Jumaat, Julai 24, 2009

10 Tahun Penjara Untuk Pengamal Hubungan Sejenis

Saya petik berita dari New Delhi, India sebagai renungan bersama.

Pasangan melakukan hubungan sejenis seperti ‘gay’ di India boleh dijatuhi hukuman 10 tahun penjara.

28 Jun lalu, Menteri Undang-Undang Persekutuan India, Verappa Moily mengesyorkan undang-undang kolonial British 1860 berhubung hukuman pasangan melakukan hubungan sejenis disemak. Kumpulan gay di negara sama, lama menuntut undang-undang terbabit dihapuskan.

Bagaimanapun usul Verappa ditentang The Catholic Secular Forum .

Menurut Setiausaha Agungnya, Joseph Dias, kegiatan homoseksual bercanggah dengan fitrah semulajadi manusia sekaligus lebih rendah berbanding tindakan binatang.

“Mengapa manusia sanggup dipandang rendah daripada binatang sedangkan tiada kajian menunjukkan homoseksual disebabkan genetik,” ujar beliau.

Tambah Joseph, India mempunyai lebih 4.5 juta homoseksual dan 80% daripada mereka pesakit HIV dan AIDS.

India, antara negara demokrasi sekular di dunia mengekalkan hukuman terhadap pasangan gay setakat ini.

The Catholic Secular Forum dianggotai penganut agama Kristian.

Saya kurang arif dari aspek perundangan syariah dan sivil di negara kita kerana tidak pernah mendengar pasangan gay ditangkap dan dijatuhi hukuman kerana melakukan seks sesama jantina.

Justeru timbul persoalan, di negara mengangkat Islam sebagai ugama rasmi, apakah tindakan undang-undang boleh dikenakan kepada gay?

Jika ada, pernahkah dilaksanakan?

24 ulasan:

  1. sepatutnya hukuman setimpal dijatuhi ke atas pesalah2 ini.. senang citer ikut hukuman dlm quran.. insyaallah masalah ni akan dpt dibanteras..

    BalasPadam
  2. Tapi binatang pun kenal jantan betina, contohnya kucing,jantan tetap cari pasangan betina utk sondol...
    Negara kita Msia belum mengeluarkan hukuman lagi macam pengkid dulu, tiada tindakan pun.. sebab ianya tidak membahayakan nyawa org lain kot kecuali ada yg bunuh diri sebab 'pasangan' songsangnya tinggalkan dia

    BalasPadam
  3. Saudara Maz,
    Setahu saya, negara ini sekadar ditaipkan Islam itu agama Rasmi. Tetapi, masih menggunapakai undang-undang penjajah dan bukannya undang-undang Islam. Islam itu serba lengkap. Jika negara ini memartabatkan Islam sebagai agama rasmi, dan pada masa yang sama menggunapakai Islam sebagai landasan perundangan. Saya yakin! InsyaAllah, permasalahan dunia bakal terungkai sebelum kita dibawa ke mahkamah akhirat.

    BalasPadam
  4. Rasanya ada .. tapi tak tau butir-butirannya..

    Selama ni pun belum pernah lagi dengar kes di mahkamah sivil atau syariah pasangan homoseksual atau lesbian didakwa...

    BalasPadam
  5. Dari firman Allah ini, Allah menggambarkan, tindakan homoseksual merupakan amalan �fawahisy� atau amalan yang keji. Menurut Imam Al-Qurtubi, makna fahsya� adalah setiap kejahatan yang dilakukan, pelakunya akan dikenakan hukum hudud. (Tafsir Al-Qurtubi : 2/210)

    Begitu juga, Rasulullah s.a.w. menyatakan golongan yang mendapat kemarahan dan kemurkaan Allah adalah antaranya golongan homoseksual.

    Daripada Abu Hurairah RA, bersabda Nabi s.a.w.;

    �Empat golongan berada dalam kemurkaan Allah di pagi dan petang, iaitu lelaki yang menyerupai perempuan, perempuan yang menyerupai lelaki, mereka yang melakukan setubuh dengan binatang dan mereka yang melakukan setubuh sesame lelaki (homoseksual)� (Kanz Al-Ummal : 12/31 : hadis no : 43982.)

    kalo menurut islam hukuman yang dikenakan sama dgn orang yang berzina...rejam sampai mati dan di sebat sebanyak seratus kali dan dibuang negeri selama setahun,...ya allah bukakanlah pintu hati mereka yg terbabit utk kepangkal jalan..kita tau bila kita akan matii....

    BalasPadam
  6. >>.."di negara mengangkat Islam sebagai ugama rasmi,""""

    ini negara ISLAM??? betul ker negara Islam??
    dari sudut atau border negara mana atau sudut untuk mentakfrifkan sesebuah negara itu ISLAM.?.

    ..sistem mana yg perlu dipakai untuk mendefinasikan sesebuah negara itu ISLAM?..

    BalasPadam
  7. Tahniah BRO anda berani membongkar cerita GAY ni. Zaman aku sekolah dulu 80-an lagi dah banyak cerita gay ni, di asrama lagilah, yang tu jambu dialah, yang tu jambu akulah, bergaduh senior2 pasal berebut jambu pun ada. Tapi masa tu TABU. nak cakap malu, tapi sebenarnya masa tu lagi semua ni dah menular dah.. terus bongkar BRO.. aku cadangkan 360 siasat budak2 di taska, tadika, sekolah rendah, asrama-asrama, universiti... kebanyakkannya keliru sejak dari kecil.. takut nak bergaul dengan kaum lain jenis... sapa kawan perempuan kene ejek.. dipulau... bila sekolah menengah yang berkawan wanita dipanggil mat bunga, romeo.. di sindir.. guru pun marah-marah.. larang.. kalau tahun 50-an walaupun lelaki sesama lelaki bergaul mereka di dindingi dengan agama yang kuat.. tapi remaja sekarang cuma pegang tangan je dah naik ghairah... kalau peluk2 lagilah... now.. aku rasa lu faham kan BRO apa aku nak kata?

    BalasPadam
  8. aLangkan isu model perempuan kena hukuman sebat pun dah kecoh bagai segala..

    apa lagi, isu gay..

    jgn harap this issue will be approved selagi federal constitution kte masih berpaksikan undang-undang kaFir..

    negara kite sudah mrdeka melebihi 5o tahun tp..lihatlah..why do we still need to follow the common law??

    2/3 majority is hard to get..

    BalasPadam
  9. Malaysia negara islam?? aku sedih kalau itu benar.. :(

    BalasPadam
  10. Sesungguhnya orang yang melakukan hubungan sesama jenis amat di laknati oleh ALLAH S.W.T..

    BalasPadam
  11. Kalau berzina hukumannya sebat, Apa kata kalau hubungan sesama jenis ni pun sebat jugak. Relevan tak?

    BalasPadam
  12. Malaysia negara Islam ke negara demokrasi ?? laksana hudud ?? Kalau ya pun menang 2/3..naik marah DAP nanti..kalau laksana pun DAP mesti tak ikhlas punya..

    Tapi apa-apa pun, golongan GAY terang-terangan ni sewajarnya dihukum berat seperti sebatan 30 kali ke..

    Takut pula, nanti wujud pula perogol-perogol lelaki yang mencari mangsa lelaki..lelaki-lelaki Malaysia pula ketakutan..eee..

    BalasPadam
  13. "Takut pula, nanti wujud pula perogol-perogol lelaki yang mencari mangsa lelaki..lelaki-lelaki Malaysia pula ketakutan..eee.."

    Kalau betul jadi macam tu, alamat nya Malaysia tak selamat la diduduki...

    Malaysia negara Islam? Saya rasa tak..kalau negara Islam, undang-undang yang digunakan menggunakan undang-undang Islam...

    BalasPadam
  14. ajar anak-anak kena ade sifat malu samada anak lelaki atau pompuan..insyaallah :)

    BalasPadam
  15. Ulama besar dari Al-Azhar pernah ditanya, adakah Malaysia negara Islam?

    Jawaban beliau, Malaysia negara diduduki ramai orang Islam :)

    Saya terdengar kenyataan itu sewaktu menjadi penceramah dalam forum dianjurkan Jabatan Agama Islam Selangor.

    BalasPadam
  16. betul tu mas.

    adakah Malaysia negara islam.
    jawapan media : ya, memang negara islam.lihatlah ciri² binaan masjid. mengikut corak islam.

    jawapan sebenar.: negara mmg ramai orang islam, tetapi undang² islam susah nk laksana.
    kena jaga hati ramai orang.
    umat islam di negara islam malaysia makin banyak yang rosak.
    negara islam begini.?

    BalasPadam
  17. sekadar meminta pandangan...

    ada ke agama lain yang menyokong aktiviti gay??

    pernah baca satu artikel dari seorang paderi (tak ingat bila and kat mana): tidak ada agama yang menyuruh pengikutnya melakukan kejahatan / kemungkaran.

    BalasPadam
  18. betul tu...Malaysia hanya negara yg ramai diuduki oleh orang islam...kalau abang mazidul nak tau apa hukuman di negara islam boleh buka blog akukaudia.blogspot.com...kawan ni ada menceritakan tpt2 diadakan hukum hudud di salah satu negara islam di dunia...mungkin jejak rasul pernah buat liputan ttg tempat ni...

    BalasPadam
  19. siapa yg ckp malaysia negara isLam??

    its nonsense!

    art3 of federal constitution just saying that 'islam shall be the religion of federation...

    sila semak..

    lagipun, Malaysia tidak fulfill requirement 'apakah negara islam..?

    huh..!

    sgt bodoh if ada la org ckp malaysia ngara isLam..

    BalasPadam
  20. art 3 hanya mngiktiraf isLam sbg agama rasmi negara..n itupun it just tertumpu more on ceremoniaL purposes!!!!

    undang2 tidak termasuk...

    yg jeLas..Malaysia negara bukan IsLam krn syarat2 nk jd negara isLam tak cukup korum pown..

    BalasPadam
  21. Malaysia negara Islam hanyalah pada NAMA, BRAND. ADA APA DENGAN NAMA??

    seperti yg areque katakan, fokus banyak kat ceremony. aspek2 lain seperti undang2, muamalat sumer tak masuk.

    that's why we got lot of 'crap' people here in our country.

    BalasPadam
  22. lot of crap?

    muhkakakkakaak..betul tu..rq stujus sgt ngn chanz

    BalasPadam
  23. MACAM MANA NEGARA TIDAK MENGIKUT UNDANG-UNDANG ISLAM KALAU PEMIMPIN ATAU ORANG ATASAN MELAKUKAN GEJALA RASUAH, LESAKAN DUIT RAKYAT DAN SEBAGAINYA. KALAU SETAKAT UNTUK MENGHUKUM GEJALA GAY MENGIKUT UNDANG2 ISLAM SEMESTINYA UNDANG2 ISLAM DI LAKSANAKAN UNTUK KES2 YANG LAIN CONTOHNYA RASUAH, BERZINA, PEMBUANGAN BAYI, MEMBUNUH DSBNYA. SEBAB ITU NEGARA INI MASIH TAKUT UNTUK MELAKSANAKAN HUKUMAN ISLAM.FIKIRKAN KENAPA IA TIDAK DILAKSANAKAN..

    BalasPadam
  24. Hari ini kaum Muslimin berada dalam situasi di mana aturan-aturan kafir sedang diterapkan. Maka realitas tanah-tanah Muslim saat ini adalah sebagaimana Rasulullah Saw. di Makkah sebelum Negara Islam didirikan di Madinah. Oleh karena itu, dalam rangka bekerja untuk pendirian Negara Islam, kelompok ini perlu mengikuti contoh yang terbangun di dalam Sirah. Dalam memeriksa periode Mekkah, hingga pendirian Negara Islam di Madinah, kita melihat bahwa RasulAllah Saw. melalui beberapa tahap spesifik dan jelas dan mengerjakan beberapa aksi spesifik dalam tahap-tahap itu

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.