Dalam perjalanan hidup, kita sering menyaksikan pelbagai kejadian berulang. Antaranya saat kita terpaksa mengatakan ‘ya’ biarpun hati maupun pemikiran jelas melonjak mengatakan ‘tidak’.
“Tengok lukisan ni, I baru buat, cantikkan?,” soal teman.
Spontan kita menjawab ..
“Ya!,” biarpun hati berkata ‘tidak’. Kita terpaksa tidak berkata benar demi menjaga hati rakan. Bagaimanapun sebagai orang timur kita punya stail tersendiri. Kita menegur secara halus, lembut dan beradab. Kita enggan mengguris hati rakan secara keterlaluan.
“Memang cantik lukisan you ni. Tapikan, I rasalah dengan bakat you confirm lebih cantik kalau you boleh touch up sikit kat tepi kiri ni. Warna biru ni dah ok, cuma light sikit. Kalau you tebalkan, for sure akan nampak lebih outstanding. Eh! Ya ke? Tapi kalau you rasa dah ok, ok lah kut. Mungkin mata I ni tak berapa terang. Mata you ok, vision 20/20 sebab kita jauh berbeza, you orang seni, banyak kelebihan, I tak boleh lawan punya”
Itulah antara cara kita berbahasa untuk menegur, meluahkan ketidakpuasan hati demi kebaikan rakan. Andai tidak berkesan, kita mencari pelbagai cara lain membuat teguran. Mungkin berulang kali sehingga dia memahami.
“Tengok lukisan ni, I baru buat, cantikkan?,” soal teman.
Spontan kita menjawab ..
“Ya!,” biarpun hati berkata ‘tidak’. Kita terpaksa tidak berkata benar demi menjaga hati rakan. Bagaimanapun sebagai orang timur kita punya stail tersendiri. Kita menegur secara halus, lembut dan beradab. Kita enggan mengguris hati rakan secara keterlaluan.
“Memang cantik lukisan you ni. Tapikan, I rasalah dengan bakat you confirm lebih cantik kalau you boleh touch up sikit kat tepi kiri ni. Warna biru ni dah ok, cuma light sikit. Kalau you tebalkan, for sure akan nampak lebih outstanding. Eh! Ya ke? Tapi kalau you rasa dah ok, ok lah kut. Mungkin mata I ni tak berapa terang. Mata you ok, vision 20/20 sebab kita jauh berbeza, you orang seni, banyak kelebihan, I tak boleh lawan punya”
Itulah antara cara kita berbahasa untuk menegur, meluahkan ketidakpuasan hati demi kebaikan rakan. Andai tidak berkesan, kita mencari pelbagai cara lain membuat teguran. Mungkin berulang kali sehingga dia memahami.
Bagaimanapun sekiranya semua teguran kita tidak diendahkan, kita harus redha, mungkin teguran kita itu bak sekadar tikus membaiki labu sahaja ..
Assalamualaikum
BalasPadamOrang Melayu memang sangat mementingkan adab dan adat ketika bercakap. Seboleh-bolehnya kesilapan yang dilakukan oleh seseorang ditegur dengan cara sehalus mungkin. Pelbagai cara yang digunakan untuk menyampaikan sesuatu maksud antaranya pantun, syair, gurinda waima cerita rakyat. Setiap patah perkataan mempunyai makna yang tersirat. Ambil sahaja contoh sebaris lagu tradisional;
"Tudung periuk pandai menari"
Jika melihat secara harfiah pasti ramai yang menyangkal, manakan tudung periuk pandai menari?
Dalam budaya Melayu, tudung periuk letaknya di atas periuk. Kedudukannya yang di atas menjadikannya satu simbol untuk "pemimpin". Menari pula merupakan satu kemahiran dan untuk menari memerlukan ilmu. Ini bermakna seorang pemimpin perlulah mempunyai ilmu yang tinggi.
Begitulah halusnya budaya orang Melayu dalam berbicara.
Assalamualaikum.
budi bahasa budaya kita
BalasPadamItulah melayu
BalasPadamBangsa yang kaya dengan budi bahasanya, kaya dengan sopan santunnya, mewah dengan adat budayanya dan lembut dengan budi pekertinya..
Orang Melayu memang kaya dengan budi bahasa dahulunya.Bak pantun ini "orang berbudi,kita berbahasa,orang memberi kita merasa".Lagi satu "kerana pulut,santan binasa,kerana mulut,badan binasa".
BalasPadamAllah memang memerintahkan kita supaya berpesan-pesan seperti di dalam surah Al-Asr.
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
"Demi Masa.Sesungguhnya manusia berada di dalam kerugian.Kecuali yang beriman dan beramal soleh.Dan berpesan-pesan dengan kebenaran.Dan berpesan-pesan dengan jalan yang sabar".benarlah kata Allah S.W.T.
Wassalam..
Semua, pergh! Bijak sungguh orang Melayu berbahasa dalam melontarkan komen :)
BalasPadamBoleh pakai lagi ke budaya yang sebegini?.Berterus terang sajalah kan ke bagus dari memendam or cakap belakang.
BalasPadamCuma cara nak bercakap tulah kena baik-baik sikit sebab yang selalu saya tgk org melayu ni kadng tu sensitive tak bertempat..apa2 this is based from my personal experiencelah.
Kadang tu taknak tegur depan org tu..tapi cerita belakang org tu sana sini...aka pathetic
yg pastinya..teguran tu biarlah ikhlas..
BalasPadamHaha tegur dengan berterus terang tapi dengan cara berhemah...baru orang tak sakit hati dan mendengar nasihat kita...menang kita pandai buat komen dan kalau boleh biarlah komen membina...
BalasPadamMaaf la kalau saya ni agak kontra. Cume pada pandangan saya, sebab nie la kita ditindas (segi ekonomi contohnya) oleh kaum esp. Cha-Ya-Nun. Ade x kome nengok kalo geng2 Cha-Ya-Nun nie mbawak mentokar deme. Fuuhh, MANNERLESS. Esp. kalo mentokar deme yg mahei2 dr yg kite lalu sebelah ni pakei. Do they have some respect to others mase mintak laluan? Not all of them, but most of them. N pade saye, sikap terlalu mengambil hati la yg menyebabkan kite jatuh, terjelepuk, n disondol.
BalasPadamBukan niat saya ingin kurangajar atau racist kepade kaum2 yg laen, namun biarlah kita hormat dan respek seadanya. Jiran saya seorang cina, namun saya tetap menghormatinya kerana dia xpernah mintak satu sen pon bile die menolong mengangkat kain saya yg menyeberangi pagar rumah kami. (i wish all cha-ya-nun wud be like you wong)
er.. bek to topic, yes.. budi bahasa itu suatu yang indah, cantik dan merupakan identiti melayu. Tapi biarlah Melayu yang berevolusi mengekalkannya pada tempat, cara, dan gayanya yang tersendiri.
p/s: Sori la bang Mazidul, lame xjenguk blog nie. Hope u'd recalled my name! Jemput singgah http://www.aidilangelo.com
menegur, mengomen, mengkritik itu tanda sayang dan sudi.
BalasPadam"bagai menarik rambut dari tepung"
bukan kawan sahaja org lebih berumur pemimpin ketua pun boleh asalkan ada cara berhemah.
Kadang kala teguran kita seakan tidak jujur demi menjaga hati seseorang.
BalasPadamBegitulah mahalnya perasaan dan hati dan begitulah juga betapa mahalnya harga sebuah persahabatan.
Insya Allah persahabatan kekal ke akhir hayat.
MELAYU
BalasPadamBangsaku melayu
Dulu bersatu
Dulu berbudi
Dulu berbahasa
Dulu tidak pelupa
Tapi…..kini tidak bersatu lagi
Kerana berbeza kata
Bukan kata damai
Bukan kata bijaksana
Tapi kata nista
Kata cerca
Kata angkara
Yang melukakan hati
Yang membakar perasaan
Yang membuta mata
Yang menutup minda
Bangsaku melayu
Bukankah moyang sudah pesan
Kerana mulut badan binasa
Terlajak kata buruk padahnya
Bukankah agama sudah seru
Kitakah mengundang dosa
Bangsaku melayu
Kulihat mula hilang diri
Apabila aku menyepi
Di kamar sepi
Dan menyoal diri
Bukankah semuanya
Bermula dengan kata-kata
Dan berakhir dengan kata-kata…