Isnin, Julai 27, 2009

Bola Ganjil Bercahaya

Saya pernah menulis entry berhubung ‘orbs’ sebelum ini.

Apa itu orbs?

Menurut [ ghoststudy ] ‘orbs are believed to be ghosts in the form of balls of light. They are life forms that travel in groups and are believed to be the human soul or life force of those that once inhibited a physical body here on earth’. Manakala menurut petikan di [ vampmalaysia ] ‘positive orbs are believed to be the spirits of the dead by many. However, other theories suggest that they might be separate life forms or even nature spirits. The problem is that many orb photos are false positives'. Petikan dari [ shadowlands ] mencatatkan ‘orb is the energy being transferred from a source (i.e. powerlines, heat energy, batteries, people, etc) to the spirit so they can manifest’.

Sejak setahun lalu tanpa mengendahkan takrifan sebenar, saya sering merakamkan gambar orbs, ‘bola bercahaya’ berbeza saiz di pelbagai lokasi. Terbaharu, sewaktu menjalankan tinjauan di Bukit Putus, Kuala Pilah, Negeri Sembilan 24 Julai lalu, saya dan krew 360 sempat ke Kem Pengakap Bukit Putus pada jam 8.30 malam. Sebelum itu, warden kem sama saya hubungi mengatakan makhluk halus dilaporkan sering mengacau ganggu pelajar sewaktu berada di kem terbabit.

Dua gambar di entry ini saya rakamkan di lokasi sama, berbeza waktu kira-kira 5 saat sahaja, tetapi tidak sama. Jika lensa kamera kotor, saya merakamkam gambar dipenuhi orbs terlebih dahulu berbanding gambar satu lagi. Andai fenomena berlaku kerana pengaruh cuaca, tempoh terlalu singkat.

Sebenarnya, banyak lagi persoalan lain masih tidak terjawab berhubung kewujudan orbs.

Orbs, pelbagai warna, antaranya merah, biru dan putih boleh dirakam menggunakan kamera digital pada waktu malam dan siang. Kelompok tertentu di negara barat percaya orbs, roh atau hantu. Golongan skeptic pula berkata sebaliknya. Manakala sebilangan mereka mendakwa ‘pakar’ dalam bidang fotografi mempunyai pandangan jauh berbeza.

Google ‘orb ghosts’, banyak maklumat berbeza boleh diperolehi berhubung entiti terbabit.

Apapun, kewujudannya menarik perhatian. Ada komen ingin dikongsikan?

* Baca [ Orbs ]

24 ulasan:

  1. Ada banyak fenomena yang dikaitkan dengan Orb. Antaranya, kadar kelembapan persekitaran, cuaca, lensa kamera itu sendiri, biasan cahaya mahupun kewujudan entiti yang dikatakan.

    Seperkara yang sangat tulen ialah, orbs wujud di dalam kamera digital sahaja dan sangat sukar dirakamkan dengan menggunakan lensa kamera SLR atau kamera-kamera ayam yang menggunakan filem mahupun polaroid. Lebih meyakinkan bahawa ia bukanlah enigma atau misteri yang perlu dikagumi ialah, kehadiran orb hanya boleh dirakamkan pada persekitaran malam, di kawasan yang kadar kelembapannya tinggi - maksudnya dikelilingi tumbuhan tebal dan kewujudannya tidak dapat dirakamkan di kawasan bandar atau di tempat kering.

    Pro dan kontra berhubung kejayaan merakamkan ORBS, sudah banyak diperkatakan dan dipertikaikan. Malah dalam beberapa kes, untuk mewajarkan gambaran orbs tersebut mengandungi wajah manusia, ada yang membuat lakaran pada orbs yang telah dibesarkan... dan kalau diperhatikan betul-betul, pixel di dalam setiap orbs akan membentuk wajah seorang manusia....

    Apa-apapun ketidaksengajaan ketika melakukan penggambaran boleh berlaku dan kita berjaya merakamkan sesuatu yang kita anggap sebagai makhluk alam ghaib meskipun mereka juga sebenarnya hidup di alam nyata... cuma disalahtafsirkan...

    BalasPadam
  2. combi pernah baca "kalau kita tahu ape yg ade pada waktu mlm,kita tidak akan berani keluar dari rumah pada waktu itu"

    hanya dia yg maha mengetahui..

    alam ini sgt misteri en mazidul.

    BalasPadam
  3. Abnormal kata,'orbs tidak dapat dirakamkan di kawasan bandar atau di tempat kering'.

    Terima kasih kerana terus sudi mencatatkan komen. Apapun saya kurang bersetuju dengan kenyataan saya petik dari komen saudara.

    Gambar orbs pernah dirakamkan di bahagian sekitar bangunan di bandar dan di dalam bilik kering tanpa penghawa dingin.

    Masih ada dalam koleksi saya dan saya percaya boleh dirakamkan kembali.

    BalasPadam
  4. en mazidul...apa kate en try amik gambar di tempat yang en ckpkan itu (sekitar bangunan & bilik kering) menggunakkan beberapa kamera yg tertera dibawah, mungkin en akan perbezaan yang dimaksudkan oleh abnormal itu:

    -DLSR kamera
    -Digital kamera
    -kamera HP
    -Film kamera
    -Film Lomo kamera

    btw, sensor setiap kamera berbeza..(utk digital)...hasil gambar yg diproses tentu tidak sama dgn yg lain..

    selamat mencuba~

    BalasPadam
  5. Neku, setakat ini saya pernah menggunakan kamera digital Olympus dan currently Canon G9.

    Macam mana jika awak mencuba apa dicadangkan?

    BalasPadam
  6. bagi aku...aku sokong tu di sebbkan kelembapan....or ader unsur2 air di ctu...
    coz camera aku pun kerap ader unsur2 orbs yg dikatekan....hehehehe....
    tiap2 kali snap mesti ader gamba bulat2 camtu...
    so bg aku tu bkn satu kes paranorma@mestri....

    BalasPadam
  7. Ryuji, hemat saya, ada baiknya awak membaca pandangan daripada pelbagai penyelidikan terlebih dahulu sebelum melontarkan komen.

    Saya sukar mempercayai kenyataan awak 'tiap2 kali snap mesti ader gamba bulat2 camtu'. Saya fikir ayat itu over exaggerated :)

    BalasPadam
  8. baru dengar hari ini pasal obr ni... menyeramkan..

    BalasPadam
  9. oh saya pun ade terpernah tangkap gambar 'orb putih'..hilang orb bila lense dilap bersih.. 'orb hitam' pun ade..itu payah sket..kene hantar NIKON malaysia bersihkan body/sensor SLR saya..saya pakai D80..

    ..post ini..menggelikan hati..maaf tak mampu bertahan untuk tidak komen seperti ini..

    BalasPadam
  10. Marlina, entahlah. Kekadang bila kita geli baca entry orang, orang geli tengok komen kita :)

    BalasPadam
  11. apa pulak yg menggelikannya marlina oii! x paham aku!! yang geli baca pasal kau lap lensa kamera.. ha ha ha..!! Lepas ni boleh ambil upah lap lensa bro MAS lak.. hik hik hik..

    sediakan tualanya bro...

    BalasPadam
  12. hehehehe...tu pandangn saye jer....coz gamba tu selalu jadi kt camera digital...sy ni mmng kurang dlm bab nie....tp cam marlina ckp la....bile kite bersihkan lens dah ok gamab nyer....
    tp dlm kes gamba bro maz nie...
    tak tau la cam manekan...so terpulg kt indivdu tuk menilai...di sebbtula tersedianya ruangn komen nie...hehehe

    BalasPadam
  13. post ni memberikan saya banyak info baru hari ni.

    utk org yang mahir tentang kamera & fotografi, mereka boleh komen ikut kepakaran mereka.

    tapi utk saya yang hanya ada kamera digital biasa, saya dapat ilmu baru hari ini. so, lepas ni kena lebih alert kat gambar yang di ambil.

    kot2 ada orbs gak.hehehe

    BalasPadam
  14. Alah..usik siket pon merajuk..hehehe..tapi seyes bro..istilah lense kotor tuh bukan lah berselut/berdaki..lense kamera ada kain khas untuk lap..and fenomena orb nih mungkin disebabkan sedikit debu yg kadang-kadang tak diperasan oleh mata kasar..and kalo lense tuh dilap dengan kain2 biasa, wap air mudah meruap kat lense..bukan sampai bertitisan..haih..ade sedikit..terutama kat malam dan kawasan yang sejuk berangin dan berkelembapan tinggi..

    anyway..tangkap la gambar orb nih siang2..saya akan pertimbangkan fenomena ini..

    makhluk halus ade je siang ke malam ke..kan?

    hehehehe..

    saya bukan tak percaya entiti2 yang dimaksudkan ada..cuma bukan begini agaknya 'mereka' menampilkan diri..bukan melalui keadaan peralatan yang diragui..

    BalasPadam
  15. Laaa..lense kalo kotor kene 'berus' ke sekang..tak boleh lap2 lagi?

    oooo...

    =) =) =)

    jangan marah bro/sis!

    BalasPadam
  16. kalo nk citer bab orbs nie kena tanya org2 pakar camera la..slalu mmg berkait rapat ngan entiti..setakat pengalaman yonz blum lagi dpt amik gambar orbs di siang hari..masa kt PD dulu pun masa senja bru orbs kelihatan..kalo nk kata kelembaban trjadinya orbs tak tau la..yonz pun ada pic dlm rumah ada orbs..kalo rajin cari..di internet ada pic orbs di mekkah masa org buat haji..happy searching..

    BalasPadam
  17. Mungkin 'orbs' ni adalah sesuatu 'benda' yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar. So, bila kita ambil gambar, dia membentuk 'orbs' ni.. Tapi rupa yang sebenar belum dapt di terjemahkan dalam rupa yang sebenar. (sekadar andaian)

    BalasPadam
  18. Harap-harap ada juga gambar yang 'menarik' termasuk dalam kamera crew2 kali ni ye. Boleh kita kongsikan bersama.

    BalasPadam
  19. saya pun ada beberapa gambar yg ada bulatan2 kecil nih...
    selama ni saya kehairanan..
    sila tgk gambar di blog saya...
    thank Mazidul..

    BalasPadam
  20. sebenarnya kami mempunyai bahan bukti dimana..daripada mula nya kemunculan orb dan seterus nya ke voteks dan ke ghost light dan muncul nya lembaga hitam..baru anda mahu percaya bahawa ini ialah salah satu benda didalam cabang kajian paranormal..orb ialah roh ataupun dipercayai kenderaan bagi makhluk halus untuk bergerak..isu orbs memang tidak pernah habis sehingga hari ini..tetapi isu ini sudah lapuk dibincangkan..kerana isu ini wujud sejak 1893..

    BalasPadam
  21. Orbs bagi sy adalah benar keujudannya lantaran tak semua kita bertuah dapat melihatnya dengan mata kita pun merakamnya dgn lensa kamera.

    Mat Saleh panggil orbs mungkin secara kebetulan ternampak dalam imej kamera mereka.

    Tapi kita sebagai orang Islam jangan rasakan penemuan ini bagaikan satu perkara ringan & senda gurauan.

    Kita kena banyak membaca, mendengar, berlajar, kena berguru, dengar ceramah atau sering-sering mendekati diri dengan ilmu agama. Maka apakah perkara ghaib ini ujud atau entiti atau karut marut belaka. Agama Islam mengatakan dengan tegas Ianya memang ujud. Cuma kita yang tak bertuah lantaran tidak dapat melihatnya. Para Nabi & Rasul memang telah melihat benda ghaib ini.

    Ada ketikanya kita tidak ada hak untuk komen bila perkara benar & ghaib ini ujud seperti Kisah Asif Barkhiya, seorang wazir atau menteri Nabi Sulaiman a.s. Mengenai istana Ratu Balqis, yang diangkat dan dipindahkan oleh tenteranya orang-orang halus dari Yaman ke dalam kerajaan Nabi Sulaiman dalam waktu sekejap mata sahaja.

    Ini semua atas keizinan Allah Azzawajalla pekerjaan Jin makhluk-Nya yang memang diarah & dizinkan memindah istana Ratu Balqis.

    Bayangkan jika ada digital kamera di zaman Nabi Sulaiman a.s. Bukan mustahil telah ujud imej Orbs jika Allah SAW tidak mengizinkan gambar Jin dirakamkan, maka terjadilah bentuk-bentuk bulat atau aneh begitu. Jika memang itu kehendak Dia.

    Dalam respon blog ini sy perasan ada kalangan mereka yang menulis mengikut kepintaran Ilmu Sains atau Ilmiah yang diperolehi dari pembacaan atau berguru dengan buku kajian kaum kafir. Tetapi kalangan ini lupa akan isu keagamaanya di sebalik kejadian aneh atau ghaib.

    Saya teringat seorang rakan saya orang seberang; warga Aceh buat penyelidikan Masternya di makmal saya. Sy memang kerap terserempak di makmal dengan bebenda ghaib ini, seperti Lembaga Hitam seimbas menyergah saya, terkadang seperti Lembaga Putih melayang ketika lewat malam atau dinihari. Dia tergelak besar dengan cerita sy. Malahan dia tetap berdegil buat kerja sampai ke larut malam, terkadang sampai cerah hari sendirian. Siap dia cakap!

    "Kita manusialah Abg iDAN, makhluk paling mulia berbanding Jin Syaitan semua tu.. nak buat apa takut dengan mereka"

    Kita selalu lupa Jin juga ada kafir & Islam seperti tercatat dalam Al-qur’an surat al-Jiin ayat 11 disebutkan,
    "Dan sesungguhnya di antara kami ada orang-orang yang saleh dan di antara kami ada yang tidak demikian halnya. Adalah kami menempuh jalan yang berbeda-beda."

    Tak lama lepas pelajar ini ketawakan saya dia betul-betul jumpa lagi teruk dari apa yang saya temui, siap dia nampak seimbas Lembaga Hitam tersebut berantai kakinya bagai banduan zaman dahulu. Bunyi seretan rantainya amat nyilu... mengejutkan lagi menyeramkan hingga pelajar ini demam panas esok harinya.

    Sejak itu dia memang tak berani kerja sendirian di waktu malam lagi.

    Moralnya ceritera ini sy berharap kepada para bijak pandai di zaman moden ini; Jangan sesekali kita rasakan kita yakin segala ilmu yang kita ada itu adalah terbaik & benar belaka tanpa kita rujukkan kpd agama kita; selarikah atau sealirankah dengan Ilmu agama kita.

    Lagipun perlulah diingat Ilmu Dia Nan Esa jauh lebih bijak dari ilmu kita telaah atau kejar sampai ke Negeri China; bersyukurlah bagi mereka yang punyai penuh keyakinan bahawasanya keujudan perkara ghaib atau syaitan, jin semua itu tetap ada. Bukan kamera sahaja boleh merakamnya jika diizinkan Ilahi malahan mata kita sendiri adalah anggota terdekat yang bakal merakamnya nanti...

    Tak percaya sila tunggu ketika nyawa kita yang bakal dicabut oleh Malaikat Maut Izrail nanti. Baru tahu wajah makhluk ghaib & anggota Malaikat Maut ini bagaimana..!?.

    BalasPadam
  22. Rahmat, terima kasih kerana sudi melontarkan pandangan profesional awak di blog ini.

    Ramai antara kita melontarkan pendapat tanpa ilmu lengkap. Justerum tidak hairan jika perkara benar kita kata salah, perkara salah kita katakan benar.

    Manusia dan fitrah, begitulah.

    BalasPadam
  23. sama sama abg mazidul..

    Idan..saya sokong sepenuhnya pandangan awak..kita hamba allah lagi hina dan lemah dan serba kekurangan..tidak salah kita mengkaji kebesaran allah didalam alam paranormal dengan memberi pelajaran sains seperti mana ada jurusan dalam ghost study di luar negara..kerana orang malaysia cetek pengetahuan mereka dlm sains..hanya pandai santau orang jea..

    BalasPadam
  24. Bagaimana orbs bergerak? cuba ambil gambar beberapa kali di 1 tempat, mungkin kita dapat lihat orbs berubah tempat....

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.