Isnin, Jun 14, 2010

Pendedahan Eksklusif! (Bongkok Dan Silakan Masuk Ke 'Rumah' Kami)

Saya berada di Kota Kinabalu, Sabah, sejak 11 Jun lalu. Lihat gambar di bawah, saya rakamkan pada jam 4.30 petang semalam.

Langit biru, pantai tenang, jiwa menjadi lebih tenteram. Namun isu bakal saya kongsikan bersama pembaca tampalan ini, lebih daripada itu. Perhatikan gambar jambatan di Jalan Tanjung Lipat, Teluk Likas. Menarik? Mungkin tidak, hanya jambatan.


Cuba lihat close up papan tanda ini.


Maksudnya, orang ramai dilarang mendekati kawasan ini, berbahaya. Namun sewaktu meninjau kawasan sama dari jarak jauh, saya rakamkan gambar berikut di bawah jambatan.


Kain bersidaian, semestinya milik manusia seperti kita. Lantas kami meninjau lebih dekat. Didahului jurukamera, Mohd Zamri Ajmain, 'Jai', diikuti penerbit 999, Shanun Hanif bersama jurukamera berpengalaman, mula saya kenali 14 tahun lalu, Kassim Mahmun, 'Pak Kassim'.

Apa kami lihat, memeranjatkan. 


Kawasan di bawah jambatan ini berpenghuni. Pantas kami mendekati 7 sekeluarga tinggal dalam keadaan daif dan kotor, tanpa bekalan air bersih, jauh sekali elektrik. Ketua keluarga, Subanati, berbaju merah, berketurunan Bajau Laut, atau lebih dikenali dengan gelaran 'palau'u' ditemubual Shanun.


Menurutnya, mereka sekeluarga tinggal di bawah jambatan terbabit sejak 7 bulan lalu. Dia mempunyai 'biliknya' sendiri. Mujur Pak Kassim berkebolehan berbahasa palau'u, menterjemahkan perbualan kerana Subanati tidak boleh berbahasa Melayu.

Dalam keadaan busuk dan panas, dia berkongsi beberapa fakta, mengaku dia dan ahli keluarganya tidak memiliki dokumen pengenalan diri manakala hasil bekerja mencari pelbagai cengkerang antaranya tiram dan kerang di laut berhampiran tidak seberapa. Justeru, dia tidak mampu menyewa rumah seperti orang lain. Kesengsaraan hidupnya dikongsi bersama, isteri, 3 anak, ibu, menantu dan cucu.


Lihat buaian di kiri anak perempuan Subanati, Sibunga dan menantunya, Jimmy. Sambil berjalan membongkok, saya menghampiri buaian dan sekaligus hati sayu melihat 'penghuninya'. Bayi berusia 4 bulan, Musliana, tidur nyenyak, biarpun di atas, ribuan kenderaan lalu-lalang melintasi jambatan.


Beberapa minit kemudian dia terjaga kerana basah. Sejurus seluar disalin ibu, saya mendukung anak kecil ini.

Reaksinya seperti dijangka lebih awal, cuma pembaca tidak berpeluang mendengar jeritannya mengalahkan pitch tertinggi suara merdu Ning Baizura.


Manakala di pangkin kayu sebelah, anak lelaki kecil Subanati, anak perempuan remaja dan ibunya berbaring tanpa berlapik. Badan mereka panas, demam dan batuk, cuma diselimuti kain basahan lusuh.


Namun gambar saya rakamkan di bawah, berhampiran mereka mungkin membantu menjelaskan keadaan sebenar mengapa kesihatan kesemua ahli keluarga terbabit terjejas.  


Tikus merayap longlai, kelihatan tidak sihat dan aktif.

"Dia orang semua tak ada dokumen, jadi bila ditanya, mana dia orang tahu umur berapa sebab tak tahu bila lahir," ujar Pak Kassim dalam loghat Sabah.


Menurutnya lagi, di Sabah, palau'u juga dikenali sebagai 'Gypsy', kaum nomad berpindah-randah mengikut keperluan. Terima kasih Pak Kassim kerana sudi menjadi perterjemah bahasa dan terpaksa membongkok sepanjang penggambaran lebih sejam, membantu kami menjayakan tugasan ini.

Saya yakin, banyak lagi keluarga palau'u hidup merempat di Sabah. Jika pihak berkuasa tidak melaksanakan tindakan wajar sekaligus mengamalkan sikap 'tunggu dan lihat', imej negara pasti tercemar kerana pada masa sama kita menafikan hak asasi mereka sebagai manusia.

Kisah sepenuhnya akan didedahkan dalam program 999, jam 9 malam, 24 Jun 2010.

31 ulasan:

  1. Sungguh saya berasa kasihan terhadap mereka itu.

    Saya mendoakan mereka dapat hidup dengan aman dan sihat sejahtera

    Salam dari BLOG A-Y-I-E

    BalasPadam
  2. Apa lagi yang boleh diucapkan selain dari 'kesiannya...'. Apa kuasa pembaca seperti kakcik yang tak punya apa-apa 'kedudukan' hendak 'mengeluarkan' mereka dari sana? :(

    BalasPadam
  3. kesiannya... :(

    teringat ada seorang sabahan yg marah bila combi cakap masih ada orang sini yg masih daif dan naif.

    ngapa marah eh...?? tak faham laa ^.^

    combi dah 25 tahun kat sini bah...!

    BalasPadam
  4. kesiannya... :(

    teringat ada seorang sabahan yg marah bila combi cakap masih ada orang sini yg masih daif dan naif.

    ngapa marah eh...?? tak faham laa ^.^

    combi dah 25 tahun kat sini bah...!

    BalasPadam
  5. Soul searching needed here.
    Will make the world a decent place to live & legacy left.

    BalasPadam
  6. bagi subsidi kepada yang memerlukan macam di negara2 maju seperti unemployment benefit

    BalasPadam
  7. Salam Bro!

    Jgn lupe interview ADUN kawasan ini... saya nak sangat tengok apa reaksi dia...

    BalasPadam
  8. Syabas kerana mendedahkan dan mengetengahkan perkara sebegini. Di kala negara kita pesat membangun dan pendapatan melimpah ruah, ada lagi antara rakyat kita yg masih sebegini. Masyarakat dan kerajaan harus perihatan terhadap "tragedi" sebegini.

    BalasPadam
  9. baca entri ni buat saya rasa bersyukur sgt dengan apa yg ada... alhamdulillah..

    agaknya sbg rakyat malaysia yg pihatin, apa yg patut kita buat untuk bantu org2 camni eks...

    BalasPadam
  10. Bro.

    Entry kali ini memang menyedarkan saya untuk mengucapkan kata SYUKUR atas kehidupan. Rupanya ramai lagi orang yang perlukan bantuan dan perhatian di luar sana...

    BalasPadam
  11. sedihnye saya...bersyukur pada apa yang dikurniakan Allah... apa tindakan adun kawasan situ...?

    BalasPadam
  12. kesiannya diorang..daif sangat2...

    harap pihak yang berkenaan buka mata..bantulah meraka..

    kita yang hidup senang makanan dibuang2...aduii sedih la.....

    BalasPadam
  13. ada juga masyarakat nomad yg berpindah randah di malaysia ni..
    bayi berumur 4 bulan itu mesti tiada imunisasi lagi..

    BalasPadam
  14. balik2 kerajaan jugak yang dipersalahkan..... habistu takkan rakyat yang salah!!!! duit dibazirkan berbilion-bilion buat projek membazir hanya untuk memenuhi nafsu pemimpin setan, apa salahnya sekiranya duit tersebut digunakan untuk kesejahteraan rakyat dengan memberikan rumah dan bantuan kewangan kepada yang layak dan memerlukan.

    BalasPadam
  15. masih ada lagi yang hidup sebegini daif....moga pendedahan ini bawa kesedarn untuk semua

    BalasPadam
  16. nasib baik saya tak kerja dgn pihak2 tertentu kalau tidak seksa nakjawab..

    badan amal..Kemas, Adun..iman ..mukim..penghulu, JKK..tok penggawa

    BalasPadam
  17. Sapa Wakil Rakyat situ?
    Ahli Parlimen mana?

    BalasPadam
  18. Salam, tuan...
    Ana hari2 melalui jmbatan ni, x perasan pun kehadiran manusia di bawah jmbatan ni..
    Astaghfirullah....

    BalasPadam
  19. Bangkai tikus, sumber air tercemar, nyamuk, serangga.... peliknya... tak pula mereka ni kena penyakit H1N1, Malaria, Taun dan sebagainya... sedangkan org mcm kita kalau disuruh tinggal bawah jambatan seminggu mcm tu... confirm... mcm2 penyakit datang.

    BalasPadam
  20. A'kum. Saya pernah belajar di Sabah dan pernah melihat situasi ini. Laluan Tanjung Lipat kalau x silap saya jalan menuju ke Yayasan Sabah, DBP dan Bangunan baru kerajaan (bersebelahan UMS). Bersebelahan UMS pula tersergam indah 1Borneo - Kompleks beli belah yg baru dibuka.

    Bersebelahan "Istana" Subanati (tepian pantai) pernah diadakan peratandingan kapal layar. Di seberang jalannya pula terdiri megah Masjid Bandar raya. Sebelum ini di sekitarnya juga terdiri megah penempatan setinggan (dirobohkan sekitar tahun 2007-08).

    Jika benarkah kawasan itu adalah Tanjung Lipat, KK, gambaran itulah yg pernah saya lihat.

    Persoalannya mengapa keadaan ini masih ada di negara kita yg pesat membangun...

    BalasPadam
  21. Kesian family tu..tak perasan pun ada org tinggal kat bawah tu..harap2 family dpt bantuan..kesian budak kecik tu..klu tak kerana blog mazidul ni...saya tak tau pun ada org tinggal kat bawah tu...terharu tengok kesusahan mereka.semoga mereka dapat bantuan yang sewajarnya.

    BalasPadam
  22. thanks mazidul...sebelum ni kita xtau pn ada lg pnduduk yg merempat mcm 2....tindakan harus diambil oleh krjn n semua pihak untk memulihkan keadaan. syabas tv3

    BalasPadam
  23. Seduhnya tengok :(. Hampir setiap hari lalu jambatan ni, tak tau pulak ada keluarga yang "tinggal" disini...

    BalasPadam
  24. Kita doakan agar kaum 'palau'u' cepat dibela;

    Duit badan kebajikan kita terlalu banyak untuk membela mereka. Rasanya jika kita sayangkan Islam duit zakat kita pun boleh disalurkan kpd kaum yang miskin ini; dakwahkan mereka Islamkan mereka & belalah nasib mereka.
    (Musliana nama anaknya mungkinkah mereka ini beragama Islam?)

    Apa jua agama kaum ini mereka punyai hak untuk dibela, jika benar mahukan ke arah 1Malaysia.

    Badan NGO pastinya boleh memainkan peranan mencari jalan agar mereka jadi warga yang diakui milik negara.

    Bila perkara ini telah didedahkan janganlah buat endah tak endah!

    BalasPadam
  25. Mak aih...biar betul...dah 2 tahun saya kerja kat K.K,tiap2 kali menuju bandaraya K.K dari Teluk Sepangar saya guna jalan ni...tak pernah terlintas untuk berhenti dan tengok bawah jambatan nih....haddoi...saya rasa ni keluarga yg sebelum ni menginap kawasan sebelah masjid terapung tu (Masjid Bandaraya K.K,LIkas)

    BalasPadam
  26. huhu...kasihan mereka nih....untuk info semua: 2 thun lepas(2008) masih terdapat penampatan rumah betul2 sebelah tapak masjid terapung...sekarang tapak tu akan dinaikkan bagunan baru...tak silap saya bagunan sekolah agama....

    BalasPadam
  27. sedih nye tgk bayi tu.. :(
    sihat badan dia..
    semoga ada tindakan diambil utk membela mereka :(

    BalasPadam
  28. kesian betul...
    tulah kan..kita rasa kita susah... ada lagi org yg susah..

    sungguh menginsafkan..!

    BalasPadam
  29. sgt x sngka ada sgolongan mnusia yg hdup bgitu skali pd zmn skrg...sgt kcian...

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.