Jumaat, November 21, 2008

Macam Macam

Hari ini saya tidak begitu sihat. Lalu saya menghabiskan masa melihat secara teliti beberapa gambar saya rakamkan semasa di lokasi kejadian bunuh seperti tercatat dalam post di bawah.

“Itu orbs!,” ujar anak saya.

Dia biasa melihat orbs seperti di kanan. Orbs menurut tafsiran masyarakat barat, tenaga terhasil dari alam sekeliling. Ramai antara kita pernah merakamkannya cuma barangkali tidak perasan berhubung kewujudan entiti itu.

“Orb ni kalau ikut orang Cina, roh lah,” ulas rakan saya Shu.

Dia pernah merakamkan pelbagai orbs di lokasi berbeza sejak 3 bulan lalu. Bulat dan tiga segi antara bentuk orbs pernah ditunjukkan kepada saya sebelum ini. Bagaimanapun, orbs dalam rakaman diperbesarkan dari gambar entry ‘Pertama buat keduanya’ ) kelihatan unik. Orbs tidak statik, kelihatan bergerak (kiri).

Rakan blogger, Nik pernah merakamkan gambar orbs bersama saya sebelum ini melahirkan perasaan terkejutnya. Sila lihat komen beliau dalam post di bawah.

16 ulasan:

  1. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

    BalasPadam
  2. wahhhhhhh...ini lagi giler...yang gambar 1st tuh tak nampak sangat...hahahaha..penemuan baru..woOhoO!!!! syabas...tak tau macam mana nak cakap dia punyer excited tuh hahah...mari kita buat postmortem bersama nanti heheheh..tapi memang class...

    BalasPadam
  3. just visit...nice blog..sye pun pertama kali dengar orbs...anak encik lagi handal..hehe

    BalasPadam
  4. Amin, cubalah snap gambar malam tetapi kena pakai flash. Kalau ada kawasan pembinaan beroperasi 24 jam, mesti boleh dirakamkan gambar orbs ni, meriah.

    Nik, a cameraman will always be a cameraman! :)

    iciks, thanks kerana sudi singgah. Memang ada pertama kali dalam hidup ni ..

    BalasPadam
  5. you pakai camea digital yg biasa ke SLR?

    BalasPadam
  6. boleh direnung kewujudan makin banyak info..

    BalasPadam
  7. Amin, saya dan Nik pakai kamera sama, Canon G9 compact. Cubalah!

    BalasPadam
  8. H.E.H ...boleh..apa salahnyer...cuba test try jer..benda nie semua trial and error..tapi..dalam masa yang sama..kena pergi dengan org yang pandai dan tahu macam abg mazidul..kalau tak..tak dapat jugak...

    BalasPadam
  9. Saya juga pernah terambil gambar spt tu. Ketika tu waktu siang dan berada di kawasan perkuburan. Gambar tu telah saya muatkan dalam blog saya; diarigaleri.blogspot.com di atas tajuk Kisah Mistik.

    BalasPadam
  10. Saya pun sll snap gambar ader orbs nie..kdg2 pelik jgk esp waktu malam..saya guna kamera digital canon ixus80 jer..
    ader yg kata tu hanya debu2 yang berterbangan...ader yang kata itu something misteri..apabila kita zoom dekat pada orbs nie..ia mempunya corak atau aluran kan..
    agaknya aper tu ekk...

    BalasPadam
  11. itu bukan orb atau pon roh, tapi hanya habuk, dalam photography bnyk dibincangkn...sbb bak kata uncle seekers, 'hantu' xboleh dirakam dengan kamera biasa. itu hanya kesilapan digital sahaja. jgn percaya perkara tahyul, terpesong aqidah, betolkan balik dengan anak saudara balik...nauzubillah...

    BalasPadam
  12. Menurut firasat saya yg kurang arif, ada kemungkinan ini apa yg dikatakan orbs ini bukanlah roh orang mati, tetapi sebenarnya jin atau syaitan. Bukankah asal mereka api/cahaya?

    Wallahu'alam.
    Allah Maha Mengetahui.

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.