Isnin, Julai 20, 2009

Umno Nampak Hantu

“Ada hantu ke di sini?,” soal saya kepada Umno.

Umno, 32 tahun, orang asli suku Temuan, pekerja PLUS saya temui di kawasan rehat Rawang, Selangor petang tadi.

[ Umno, berbaju kuning ]

“Ada, saya nampak orang tua dengan anak kecil di belakang tandas. Dia pakai baju putih macam orang hendak pergi sembahyang, kopiah putih. Dia bukan berjalan, melompat, jauh. Bila saya periksa tidak ada siapa pun di tempat itu,” jelasnya.

‘Jauh’, hampir 2 meter. Umno berasal dari Kuala Kubu, Selangor, bekerja sebagai cleaner hampir setahun di kawasan rehat terbabit bersama rakan berketurunan sama, Norhayati, 22 tahun.

“Awak pernah terjumpa?”

“Saya sudah tiga tahun kerja shif di sini dari pukul tujuh malam sampai tujuh pagi. Nampak hantu tiap-tiap malam,” kata Norhayati selamba.

Biarpun jam tangan menunjukkan jam 6.45 petang, bulu roma saya meremang.

“Saya biasa nampak orang tua sama ‘melompat’ dengan anak dia pukul dua pagi. Tapi dia tidak usik orang. Bila hujan panas lagi senang nampak macam-macam. Perempuan lintas jalan dengan tiga anak dia, dua perempuan, seorang lelaki, pun ada, kemudian hilang,” ulasnya.

“Kawasan ini selalu accident, ramai mati. Dia orang tidak jumpa jalan ‘balik’,” kata rakan mereka, perempuan berusia lebih tua.

Jika wartawan akhbar Harian Metro mengetahui kejadian terbabit, saya percaya mereka akan bergegas bertemu Umno dan Norhayati.

Apapun, biarlah laporan ditulis tepat dan bukan direka cipta :)

* Pemenang 'Teka dan Menang' diumumkan di post sama, sila semak.

36 ulasan:

  1. Mazidul..mcm perli aje.Hari ini polis memberitahu yang 'Restoran berahi'tidak wujud.Satu rekaan cerita bagi wartawan yang saya kira tidak beretika.Wartawan-wartawan seperti ini sepatutnya jangan diberi tmpat dalam melaporkan berita kerana ianya boleh menghuruharakan masyarakat.Lapor berita yang sahih saje..ok

    BalasPadam
  2. MOGA saya tak jumpa hantu dan tak nak jumpa hantu atau benda ghaib lagi kecuali nak jumpa NABI khidir ..jer..

    bila nampak hantu susah buat kerja.

    BalasPadam
  3. Terkejut saya baca tajuk post ni...ingatkan parti UMNO yg jumpa hantu...hehe :p

    BalasPadam
  4. ada jugak org bagi nama anak umno ye. hehehe

    BalasPadam
  5. RAYSS, cakap sahaja wartawan Harian Metro, bukan semua wartawan.

    Tijah, tengoklah mungkin dalam beberapa tahun akan datang, ada orang asli bagi nama anak PKR, PAS, Bebas :)

    Azrul, sebab itu saya eja Umno, bukan UMNO.

    Zeq, kalau teringin jumpa pocong, pergi ke Jengka 4, Pahang :)

    BalasPadam
  6. Saya pernah berhubung dengan seorang daripada wartawan Harian Metro didakwa mereka cipta kisah pelayan berbikini di Kuala Lumpur, berita muka hadapan akhbar sama minggu lalu.

    Sebelun ini dia secara jelas menulis berita TIDAK tepat berhubung kes saya. Saya menasihatkannya usah menulis berita tidak pasti. Tambahan pula dia wartawan baharu bertugas di meja jenayah.

    Nampaknya, nasihat saya sebelum ini tidak diendahkan. Jadi, whatever you do, it will come back to you :)

    BalasPadam
  7. Bro mazidul, wartawan boleh tulis apa saja..cerita betul atau rekaan tapi bagi sy yg paling penting tu..sapa ketua bahgian suntingan. Kalu dia betul2 wartawan dia takkan 'release' atau benarkan anak2 buah dia tulis merapu.. tapi kalu dah bapa borek..anak rintik la..

    BalasPadam
  8. Sementara nak paham perkataan umno tu. berkali juga saya baca perenggan yg mula2 tu. nama org ke nama parti. hehe. org asli ni mcm2 nama. nak tau jom keje dgn jab hal ehwal org asli.

    hairan juga la akhbar yg 1 ni. xde tindakan dari pihak berkuasa ke?? pembaca dan pembeli akhbar tu pun ramai juga..

    BalasPadam
  9. sesiapa yang berminat komunikasi dgn hantu..

    -kem alazhar..morib.. gigi air..semasa maghrib atau subuh..

    -hotel seri Malaysia Ipoh bawah pokok bunga tepi koridor..

    dan banyak lagi..

    tapi nasib saya baik walaupun perbezaan seminit dgn insan lain, 3am atau waktu solat subuh atau magrib melepasi lokasi tersebut, tidak pula dibuka tabir mata..SYUKUT buat ILLAHI.. (bukan riak tapi Syukur..)

    BalasPadam
  10. bro MAS,
    tajuk mengelirukan.. hehehehe..

    tgk paper semalam ada org nampak pocong! Adakah itu juga jadi-jadian macam kes restoran berahi??

    BalasPadam
  11. Kes pocong semalam, tidak berapa pasti. Jika berita muka hadapan boleh direka cipta sebelumnya, saya pasti mereka akan lebih berhati-hati. Harapnya lah :)

    BalasPadam
  12. Panggil la Pemburu Hantu Astro ke, Uncle Seekers ke.. hehehe mesti dorang teruja benda-benda macam ni kan!

    BalasPadam
  13. harian metro dah jadi cam tabloid lain2 dah..sbbnya dia org nak meletupkan dan melariskan pasaran akhbar dia orang

    BalasPadam
  14. Bro Maz

    Hantu tak bahaya pun

    Tak pernah ada laporan rasmi PDRM mengatakan ada orang dicekik hantu.

    Yang jadi hantu ramai lah.

    Nota: Dah tau awal awal Harian Metro cuma nak melariskan akhbarnya. Gambar gambar tu dapat dalam email sathun dua yang lalu dan tempatnya adalah di Bangkok, Thailand. Harian Metro dah hilang arah sebab harga mahal, akhbar lain cuma RM1.00 dan wartawannya macam tak cukup aqal dan kurang pengalaman, serta tidak perihatin kepada perkembangan semasa.

    BalasPadam
  15. Alid, should read Harian Metro semalam berhubung kes pocong.

    Hairan, penulis kata saksi merakamkan gambar nampak pocong merenung tajam ke arahnya. Hebat mata dia, dalam gelap boleh nampak mata tetapi andai diminta terangkan mengenai muka pocong itu, mesti kata tidak pasti :)

    BalasPadam
  16. ooo patutlah ada pwartawan Harian metro belanaj saya,, lepas makan nasi sakit perut..(mungkinla duit yang pembaca beli tu menyumpah tak HALAL,tertipu )

    BalasPadam
  17. Nyonya, sebenarnya boleh 'meletupkan' jualan surat khabar menggunakan pelbagai marketing strategies tetapi hemat saya jangan sampai gambar di Satun, Thailand didakwa dirakam di Malaysia. Melampau. Ingat pembaca di negara kita bodoh?

    Kekadang di kalangan wartawan mereka ingin scoop anda satu sama lain. Apapun kaedah biar bersesuaian, bukan sampai memaparkan berita tidak benar. Tambahan pula circulation Harian Metro banyak, I think it is almost 600,000 copies perday.

    Kepada seorang daripada wartawan terbabit menulis paparan 'Restoran Berahi', Firdaus, harus beringat, apabila orang lebih senior melontarkan pandangan dan peringatan, fikir dan pertimbangkanlah. Etika kewartawanan seharus dijaga sebelum artikel 'hebat' diserahkan kepada editor. Jika 'input' salah, 'ouput' sama hasilnya.

    Editor tidak pergi ke lokasi, dia hanya memantau kandungan artikel melalui tulisan wartawan. Dalam kes ini, wartawan dilaporkan tidak membuat tinjauan menyeluruh. Saya bersetuju apabila mereka disiasat mengikut Seksyen 8A Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 kerana menyiarkan berita tidak benar dan berniat jahat.

    Akhbar memerlukan sekeping gambar manakala TV memerlukan visual panjang sebelum disunting, biarpun ceritanya hanya 2 minit.

    Itu perbezaan ketara.

    BalasPadam
  18. Salam,

    off topic sikit.. sori...

    Dlm usaha kerajaan ingin melahirkan masyarakat Malaysia yg berilmu.. tp akhbar cam Harian Metro melakukan yg sebaliknya.... dari cerita hantu... tangkap basah... artis cerai... restoran berahi... dah takde citer lain ke dlm dunia nie... kita semua tau Harian Metro adalah tabloid no 1 Malaysia.. tp adakah kita ingin sogok pemikiran org Malaysia dgn fakta murahan seperti itu... camne la otak nak kembang... IMO, Harian Metro adalah tabloid murahan yg tak menyumbang ilmu pada masyarakat.... tp, yg menyedihkan... org Malaysia lagi suka baca gosip artis... citer hantu... politik.... dr nak membaca bacaan yg lebih ilmiah... org lain dah sampai bulan la... org kita masih dok tumpang roket org...

    p/s: i wud rather read a catalog when am doing my 'thing' then read Harian Metro....

    BalasPadam
  19. Bro Maz

    Kalau akhbar paparkan berita tidak benar,

    1. Adakah mereka akan di ambil tindakan oleh mana mana pihak?

    2. Adakah mereka juga akan didakwa di bawah Akta Percetakan & Penerbitan?

    3. Adakah mereka tidak cukup makan?

    4. Adakah mereka gembira sepanjang hidup kerana berjaya menipu sesetengah pihak?

    5. Adakah berkat hidup mereka? (yang ni zeqzeq boleh tolong jawab...)

    6. Adakah wartawan mereka akan di buang kerja dan hidup mereka akan hancur lebur kerena meeka tidak dapat kerja lain selepas ini, mungkin mereka akan bekerja dengan along, tukang tarik kereta dan sebagainya

    BalasPadam
  20. masih lagi kisah hantu.
    bercakap pasal hantu ni memang menyeramkan. kalau tgk pun memang seram. tapi, meminjam kata2 ceplos tv9, hantu tu pun makhluk Tuhan macam kita. so, tak perlu takut.
    tapi, org melayu mmg suka hantu2 kan??
    kalau org cina kita akan bayangkan hantu yg lompat2 tu. kalau hantu india camne ek??
    kalau ada kisah mengenai hantu versi india, sila bgtau saya yang tak tau ni.

    BalasPadam
  21. Bro Maz

    Tumpang jap ye, nak interframe asilahmuhajer

    hantu India memang kita susah nak jumpa, sebab dia pemalu, lagipun dalam gelap... apa yang boleh nampak pun... he he he sensitive ni...

    pernah jumpa hantu Myanmar, tapi jadi tak takut, sebab tak faham pun apa yang dia cakap... he he he

    BalasPadam
  22. halamak...saya mmg suke baca harian metro pown...
    huhu...ape la...cam nih pown bulih jadi...
    hurm...bahaya nih...maklumat disampaikan tak tepat...satu malaysia percaya ooooo....

    BalasPadam
  23. lepas nih harap2 wartawan2 yg mcm wartawan HM ambil iktibar dari kes seperti ini.. jgn sewenang2 buat cerita sensasi..

    BalasPadam
  24. lepas nihkalau baca harian metro kena pikir byk kali la nak percaya atau tidak

    BalasPadam
  25. Agree with Bro.. Kalau reporter H.Metro tau, mesti confirm diaorang masukkan cerita ni..

    BalasPadam
  26. Kira berani jugak si Umno dengan norhayati ni ek.. huhu.. Kalau sayalah, sekali jumpa je, confirm besok notis mohon berhenti kerja di hantar.. tak sanggup Bro. haha

    BalasPadam
  27. Hantu ni tak usik orang asli kot.. sebab orang asli jarang usik orang.. haha.

    BalasPadam
  28. bab yg ini selagi sy x nmpk dgn biji mata sy sendiri sy x percaya

    BalasPadam
  29. aik...dieworg tak takut ke??halamak...saya nih dgr bunyi pown dah tegak bulu roma...
    hurm...
    yg pasal wartawan tu saya rase mereka perlu memberikan maklumat yg tepat kepada pembaca...sbb satu malaysia bergantung isu² semasa kepada mereka...selaen dari media elektronik...media cetak jugak penting...harap² tak jadik lg la perkara cam nih..

    BalasPadam
  30. entah2 wartawan HM terus g cari Umno & Norhayati nih jugak.. leh buat citer muka depan lagik..

    BalasPadam
  31. pun ingat ahli umno tadi..

    panggey seekers soh siasat.. jgn kne ngn wakenabeb lg sudah laa...

    BalasPadam
  32. la...yg rq komen haritu takde ek???

    rq ada komen..tk smpai kot..hauhauau..

    i thought UMNO tu refer kpd BN..hauhauah..nama org rupenye...

    BalasPadam
  33. tak pyh gi jengka 4 nak jumpe pocong tu..g je jengka areQue...

    jiran2 slalu ckp nmpk bende aneh kat umah rq..

    takut gak..tp mls caya..

    yg pnting..Allah ada!

    kita hanya perlu takut pada Allah..
    bukan pd mkhluk lain..:)

    BalasPadam
  34. benar bg areQue ckpkan.. kita perlu takut pd Allah.. insyaallah selamat hidup..

    BalasPadam
  35. kak nyonya..u'r truly my supporters...

    luv u!

    hauahuahuahuahuah....:)

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.