Khamis, Julai 09, 2009

Kisah Getir Menonton TV

Tahun 1974 …

Setiap hari saya berjalan kaki hampir 2 kilometer dari rumah untuk menonton TV di Estet Sungai Bill, Tg. Malim Perak.

TV hitam putih menggunakan tenaga generator. Kekadang terpaksa balik awal ke rumah kerana generator kehabisan minyak.

Tempat menonton TV di estet hanya berlantaikan simen, banyak nyamuk dan berbau sireh. Bagaimanapun kerana terlalu minat dan asyik menonton siri ‘Six Million Dollar Man’, ‘Combat’, ‘Space 1999’ dan ‘Charlie’s Angel’, sejuk, gigitan nyamuk dan bau tidak dirasai.

Dalam perjalanan pulang dari estet sewaktu melintas pokok kayu ara dikatakan berhantu, saya berlari sekuat hati dengan selipar Jepun dipegang di kedua belah tangan. Jika selipar dipakai, bimbang kaki tersadung. Biarpun lewat malam, saya tidak balik ke rumah, tidur di rumah arwah opah kerana takut dimarahi emak. Esok hari, emak pasti memberikan ‘ceramah’ berjela. Antara kata-katanya, “Tengok TV boleh kenyang ke?,” sambil beberapa cubitan singgah di pinggang.

Abah marah, sedang anak muridnya belajar mengaji, bazanji dan marhaban di rumah, saya ‘hilang’ kerana menonton TV.

Segan menonton TV di rumah jiran kampung, takut pasir di kaki mengotorkan lantai rumah kerap disapu. Kata emak, “Tak malu pergi rumah orang!”.

Jika tiada pilihan, membayar 10 sen sekali menonton TV di rumah jiran. Wang dikutip digunakan untuk mengecas bateri kereta digunakan sebagai bekalan tenaga TV. Ketika itu tiada bekalan elektrik di kampung. Jika bateri habis, skrin TV mengecil, lalu saya pulang, hampa.

Jejari pernah terkepit di pintu rumah jiran pemilik TV, biarpun dia nampak tangan kanan saya memegang daun pintu ketika ingin naik ke rumah. Sakit, pulang ke rumah, jejari disapu minyak panas, masuk ke bilik dan tidur.

Dua anak saya tidak pernah melalui pengalaman getir sebegitu hanya untuk menonton TV.


25 ulasan:

  1. hampir menyamai bentuk kesusahan.

    memalam diugut akan dengan hantu

    yang kelakarnya bila pintu rumah jiran tutup awal TV pada malam Jumaat.Pakai generator injin menggunakan minyak tanah.
    'kenapa yer malam jumaat tidor awal'? soalan waktu itu.

    BalasPadam
  2. itu antara kenangan manis mungkin dalam mengenali dunia televisyen...

    BalasPadam
  3. namun itulah hakikat dan keindahan hidup yang tidak lagi dapat dikecapi oleh kebanyakan anak2 bangsa kita kini..

    BalasPadam
  4. kenangan en mazidul sama mcm saya.. :(

    bayar 10 sen utk cas bateri.tapi saya gi rumah jiran tgk filem p.ramlee jer.

    pastu bila ayah dah beli tv sgt ler bangga walaupun masa tu black & white jek.

    kenangan manis yg sukar dilupa..tp bila saya stori dgn anak2..dorang akan ckp " semua org dulu2 sama mcm mama susah/miskin..so ape yg nak heran "

    nikmat yg dorang dapat skrg jgn ler disia-siakan..betul tak?

    BalasPadam
  5. Pengalaman yang kita lalui dahulu memang patut diceritakan kepada anak-anak kita agar mereka menghayati betapa susahnya kehidupan ibu bapa mereka ketika kecil pada zaman dulu...walaupun hanya tentang tv...:)

    BalasPadam
  6. walupun x penh merase situasi cm ni..sekurg2 nye kite beringt dan bersyukur kn..
    mak saye sllu cerite tentg kesusahan org dulu2..

    BalasPadam
  7. Tv hitam putih guna Bateri 12V kereta pun ok...cas kat kedai cina...tahan 7 Hari-12hari...bergantung kpd kekerapan penggunaan...cas cuma RM2 zaman 70-80-an...

    BalasPadam
  8. Bro Maz

    Saya baru lahir waktu tu...

    Bulan September

    tak ingat apa pun...

    Ingat menyusu je kot..

    He he he he

    Sampai sekarang tak lupa lupa

    he he he

    BalasPadam
  9. lebih kurang sama ngan pengalaman i, masa tu duk ngan atuk kat estet segamat, pergi umah pengurus ladang tengok tv, tapi dorang baik, balik dari tengok tv, lintang pukang lari sebab masing2 takut kena kejar hantu...hehehe.. kenalan lalu pahit dilalui, manis bila dikenangkan, anak2 i mmg tak merasa sumer tu... celik2 mata aje, main PS...hehehehehe

    BalasPadam
  10. itulah dia erti kehidupan...
    bersusah² dahulu..bersenang² kemudian...(nih utk old Tymer)...

    (utk yg newbie nih)..bersenang² dulu...lagik susah kemudian...hak3..apabila dimanjakan...ape nak dapat...nanti dah tak reti berdikari...andai kate la ibu bapa tersayang pergi dahulu...merempat la org yg cam dieworg nih...

    BalasPadam
  11. saya belum lahir lagi masa tu..tapi saya sempat lagi menonton tv black n white ni..tv arwah atuk..bila direnungkan balik,memang anak2 sekarang terlalu mewah menyebabkan mereka leka dengan arus kemodenan..

    BalasPadam
  12. Sedihhhh....dulu makan nasi gaul dengan minyak ikan. mak tak der duit nak beli lauk. makan empat beradik.

    skarang, apa anak-anak nak, tunaikan. tapi sebenarnya memakan diri. anak saya umur 5 tahun, nak main skate board padahal mender tu budak2 belasan tahun jer main. hari-hari minta. hari2 nangis nak skate board.

    nak cakap perkataan skate board pun tak lepas lagi, pelat bahasa inggeris.

    BalasPadam
  13. perrhh...sedih gak rasanya..tu la pengalaman org lama2...seingat saya masa umur 4 tahun saya tonton tv kt umah sendiri(umah setinggan dato keramat). Masa tu tv saya yg jenis tarik2 tue..untuk buka dan tutup pintu pada tv..channel masa tue jenis putar..zaman tue layan thunderscats..He man..Voltron..hihihi

    BalasPadam
  14. Masa zaman Bro tu nasib baik dah takde askar NIPON kan.. kalau tak.. Hey, iri rumah ara main iru rario ka? (ini rumah ada main itu radio ka?) macam citer Sarjan Hassan tu.. hehe.

    BalasPadam
  15. terngat cirita ayah masa dulu2..

    hahahha..kat kampong, abah aku adalah org first yg beli tv...hahahhahha

    sume org dtg umah nk tgk tv kat umah masa tue..hehehehee

    lepas tu..masing2 sejak tu ikut abah...dorg pon start cari tv..

    huahauhauah...

    abah mmg hero pujaan hatiku dlm segala hal..ekekkeke..:)

    BalasPadam
  16. teringat dulu.. bila nak tgk TV3 kena la buat muka tak malu g umah jiran.. sbb tv kat umah pesen lama.. tak keluar siaran tv3 walau dah dijolok ngan tudung periuk.. heheh

    BalasPadam
  17. begitulah kehidupan, tiada yang dahulu, tiada kini

    BalasPadam
  18. sungguh jauh kemajuan yg dicapai.. alhamdulillah

    BalasPadam
  19. emak saya juga pernah bercerita tentang ini.
    dalam satu kg ada satu tv kat satu kedai.
    mengerumun orang nk tgk tv.
    tp zaman saya semua tu sudah tidak berlaku.
    saya lahir dah ada tv kat umah.:)

    BalasPadam
  20. satu lagi masa mula2 TV warna diperkenalkan....dalam tahun 1978....kiranya rumah aku rumah kedua dalam deretan rumah teres kat taman aku yang ada TV kaler masa tuh....tapi kecik jer, 14 inci...brand Nordmende....masa tuh kaget bangat tengok sumer dalam warna....sumer rancangan tengok, termasuk iklan dan susunan rancangan...rancangan popular masa tuh...baretta, starsky and hutch, charlie's angels, hardy boys, CHiPs, SWAT, dan macam2 lagi....

    BalasPadam
  21. Kenangan..aduhai kenangan yg tak mungkin di lupakan.Cerita tumpang tengok tv ni hampir sama saja pada semua orang yg pernah merasainya bila tengok tv kena bayar, lari lintang pukang bila balik malam takut hantu punya pasal & semua tu mengakibatkan satu keazaman yg mana satu hari nanti pasti mempunyai tv sendiri & tak payah tumpang tengok rumah jiran. Kenangan bersama arwah mak sewaktu susah dulu hampir sama ngn PIJA,makan nasi begaul minyak ikan dengan kicap & ikan kering serta berulam kan bawang merah kecil disuapkan kedalam mulut bergilir2 antara 4 adik beradik terasa rindu sangat. Kekadang bila tak de lauk, hanya belacan saja di goreng bersama cili & bawang untuk jadi santapan kita 4 beradik. Kenangan oh kenangan.

    BalasPadam
  22. hmm..selalu gak dengar cita dari orang2 tua..
    best gak..
    baru kita tahu nikmatnya MERDEKA
    dapat mengecap sampai tahap ini
    mmg pnuh kesyukuran..
    sampai nk nagis bca cita nie
    hmm..
    taktau nk kata pa
    -syukur berada d MALAYSIA-

    BalasPadam
  23. hakikat sebenar..
    sekarang..
    tv lebih banyak melalaikan..
    pelbagai hiburan disajikan..
    cth:mentor,af,dan byk lagi yg aku dah x igt apa nama..
    kasihan pada bangsa melayu..
    terus lalai..
    sedangkan bumi sendiri semakin dikuasai orang lain..
    sedikit yang sedar..
    yang lain.?
    hanyut dalam keindahan dan kedamaian MALAYSIA..

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.