Jumaat, November 07, 2008

Orang Seluar Dalam

Lewat tahun 70 an, masyarakat khususnya penduduk kampung di Perak digemparkan dengan kemunculan ‘orang minyak’. Orang minyak, lelaki badan berlumuran minyak berwarna hitam, hanya berseluar dalam seringkali menceroboh rumah, mencabul dan merogol anak gadis.

Di mana ada ruang udara boleh masuk, dia pun boleh masuk! Antara kepercayaan menebal berhubung kelicikan orang minyak memboloskan diri keluar masuk rumah. Ramai percaya ilmu hitam dijadikan teras amalan jahatnya. Menurut cerita ketika itu, orang minyak dimestikan merogol 40 anak dara bertujuan melengkapkan ilmu dituntutnya. Bagaimanapun kisah orang minyak tidak berterusan lama, hilang begitu sahaja dalam tempoh beberapa minggu.

“Dia lumur minyak, kalau ditangkap senang nak lepaskan diri sebab badan dia licin,” antara pandangan dilontarkan.

Lebih 30 tahun kemudian, sejak 3 Oktober lalu penduduk Beruas, Perak dilaporkan gempar berikutan kelibat ‘orang seluar dalam’. Penceroboh, seperti gelarannya hanya memakai seluar dalam, mencabul anak dara dan isteri orang secara menanggalkan pakaian mereka tanpa disedari, setakat ini tidak merogol. Mangsa dipercayai dipukau sebelum orang seluar dalam melaksanakan ‘tugas’ nya. Setakat ini dia dilaporkan menceroboh hampir 10 rumah di Kampung Bakar Bata dan Kampung Kedah.

Peliknya perlakuan manusia.

11 ulasan:

  1. Aiyoo, orang macam n pun ada ker... pelik.

    ps: selamat ber-blog kembali!

    BalasPadam
  2. peliknya cara nak melampiaskan nafsu.. dan bertambah pelik lagi bila di zaman yang serba maju ini, masih lagi ingin menuntut ilmu yang ntah apa2...

    BalasPadam
  3. dah ada post balik, suke suke.. suke... terima kasih abg mazidul..

    Org minyak kembali lagi! dekat perak, jgn dia dtg negeri sembilan dah lah..

    Skrg nih org duk sibuk kan pasal TOYOLLLLLLLLL.... hisap ibu jari kaki anak dara. Lebih kurang sama lah nih, niatnya nak mencuri dan lg satu dia nih bertuan kan?

    Dgr cite tuan yg membela dia ni lah yg menghantar pergi rumah si polan ni, polan tuh.

    Tak ada yg pelik lah dlm dunia ni, sama ada percaya atau pun tidak jek.

    WALLAHUALAM...

    BalasPadam
  4. alhamdulillah...
    terima kasih... mazidul dah kembali...
    selamat ber"blogging"..

    BalasPadam
  5. aduh...xatu pun pasl cite nie..thank for this info bro

    BalasPadam
  6. ish..ish...macam2 manusia ada sekarang ni...

    tak paham aku..

    p/s Bruas tu dkt ngan kg. saya le en. mazidul..

    BalasPadam
  7. Cerita tentang orang minyak ni sudah seakan sebati dengan resam adat melayu.. Saya tak pernah bertemu dengan orang minyak ni dan juga orang yang pernah bertemu dengannya..

    Namun kisah orang seluar dalam ni memang agak pelik bila pertama kali saya dengar lebih kurang 10 tahun dulu..!!
    Sekarang bila saya dah punya sedikit sebanyak pengalaman.. saya sedar yang mereka-mereka yang melakukan perbuatan seumpama ini adalah orang-orang yang sakit jiwa.. Ada yang gemar melihat seluar dalam wanita, ada yang suka berpakaian wanita, ada yang suka menunjukkan kemaluannya dihadapan wanita..

    Ini menurut komen dari seorang ahli akademik yang saya kenal satu masa dulu..

    Sekadar cakap-cakap kosong..

    Salam dari si jahil..

    BalasPadam
  8. oran tu sebenarnya tak cukup seluar atau memang tak ada seluar kot...

    BalasPadam
  9. Seingat saya, kisah 'orang minyak' ni gempar lebih 20 tahun yang lalu.. masa tu di kampung saya ( dekat perak juga) anak2 dara tak digalakkan bersendirian apatah lagi keluar malam. Bila cerita sebegini muncul pada zaman sekarang, kesian juga pada anak2 dara yang kena kerja overtime @ shift petang dan perlu pulang lewat malam..kena stanby serbuk lada hitamlah nampak gayanya..

    BalasPadam
  10. Salam

    Org minyak dah kembali..
    Senang nk bakar dia.sebab dia ada minyak..

    P/s:risau gak..sebab saya ada isteri dan sorang ank pompuan.
    Student Loan Consolidation Rebate

    BalasPadam
  11. orang minyak naik minyak daa..

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.