuan, staf TM  Selangor menelefon saya. Tujuan kedua mereka sama, cuba menyelesaikan masalah saya hadapi. Terima kasih saya ucapkan.

"Staf teknikal kita akan datang dalam pukul 10 pagi ini," ujar Sakuan.

Biarpun terlewat lebih 30 minit, staf teknikal TM tiba di rumah.

"Kalau awak sebagai customer, tengok lampu modem hanya merah dan kuning berkelip, hijau terpadam. Then you mesti call khidmat pelanggan, kan? Kemudian you tahu dia orang  gagal membantu. Bila bosan berkomunikasi dengan customers, putuskan call. Jadi dalam keadaan begitu, dengan siapa lagi awak nak minta tolong?," soal saya kepada kakitangan TM terbabit.

"Tak ada siapa," balas lelaki berusia 27 tahun itu.

Saya sama sekali tidak menyalahkannya, dia hanya menjalankan tugas dipikul.

"Kami dari bahagian teknikal, equipment kena kilat Sabtu lalu di'reset' by staff TM bahagian lain. Kalau modem rosak pula, vendor handle," ujarnya lagi.

"Maksudnya, koordinasi maklumat antara semua bahagian kena perbaiki, supaya pengguna tahu apa berlaku," balas saya.

Apapun terima kasih kepada 2 staf TM itu, mereka datang semata-mata untuk reboot modem, problem solved.

Jadi, apa punca sebenar TM dikatakan sering gagal menyelesaikan masalah dihadapi pengguna dengan kadar segera? Kepincangan koordinasi maklumat antara bahagian di TM Streamyx.

Jika koordinasi maklumat dipertingkatkan, pegawai khidmat pelanggan hanya perlu menghubungi saya dan berkata ...

"Please reboot your modem. Kerosakan berlaku kerana equipment kita di kawasan encik terkena panahan petir Sabtu lalu, ramai lagi pengguna ada masalah sama. Isnin lalu, that equipment has been reset, now everything is back to normal"

Terima kasih Hazrey kerana berpeluang mengenali GM TM di Johor, Roslan sekaligus bersusah payah melayan saya 'as your customer',  else this entry couldn't be posted.

Kepada CEO TM Net, barangkali membuka peluang kepada Hazrey mengetui bahagian Perkhidmatan Pelanggan TM would be a smart step to take.

Terima kasih Datuk.

27 ulasan:

  1. Saya pernah email ke CEO TM (yang lama) mengenai teruknya perkhidmatan yang diberikan semasa saya bertanyakan mengenai permohonan talian telefon yang saya dah buat 9 bulan sebelumnya.

    Selepas mendapat balasan email dari CEO tersebut, kerja pemasangan kabel dsb siap dalam masa sebulan.

    Jadi, bila saya baca cerita saudara Mazidul dan Hazrey, saya tak hairan.. memang macam tu agaknya budaya kerja mereka..

    BalasPadam
  2. setuju sangat. mesti seronok telefon TM lepas ini kalau bro Hazrey yang control.

    sambil komplen, sambil bergelak ketawa..at least taklah stress sangat.. :D

    BalasPadam
  3. Salam Mazidul...

    As Mahatma Gandhi have said,

    “A customer is the most important visitor on our premises; he is not dependent on us.We are dependent on him.

    He is not an interruption in our work. He is the purpose of it.

    He is not an outsider in our business. He is part of it.

    We are not doing him a favor by serving him. He is doing us a favor by giving us an opportunity to do so.”

    Customer service is all about communication.

    To understand your customers you must ask them what they want, how satisfied they are with your service, and how you can provide better service to them?

    It is imperative to listen and apply the feed back gained from your customers. Customer service is a constantly evolving, ever changing process which is directed by the customer’s wants and needs.

    Ross Perot said, ”Spend a lot of time talking to customers face to face. You’d be amazed how many companies don’t listen to their customers.”

    T kasih

    BalasPadam
  4. Izad, you are the man! Thanks for the info. Hopefully, you could join TM Net as one its GMs.

    They need a person like you and your skills desperately.

    BalasPadam
  5. Bro, I am flattered. Tapi, I am against your opinion sebab if I am to do that, kita dah tak ada tajuk kat blog nak sumpah seranah orang yang jawab phone kat talian 100 tu.

    Dan hakikatnya, apabila makin ramai yang sumpah seranah, pendapatan yang diperolehi dah tak berkat. Betul tak? Kalau salah sila betulkan.

    Di Malaysia, cakaplah apa pun, menyalaklah apa pun, khidmat pelanggan tetap mengecewakan. There is no such thing as customer service. Yang ada cuma tukang angkat telefon.

    Again, I am opposing to your opinion tapi kalau gaji lebih dari CEO TM Axiata dan I have the discretion to sack those losers, please send me the offer letter. Hahahah..

    BalasPadam
  6. Saya sokong!
    Problems solved or at least minimised kalau Hazrey has the upper hand.
    He's equipped with radar eyes.

    BalasPadam
  7. Masalah streamyx telah hilang dari hidupku. Terima kasih kepada P1WIMAX kerana keluarkan aku dari belenggu masalah dan kos yang tinggi. Bukan nak promot tapi nak ajak kekawan hilangkan masalah streamyx dan beroukban dalam hidup anda.

    BalasPadam
  8. Salam Mazidul,

    Thanks a lot.

    Bila kita sudah lama berada dalam zon yang sangat selesa, sangat selesa hinggakan kita couldn't be bothered tentang apa yang akan berlaku.

    The question is, then, do we try to make things easy on ourselves or do we try to make things easy on our customers, whoever they may be.

    When they are free they will come and service us. It doesn't work that way in this service world.

    Mungkin ada 'SOP' pengendalian tugas ada work flow chart tapi tak untuk notice board atau filing saja.

    Dari GM sampai ke rank & file personnel, mereka semua dipertanggung jawabkan dalam memastikan we, as the stakeholders mendapat khidmat yang terbaik.

    T kasih

    BalasPadam
  9. Sokong penuh! Kalau dia tak nak tunggu lagi setahun dua, mana tau kot kot TM dapat CTIO baru ha ha ha

    BalasPadam
  10. Bro

    Untuk Pengetahun TM Net sudah tidak wujud lagi, kerana sudah ditukar namanya menjadi Kedai Basikal, sebab tu slow gile ...eh TMpoint lah ha ha ha

    BalasPadam
  11. Salam Mazidul,

    Ni cerita lama, zaman piring hitam tapi masih boleh digunapakai untuk zaman cekera keras.

    Everybody, Somebody, Anybody, and Nobody

    This is the story of four people named Everybody, Somebody, Anybody, and Nobody.

    There was an important job to be done and Everybody was asked to do it.

    Anybody could have done it, but Nobody did it.

    Somebody got angry about that, because it was Everybody's job. Everybody thought that Anybody could do it, but Nobody realized that Everybody wouldn't do it.

    Consequently, it wound up that Nobody told Anybody, so Everybody blamed Somebody and Nobody did what Anybody could have done!

    T kasih

    BalasPadam
  12. yerp...
    dekat malaysia,
    customer service xwujud.
    setakat receiver at the end of line je....

    thats y xboleyh nak rate the effectiveness of their work..

    gyahahahahaha~

    BalasPadam
  13. Assalamualaikum..

    Pengguna tiada hak untuk menuntut gantirugi sekiranya perkhidmatan yang diberikan tidak memuaskan/mencapai tahap yang diiklankan.

    Seronok kalau ada detailed documentary sejarah fiber 0ptics (as backbone) yang digunakan oleh rakyat Malaysia :)

    BalasPadam
  14. kalo mslh bkaitan TM mmg disaster!

    panggilan 100 tu mcm x membantu pun ..buat abis duit byr gaji dorg nih.

    aritu sy ada 1 mslh, bil x sampai mslh pengeposan, mungkin dihantar ke alamat orang atau surat hilang tatau lah yg pasti sy tak dpt byr sbb bil x dpt. jd utk mempercepatkan, sy request that so called customer service tu utk fax kan salinan bil terkini. guess what, perkara itu (fax kan bill) tak de dlm 'SOP' mereka!! dia suruh sy pegi kedai TM terdekat utk re-print bill. what a waste of time and money also (duit minyak, gaji separuh hari sapa nak bayar??ko ke TM???)

    BalasPadam
  15. Salam...

    Hurm..tajuk kali ni mmg menarik saya utk berkongsi pandangan... utk pengetahuan, saya adalah salah seorang daripada agent yg menjawab call 100...

    Sy akui, byk yg tidak berpuas hati dgn servis yg diberi...Tapi, terlalu byk punca sampai saya sendiri xdapat nak mulakan dari yg mana satu.

    Ok, sbg seorang frontliner, npk sja kerja kami mudah, jawab call dari customer, dan bantu dapat connection kembali atau submit report kpd technician. Bukan mudah menghadapi perangai manusia yg seribu satu macam-dan pada masa yg sama mengekalkan keprofesionalan kami. Malangnya, kebanyakan daripada rakan skerja saya menganggap kerja customer service ini sbg salah satu kerja sementara bg mendapatkan kerja tetap/idaman. Jadi, kerja yg dibuat samada tidak bersungguh atau sekadar memenuhi keperluan kerja. Tidak ramai yg menganggap kerja ini sbg satu kerjaya.

    Paling saya kurang berpuas hati, tanyalah kepada mana2 agent customer service, x kira TM, DELL, bank2 atau mana2 kompeni...kami semua adalah manusia2 yg tersepit... tanggungjawab kami terhadap customer adalah menyelesaikan masalah mereka, tetapi pada masa yg sama, kami dipaksa utk mengejar PERFORMANCE. Inilah salah satu pnca apabila tiapkali panggilan terlalu lama, talian terpaksa diputuskan. Bagi pihak QA (penjaga kualiti) kami hendaklah sentiasa mengikut peraturan/skrip yg diberi. Salah sket, (setiap perbualan adalah rakaman dan bila call di-tapped) tros dipotong elaun sedia ada (elaun performance). Bak kata pepatah, ditelan mati mak, diluah mati bapak, kalau x telan n luah pulak, sendiri plak yg tanggung...

    1-nak kena jaga hati customer, cepat selesaikan masalah - tp x bleh layan lama2

    2- kalau salah skrip, kena tggung dipotong elaun

    3- kena kejar performance

    Jadi, disini, patutkah kami yg dipersalahkan sekiranya cara/budaya kerja customer service kami mmg sejak azali mcmni?

    Ini belum lagi dikira manusia2 yg x berhati perut, angkat saja kol, dimaki hamun (igt tempat meluah perasaan agaknya) dari awal perbualan sampaikan letak telefon (tp profesional pya pasal, xley marah-nnt kena buang kerja on-d-spot) padahal, masalahnya baru di report semalam...

    Seperti jugak mana2 jenis kerjaya, kami hanya menjalankan tanggungjawab kami. Kalaulah sekalipn xdapat connection, kami frontliners hanya dapat membantu dalam talian.

    Kalau dikaji, statistik pekerja2 customer service, kalian akan terkejut kerana betapa sukarnya seseorang mampu bertahan 5-7 tahun bekerja sbg CSR(Customer Service Representative)

    Jadi, renung2kanlah....

    **ini pendapat saya sbg seorg CSR, tidak menyalahkan sesiapa cuma meluahkan rasa...kiranya tersalah/ tersilap bahasa, haraplah dimaafkan....

    BalasPadam
  16. Salam Mazidul….

    Kepada wanie annie… Terima kasih kerana penerangan anda. …

    Pelanggan bukannya menyerang anda secara peribadi tetapi kerana menganggap tugas anda untuk melakukan sesuatu dengan masaalah yg mereka hadapi.

    Dengar dan biarkan pelanggan meluahkan segala isihati ketidakpuasan mereka….lambat laun mereka akan kehabisan tenaga atau kata-kata.

    Sebagai Customer service representative anggaplah diri anda seorang pakar saikologi. Bagaimana anda melayani pelanggan memberi kesan kepada mereka. Sembunyikan rasa marah, letih, geram, tidak meperdulikan kekasaran pelanggan juga tidak menganggap komplen tersebut ditujukan kepada anda lambat laun akan menukar watak pelanggan yang garang kepada seseorang yang berpuashati dengan perkhidmatan anda.

    Ambil perhatian. Tugas anda akan hanya selesai apabila masaalah yang diutarakan oleh pelanggan anda telah diperbetulkan. Ini yang paling penting.

    TO YOUR BOSS …Masaalah tak akan timbul jika ada system yang efisen dan gunapakai oleh semua pekerja.

    If there is a system…..USE IT….Anticipate the urgency of the customer….Dont’t let your staffs take their own sweet time or on their convenience to get the job done.

    BalasPadam
  17. Owh... fahamlah punca bagi titik bengik permasalahan kita berkait rapat dgn kesulitan para CSR di TM - Terima Kasih wannie_annie.

    En. Mazidul, pada pendapat saya, pihak atasan TM WAJIB mengkaji semula prosedur kerja CSR mereka. SOP para CSR di TM WAJIB diperbaiki, diperbaharui, dilaksanakan & dipantau. Saya ada sedikit cadangan di dlm menangani aduan pengguna kalau2 munasabah bagi pihak TM :-

    (1) CSR Level pertama - Panggilan pelanggan dilayan oleh CSR Level Pertama yg mahir dgn permasalahan 'maknenekcucucicitSISTEMKOMPUTER-INTERNET-SOFTWARE-MODEM-DANLAIN2-yangberkaitan'. Saya jangkakan Level 1 ini dpt menyelesaikan permasalahan/memberikan tutorial DIY sewaktu aduan dibuat - paling lamapun dlm tempoh 30 min & diakhiri dgn ucapan Terima Kasih drp pelanggan yg berpuashati kerana permasalahannya selesai diwaktu itu juga.

    (2) Level Kedua (CSR Kanan/Senior) - Sekiranya CSR di Level 1 sudah memberikan tutorial DIY tetapi permasalahan tdk selesai, maka sambungkan talian kpd CSR Kanan/Senior - Tugas beliau bkn mengulangi tutorial DIY CSR di Level Pertama tetapi memberi Tutorial DIY yg berlainan jika perlu / mengesahkan akan menghantar Juruteknik ke rumah/premis si pengadu.

    Siapa orangnya di Level Pertama?
    TM ambillah pekerja yg berkemahiran di bidang itu - Ramai di luar sana yg berkebolehan atau hantar CSR yg sediada berkursus memantapkan kemahiran. Tapisan ketat hendaklah dilakukan memastikan pekerja2 ini berkebolehan utk berkomunikasi & mantap di bidang teknikal - Maka pekerjaan sbg CSR bukanlah tapak sementara utk mereka bekerja melepaskan batuk di tangga - Biar mereka tau kerja itu 'ada masa depan' bkn sekadar menanti masa utk melompat kerja.

    Siapa orangnya di Level Kedua?
    Lantiklah drp CSR Level Pertama yg diyakini kredibiliti & tingkatkan ilmunya dgn menghantar beliau berkursus bg memantapkan kemahiran & kecekapan.

    Jgn lupa - "Creadibility & efficiency must be rewarded" (gaji + pangkat yg munasabah + Moral support drp syarikat + disiplin pekerja memainkan peranan yg penting juga).

    Saya yakin Talian #100 akan sentiasa ceria apabila Pengadu yg mengadu dapat diselesaikan aduannya oleh si Pengendali aduan (CSR) yg bersedia & berilmu utk menyelesaikan aduan si Pengadu.

    Ya, CSR tersebut akan menjadi aset penting buat TM!

    BalasPadam
  18. Bro ... saya tinggal di Kota Dsara. Lebih kurang 2 minggu lepas streamyx line saya ada masalah. Mcm biasa call TM support line, dia org suspect mungkin modem saya ada masalah. Saya cakap saya ada 3 modem ... semua saya dah cuba dan semua tak boleh connect. Next day, petangnya sorang technician datang check line saya guna modem dia. Tak boleh jugak. Saya cakap pegi la check kat exchange/box kat luar tu ... dia cakap takde masalah tu. Lepas saya paksa dia pegi check, dia pegi dan switched my line to another port. Lepas tu semua ok.
    kesimpulan ... ramai org TM memang pemalas! Saya dah letih bergaduh ngan TM. Pakai 4Mb line tapi macam dial up pulak kadang2.

    BalasPadam
  19. Satu lagi yg saya tak puas hati ngan TM ni, masa kita telepon 100, kita disuruh masukkan number telephone rumah. Selepas itu, baru disambungkan ke Customer Service. Habis tu, kenapa selepas tu customer service boleh tanya balik ngan saya 'apa number telephone encik atau apa login id encik?' Apa punya bangang system TM pakai? Based on telephone number yang saya masukkan sebelum ni, tak reti ke nak check ngan database semua details pasal customer?
    TM oh TM! Bangang betul!

    BalasPadam
  20. Assalamu'alaikum... Encik, saye nak copas beberapa gambar kat sini boleh, tak? Nak letak kat blog saye... timekasih banyak2.

    BalasPadam
  21. >_______<

    rasanya smua perkhidmatan pun mcm sama je;(

    sampai tak tau nak gune yg mana

    BalasPadam
  22. Saya setuju dgn pendapat Abang.

    Biar saya cerita sket pengalaman tahun 2006. Bapa saya pelanggan tetap internet Streamyx. Satu hari tiba2 connection internet terputus, modem tak dapat connect. Ingatkan line dipotong kerana tidak bayar bill, bapa saya terus pergi bayar bill kat TM Point. Di sana bapa saya tanya pengawai pelanggan, adakah akaun dipotong, mereka kata tidak. Kemudian saya berulang kali menelefon talian technical TMNet untuk menyelesaikan masalah, tapi tak settle. Pegawai dalam talian hanya tahu suruh reset tanggalkan cable, matikan modem, flush DNS etc. Yang saya kesal mereka anggap problem semuanya berpunca dari pelanggan, sedangkan terdapat jiran yg juga mengalami masalah yang sama.

    Sebulan lebih masalah ini berlarutan. Bapa saya memang kecewa kerana bill terpaksa dibayar, tapi service tidak diterima. Bapa saya berpeluang menemui seorang ketua cawangan TM daerah saya kalau tidak silap,lalu mengadu kepada beliau, tapi still masalah terus berlaku. Sewaktu itu, saya terpaksa meminjam internet di office saudara-mara kerana perlu menyemak email untuk permohonan masuk universiti.

    Sehinggalah tiba keputusan permohonan diumumkan, internet still tak dapat. Bapa saya yg fed up terus mencari nombor telefon pegawai atasan Streamyx di Kuala Lumpur dan call. Pegawai tersebut memeriksa system aduan pelanggan dan mengakui aduan telah dibuat lama dulu. hari itu juga, kakitangan technical Streamyx datang ke rumah untuk memeriksa modem. Pada mulanya pegawai tersebut ingin menyalahkan setting PC dan system cable telefon rumah, tapi dia mengakui telah menukar ganti satu peralatan di tiang pencawang sebelum datang ke rumah. Settle problem.

    Isu yg saya ingin timbulkan ialah
    1) Pengalaman saya, kakitangan banyak mengandaikan pelanggan yg silap. berkali-kali telefon, banyak memberitahu instruction yg sama, jarang sekali mengakui ada masalah pada peralatan mereka. Saya seorang yg agak pandai dlm ICT, so saya tahu menilai masalah dan boleh tahu dipihak mana problem berlaku
    2) jelas sekali walaupun aduan ada dlm system mereka, tiada tindakan dilakukan, sehinggalah bapa saya melaporkan kepada pegawai atasan. Takkanlah mahukan pelanggan menelefon CEO Streamyx setiap kali masalah berlaku?
    3) banyak kesusahan yg dialami pelanggan setiap kali masalah berlaku. Kini kerajaan banyak menggunakan internet dalam urusan, dalam contoh saya permohonan universiti. Boleh bayangkan ape akan terjadi kalau saya terlepas tarikh permohonan universiti kerana tidak dapat talian internet untuk memeriksa website kementerian pengajian tinggi.

    BalasPadam
  23. Wow! banyak sungguh pendapat bernas di sini.

    saya tertarik dgn penerangan terperinci Sdr IZAD. Terimakasih.

    Memang benar komen beliau itu...

    dan saya juga setuju, adakala CSR sentiasa rasa pelanggan salah, sedangkan pelanggan pula sentiasa mengharapkan yang terbaik dari perkhidmatan yang dibayar...

    Buat pertama kali, saya rasa lega tidak menjadi CSR, sbb saya mudah nak marah orang...!

    BalasPadam
  24. Nak ulas sikit pasal CSR.
    Agaknya kenapa CSR dianggap pekerjaan sementara?

    Sebenarnya inilah pekerjaan paling berisiko pada saya. Kita ambil contoh talian 100 for TM. Bermula dari syarikat itu sendiri, talian 100 adalah diuruskan VADS(outsource) bukan dari TM itu sendiri. Mereka tertakluk kepada kontrak yg ada tempoh tamatnya. Kontrak mungkin selama 5 tahun atau lebih. Lepas tempoh tamat, bergantung pada TM nak sambung ke tak. Pekerja tu pulak kebanyakkan dari mereka hanya kontrak 1 tahun dgn VADS.

    Bergantung pada performance utk sambung kontrak, biasanya akan terus sambung kalau x ada complaint dr cust. Kalau kontrak TM dgn VADS tak sambung, CSR ni la dulu akan ditamatkan perkhidmatan kalau company xde projek lain.
    Satu lagi, jika ada complaint dari cust ttg sesorg CSR itu sendiri dan andai complaint itu valid slps siasatan dibuat mereka akan diberhentikan serta merta.

    Saya bukan bekerja utk vads tp line contact centre juga. Biasanya SOP sama. Dlm company saya, satu kesalahan besar(major misconduct) kalau CSR tu yg letak telefon dulu. Boleh kene buang serta merta.

    BalasPadam
  25. Salam Mazidul,

    T kasih Mazidul, SYUK, wanie_anie, aziezah semua yang contribute dalam forum yang pada mulanya berkisar pada Unhealthy Customer Service Attitude. Tapi bila dikaji kembali dapat saya conclude kan dibawah ini.


    Advertising is based on what the C.E.O., Director or senior staff wants to say, rather than a sound analysis of what prospective customers want to hear.

    As ever, when things go wrong with customer service, it is rarely the fault of the customer service staff, who almost without exception do their best to do a good job. When things go wrong with customer service, and especially with subsequent complaints and remedial action (or absence thereof) the faults lie in the policies and attitudes of the executives running the corporation, who are responsible for providing systems, training, and information fit for purpose. In this case study, many of those crucial functions are not adequately designed, or even monitored.

    Empower and encourage your customer service staff to give feedback about the systems and policies within which you expect them to work and deliver great customer service. Train and develop and nurture and love your customer service staff - they are almost certainly your most under-valued and under-utilized asset. They will perform as you treat them. If you treat customer service staff like battery hens don't expect them to take much of an interest in your organization.

    Think creatively about the emphasis and status you give to the customer service role. Customer service staff are widely under-valued and under-utilised. They are by nature extremely helpful and loyal people, capable of doing a lot more for you than they are typically empowered to do. So empower them, and you will see significant improvements in customer satisfaction, because the experts will be taking care of it for you.

    Consider also that the main factor in keeping a customer - even if the situation appears irretrievable - often comes down to a simple apology or update - just by keeping someone informed and avoiding upset - and compare this with the huge costs of acquiring a new customer.

    It is then easy to see that the costs of gaining a customer can be five, ten, a hundred or a thousand times greater than retaining a customer.

    T kasih

    BalasPadam
  26. Salam Mazidul,

    Hari ni 2 kali saya call TMNET. The 2nd call pukul 6.30 ptg....kerana talian internet saya asyik putus2. Dah sebulan jadi begini. Sehari lebih kurang 20 -30 kali terputus. Kalau 2 -3 kali acceptable.

    Yang peliknya jiran saya internet dia ok jer.

    Dia kata mungkin komputer saya ada problem. Tapi saya kata saya ada 3 desktop dan 1 laptop. Laptop baru jer saya online kat ofis tadi guna lan. Ok Jer.

    Dia suruh saya check modem. Saya kata saya dah bawa modem ke ofis untuk ditest dan ok jer. Boleh online sehari tanpa putus.

    Dia suruh saya check cable lan. Saya ada spare 5 cable lan baru dan saya dah cuba.

    Then dia kata dia akan hantar technician dan bagi no aduan ini;1-690-688-2187.

    I wait and see.

    T kasih

    BalasPadam
  27. Salam Mazidul,

    Alhamdulillah, capaian streamyx saya sudah kembali keasal. Semalam 15hb. Jun, jam 7.00 ptg saya buat aduan kepada cik Azizah di 100. Azizah call saya jam 8.30 untuk pastikan technician check line saya. Kudos, to Azizah ….Please pass it on.

    Hari ni saya dapat panggilan pihak TM Cukai, Kemaman beritahu technician akan check line streamyx.

    Alhamdulillah, ambil berat jugak setelah beberapa kali membuat laporan.. ….

    To the call center managers I thinks fail to measure the importance of the above that leads to agents performing badly (service-wise) as an after-effect. As agents, they strive to meet their KPIs and if it meant to rush off, they rush off. Agents are human beings and they themselves dislike bad customer service, but their job security and career development will be at risked if they try to be hero and attend to customers longer than their managers like.

    Jadi rasa saya computer dan modem saya tiada masaalah.

    The first rule of customer service: Never accuse the customer of anything as it leaves a very bad taste in the customer’s mouth and sends the interaction between your customer and yourself downhill. Needless to say, I wasn’t happy with that accusation.

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.