Rabu, Julai 08, 2009

PSSMI Dimansuhkan

Terkini, di Putrajaya, Timbalan Perdana Menteri membuat pengumuman PSSMI dimansuhkan selepas 2012.

Maksudnya, subjek Sains dan Matematik di sekolah rendah dan mengengah akan diajar semula dalam Bahasa Malaysia.

Desakan beberapa sasterawan negara akhirnya didengar biarpun perubahan mengambil masa. Bagaimanapun kerajaan berhasrat lebih memantapkan pengajaran bahasa Inggeris di sekolah.

* Jika menggunakan perkhidmatan amah Indonesia, ajak mereka menonton 360, jam 9 malam ini berjodol 'Kisah Amah' di TV3

38 ulasan:

  1. Bagus!! sy sokong. Bahasa Malaysia Melambangkan Negara Malaysia..!! (semangat nih) :)

    BalasPadam
  2. Belum ada lagi dalam sejarah dunia negara yang maju kerana bahasa inggeris.

    BalasPadam
  3. Bro Maz

    Okay juga tu

    Beri orang kita bijak dalam bahasa sendiri dulu... Bila dah bijak nanti baru belajar bahasa Inggeris.

    Kalau 360 tu dibuat koleksi DVD atau VCD boleh tak?

    Mesti ramai yang beli tu...

    Pada anggaran saya, cetakkan pertama mesti 500,000 keping SOLD-OUT.

    Agaknya lah...

    Kalau salah jangan marah...

    He he

    Nota alid: Kisah benar, belajar cakap Melayu masa darjah satu di sekolah, masa kecik kecik orang kampung semua cakap German he he he Jawa... Tanjong Karang wak'e

    BalasPadam
  4. kerajaan telah mengambil keputusan yang tepat..

    BalasPadam
  5. tetapi kenapa kena tunggu hingga 2012 baru nak dilaksanakan perubahan itu. Dalam masa 3 tahun ini macam-macam boleh jadi.

    BalasPadam
  6. tak bagus! menyusahkan anak bila mereka ke U mula lah terkapai kapai ...semua buku rujukan dlm BI...sebab tu sektor corporate tak ambil org melayu sgt, nak berckp dlm Eng tergagap...tak rugi kalau tau byk bahasa, kebolehan perlu dipelbagaikan... percayalah...15-20 akan dtg rakyat Msia majority mungkin graduate,masa tu mgkin nak cari kerja pun susah, tapi kalau setakat tau BM cari keje kat Msia je la, kalau tau Eng boleh cuba nasib di luar negara mcm org India di India...

    BalasPadam
  7. alhamdulillah..igtkan tak paham..macam aku ni..kalau nak beljaq bahsa jepun, takkan aku nak kena msuk kelas math n sains lam bahsa jepun..

    BalasPadam
  8. Ini bermakna tiada lagi pengajaran science and mathematics in english after 2012. Sokong 110%..

    BalasPadam
  9. Bagus la...sokong 100%...bahasa menunjukkan bangsa... :)

    BalasPadam
  10. Apa yang diumumkan ialah kedua subjek diajar dalam bahasa Malaysia (excuse me, bukan Melayu), dan akan diberi penekanan terhadap Bahasa Inggeris, dan ini satu langkah yang baik, dan sepatutnya dilakukan dahulu lagi.

    Perlu ada sokongan yang bertingkat dan berganda untuk pelajar memahami dan dapat berbahasa Inggeris, melalui subjek itu sendiri.

    Dulu, zaman saya sekolah, ada hari tertentu dijadikan hari Bahasa Inggeris dan ia sekaligus menjadikan bahasa itu dapat dikuasai dengan baik. Dulu takder National Geographic.

    Hari ini dah ada NG. Kenapa guru kita tak inovatif dan menjadikan National Geopgrahic itu sendiri sebagai salah satu assignment bagi subjek bahasa Inggeris? Tanya guru bahasa Inggeris kenapa National Geographic.

    BalasPadam
  11. tak tau nk cakap keptusan yg bagus atau bodoh...

    sian kat anak2 skrg...jadi pening la balik gayanya...

    BalasPadam
  12. bro~~pandai nyanyi(jgn tidur lagi~lagu masa kecik-kecik)sedap sore nyaaa~~~

    BalasPadam
  13. nak ckp setuju pun x brape setju.. sebab english penting untuk masa depan.. kita kene tgk masa depan.. dan blajar trima perubahan...tp mkin cara pembelajaran english di sekolah2 di malaysia perlu di ubah.. bkn ngajar matematik dn sains dlm english.. itu xkn mbantu .. tp merosak dan menambah tekanan pada kanak2. dari tekanan 2... semau subject xblh nk tumpu .. ini pendapat saya

    BalasPadam
  14. smapai bile rkyt akan diperbodohkan oleh mereka yg berkepntingan mcm ni yer??

    BalasPadam
  15. HAI REMARENA

    OIANAGAN TENGOK KEPADA ORG BANDAR...RAMAI LAGI ANAK KAMPUNG YG MERANA.....YANG PANDAI NAK MASUK U...KENA LA BELAJAR BAHASA. MACAM ORG NAK KE OVERSEA..ADA KURSUS INTENSIF...

    BalasPadam
  16. sistem demokrasi telah memansuhkan ia. lawati htpp://crozera.blogspot.com ada ulasan tentang PPSMI oleh saya.

    BalasPadam
  17. angin politk boleh berubah lagi tak?

    tukar lagi..

    BalasPadam
  18. ada pro dan kontranya.. cuma sket terkilan perubahan2 ini mengganggu proses pembelajaran anak2... bg saya secara personal.. pssmi ini bagus amat bagus sekiranya perlaksanaannya dibuat dgn rapi.. termasuk penyediaan guru2 yg betul2 berkebolehan.. tp yg menjadi masalah apabila ada guru2 sendiri yg tak mahir dlm english...sepatutnya dibuat penambahbaikan pd program pssmi ini... ini pandangan peribadi saya.. budak kg atau budak bandar bukan masalahnya jika kita bersedia dgn segala keadaan dan situasi dlm memantapkan program ini..

    BalasPadam
  19. sejak subjek maths & science dlm b inggeris combi tgk anak combi makin bagus BI dia..

    dia ckp dia mmg suke BI..so apapun kalo nak seribu daya.betul tak??

    anak combi ni suke main game on9 so disini dia bole improve lagi BI dia.. :)

    BalasPadam
  20. Tahniah kepada para pendesak (demonstran)... Jepun, Perancis, Jerman, Rusia pun guna bahasa sendiri dlm P&P...Mereka boleh maju...Why not Malaysia? BM bahasa kita...gunakan dan martabatkan di peringkat dunia. Siapa tahu...pelajar asing yang belajar di negara ini, mereka perlu belajar Math, sains, atau bidang yg mereka ikuti dalam B.Melayu...

    BalasPadam
  21. siapa yg rugi sebenarnya?
    orang melayulah, bangsa lain memang diajar BI sejak dari kecil?
    Kenapa bapak2 menteri sekarang pandai BI - sebab diorang belajar aliran Inggeris!
    Sedih......

    BalasPadam
  22. biar dieworg pakar dalam bahasa ibonda dulu...saya sokong cadangan memantapkan lagi subjek B.I disekolah...
    kite tgk keputusan yg agak menyedihkan bila ramai anak melayu kite fail kaw² paper dieworg..
    kesian...

    BalasPadam
  23. Salam.

    Setuju mansuh, cuma dah agak terlewat. Patutnya sebelum buat PPSMI tahun 2003 dulu buat kajian dulu, tanya pendapat pakar2 pendidikan, bukannya ikut logik akal dia sorang je..

    PPSMI adalah tentang anak2 sekolah umur 7 tahun sampai 17 tahun. Sekolah rendah adalah asas segala2nya. Kalau di sekolah rendah anak2 tu dah tak dapat kuasai maths dan sains disebabkan halangan bahasa, apa kesudahannya?

    English penting, tapi bukannya masukkan dalam maths dan sains. Nak bagi anak2 menguasai english, perkasakanlah subjek english tu sendiri. Apa yg pening sangat nak suruh budak2 mengira tolak tambah darab bahagi dalam english? Disebabkan halangan bahasa tu lah, mereka jadi hilang minat langsung kpd maths dan sains. Anak2 kita yg duk bandar ni o.k lah jugak. Cuba tengok anak2 kampung, anak2 felda, anak2 pedalaman tu...

    Bila budak2 tu dah lepas SPM, nak masuk u, mereka dah di tahap lain. Mereka dah ada asas yg kukuh. Pada masa tu, apa jugak sistem pengajaran mereka boleh adaptasi dengan mudah. Tapi anak2 sekolah lain...sebab tu lah kena bagi asas yg kukuh dalam bahasa ibunda dulu.

    Saya buat analogi mudah macam ni lah... :

    Kita nak tak anak2 kita pandai dan bijak dalam bidang agama? Ha... nak kan?

    Ok...kita buat dasar wajibkan pelajaran asas agama diajar dalam BAHASA ARAB !

    Sebabnya, rujukan utama syariat Islam adalah dalam bahasa arab. Kitab2 ulama' tersohor dalam bahasa arab. Lebih2 lagi, Al-Quran adalah dalam bahasa arab.

    Nak belajar wuduk, kena ajar dalam bahasa arab. Nak belajar cara solat, ajar dengan bahasa arab.
    Akhirnya budak tu fed up nak belajar sebab tak paham apa gurunya cakap.

    Amacam? setuju?

    Tak setuju kan... Haa.. macam tu lah jugak ngan maths dan sains ni.

    So, kita renung2 kanlah ye...

    BalasPadam
  24. tk paham knapa lak PKR tak puas hati ble bnda ni dah mnsuh....

    dulu tak suke sgt...sampai bantah2.. n Nizar pun mnyatakan ketidaksetujuannnya...

    alih2..knapa lak tk suke bile kabinet nk mansuh???

    saja nak main politik ke saja nk mncetuskan kekacauan anak bangsa melayu kita??

    hhahhahahhahhahahhahhahha

    bak kata kawan aku pagi tadi.."bangang btul la kerajaan kita ni..buat dasar tak habis.."

    ????

    BalasPadam
  25. apa2 pun bg saya mmg saya nampak ada kebaikan pd anak2 saya sejak mereka melalui proses pembelajaran dlm PSSMI ini..bg saya ianya satu kerugian bila dihentikan. saya sependapat seperti saudari Ecah & saudara Asrul.

    BalasPadam
  26. areQue: PKR apa2 keputusan kerajaan pun dibantah mereka.. dah nama pun pembangkang.. hehehe ignorekan ajer pendapat mereka2 itu..

    BalasPadam
  27. berkenaan contoh penggunaan bahasa arab utk belajar agama...
    saya yakin kalau diwajibkan semua pelajar akan mahir dlm bahasa arab, budak2 senang dibentuk, tahfiz sendiri diajar pd usia mudakan?
    Nak perkasakan BI dulu? macamana nak perkasakan kalau cikgu2 sendiri dtg dari aliran BM (saya bukan persendakan cikgu).
    Ayah & ibu saya asal dari kg tapi blh bertutur dlm BI sebab dipaksa oleh aliran BI suatu masa dulu...
    Saya? 18thn dtg KL baru nak belajar, dah ok sekarang tapi alangkah baiknya jika saya mahir sejak darjah 1...

    BalasPadam
  28. cadangan saya, wajibkan juga pelajar credit BM dlm SPM utk lulus supaya BM sama naik dgn ENG... English memang penting tapi BM itu wajib.
    Saya cadangkan saudara Mazidul mengupas kelemahan bangsa lain menguasai BM dlm 360. Bandingkan dgn bukan melayu di pantai timur...

    BalasPadam
  29. nyonyacyber : rq bebas!!!!!!!
    tk leh cmpor urusan kerja ngn politik...

    bosan krana negara lbh pntingkan isu politik dr cuba mnyelamatkan kanak2 yg hilang sprt sharlinie...

    mana taknya?
    polis lbih sibuk dok jaga keselamatan tagkap org wat rusuhan n prhimpunan dari keselamatan rakyat yg hilang ntah ke mana...

    mana2 pown sama..sengaLLLLLLLL jer..

    so...dok tgh2..malang snguh..

    BalasPadam
  30. sapa yg suke sgt PPSMI mansuh tu..pi la jengah http://chedet.co.cc/chedetblog/

    tgk la sndiri apa kputusan poll undian yg dibuat...

    ksian..mnteri skrg kurang berkelayakan dlm mmpin krana bg mreka..bkn rkyt yg dpntingkan..tapi nk mngglamorkan dr dan bg idea baru tntg dasar baru..

    kononnya setiap mnteri nk buat dasar baru..tp buat dasar tnpa prnh brfikir apa kpntingnnya..

    yg tau..nk gile kuasa n nk tnjuk konon dasar yg mereka buat tu hebat sgt la konon2nya..

    yg ksian..nasib bangsa melayu yg terus diperbodohkan dgn pmimpin mreka yg sebegitu..

    BalasPadam
  31. sampai sekarang aku masih lagi berbelah bahagi pasal ni.
    baik buruk sama rata..
    mmg aku tak boleh buat keputusan mana satu baik or buruk..

    BalasPadam
  32. kalau melihat pada geraf, memang ada penurunan dari segi pencapaian A, B dan C untuk pelajaran matematik bagi SPM tahun 2007-2008. Ini menunjukkan PPSMI yang diperkenalkan pada tahun 2003, bermakna mereka mengambil SPM pada tahun 2007...memang ada penurunan ketara, baik di bandar maupun di luar bandar. Yang baiknya pula, pencapaian BI kian meningkat, dari tahun ke tahun, dari tahun 2003.
    Jadi keputusan adalah tepat kerana kita tidak mahu pelajaran sains anak2 kita terus keciciran. Pemantapan BI dan pemahaman Sains dan Matematik adalah lebih penting.

    BalasPadam
  33. mujur sempat dimansuhkan sebelum bahasa ibunda makin dipinggirkan sehingga dilupakan terus.Halangan bahasa tidak pernah wujud di dalam mengejar ketamadunan yang lebih baik.

    BalasPadam
  34. Masih dalam kajian.. sokong 100% ubah ke BM. http://adf.ly/2NlEa

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.